[PROLOG]

I'll be Your Tomorrow

"Hey, kesian aku tengok kau. Mak ayah kau tinggalkan kau dan kau dah tiada sesiapa...

...kau nak tahu sebab apa? Sebab kau gila! Kau GILA. Mana ada mak ayah yang nak anak diorang gila."

 

Tawa kedengaran di sekelilingnya. Kali ini lebih kuat mereka menyakat.

 

"Tak! Aku tak gila!! Mak ayah aku akan datang ambil aku kat sini. Aku tak gila!" Dia menutup telinganya dan menangis. Penat dengan semua ini...

 

-

 

Mata dibuka apabila merasakan pedih cahaya matahari yang meyelinap masuk ke dalam biliknya. "Mpphh..." Lelaki berambut kusut itu menggosok matanya yang kuyu dan duduk di atas katilnya. Dia mengerling ke arah jam loceng dan ia menunjukkan pukul 8:35 a.m. Apa yang terjadi malam tadi..? Apa yang berlaku semalam..? Aku kat mana? Ini...rumah aku? Haich! Dia menggosok tengkuknya, bingung sambil melilau memandang sekeliling. Kemudian, dia turun dari katil dan masuk ke bilik air. Setelah itu, dia yang ingin keluar dari bilik tidurnya menghentikan langkah di hadapan pintu yang masih tertutup itu. Terdapat beberapa keping nota kecil berwarna biru tertampal di pintu. Aku yang tulis ke? Lelaki tinggi lampai itu pun membacanya.

 

"Park Chanyeol, hari ini permulaan bagi minggu baru kau. 23 May 2013, Khamis."

"...kehilangan memori jangka pendek sejak 12 Julai 2007."

"Kau tak dapat ingat sesuatu lebih daripada tempoh 2 minggu."

 

Dahi Chanyeol berkerut. 23 May 2013? "Tapi bukan ke semalam baru 11 Julai 2007?" Dia bersuara perlahan. Jenis penyakit yang dialami oleh Chanyeol kebiasaannya disebabkan kerosakan pada otak atau pengaruh alkohol dan ubat. Selain itu, peristiwa trauma yang berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit ini. Setelah itu, pesakit sukar untuk mencipta dan menyimpan memori baru walaupun mereka mampu mengingati segala kenangan dan peristiwa yang terjadi sebelum mereka mendapat penyakit ini seperti nama, tempat lahir dan segala yang dahulu. 

          Chanyeol keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur sebelum tersepak satu objek di lantai. "Ouch!" Dia menggigit bibir bawahnya, kesakitan sambil memandang ke bawah. Dia melihat objek yang disepak oleh kakinya tadi. Sebuah gitar berwarna coklat dan terdapat sekeping nota kecil berwarna kuning di atasnya. Lelaki berbaju hoodie biru itu tunduk mengambil nota tersebut. 

 

"Park Chanyeol, sedia untuk persembahan malam ni kat HwangDeok Park, pukul 8 malam!"

 

Senyuman tertampal di wajah lelaki tampan itu. Aku? Pemain gitar? Wow! Kemudian, dia meneruskan langkah ke dapur. Tiba-tiba dia terfikir, "ah! Kejap. Tapi... kat mana HwangDeok Park?!" 

 

-

 

Sekumpulan pelajar a.k.a penuntut universiti sedang duduk berbual di sebuah meja kafeteria. Mereka baru tamat kelas. "Jadi, macam mana hidup baru?" Jongdae, seorang lelaki berambut sedikit curly bertanya kepada rakan karibnya, Byun Baekhyun yang baru berpindah masuk ke apartmen barunya.

          "Hidup baru apa?" Baekhyun menyoal kembali sambil sibuk memotong daging di pinggannya. Daging lembu tersebut lebih menarik perhatiannya berbanding lelaki di hadapannya itu. Jongdae memusingkan bebola matanya, berasa geram dengan Baekhyun. Sejak bila rakannya itu menjadi begitu lembab untuk menangkap kata-katanya dan sejak bila rakannya itu lebih mementingkan daging lembu berbanding dirinya. 

          "Maksud aku, macam mana lepas kau dah pindah rumah baru ni?" Jongdae bertanya dengan lebih jelas. Harap kali ini Baekhyun faham. Baekhyun ketawa kecil apabila melihat muka Jongdae yang sedang jengkel. 

          Baekhyun mengangkat bahu dan membalas, "um..ok je. Semua baik-baik je." Dia menyumbat potongan daging ke dalam mulut kecilnya. "Tapi, terasa agak sunyi sebab sorang-sorang. Huhu." Proses perpindahan masuk ke apartmen baru sememangnya memenatkan. Lebih-lebih lagi, semuanya perlu diuruskan sendiri. Setelah tiga hari, barulah selesai mengemas rumah dan menyusun barang.

