1

Way To New Story(Malay version)

“Saya minta maaf, saya sudah tidak boleh meneruskan lagi hubungan kita. Saya sudah tidak ada perasaan terhadap awak Min Ji”.

“Oppa cakap apa? Saya tak faham. Tapi kenapa? Baru semalam oppa cakap oppa sayangkan saya dan ingin berkahwin dengan saya. Tapi kenapa Soohyun oppa? Wae?”

Tanpa membalas kata-kata Min Ji, Soohyun terus berlalu. Min Ji yang masih terkejut, mengalirkan airmata kerana terlalu sedih dengan keputusan Soohyun.

“Yah! Kim Soohyun! Yah! Oppa!! Oppa dengar sini! Saya bukan lemah oppa! Saya akan buktikan pada oppa! Saya masih mampu berdiri, walaupun oppa dah musnahkan impian saya! Oppa kejam! JAHAT!!!”

Kim Soohyun, seorang lelaki yang terkenal dengan wajahnya yang kacak dan sikapnya  yang penyayang hanya mampu menangis mendengar luahan kekasih kesayangannya.

“Jeongmal mianhae my love. Jinja, mianhae. Bukan niat oppa nak lukakan hati sayang. Oppa terpaksa, oppa tak nak sayang terperangkap dengan janji yang kita meterai dulu sayang.”

******************************

“Yah! Jung Min Ji-sshi. Berapa lama lagi awak nak duduk dalam bilik air tu? Orang lain pun nak gunakan bilik air ni”, laung Chorong.

“Chakkaman! Dah nak siaplah ni. Aishh saya baru je masuk, dah suruh keluar”,omel Min Ji sambil membuka pintu bilik air.

“Baru masuk? Awak tu dah bertapa dalam bilik air ni lebih dari sejam, awak tahu?”

Min Ji terus berlalu kebiliknya tanpa mempedulikan kata-kata rakannya itu.

“Hari ini, genap setahun Soohyun oppa tinggalkan aku. Dan semenjak itu, aku langsung tak mendengar apa-apa berita pasal oppa. Macam mana agaknya keadaan dia?”

“Sudah-sudahlah Min Ji. Tak usahlah awak kenangkan lagi orang yang dah tak ambil tahu tentang kamu. Cepatlah siap, Jonghyun dah lama tunggu kita dibawah tu”.

Min Ji terus cepat-cepat bersiap setelah melihat rakannya itu berlalu untuk keluar. “Yah! Chorong, tunggulah saya. Aishh kamu nie!”

******************************

 “Junhong-ah~ Marilah kita berlatih menari bersama-sama. Saya tak sabar nak menggerakkan tubuh saya ni”.

Junhong menjeling kearah Yixing, “yah! Hyung ni tak habis-habis dengan menari. Sudahlah, jom!”

“Alah relakslah uri chingu. Bukan selalu kita dapat spend time bersama-sama. Kamu tu dahlah sibuk dengan sekolah”.

Junhong hanya tersenyum sumbing sambil mengejek kata-kata rakannya itu. Walaupun dia dan Yixing berbeza usia, namun mereka bersahabat baik sejak kecil lagi.

“ Ara, tapi sebelum kita ke studio, kita pergi ke café kegemaran saya tu dulu ye”.

“Café tu lagi. Hurm arasso. Yah! Ppali, nanti kita terlambat pula”, balas Yixing, sambil menarik tangan Junhong agar segera mengikutinya.

“Hyung! Chakkaman. Perlahanlah sikit. Aishh hyung nie”.

******************************

Sedang Min Ji, Chorong dan Jonghyun melepak di café Mango Six, tiba-tiba mereka didatangi seorang lelaki.

“Jung Min Ji sshi,  lama kita tidak berjumpa. Awak apa khabar?”

Chorong dan Jonghyun segera memandang ke arah lelaki tersebut, dan terkejut. Min Ji yang pelik melihat kelakuan mereka berdua, segera berpaling melihat gerangan lelaki tersebut.

“Awak tidak pernah berubah, walau sedikitpun, Min Ji-sshi.”

Min Ji pantas bangun dari kerusi yang didudukinya, “awak?! Apa awak buat dekat sini? Apa yang awak mahu lagi dari saya?”

Lelaki tersebut hanya tersenyum tawar, melihat gadis yang pernah mencintai dirinya yang kian jauh. Dia telah kehilangan gadis itu, dan kini dia kembali bukan untuk menagih kembali cinta yang hilang.

“Mungkin awak memang sudah berubah. Awak bukan lagi Min Ji yang saya kenal dulu. Seorang yang lemah lembut dan penyayang.”

“Setahun sudah cukup untuk saya berubah. Dan saya bukan seorang gadis yang lemah.”

“Mian, saya cuma lalu disini dan terserempak dengan awak. Itu saja. Saya pergi dulu.”

Min Ji tidak membalas kata-kata Soo Hyun, sebaliknya hanya menghantar kelibat lelaki itu pergi dengan pandangan mata yang mulai kabur dengan air mata.

‘Oppa, bogoshippeo. Oppa Nampak semakin kurus sekarang ini. Oppa sihat ke tidak? Apa yang oppa telah lalui selama ini?’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 3: I WANT SEQUEL!! /usung sepanduk,buat kecoh depan rumah authornim/