first time

the artists at olympics idol

Olympics Idol akhirnya tiba jua. Kali ini, ia diadakan di trek tertutup university Daejin.

Aku dan Sam diletakkan di kelompok artis2 kumpulan E, di mana artis2 solo dan baru dikumpulkan. Aku dan Sam merupakan artis solo baru TOP Media (barulah sgt). Nasib baiklah aku satu kumpulan dengan Sam, kalau tak, tak adalah kawan aku nak bersembang nanti. Uniform kami warna kuning. Terang betul.

TeenTop dan 100% dlm group A. jelesnya kitorang berdua sbb Ricky dpt pegang sepanduk and jalan sebelah Andy sunbaenim. Sobs.

Tatkala semua kumpulan sedang berarak untuk ke tengah padang untuk acara pembukaan, jeritan daripada peminat2 yg datang untuk memberikan sokongan mula bersorak. Ada yg membuat fanchant. Aku tersenyum2 melihatkan keadaan itu, kalaulah aku tgh pegang kamera sekarang ni mesti aku dh tangkap gambar then masukkan ke weibo.

“Yunie, mana nama kita? Kenapa diorang tak jerit nama kita? Sobs sobs,” aku tertawa mendengarkan kata2 Sam. Aku cuba berfikiran positif. Kami kan artis baru, mungkin masih belum dikenali sangat.

Ketika kami hampir sampai ke tengah stadium tersebut, tiba2 telinga aku mcm terdengar org menjerit nama aku. aku pun menoleh la, and ada sekumpulan remaja perempuan sedang memandang kumpulan kami.

“Yunie unnie! Samantha unnie! Fighting!!” jerit mereka sambil melambai2. Aku pun apa lagi, terus melambai2 juga ke arah mereka dgn perasaan excited. Sam siap menjerit lagi, kamsahamnida!! Aku mengangguk2 lalu terus melambai2 mereka.

“kita dah ada fans la, Yunie! Yeay!” aku hanya tersengih. Walaupun tiada banner mcm org lain, tapi aku tetap terharu dan seronok.

Semasa kami membaca ikrar, Sam asyik menahan ketawa. Katanya ikrar tersebut lawak didengar. Mana taknya, beria nak cakap tak akan pakai insole segala. Setelah itu, acara pun bermula.

Aku masuk acara lumba lari 100 meter. Sam juga, tapi dia di kumpulan yg keempat manakala aku yang ketiga. Sedang aku memanaskan badan, aku nampak Ricky melambai2. Aku fikir, entah kepada siapalah dia melambai. Tapi bila Sam siku2 aku, barulah aku perasan.

Ya, aku, Sam dan dua org maknae tu dah deal. Kalau kami dpt medal, kami kena belanja makan. Tu dia melambai2 tu, nak igt kan kitorang la tu. Aku cuma tersengih.

Akhirnya giliran aku tiba. Ah, gila x nervous. Aku nampak Sanghoon oppa duduk di tepi trek. Dia tersengih sambil menggenggam penumbuk, maknanya fighting lettew, ke arah aku. aku pun balas jugak. Well at least ada jugak yg bagi semangat. Nak harap Sam, huh. Dia kata, “aku sibuk nak warm-up ni!” huhhh.

Lawan aku pun bukan calang2. Well, aku pun pakai teka je bukan calang2 sbb aku mana pernah masuk Olympics idol lagi kan. Nasib baik x kena lawan dgn Bora unnie. Bora unnie kan jaguh lumba lari.

Wisel dibunyikan. Aku pun apa lagi, teruslah pecut. Memang aku tak tengok mana2 dah selain depan. Aku mmg aim nak dapat medal, alah kalau x dpt pun at least masuk final.

Tali putih yg merintang di depan aku tadi selamat aku rempuh. Lepas tu aku dah tercungap2 sikit, bukan apa dah lama jugak aku tak lari sungguh2 mcm ni. Tetiba aku teringat sesuatu, cepat2 aku pandang board.

