The Story

The Death Of A Love

https://soundcloud.com/myungsushi/only-tears-infinite-piano

aff tak suka aku -.- feel free bukak lagu tu k! xD

 

    “Weh, aku takut,” ujar Seungyeon. Masih memegang erat telefon bimbitnya di tangan. Hatinya berdebar. Entah kenapa. Tangannya menggigil ketakutan. Seram sejuk? Jangan cakap.

 

   “Benda tu datang lagi?” tanya Jiyoung serius. Dia menatap nur pada bebola mata Seungyeon. Ada kolam jernih yang sedang menunggu masa untuk tumpah. Dia tahu, kolam itu menyakitkan.

 

   “Ya, dia datang lagi,” Seungyeon mengangguk lemah. Akhirnya, kolam itu tumpah. Membasahi pipi mulusnya yang agak kering itu.

 

   “Habis kau buat apa?” tanya Jiyoung. Dia cuba menyeka air mata yang kian membasahi pipi Seungyeon itu dengan ibu jarinya.

 

   “Aku tutup,” jawab Seungyeon acuh tidak acuh.

 

   Diam sebentar.

 

   “Weh, aku takut aku kena santau,” kata Seungyeon cuba membuat andaian. Cepat-cepat Jiyoung membantah.

 

   “Ah! Jangan cakap macamtu. Aku tahu, tak ada siapa dengki dengan kau. Lambat-laun pun kau akan tahu juga. Okay?” terang Jiyoung cuba mengubat hati Seungyeon yang lara. Pantas tubuh kerdil Seungyeon itu dipaut rapat ke dalam dakapannya. Jiyoung cuba untuk menghapuskan air mata Seungyeon itu.

 

   Namun tekaannya meleset. Tangisan Seungyeon semakin menjadi-jadi.

 

   “Aku dah penat weh. Aku dah penat dengan panggilan ni semua. Bunyi orang main piano, bunyi lelaki berdehem, bunyi kaca pecah, bunyi orang baca sajak dan bunyi orang menangis. Aku dah penat,” luah Seungyeon dalam dakapan Jiyoung berbaur tangisan. Dia cuba meluah segalanya. Dia dah penat menyimpan.

 

   “Seungyeon-ah, kau kena sabar. Macam aku kata, semuanya akan terbongkar. Tak kira lambat ataupun cepat, kau akan dapat sebabnya. Percaya aku okay? Aku tak nak kau macamni lagi,” pujuk Jiyoung. Pelukan itu dieratkan. Seungyeon hanya mengangguk lemah bersama tangisannya yang masih tidak berpenghujung.

 

   Panggilan misteri,

 

   Bunyi orang main piano,

 

   Bunyi lelaki berdehem,

 

   Bunyi kaca pecah,

 

   Bunyi orang baca sajak,

 

   Bunyi orang menangis.

 

   Semua itu satu beban buat Seungyeon. Dia sudah penat menanggung. Hari-hari, panggilan yang sama menerjah ke dalam hidupnya. Nombor telefon si pemanggil tidak sama. Setiap hari, berlainan nombor. Namun, isinya sama. Hanya untuk menyelubungi hidup Seungyeon dengan misteri.

 

   “Jiyoung-sshi, kau rasa orang itu ...... dia ke?” dengan drastik, Seungyeon melepaskan pelukkan itu. Matanya membuntang memandang jiyoung.

 

   “Dia? Siapa dia?” Jiyoung mula blur.

 

   “Ya, aku tahu mesti dia! Dia tak mati lagi, Jiyoung!”

 

Flashback

 

14 Februari 2012

 

   Seungyeon dan Jiyoung berjalan mengambil angin di Namsan Park. Hari ini Valentine Day. Jadi, memang sah ada pertunjukkan bunga api. Tapi yang peliknya, pasangan lain semua datang bersama teman wanita ataupun teman lelaki mereka. Hanya Seungyeon dan Jiyoung sahaja pasangan sejenis. Adakah ini sesuatu yang pelik?

 

   “Jiyoung, kau tak terasa pelik ke?” tanya Seungyeon separuh berbisik.

 

   “Apa masalahnya?” pertanyaan Seungyeon itu dibalas dengan pertanyaan. Seungyeon hanya menggelengkan kepalanya.

 

   “Tak. Diorang semua datang dengan couple. Kita je yang sejenis,” telah Seungyeon sambil tergelak. Tatkala itu, Jiyoung juga tergelak. Pantas tangan Jiyoung merangkul bahu Seungyeon.

