Part 3 (Last)

Only You The Princess

            Awal pagi yang indah, Jongdae dan Ha Neul sudah bertolak daripada rumah dengan menaiki basikal ke sekolah. Ramai pelajar yang masih belum sampai tepat pada waktunya. “Kata omma aku, kau ada lagi 2 abang yang bersekolah disini.” Jongdae memulakan perbualan sambil masih mengayuh basikal. “Hmm.. Yup, they are school in here too. Why?” jawab Ha Neul. “Hey Ha Neul. -_- A..apa theyla skultu? Cakaplah bahasa yang aku faham. Adoyai~” keluh Jongdae. “Hahaha… Maaflah. Nanti-nanti Ha Neul cerita eh. Jom, kayuh laju lagi.” Ha Neul geli hati melihat gelagat Jongdae.

            “Aku dengar ada budak pertukaran ke sini. Budak tu daripada Kanada. Betul ke?” gosip-gosip liar selalu tersebar dengan pantasnya. Kecoh, huru hara, semak macam perang nak berlaku. “Pelajar yang terlibat dengan perkhemahan belum pulang lagi?” tanya seorang guru kepada pelajar-pelajar kelas elit 4A/1. “Mereka pulang hujung minggu ni cikgu, cikgu lupa ke?” jawab seorang pelajar dengan selambanya. Semua ketawa. “Diammmmlah..~”
            Sekolah seperti biasa, pelajar belajar dan guru yang mengajar. Jongdae dan Ha Neul pulang ke rumah dengan muka letih dan kelaparan. “Omma~ Kami perlukan makanan.” rintih anak Pn. Yonghee seperti anak burung.

            “Ha Neul, aku nak pergi keluar main bola dengan kawan-kawan aku. Kau nak ikut tak?” Jongdae bertanyakan pada Ha Neul. “Takpelah, Ha Neul nak rehat dan siapkan kerja sekolah.” respon Ha Neul. “Okay, nanti nak tiru. Ahahaha.. Gurau je.” lawak Jongdae. Ha Neul tersenyum lalu dia masuk ke biliknya. “I feel I miss Geunsuk. Time to say Hi to him. Long time didn't Skype with him."

 

Geunsuk Bill                      

Hey bestie..! How are you?

I cant hear ur voice.          

 Loudly please. Ahahaha xD

 

Haneul Yu                        

 Watch ur word okay. You r

the deaf one. Ahahaha xD

I’m fine, hbu Geunsuk?   

 

             Ha Neul yang dulu bukanlah seperti Ha Neul yang sekarang. Banyak perubahan berlaku mengikut peredaran masa. Gadis itu sibuk dengan pelajaran sehinggakan dia kadang-kadang terlupa untuk menghubungi orang yang tersayang. Mereka seperti faham akan keadaan Ha Neul yang baru untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Gadis yang tidak berapa fasih berbahasa Korea, tidak tinggal bersama keluarga dan terpaksa menerima beberapa perkara baru dalam hidupnya. Soal berdikari Ha Neul sangat pintar mengaturnya. Jonghun dan Donghyunlah yang banyak membantu adiknya tidak lupa juga Pn. Yonghee dan anaknya Jongdae. Kadang-kadang rindu Ha Neul terubat bila dapat menghubungi pakciknya dan juga sahabat karibnya di Kanada.

             “Amacam camping tahun ni? Best tak?” tanya Junyoung pada Hoseok. “Best giler tahap gaban, aku rasa nak pergi lagi tahun depan. Kan Namjoon?” Hoseok menyiku pinggang Namjoon sedikit. Namjoon mengangguk setuju. “Perghh, perempuan idaman aku dah datang.” Junyoung memandang ke arah gadis yang memasuki pagar sekolah sambil menongkat dagunya , selamat tak terkeluar air liur. “Sapa budak tu? Orang baru ke?” tanya Namjoon berminat ingin tahu. “Dia budak junior dari Kanada, apa ke namanya Sa Neul, Na Neul. Aku tak pasti.” jawab Junyoung tanpa menoleh. “Tak boleh jadi ni, kena siasat. Cantik kot. Macam artis. Mesti anak orang berada ni.” teka Hoseok sambil membetulkan rambutnya.

            “Kenapa Ha Neul tak bagitahu daddy?” suara Gunwoo agak keras di talian. Ha Neul tersentap. “H..Ha Neul minta maaf daddy. I’m just wanna make surprise.” jawab Ha Neul dengan suara bergetar. “Surprise? Aishh, apa la yang Chunji ni ajar kat anak aku ni. Ha Neul tahu kan daddy risau sangat sebab dah lama tak dengar khabar berita dari Ha Neul. Chunji pula sibuk memanjang. Abang-abang kamu pula satu pun tak reti nak telefon daddy bagitahu tentang Ha Neul.” bebel Gunwoo membuatkan telinga Ha Neul seperti nak berdarah. “I’m sorry daddy. Lagi pun bukan salah abang, Ha Neul yang rancang.” rengek Ha Neul lagi. “Malam ni datang rumah, kita dinner sama-sama. Takde kecualian. Okay?” pesan Gunwoo sebelum mematikan talian. “What’s the problem with daddy, I’m not say goodbye yet.” keluh Ha Neul dalam hati.

            Makan malam telah tersedia dimeja yang disediakan oleh tukang-tukang masak yang profesional lagi berkemahiran. Orang gaji je pun. Jonghun masih belum pulang manakala Donghyun masih lagi mandi. Hoseok bermain game di bilik manakala Namjoon menonton televisyen di bahagian rumah tingkat kedua. “Tolong panggil yang lain-lain.” arah Gunwoo kepada orang gajinya. “Daddy, maaf kami lambat. Saya jemput Ha Neul tadi dan jalan agak sesak.” jelas Jonghun sementara Ha Neul membututinya dan mengambil tempat disebelah Gunwoo. “Takpe. Duduk dulu sementara menunggu yang lain.” pelawa Gunwoo. Hati Ha Neul berdebar kerana inilah kali pertama dia bertemu kembali kesemua ahli keluarganya lagi-lagi Hoseok dan Namjoon. Kali pertama juga dia akan makan malam bersama. Selama ini Ha Neul kerap juga makan bersama ayahnya serta abang-abang yang banyak membantu itu.
            “Wahh, malam ni makan mewah betul. Asal ni daddy? Naik pangkat lagi ke?” Hoseok mendekati ayahnya tanpa menyedari akan kehadiran adiknya itu. “Hoseok, beragaklah sikit dengan daddy.” tegur Donghyun. “Dengki..!” Hoseok menjelir lidah pada Donghyun. Merah telinga Donghyun menahan marah. Hoseok masih lagi tak nampak adiknya yang duduk macam patung betul berhadapan dengannya. “Weh, bukan ke budak perempuan ni yang kita nampak kat sekolah tadi?” Namjoon berbisik di telinga Hoseok setelah perasaan akan Ha Neul yang menguntumkan senyuman manis pada mereka. “Err... Daddy, b..buat apa d..dia ni kat sini? Ini pelajar baru sekolah Hoseok.” Hoseok terasa seperti susah untuk menelan air liurnya semasa bercakap. “Tak mungkin daddy kenal dengan dia kan?” Namjoon mencelah dan masih memandang ke arah Ha Neul.

            “Sila perkenalkan diri wahai anakku.” kata-kata Gunwoo membuatkan kedua-duanya ternganga. “Apa? Anak?” serentak mereka berkata. “Ye anak, kenapa?” Gunwoo menjawab. “Daddy kahwin baru ke? Bila masa daddy kahwin? Kenapa kami tak tahu?”