1. Yunie Kim – 09.38 saat.

Eh, aku nombor satulah! Belum sempat nak happy2, para lawan aku dah dtg ucap tahniah. Aku cuma sengih, ucap trimas and tunduk2 hormat. Bukan apa, semua sunbae aku tu. Kena la hormat.

Aku bergerak ke tepi trek. Rasa mcm nak join Sanghoon oppa tapi dia dah xde pulak. So aku ke tempat pendaftaran dan uruskan sesuatu, sebelum ke tepi trek balik sebab nak tengok Sam lari.

Okay, bencinya. Sam dpt no 1! Uff, kena lawan dialah pulak, dia n kdg2 jadi punca aku kalah lumba,sbb dia lari mcm angin tsunami hahaha. Lepas dia daftar nama terus dia peluk aku.

“tengok Yunie! Aku masuk final! Haha aku lawan kaulah nanti.” Aku mencebik tapi lepas tu aku senyum balik.

Kumpulan lima bersedia nak lari. Dan, mula! Ahh, Bora unnie! Dia jatuh n cedera. Dia x dapat nak teruskan. Kesian dia.

“tak merasalah kita nak lawan dia. Tahun ni, dia last masuk sini.” Aku mengangguk2.

*************************************** 

Aku masuk archery. Sam masuk lompat tinggi. Kedua2 acara ni dijalankan serentak. Ahh aku x dpt nak tengok Sam, n begitulah sebaliknya.

Untuk group kami, E, aku berpasangan dgn U-ji unnie dr group BESTie dan Dohee dr grup TinyG. Semasa latihan, kami mmg tak ada apa2 masalah. Jadi, kami mula berkawan dr situ. Walaupun mereka mengharapkan aku menjadi ace, aku tetap gementar.

Lawan kami ialah kumpulan Secret dr grup B. aku dapat membidik dengan agak tepat. Memang lega sbb kami dapat masuk peringkat seterusnya atas beza yg mmg tipis, 5 markah.

“Yunie, lawan kita lepas ni 4Minute sunbaenim,” ujar U-ji unnie. “tak apalah unnie. Kita buat yg terbaik sajalah,” balasku sambil tersenyum. Dohee hanya bersandar di kerusi. Mukanya kelat. “susah nak lawan 4minute. Mereka kuat,” ujarnya.

“tak apalah. Kalau ada rezeki kita, dapatlah,” Dohee hanya tersenyum memandang aku.

Tiba juga acara untuk kami. Memang kami ketinggalan banyak mata.

Aku org terakhir yg membidik. Aku cuba fokus.

‘Yunie, masa latihan kau selalu dapat 10 mata. Apa kata kali ni, dapatkan 3 row sekali. Banggakan diri sendiri.’ Aku mula bermotivasi. Aku menarik nafas. Zzuup! Bidikan pertama. Nafas terhembus.

10 markah.

Bagus, lagi 2. Kembali ke aksi tadi, dan..

10 lagi.

Mata sudah menyaingi mata 4minute walupun hanya 3 markah. Zzup!

10 juga.

Aku mengeluh kecil. Aku tersenyum pahit ke arah mereka berdua dan mereka memeluk aku.

“bagusnya Yunie, tak apalah kita tak dpt pergi final pun.” Ujar U-ji unnie. Aku hanya mengangguk2. Yelah, tgk mata pun dah tahu, kitorg kalah punya.

Tak apalah, bukan rezeki.

***************************************

“macam mana?” ujar Sam. Di lehernya tergantung pingat gangsa. Belum dengar jawapan aku, dia dah membebel dulu.

“Bora unnie mmg tak boleh dikalahkan! Then aku kalah pulak dgn Eunji unnie.”

“at least dpt gangsa. Kena belanja kamilah!” usikku sambil tersengih.

“alah gangsa je pun. Belanja makan ramen sudah,” balasnya sambil ketawa.

“eh Yunie! Kau taknak tengok ke Niel lawan?”

“eh ha’ahlah! bila?”

“eh jom jom!” dia menarik tangan aku.

************************************************

“Ricky fighting!!”

Itu bila turn Ricky nak lompat. Bila turn Niel…

“Niel fighting!!” jerit Sam. Aku rasa nak tumbuk dia sbb suaranya kuat sgt.