 

   “Biarlah hahaha,”

 

  Kelakuan Jiyoung itu menggelikan hati Seungyeon. Namun, dia hanya membiarkan bahunya dirangkul Jiyoung walaupun dia tahu orang lain akan melabel mereka sebagai pasangan homoseksual.

 

   Malam itu... Namsan Park sangat meriah. Tak seperti hari biasa.

 

   “Weh, duduk jap,” ujar Jiyoung lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku. Seungyeon menurut tanpa apa-apa reaksi. Mungkin Jiyoung penat berjalan. Maklumlah, tenaga batin tak cukup hahaahaha k.

 

   Pandangan Seungyeon dibiarkan mengeliar ke seluruh pelusuk. Pasangan yang datang ke Namsan Park pada malam itu menarik pandangannya. Semuanya sangat romantik. Urgh. Sehinggakan mula terbit perasaan yang aneh di dalam hatinya iaitu, cemburu.

 

   Tiba-tiba, ada satu kelibat. Kelibat yang menarik pandangannya.

 

   Kacaknya.

 

   Sempurna.

 

   Senyuman dia manis.

 

   “Seungyeon? Apa kau tengok tu?” Jiyoung melayang-layangkan tangannya di hadapan wajah Seungyeon. Lamunan khayalan Seungyeon terhenti.

 

   “Apa apa?” Seungyeon berpura blur.

 

   “Hmmm biar aku teka,” Jiyoung mencari-cari kelibat yang asyik dipandang oleh Seungyeon tadi.

 

   “Kau pandang Woohyun oppa ke?” tanya Jiyoung tiba-tiba.

 

   Sentap.

 

   “Macam mana kau kenal dia weh?!” Seungyeon terkejut. Bagai mahu tertanggal tangkai jantungnya. Macam mana Jiyoung boleh kenal? Ini tak adil.

 

   “Laah, aku ingat kau kenal dia tu. Dia kan senior kita. Budak hot beb,” terang Jiyoung sambil mengunyah. Selang beberapa saat kemudian, dia menelan makanan yang telah dia kunyah tadi.

 

   “Isy,” Seungyeon melemparkan keluhan sebaik melihat kelakuan sahabatnya itu.

 

   “Siapa dekat sebelah dia tu?” tanya Seungyeon. Matanya tertancap pada kelibat yang sedang memegang erat tangan Woohyun.

 

   “Kau ni, dah terang nak bersuluh pula. Tu awek dia, senior kita juga. Hyomin kot nama dia. Entahlah. Yang penting ada Min Min kat belakang,”

 

   Keterangan Jiyoung itu membuatkan hatinya sakit. Sentap. Hancur bagaikan dilapah dengan pisau. Cinta pertama..... memang sakit ke?

 

14 Mac 2012

 

   Sebulan berlalu semenjak pertemuan Seungyeon dan Woohyun. Tak sangka, jejaka cinta pertamanya itu salah seorang senior di sekolahnya juga. Jadi, memang mudah proses usha-mengusha dijalankan. Namun, tak pernah ada sesaat pun peluangnya untuk berbual dengan jejaka itu datang. Penyebabnya? Hyomin.

 

   Seungyeon berjalan sendirian mengelilingi Shopping Mall. Entah apa yang dicari. Mungkin ketenangan? Ah. Sebenarnya dia meneman ommanya untuk membeli barang, namun entah kemana ommanya pergi. Tinggallah dia seorang diri mencari arah.

 

   Tiba-tiba, kelibat yang dikenali muncul di hadapan matanya.

 

   “Itu.... Woohyun?” fikir Seungyeon. Hatinya mula membuak-buak. Perasaan ingin menegur itu mula terbit. Perlu ke aku tegur? Ah aku tak mampu.

 

   Dia hanya melihat dari jauh kelibat itu. Sungguh segak dengan kemejanya. Woohyun sedang menuju ke kedai aiskrim. Hyomin pula.... tak ada? Eh pelik. Atau... ini mungkin satu peluangnya?

 

   Mula timbul satu idea.

 

   Seungyeon mula mendekati Woohyun yang sedang membeli aiskrim. Dengan perlahan,

 

   Paap!

 

   Badan mereka berlanggar. Woohyun dan Seungyeon jatuh terduduk. Seungyeon mengaduh sakit. Begitu juga dengan Woohyun.

 

   “Ah, mianhae,” ucap Seungyeon sambil menunduk.

 

   “Ya. Tak apa,” balas Woohyun lalu membangkitkan dirinya. Seungyeon yang masih terduduk di atas lantai itu, tergamam. Takkan dia tak mahu angkat aku? Urgh. Selang beberapa saat kemudian, Seungyeon bangun lalu pergi meninggalkan Woohyun tanpa apa-apa patah perkataan pun.

 

   “Dia tak ada perasaan ke? Ish,” ngomel Seungyeon.

 

23 Mac 2012

 

   Seungyeon mengatur langkah masuk ke dalam kelas. Bunyi bising? Jangan risau. Itu bukanlah perkara yang biasa. Dah lali dengan mulut propa mereka semua. Pantas Seungyeon melabuhkan punggungnya di sebelah Jiyoung yang sibuk menyelak majalah pujaannya.

 

   “Weh, kau kenal Woohyun tu kan?” tanya Seungyeon tiba-tiba. Dia menongkat dagunya di atas meja menghadap Jiyoung.

 

   “Kenal sangat. Abang aku dengan dia tu bestfriend forever katanya,” balas Jiyoung. Pandangannya masih tertumpu pada majalah di hadapannya.

 

   Seungyeon terkejut. Mana taknya. Maksudnya, peluang dia untuk rapat dengan Woohyun semakin senang. Wahhh~~

 

   “Jadi, kau boleh tolong aku kan?” pinta Seungyeon sambil tersenyum nakal.

 

   “Tolong apa ni?” tanya Jiyoung. Kali ini, dia menatap wajah Seungyeon yang agak innocent itu. Pfft. Lah sangat.

 

   “Dapatkan nombor dia untuk aku boleh? I mean. Dapatkan nombor Woohyun daripada abang kau. Boleh kan?”

 

1 Jun 2012

 

  Memiliki nombor telefon Woohyun? Tidak. Itu bukanlah perkara yang senang. Disebabkan Jiyoung yang asyik terlupa mengenai permintaannya, segalanya sering tergendala. Impaknya, dia terpaksa menunggu sebulan lebih untuk mendapatkan nombor telefon Woohyun. Ini semua gila.

 

   Namun dia bersyukur. Akhirnya nombor telefon Woohyun menjadi miliknya. Mujur sahaja abang Jiyoung itu baik orangnya. Kalau tidak, memang harapanlah.

 

   Mulai saat itu, Seungyeon selalu menelefon, menghantar pesanan ringkas untuk Woohyun. Dan perasaan suka itu.... semakin lama semakin berubah. Mungkin menjadi perasaan cinta? Ya. Cinta pertama. Woohyun juga melayan diri Seungyeon dengan layanan yang sempurna. Lain daripada layanan yang diterimanya oleh lelaki lain. It was so special. I mean. Very Special.

 

Sampailah suatu hari.....

 

12 Jun 2012

 

   “Woi, apa kau buat dekat teman lelaki aku?”

 

   Satu tamparan hangat menyinggah ke pipi Seungyeon. Tiba-tiba sahaja. Jiyoung yang sedang duduk di sebelah Seungyeon juga turut terkejut. Apa masalah minah ni? Menganggu ketenteraman awam betul.

 

   “Apa kau buat ni? Woi!” marah Jiyoung cuba mempertahankan Seungyeon. Dia sempat memandang wajah sahabatnya yang kaku itu. Dia tahu, Seungyeon cuba menahan air mata.

 

   “Kau tahu tak, kawan kesayangan kau ni hipokrit. Pencuri! Dasar perempuan tak guna!” maki Hyomin. Seungyeon masih kaku. Jiyoung yang geram dengan kelakuan Seungyeon yang berdiam diri dari tadi itu hampir makan hati.

 

   “Eh siapa yang hipokrit sekarang ni? Dia ke kau? Tiba-tiba datang then nak tuduh. Jangan harap kau senior, semua orang nak kena hormat kau,” balas Jiyoung cuba menahan marahnya.

 

   “Yang kau pula melenting kenapa? Woi Seungyeon, ini amaran terakhir. Kalau kau dekat dengan Woohyun lagi, mati kau aku kerjakan. Kau kena ingat, siapa aku ni,” luah Hyomin lalu pergi dari situ. Namun Seungyeon, masih berdiam diri menahan tangisan.

 

   “Seungyeon apa ni?” soal Jiyoung dengan nada sebak. Lantas dia memeluk Seungyeon. Jiyoung dapat rasa..... badan Seungyeon menggigil.

 

   “Aku takut,”

 

20 September 2012

 

   Hampir dua bulan. Dua bulan Seungyeon tidak menegur Woohyun. Pesanan ringkas dan juga panggilan Woohyun juga selalu dibiarkan sahaja oleh Seungyeon. Dia takut dengan ugutan Hyomin. Dia tidak mahu perempuan itu menyerang dia secara tiba-tiba lagi.

 

   Tapi, tipu kalau kata dia tidak merindui Woohyun. Dia cuba menahan dirinya. Menahan diri daripada menghantar pesanan ringkas dan menelefon Woohyun. Namun adakalanya dia kalah.

 

From : Woohyun Jjik Jjik =_=

 

Seungyeon-ah, eodiga? Kenapa tak layan oppa lagi? =_= Oppa ada buat salah ke? If i'm wrong, then i'm sorry. Mungkin oppa tak perasan =_= Oppa nak luahkan perasaan ni. Tapi, Seungyeon akan baca ke? Tak kisahlah. Hmmm =_= sebenarnya si Hyomin curang =_= oppa tak tahu nak buat apa dah. Seungyeon sorang sahaja pengubat oppa. Sayangnya, Seungyeon dah tak sayang oppa lagi. Then, what should I do? =_=

 

   Pesanan ringkas itu dibaca berkali-kali. Juga, pesanan itu dibiarkan tidak dibalas. Hyomin curang? Okay. Ini tak mungkin.

 

3 Oktober 2012

 

   Kali ini, sudah seminggu pula Woohyun tidak menghantar pesanan ringkas. Seungyeon menjadi lemah. Ada sesuatu terjadi? Sebab selalunya Woohyun pasti akan menghantar pesanan ringkas walaupun pesanan tersebut tidak akan dibalas. Woohyun tidak pernah sesekali pun berputus asa. Tapi sekarang.... no message from Woohyun?

 

   Seungyeon mula risau. Kawan-kawan sekelas Woohyun juga asyik berkata mengenai Woohyun. Mana tidaknya, sudah seminggu dia tidak hadir ke sekolah. Seungyeon sudah cuba menelefonnya menggunakan telefon awam, namun masih tidak diangkat.

 

   “Seungyeon-ah, aku nak cakap ni. Kau jangan marah eh?” tiba-tiba sahaja Jiyoung bersuara. Keadaan yang senyap sunyi akibat kelas Encik Park yang sudah mula tadi, tidak semena-mena bertukar menjadi perbualan yang serius.

 

   “Apa?” Seungyeon mengalihkan pandangannya. Tepat pada wajah Jiyoung.

 

   “Abang aku kata, Woohyun sakit,”

 

   Sentap.

 

   Hulu hati terasa pedih.

 

   “Betul ke weh?” tanya Seungyeon mendapatkan kepastian. Nadanya agak sebak. Tersangkut-sangkut suaranya. Bagai ada benda yang tersangkut di kerongkongnya yang menghalang suaranya menjadi jelas.

 

   “Yes. Aku tak tipu,” balas Jiyoung menganggukkan kepalanya.

 

   “Patutlah,” suara Seungyeon meleret. Satu keluhan berat dilepaskan daripada rekahan bibirnya itu.

 

20 Oktober 2012

 

   “Weh, should I give up?” tanya Seungyeon kepada Jiyoung yang sedang asyik menelaah buku.

 

   “Give up dengan apa?” tanya Jiyoung pula.

 

   “Woohyun. Aku dah mula benci dia,”

 

   “Apa?!” kata-kata Seungyeon itu memberi kejutan kepada Jiyoung. Pelik. Seungyeon yang sebelum ini mencintai Woohyun bagai nak mati, tiba-tiba benci pula? Urgh.

 

   Seungyeon mengangguk. Tubir matanya bertakung.

 

   “Aku dah penat. Aku penat asyik menangis sebab dia. Aku penat. Macam aku ni desperate sangat. Aku cuba hubungi dia. Haraaam. Langsung dia tak angkat. Aku bukan tunggul,” luah Seungyeon.

 

   “Tapi, kau masih cintakan dia kan? Mulut kau sahaja cakap benci,” Jiyoung mengangkat pandangannya. Menatap raut wajah Seungyeon.

 

   “Aku tak boleh tipu. Huh,” satu keluhan dilemparkan. Hakikatnya, semua itu menyakitkan.

 

   “Kita jumpa nenek dia?” tanya Jiyoung mengambil langkah.

 

   “Nenek dia?!”