            “Apa yang bebal sangat kamu berdua ni, kamu lupa yang kamu ni ada adik perempuan yang bernama Ha Neul?” marah Gunwoo. “Maafkan kami daddy tapi Ha Neul dulu tu buruk tak macam yang kami nampak sekarang ni.” jujur Hoseok menjawab. Donghyun menepuk kepala Hoseok. “Hormat sikit.” Hoseok menunduk meminta maaf. “Sebenarnya kami tidak berniat untuk membuang Ha Neul daripada hidup kami tapi kami rasa marah sebabkan dia mama..” kata-kata Namjoon terhenti oleh ayat Ha Neul. “Sebabkan Ha Neul mama meninggalkan. Abang patutnya berterima kasih sebab mama tinggalkan hadiah terakhir untuk keluarga kita sebelum dia pergi. Abang Namjoon dan abang Hoseok patut gembira kerana Tuhan tak ambil Ha Neul sekali. Macam mana perasaan ayah dan abang-abang yang lain bila dapat tahu tentang ini, mereka juga sedih. Mereka cuba mengembirakan Ha Neul. Sekurang-kurangnya abang-abang dapat lihat mama menjaga kamu semua tapi Ha Neul?” panjang lebar Ha Neul menjelaskan apa yang terbuku selama ini. Tampak sedikit air mata bertakung di mata Ha Neul. Hati mana yang tak terasa bila dihina dari kecil dan tidak disukai oleh abang-abang sendiri.

            Semua tanda tanya dan persoalan telah terjawab, Hoseok dan Namjoon juga telah berbaik semula dengan Ha Neul. Penantian yang ditunggu selama ini tidaklah sia-sia dan kepulangan Ha Neul ke Korea bukanlah satu kerugian. Ha Neul sudah pun berbaik-baik dengan kesemua abangnya. Gunwoo berasa gembira bila dapat melihat keluarganya bersatu kembali dan mengingatkan dia pada mendiang isterinya, Caebin. “Sayang~ Kalaulah awak masih hidup sekarang ni awak akan rasa bangga dengan puteri kita. Terima kasih kerana memberikannya pada kami.” bisik hati Gunwoo tanpa disedari air matanya mengalir ke pipi. “Daddy~ Are you cry?” Ha Neul ternampak lalu memeluk leher Gunwoo daripada belakang. “Takdelah.” ringkas jawapannya sambil menyeka airmata. “Don’t lie. I see that. Daddy rindukan mama eh?” teka Ha Neul. “Daddy sentiasa rindukan mama kamu dan daddy sayangkan keluarga daddy lebih dari nyawa daddy sendiri.” jelas Gunwoo sambil mencium pipi puterinya itu. Ha Neul tersenyum mendengar kata ayahnya. “I love you too daddy.”

            Kali ini Ha Neul pergi ke sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu yang mahir bersama Hoseok dan Namjoon. “Uncle, nanti ambil Jongdae eh. Ikut alamat ni.” arah Ha Neul sambil menghulurkan kertas beralamat kepada pemandu itu. “Dik, sapa Jongdae? Bf eh?” tanya Hoseok sambil mengusap kepala Ha Neul. “Bukanlah. Ada ke bf, tengok oranglah. Dia kawan sekelas dengan Ha Neul masa first time masuk sekolah.” jelas Ha Neul. “Kalau bf pun apa salahnya.” usik Namjoon sambil menarik perlahan hidung Ha Neul. “Aishh.. Apa ni. That’s not a joke okay.” bentak Ha Neul. “Did we care? Hahaha.. Ingat kami tak tahu nak speaking huh?” Hoseok pula mengusik Ha Neul. Adik beradik tak akan mesra kalau tak adanya buli, usik dan gaduh.

            “Sapa pula perempuan tu?” tanya pengawas yang bertugas dipagar sambil melihat ke arah kelibat yang menuruni daripada kereta mewah itu. “Itu adalah Yu Ha Neul, anak bongsu pengarah Asian High Bhd, Yu Gunwoo.” jelas Jaejin, ketua pengawas sekolah High School XXX.

 

- The End : Only You The Princess-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kaismyseoulmate #1
I like this idea, update soon, neh? ^^