Niel hanya sengih ke arah kami dan turut menggenggam penumbuk. Tersekat jugaklah rasa nafas ni bila dia melompat tu.

170 meter. Dan dia lepas!

Aku bertepuk tangan. Bangganya, bangganya! Aku tengok siapa pula lawannya lps ni.

Tao. Ohh si maknae EXO yg tinggi. Nervous jugak ni, dia terror kot. Mata dia sembap gila aku tengok. Sam di sebelah sudah menggeletik.

“Tao is going to jump. Look, it’s our Tao!” muka fangirling dia dah dtg. Yelah, kami berdua mmg suka tgk Tao walaupun dia bermata panda.

Ughh, 170 dan tak lepas. Dia nampak kecewa sgt.

Sam pulak yg melebih. “aww, Tao oppa tak lepaslah ~ dapat perak jelah dia nampaknya.”

Oleh sebab ramai yg tak lepas 170 n nak cari pemenang gangsa, palang diturunkan 5 cm.

Sekali sampai tiga orang daaa yg lepas, termasuklah si Ricky. Apa lagi, kembang terus muka dia yg dah sedia kembang tuh.

Automatically, emas milik Niel! Dah 3 kali berturut2 dia pegang gelaran juara sejak Minho sunbaenim tarik diri dari masuk acara ni.

*****************************************************

Acara 100 meter perempuan final.  Aku tarik nafas. Nasib baik Sam selang 3 baris dari aku. tak adalah aku rasa nervous sgt.

Wisel dibunyikan. Aku fokus.

Lari! Lari! Fokus!

Dan sekali lagi aku nampak tali putih tu, aku yg langgar.

Macam biasa, aku tak kisahkan benda tu dulu sbb aku penat. Nak cari oksigen dulu. Tapi Sam dah peluk aku dulu ni! Terus aku rasa nak jatuh terduduk tapi nasib baik tak.

“Yunie! Kau menang!”

“yah, congrats hoobae!”

********************************************************

Aku pandang pingat emas tersebut. Bangga jugaklah, nak2 aku pecah rekod kot! 08.95 saat, hoho. Sam tak dpt apa2 sebab dia tak lari sungguh2 pun.

"aku malas la nak lari. mlm karang aku nak practice, nanti penat sgt maunya aku tertidur kat studio."

Kami duduk dalam grup E. bersembang2 dgn grup baru Woollim Ent., Tasty. Kembar hensem tu lah. Peramah gila diorang. Daeryong hyungie dpt pingat gangsa untuk lari 100 meter.

Lepas tu, kami tgk acara lari berpagar untuk lelaki. Final. Mata aku n Sam dah tentu2 melekat pada 2 org jejaka tampan, Minho SHINee dan Dongjun ZE:A! mereka mmg harapan nak dapat emas.

Tapi sayang, Minho sunbaenim tersekat langkahnya dan terjatuh. Dongjun yg dapat emas akhirnya. Dia mmg kuat lari, dahlah handsome.  *mood fangirling*

******************************************************************

Sedang aku dan Sam bersembang nak tunggu hari ni habis, Ricky dtg mendekat.

“mana Jonghyun?” soal Sam.

Ricky tak jawab cepat2, mukanya monyok je. Lepas duduk sebelah aku baru dia bersuara dgn nada merajuk.

“dia main dgn Niel hyung. Changhyun nak join tapi mcm disisihkan aje,” suaranya sedih.

Sam ketawa. “alololo, duduk kat kitorang jelah eh. Lovely nak apa? nak main apa2 ke? Kitorang pun bosan jugak ni.” Aku mengangguk2.

“tak payahlah noona. Noona sembang apa je tadi? Nak dgr jugak,” balasnya.

“hmm tak ada apa pun. Hmm, kamu dah dpt medal, nak belanja noona makan apa?” Sam menyoal laju.

“alah noona berdua pun dpt medal apa,” katanya tak puas hati. Aku ketawa. “memanglah. Tapi noona rasa noona nak tanya kamu je nanti nak makan kat mana. Noona boleh bawak.” Aku menjawab.