          "Baek, esok kau ada kelas?" Seorang rakan mereka, ZiTao bertanya. Baekhyun berfikir sejenak sebelum menggeleng kepala. "Cool! Jadi, malam ni kau ikut kitorang pergi HwangDeok Park. Okay?!" Lelaki yang juga mejadi presiden kelab Wushu itu tersenyum lebar. 

          Baekhyun mengerut dahi dan memandang lelaki muda di sebelahnya. "HwangDeok Park? For what?" Dia seorang yang mudah mendapat rakan. Mungkin disebabkan daya tarikan yang ada padanya. Wajah peramah, kerajinan dan penampilan, membuatkan ramai orang ingin berkawan dengannya. Walaupun kadang kala dia bersikap agak dingin.

          "Kita akan menonton satu pertunjukan muzik. Malam ni, pukul 8:00. Aku datang jemput kau kat apartmen. Bersiap cepat tau!" Jongdae melemparkan senyuman kepada Baekhyun. Hujung bibirnya kelihatan menaik apabila dia senyum. Ia merupakan tarikan yang ada padanya. 

          "Tapi assignment aku- " 

          "No, no, no. Kau boleh buat itu semua kemudian. Tangguh untuk malam ni je. Kita boleh lepaskan tekanan... sekali-sekala." ZiTao memotong kata-kata Baekhyun. Lelaki berbibir nipis itu tersengih nakal. Baekhyun menongkat kepala di atas meja.

          "Jadi?" Seorang lagi rakan mereka, Luhan bertanya kata putus daripada Baekhyun. Dia memeluk bahu lelaki di sebelahnya itu. Senyuman terukir di wajah comel Luhan. Manakala, Jongdae tidak begitu memaksa Baekhyun kerana dia kenal benar sikap rakan karibnya itu. Sekali Baekhyun telah mendapat tugas assignment atau apa-apa kerja daripada pensyarah, dia pasti akan menyiapkannya secepat yang boleh dan menumpukan perhatian kepada semua tugasan tersebut. Sebab itulah dia pernah dianugerahkan gelaran Smart Student ketika di sekolah menengah. 

          "Um...tapi pastikan ia berbaloi, atau tak korang yang akan siapkan semua assignment aku." Baekhyun membalas, berbaur mengancam sebelum menghirup kopi Moka nya. ZiTao dan Luhan ketawa seram dengan ancaman Baekhyun tadi walaupun tahu lelaki kecil itu tidak serius dengan kata-katanya. Nampaknya, Baekhyun setuju untuk pergi ke pertunjukan muzik itu malam ini. Jongdae hanya tersenyum ringkas sambil mengacau jus orennya. 

 

-

 

Seorang lelaki bernama Oh Sehun masih sibuk membuat persediaan bagi pertunjukan yang sepatutnya sudah bermula itu. "Hey! Mikrofon. Dah siap?" Sehun bertanya kepada pembantunya. Ok! Mikrofon, checked! Kerusi, checked! Pentas, checked! Kehadiran penonton, checked! Tapi... "Kejap! Mana Chanyeol?!" Sehun yang sudah kelihatan tidak bermaya itu bertanya kepada pembantunya. Jika Sehun diletakkan di sebelah zombie pada ketika ini, mereka hampir tiada perbezaan. Lapar, geram, tidak terurus dan menakutkan. Sekarang, Chanyeol pula belum tiba. Jangan kata mereka perlu meneruskan pertunjukan ini tanpa si penyanyi sedangkan para penonton semakin ramai memenuhi kawasan lapang itu. Jika Chanyeol tidak datang, apa yang mereka perlu buat bersama semua penonton? Main teka-teki? Atau main True or Dare? Urgh! -.-

          Penonton semakin ramai dan jam sudah menunjukkan pukul 8:05 malam. Walaupun pertunjukan itu sekadar pertunjukan biasa yang sama seperti sebelum ini. Hanya sebuah pertunjukan percuma bagi para penuntut universiti atau warga kota yang kepenatan dan inginkan sedikit hiburan/kelapangan. Tiba-tiba Sehun teringat sesuatu sebelum menjerit. Ok, kali ini dia kelihatan lebih teruk berbanding zombie. "Argh!! Aku lupa...! Hari ni dah masuk mingguu baru untuk dia. Jadi, mesti dia lupa jalan ke sini. Yaich! Oetteokae?! Pabo yah! How can I forgot about this..?" Dia memutuskan untuk mencari penyanyi dan pemain gitar lain bagi menggantikan tempat Chanyeol sementara dia pergi mencari lelaki tinggi lampai itu. "Junmyeon hyung, tolong minta Yixing gantikan tempat Chanyeol kejap. Saya nak pergi cari budak tu." Sehun berpesan kepada Junmyeon, seorang lelaki berkulit cerah yang memakai topi merah dan berkemeja putih berhampirannya. Lelaki itu menunjukkan isyarat 'ok' dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Kemudian, Sehun bergerak ke kereta dengan tergesa-gesa.