 

2 November 2012

 

   Seungyeon hanya membuntuti langkah Jiyoung. Malas ingin membuka suara. Kepenatan duduk di dalam bas selama 2 jam tadi masih tidak hilang. Kebas bontot.

 

   “Okay, dah sampai,” ujar Jiyoung lalu masuk ke dalam satu perkarangan rumah.

 

   Mungkin rumah nenek Woohyun? Ya. Permandangan di situ sungguh indah. Bunyi burung berkicauan, gunung-ganang yang tersegam indah juga persekitaran yang aman damai. Hal itu membuatkan hati Seungyeon tenang. Setenang lautan yang terbentang luas.

 

   “Ini ke rumah nenek Woohyun?” tanya Seungyeon. Pandangannya diliarkan ke sana sini. Tiada langsung kelibat Woohyun. Ada pun, kelibat seorang wanita yang berusia lingkungan 80-an sedang duduk di atas bangku mengait pakaian.

 

   “Itu nenek dia. Hah,” kata Jiyoung lalu mendekati wanita tadi.

 

   “Anyeong halmeoni,” sapa Jiyoung. Dia menunduk hormat. Diikuti dengan Seungyeon yang masih blur.

 

   “Anyeong. Eh cu ni siapa?” tanya wanita itu. Dia mematikan kerjanya tadi lalu membalas sapaan Jiyoung.

 

   “Saya kawan Woohyun. Nama saya Jiyoung, ini Seungyeon,”

 

   Sekali lagi, Seungyeon menunduk hormat. “Anyeong halmeoni,”

 

   “Kami nak cari Woohyun. Dia ada?” soal Jiyoung lagi. Dia menatap raut wajah wanita itu.

 

   “Woohyun?!” wanita itu terdiam sebentar. Dia menjatuhkan pandangannya.

 

   “Eh kenapa ni halmeoni?” tanya Jiyoung. Dia memegang bahu wanita itu. Manakala Seungyeon pula, terpaku bisu.

 

   “Woohyun, dia.... dia... dah tak ada,”

 

   Sentap.

 

   Bumi bagaikan terhenti berputar buat Seungyeon. Masa bagaikan terhenti berdetik. Kakinya bagaikan tidak memijak di bumi yang nyata lagi. Dia cuba gagahkan dirinya. Walaupun hakikatnya dia tak boleh.

 

   Jiyoung yang juga terkejut dengan kata-kata nenek Woohyun itu tadi sepantas kilat melihat wajah Seungyeon. Dia takut Seungyeon menangis lagi.

 

   Seungyeon juga memandang wajah Jiyoung.

 

   “Aku.... aku dah tak tahan lagi,” kata Seungyeon kepada Jiyoung lalu pergi meninggalkan Jiyoung dan nenek Woohyun itu dalam tangisan.

 

   “Seungyeon!!”

 

Flashback End

 

   “Apa kau merepek ni Seungyeon?” soal Jiyoung. Dia memandang Seungyeon dengan pandangan pelik. Sawan ke apa budak ni?

 

   “Siapa yang tak mati lagi?” sambung Jiyoung lagi.

 

   “Nam Woohyun!” balas Seungyeon lalu menyeka air matanya sendiri. Sesekali dia mengukirkan senyuman.

 

   “Woohyun? Seungyeon-ah! Tolong sedar! Orang yang mati tak mungkin akan hidup balik!” kata Jiyoung. Nadanya sedikit meninggi.

 

   “Dia tak mati lagi. Aku tahu,”

 

   “Han Seungyeon! Kau tak ingat ke apa yang nenek dia beritahu tahun lepas? Tolonglah lupakan dia,” amarah Jiyoung semakin mendadak. Dia tak mahu Seungyeon ingat kembali orang yang telah mati.

 

   “Dia tak mati lagilah!” Seungyeon berkeras.

 

   “Kau pasti?”

 

   Seungyeon mengangguk.

 

   “Then?”

 

   “Aku nak cari dia,” pintas Seungyeon.

 

   Jiyoung tergelak. Agak sarkasmatik.

 

   “Mana kau nak cari dia? Kau pasti ke kau akan jumpa dia?” soal Jiyoung menyindir.

 

   “Esok Valentine Day. Aku rasa aku tahu dekat mana aku nak cari dia,” Seungyeon membuat kata putus.

 

14 Februari 2013

 

   Seungyeon berjalan sendirian mengelilingi Namsam Park. Pandangannya tidak lekang meliar ke sana ke mari. Hampir setiap pelusuk dilihatnya. Takut-takut kalau apa yang dirasa di hatinya ini memang benar sekali. Dan... dia berharap bahawa semua kata-kata nenek Woohyun pada tahun lepas itu hanya suatu pendustaan.