“noona dpt gangsa je pun, noona belanja ramen sudah.” Sam meng’flip’ rambutnya. Ricky memuncung. “ramen je? Yah saya pun dpt gangsa jugak, nanti saya belanja ramen jelah eh?”

Sam membulatkan mata. “noona baru nak mintak kamu belanja ttaebokki goreng.” Ricky tetiba menyinarkan mata. “takpelah noona. Nanti Changhyun bawak noona berdua ke gerai ttaebokki. Changhyun nak ttaebokki!” teriaknya. Kami ketawa sama2.

Bersembang dgn maknae yg seorang ni mmg best. Senang nak disuruh, senang nak bawak bersembang… dah rasa mcm adik sendiri dah. Sam pun dah tak kisah nak peluk2 dia sbb Ricky mmg tak kisah. Lagi menggedik adalah.

“RICKYYYYYYY!!!”

Pehh, sikit punya kuat teriakan tuh. Itupun sbb stadium ni bising.

‘Omma’ Chunji datang mendekat. “yah ppalli! Turn kita nak lari ni.” Belum sempat Chunji mendekat dia sudah berlari dahulu. Tapi dia berpatah balik.

“yah noona! Jomlah sokong Changhyun cepat,” gesanya sambil menarik tangan kami berdua. Cepat2 kami bangun.

“noona nak sokong Hoya oppa la,” aku mengusik Ricky. Dia menoleh dan memuncung. “alah noona. Sokonglah kami!”

“RICKYYYYYYY!!!!!!”  hailah, taulah aku tak boleh lawan high-pitch tahap angel dia tu. Rasa nak balas pun xde semangat nampaknya si Ricky ni, haha.

“neh, orang datanglah ni!” dia kembali berlari. “noona! Sokong kami tau!”

“noona tetap sokong korang! Takyah risau!” jerit Sam pulak.

Kami cepat2 bergerak ke tepi trek. Sunbae nak lari ni, kenalah tengok.

First runner, Ricky yg tembam. Second runner, Chunji oppa yg putih melepak menyinar2. Third runner, CAP oppa yg serius memanjang. And fourth runner, Changjo yg terlebih semangat fighting.

Sebelah diorang Infinite sunbae kot. Hush, seram seram. Terutamanya kat Hoya. Dia larii laju ohh.

Wisel berbunyi. Ricky yg berlari di trek satu terus pecut. Advantage jugak sebab dia kat depan. Aku dgn Sam mmg x duduk diamlah, menjerit2 dari tadi. Pas baton ke Chunji oppa. Good oppa, good! Pas baton. CAP oppa lari laju jugak. Okay jap. Alamak, gap dgn Infinite dah dekat OMG OMG! C’mon CAP oppa!

Baton beralih ke tangan Changjo and TeenTop still kat depan. Okay ini nervous. Last runner utk Infinite is Hoya sunbaenim.

Something happened.

Ah! Baton Infinite terlepas! Infinite ketinggalan! … sedikit. Tapi…

Kau tengok Hoya kejar Changjo mcm mana. Menganga aku dgn Sam tengok. Dalam hati aku…

‘c’mon Jonghyun! C’mon! Jonghyun jebal!’  lepas tu…

‘oh Hoya sunbaenim, bergayanya dia!’  tsk tsk.

Dan TeenTop menang dgn gap yg sangat-sangat dekat. Infinite menang no.2.

Dan aku sgt pasti komen mereka akan berbunyi begini, “kalaulah baton tadi tak jatuh, pasti kami dah jadi juara!”

Yeah, cakaplah apa2 pun sbb mmg diorang boleh menang kalau benda tu tak jadi. And Infinite patut berterima kasih pada Hoya sbb Hoya mmg lari laju gila tadi, sampaikan gap dia dgn Changjo jadi sangat dekat.

Aku dan Sam sdg sibuk bergosip2 pasal tadi bila Changhyun n Jonghyun dtg mendekat.

“noona! Kami dapat emas! Yeaaahh!”

Haha, nampaknya masing2 ada medal ya. Masing2 kena belanja makan la macam ni. ~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet