Chapter 3

Married Before Love

Kedengaran bunyi garfu dan pisau di ruang makan dengan suara tuan rumah dan anak-anaknya. Menu makan malam hari ini cuma makanan Barat iaitu Rib Eye Steek. Biasalah, orang kaya, makan pun makanan mewah. Kelihatan mereka sedang menikmati makanan itu mereka nampak gembira apa entah lagi kalau bukan Encik Kim dan TaeYeon sendiri. Kenapa? Fasal mesyuarat tadilah mereka tidak berhenti senyum. Tiba-tiba, Puan Kim berkata yang dia berjumpa dengan rakan kolejnya di Butik H&M. Mereka berbincang tentang kerjaya mereka, serta anak-anak mereka. Apa yang mereka inginkan ialah, mereka mahu timang cucu. Mentang-mentanglah anak sudah besar panjang, mulalah nak fikir fasal cucu. Apa lagi, kalau nak tunggu anak mereka cari jodoh, sah-sah 3 tahun akan datang pun masih tiada. Jadi , mereka berpakat untuk kahwinkan anak mereka. Kahwin ya? Bulat terus mata TaeYeon. Macam biji mata itu hendak keluar  dari tempatnya.

"Berkahwin?"

"Ya, berkahwin. Awak kena kahwin dengan anak kawan Omma."

"Omma! Abang belum kahwin lagi Omma nak suruh saya kahwin pula."

"Nak buat macam mana, Omma suruh cari lelaki awak kata nantilah, nantilah. Bila?"

"Tidak pernah pun Omma memberitahu saya suruh cari jantan? Bila?"

Puan Kim hanya tersengih dan tersipu malu, lalu makan makannya. TaeYeon macam tidak percaya yang dia akan berkahwin dengan orang yang tidak dikenali.

"Alah, lagipun lelaki itu pun macam kamu, anak kedua. Kakak dia pun belum berkahwin. Jadi terima ajelah." TaeYeon memandang abang dan adiknya. Mereka pun mengangguk setuju serta Encik Kim. TaeYeon meletakkan pisau dan garfunya di atas meja dan mula berfikir.

"Baiklah. Saya terima dia and, kahwin itu bila?" TaeYeon meminum 'Poison'nya.

"Minggu depan."

Air yang berada dalam mulut TaeYeon dikeluarkan ke dalam cawan yang yang dipegang olehnya. Abangnya JiWoong yang melihat reaksi adiknya TaeYeon berasa geli dengan sikapnya.

"Eww" HaYeon bersuara.

"Minggu depan?! Omma." Inikan pula DooJoon. Memang tidak boleh diterima langsung. Habislah dia, kalau KyungRi dapat tahu yang dia akan berkahwin dengan perempuan lain plan jahatlah nampaknya. DooJoon sudah tidak boleh nak buat apa-apa. Sudahlah hari itu lambat dating, ini pula kena kahwin dengan perempuan lain. 'Alamak macam mana ni? Apa aku nak jawab ni?' Resah DooJoon. "Joonie-ya, kenapa ni? Nampak resah je?" DooRi menegurnya. Ibubapa DooJoon pula tertanya-tanya dengan DooJoon.

"Lambatlah kau ni! Kahwin ajelah." Ayahnya mengetuk meja kerana DooJoon lambat memberi respon. Menganga ajelah si DooJoon ni. Kakak dan mak dia dah tersengih-sengih. Bukan diorang yang nak kahwin. 

"Omma, rasanya nak buat konsep apa pada diorang? Kalau pasal make up saya yang uruskan tau." Laju betul DooRi kalau pasal kahwin.

"Sabarlah dulu. Omma pun tidak tahu bagaimana rupanya. Omma pun tidak sabar hendak berjumpa dengannya." Ini pun sorang lagi. Pertama kalinya nak kahwinkan anak macam inilah. Harap-harap mak kita tak macam itu. Mereka tetap gembira walaupun perjumpaan itu minggu hadapan tetapi tidak suka oleh DooJoon. Asyik geleng kepala dari tadi meihat gelagat kakak dan ibunya. Tangannya sudah menggeletar takut KyungRi dapat tahu. 'Terpaksalah.' DooJoon bingkas bangun dari tempatnya dan dilihat oleh ibu dan kakaknya. "Joonie-ya, nak pergi mana ni? Duduklah dulu."

"Takpelah. Joonie nak masuk dalam bilik." DooJoon berlalu pergi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mnm_0710
#1
wow...melayu style of fanfics...:)
taengoo_leaderlovely
#2
wahh! malay fanfic pasal taeyeon pula tu. happy nye!!! XD saya harap awak boleh siapkan fanfic ni nanti author-nim :) fightingg! ;)