 

-

 

"Baek Boo, palli jaebal..palli!" Jongdae yang telah menunggu Baekhyun hampir 10 minit itu menjerit dari luar rumah. Beberapa saat kemudian, Baekhyun yang berbaju kot hitam, berseluar tight hitam dan bertopi hitam itu melangkah longlai dari pintu rumahnya. "Whoah! K-kenapa ni? Kau takde baju lain selain warna hitam?" Jongdae menahan gelak, melihat pakaian rakannya itu dari atas ke bawah dan keatas semula. 

          "Just shut your mouth. Aku tinggalkan assignment aku dan sekarang aku rasa macam nak bunuh kau, Kim Jongdae." Baekhyun mengecilkan matanya, memandang Jongdae dengan penuh rasa geram sebelum dia memusing ke belakang untuk mengunci pintu rumah. Dia kelihatan agak moody. 

          "Tapi... kenapa mesti hitam? Topi, baju, seluar. Dah macam berkabung je aku tengok!" Akhirnya tersembur juga tawanya. Baekhyun tidak merasakan ada sesuatu yang kelakar dan membiarkan Jongdae ketawa seorang diri yang kemudiannya dia menjadi janggal apabila ketawa sendirian dan akhirnya dia berhenti gelak. "Kau nak pergi majlis kematian siapa ni?" Lelaki itu masih cuba berlawak setelah melihat Baekhyun tidak gelak bersamanya tadi. 

          "Kau." Balas Baekhyun, pantas dan ringkas. 

          Erk! Jongdae tersentap tetapi terus mengejar Baekhyun yang sudah mula mengatur langkah meninggalkannya yang masih berdiri kaku di hadapan pintu rumah. "Baekkie~ Janganlah bad mood sangat. Aku gurau je tadi. Sebenarnya kau nampak sangat sesuai dengan...err...satu-set-pakaian-hitam ni. Muka putih kau menonjol lebih cerah!" Jongdae membersihkan kata-katanya awal tadi dengan pujian. "Cepat, ZiTao dan Luhan dah tunggu kita kat sana."

 

-

 

Yixing bermain gitarnya dan menguasai pentas dengan baik. Kawasan penonton semakin penuh. Sudah hampir 10 minit dia di situ, menggantikan Chanyeol buat sementara. Sehun, berapa lama lagi aku kena kat sini?! Palli! Palli! Yixing bersungut dalam hatinya. Memandangkan hari ini bukan gilirannya untuk membuat pertunjukan, jadi, dia tidak mempunyai apa-apa persiapan. Ketika Yixing dipanggil Junmyeon untuk menggantikan Chanyeol 10 minit yang lalu, dia yang sedang meminum air terus menyembur air itu keluar sebelum sempat masuk ke tekaknya. Lebih parah, Junmyeon yang menerima semburan tidak sengaja itu. Yixing mengelap mulutnya dan membulatkan mata. Apa?! 

          "Eh? Hari ni turn Yixing ke?" Jongdae yang baru tiba bersama Baekhyun datang menghampiri Luhan dan ZiTao yang duduk di atas tembok. Oleh itu, mudah bagi Jongdae untuk mencari mereka. Jongdae memeluk bahu Baekhyun dan berdiri di tepi tembok sambil memandang ke arah pentas. 

          "Tak. Dia kata dia gantikan Chanyeol sekejap. Chanyeol belum sampai." Luhan menjawab. Dia memandang Baekhyun, "hey, Baek. Kau takutkan akulah. Aku hampir tak nampak kau! Nasib baik masih ada muka." Luhan ketawa kecil. ZiTao mengalihkan pandangannya kepada Baekhyun. Lelaki kecil itu hanya tersengih sinis.

          "Hyung, tak nak naik atas ni?" ZiTao bertanya Baekhyun setelah perasan kaki Baekhyun yang sedikit menjingkit untuk melihat pentas. Setelah ditanya, pantas Baekhyun berhenti menjingkit, segan. Walaupun begitu, mereka yang lain merasakan Baekhyun comel dengan sikapnya seperti itu.

          Baekhyun hanya menggeleng kepala dan terus memandang ke arah pentas. Sempat dia menghela nafas, kebosanan.  

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
_peterbell_
Every minutes, every seconds are very important for us. Use it wisely :)

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet