Shhh.. Secret
Our Sweet Childish Love"Naeun." Hyeora duduk di hadapan Naeun sambil menongkat dagunya di meja.
"Kau tunggu aku ek kt Taman tu ?" Naeun tersengih - sengih .
"Memang aku tunggu pun . Kau pergi mane?" Hyeora mengetap - ngetap jarinya di meja . Hyeora kelihatan seperti tidak bersemangat .
"Tak , aku nak jumpe kau sebab aku nak ajak kau pergi melawat kakak aku kt Busan . Aku perlukan seorang peneman . So kau kan kawan aku." Jelas Naeun .
"Habis , kenapa kau tak datang?" Hyeora mengangkat wajahnya .
"Sorrylah , waktu aku nak keluar tu mak aku membebel sebab dy takut lewat nanti nak balik kampung . Haritu aku nak balik kampung . Sorry sngat2 weyy ." Naeun membuat muka bersalah .
"Aishh " Hyeora merapatkan pipinya dengan meja . "Kau tahu tak sebab kau..." Hyeora berhenti sebelum menghabiskan ayatnya .
"Sebab aku ? Sebab aku apa ?" Naeun mengerutkan dahinya dan menunjuk ke arah dirinya sendiri .
"Tapi .. Shh .. Secret," Hyeora menunjukkan isyarat senyap.
"Kenapa ? Citelah." Naeun beriya - riya nk tahu ape yg dh berlaku .
"Sebelum tu janji dengan aku kau takkan pernah bagitau sesiapa . Pinky promise !" Hyeora menunjukkan pinky fingernya .
"Yelahhh.." Naeun mengeluh lembut dan melakukan pinky promise dengan Hyeora . Macam budak - budak ponn ade .
"Ha , crite lah kenape . Tak sabar nak tahu ni." Naeun merapatkan dirinya dngn Hyeora. Kalau duduk kt tempat kekal pun dengar jugak suara Hyeora .
"Aku kene kahwin dengan sorang mamat sebab ko." Hyeora mencebik.
"Hah ? Kahwin ? Sebab aku?" Naeun mengerutkan dahinya seraya mencerlung matanya .
Hyeora menceritakan apa yang berlaku kepada Naeun .
"Weh aku mintak maaf sangat - sangat lah kalau semua ni salah aku . Kau jangan marah kat aku tau . Ni yang buat aku dup dap dup dap ni." Naeun mengurut - ngurut dadanya .
"Tulah , babun betul ." Hyeora meriakkan wajahnya dengan kemuraman .
"Tapi , sape mamat yang bakal bergelar suami ko tu?" Naeun menyoal .
"Oh Sehun . Kelas sebelah ." Hyeora menyengetkan bibirnya .
"Wuyyooo , pemes kot mamat tu kt skolah ni . Ramai yg melting ngn dy . Untunglaa tuu." Naeun menggoncang - goncang tangan Hyeora .
"Boring lah cakap ngan ko." Hyeora bingkas bangun .
"Ko nk prgi mane pulak tu?"
"Nak pergi bumbung," Hyeora meneruskan langkahnya .
______________________________________________________________________________
Hyeora pergi ke beranda bumbung dan melihat sekeliling .
Tiba - tiba dia terdengar suara lelaki sedang berbual .
Lantas dy berpaling ke tepi dan ..
"Alamak , mamat tu ada kat sini." Hyeora menyorokkan mukanya .
Selepas itu orang yang bersama dengan Sehun di atas bumbung tu turun dan tinggallah Sehun dengan Hyeora tanpa
Sehun menyedari Hyeora berada di tempat yang sama dengannya sekarang .
Sehun memandang ke bawah dan melihat ke arah budak - budak lain yang tiba - tiba saja berkumpul di aras bawah blok tersebut .
Tiba - tiba ada seorang pelajar perempuan berambut curl dan keperangan mengarahkan murid - murid lain berkumpul di satu tempat dekat aras bawah blok tersebut.
"Eh ? Diorg nak buat apa pulak tu ?," Hyeora kehairanan apabila melihat reaksi budak - budak yang berada di bawah .
Pelajar perempuan yang tidak dikenali tadi tu bersuara . "Eh ! Korang ! Korang nak tahu tak ! Dua orang yang ada atas bumbung tu ! Tak lama lagi nak jadi pasangan pengantin !" Jerit pelajar perempuan itu sambil menunjuk - nunjuk ke arah Sehun dan Hyeora .
Hyeora tersentak lantas dia bercangkung utk mengelakkan murid - murid lain daripada dapat melihatnya .
Telinga Sehun ibarat berasap dan mukanya merah padam . Kotak Jus Oren di tangannya dikonyok dan dibaling . Segera Sehun turun ke bawah .
Hyeora yang melihat reaksi Sehun "Manalah pulak mamat tu nak pergi ?" Lantas Hyeora bangun dan turut turun ke bawah .
_______________________________________________________________________
Hyeora memulas tombol pintu bilik Cheerleaders dan lantas dia membuka lockernya dan mengambil sapu tangan kecil .
Hyeora mengesat - ngesat air matanya yang laju mengalir .
Pada waktu itu Naeun masuk ke bilik tersebut . Dari tadi Naeun mencari kelibat kawannya itu .
"Apa yang dah jadi ni?" Naeun berjalan ke arah Hyeora .
"Kau nangis ke?" Naeun mengusap belakang Hyeora apabila terdengar esakan Hyeora .
Lantas Hyeora berpaling ke arah Naeun . "Kau tak payah berpura - pura . Kau yang sebarkan kan?"
Naeun menekup mulut Hyeora . "Bukan akulah . Kau ingat aku ni mulut celupar ke ? Dah banyak rahsia kau aku simpan tahu tak . Aku kan kawan ko . Dari sekolah rendah kita kawan kot . Janganlah kau tuduh aku melulu," Jelas Naeun panjang lebar .
Hyeora menepis tangan Naeun . "Kalau bukan kau , sape lagi yang tahu dan sebarkan hal ni?"
_______________________________________________________________________________________
Comments