(Malay) Love At First Sight

Description

Love at First Sight
[Prolog/Bahagian 1]


Korang melangkah keluar dari kereta Toyota Almera milik ayah korang. Korang senyum dekat mak korang sebelum memandang bangunan yang berada di hadapan korang. 
"SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PUTRA" perlahan2 korang sebut apa yang dilihat di depan mata.
"Ni rupenye sekolah baru aku. Boleh tahan juga."
Korang berjalan ke dalam sekolah tu sambil membetulkan tudung korang. Foyer, kosong. Tapak perhimpunan, sepi. Korang cuba cari dewan. 

"Haa, jumpa pun." Korang bukak pintu dewan tu. Haish. Kosong jugak.
Tiba-tiba korang ternampak 2-3 orang cikgu berjalan dekat kaki lima sekolah.

"Cikgu, boleh saya tanya? Semua murid ade kat mana?"

"Oh, mereka semua dah masuk kelas. Awak murid baru ye? Kebetulan kita jumpa kat sini. Saya pengetua sekolah, Cikgu Siti Zahora. Ini surat untuk kamu. Ada nama kelas, peta sekolah serta jadual pembelajaran awak."

"Terima kasih cikgu." Korang berjalan ke tingkat 2 sekolah. Kelas 2 Arif. 
//ketuk pintu//

"Assalamualaikum." 

"Masuk. Kelas, ini kawan baru kamu. Awak, sila perkenalkan diri."

"Selamat pagi, nama saya _________. Saya dari SMK Tun Hussein Onn. Saya berpindah ke sini atas urusan kerja ayah saya. Saya harap kamu semua layan saya dengan baik dan sudi menjadi rakan saya."

Korang tercari-cari tempat duduk yang kosong. Semua murid buat tak tahu saja. Memang menjadi tradisi budak sekolah untuk tidak layan budak baru. Apabila nampak kerusi kosong, semua memberi alasan murid tidak datang. Korang ternampak satu tempat duduk yang kosong. Sebelah murid lelaki. Cikgu memang dah bagitau yang pelajar lelaki dan perempuan duduk bersebelahan supaya tidak bising. Korang duduk kat situ. 

"Assalamualaikum, nama saya Byun Baekhyun. Eh, Muhammad Bakhtiar. Hehe. Saya belum biasa dengan nama baru. Keluarga saya muallaf. Kami baru saja memeluk Islam bulan lepas. Saya baru sedar inilah kebenaran yang saya cari  Selamat berkenalan." murid di sebelah korang bersuara.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah.. Harap kita dapat menjadi kawan baik." 

Bakhtiar tersenyum.

Comments

You must be logged in to comment
KUROBARAHIME
#1
Chapter 2: PLEASE UPDATE SOON!