 

   Setelah satu jam mencari, dia masih tidak dapat berjumpa dengan apa yang dicari. Hatinya luluh sebentar. Tangkai jantung bagai mahu tercabut. Tanpa rela, kudratnya sudah tiada lagi. Dia penat.

 

   Seungyeon duduk di atas bangku. Menghilangkan kepenatan.

 

   Dia memang dah mati ke?

 

   Atau aku terlalu berharap?

 

   Betul ke kata-kata Jiyoung?

 

   Mungkin....

 

  Dia memang dah mati.

 

   Akhirnya, Seungyeon pasrah. Dia sudah penat. Penat berharap pada sesuatu yang tak mungkin akan kembali. Semua usahanya hanyalah satu perkara yang sia-sia. Bagai mencurah air ke daun keladi.

 

   Seungyeon mengangkat punggungnya. Mungkin betul Jiyoung kata.

 

   “Orang yang mati tak mungkin akan hidup balik!”

 

   Harapannya itu dibawa pergi. Sia-sia sahaja dia simpan lagi. Seungyeon akur dengan ketentuan tuhan. Dia membetulkan skirtnya lalu mengatur langkah untuk pergi meninggalkan tempat yang penuh dengan memori itu.

 

“Seungyeon-ahh,”

 

   Tiba-tiba sahaja panggilan itu menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya. Panggilan itu.... lembut. Penuh dengan kemanjaan.

 

   Dengan penuh tanda-tanya, Seungyeon memalingkan badannya. Cuba melihat siapa gerangan si pemanggil.

 

   Sentap.

 

   Beg tangan terjatuh daripada tangan.

 

   Kaku.

 

   “Woo.. Woo... Woohyun....” terkubil-kubil bibirnya menguntum nama itu.

 

   Woohyun mendekatkan dirinya dengan tubuh kerdil Seungyeon. Dengan langkah perlahan, tubuh dua sejoli itu bertentangan.

 

   “Seungyeon-ah, kenapa lambat?” tanya Woohyun. Sempat rekahan bibirnya itu menguntum senyuman usang.

 

   “Lam... lambat?” soal Seungyeon terketar. Badannya hampir sahaja tumbang.

 

   “Dia hidup lagi.....” bisik hati Seungyeon.

 

   “Oppa sentiasa tunggu Seungyeon dekat sini. Kenapa baru sekarang Seungyeon datang? Tiga bulan oppa tunggu. Kenapa sekarang?” tanya Woohyun lagi. Suaranya masih... lembut. Beralun sahaja nadanya.

 

   “Apa semua ni?” Seungyeon blur. Dia menatap wajah pucat Woohyun itu. Macam tak ada darah. Vampire ke apa budak ni.

 

   “Oppa sayang Seungyeon. Sangat sayang,” ujar Woohyun lalu mendekatkan dirinya ke arah Seungyeon.

 

   Hangat.

 

   Woohyun memeluk tubuh Seungyeon. Sesekali Seungyeon terdengar esakkan tangisan dalam nada Woohyun. Dia masih blur. Namun pelukan itu dibalasnya. Inilah tubuh yang ingin sekali dia peluk. Sentiasa menjadi harapan.

 

   “Oppa sayang Seungyeon. Sangat sayang,” bisik Woohyun ke telinga Seungyeon. Seungyeon yang mendengar ayat itu, memeluk Woohyun dengan lebih erat.

 

   “Seungyeon pun....” bisik Seungyeon pula menahan tangisan.

 

   Tiba-tiba sahaja Seungyeon merasa gigilan di badan Woohyun. Pelukan itu juga menjadi berat. Seungyeon kalut.

 

   “Oppa? Oppa? Are you okay?” soal Seungyeon menahan pelukan.

 

   Namun tiada respons. Dengan segera, Seungyeon menolak bahu Woohyun yang masih dalam pelukannya.

 

   “Oppa?”

 

   Seungyeon menatap raut wajah Woohyun. Mata tertutup. Dia meletakkan tangannya pada pipi Woohyun. Sejuk.

 

   “Oppa!!”

 

Qisseu Hospital

 

   Seungyeon duduk di ruangan menunggu kecemasan. Hatinya berbaur dengan seribu tanda tanya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Badannya menggigil ketakutan. Woohyun pelik. Sangat pelik.

 

   “Cu?”

 

   Tiba-tiba sahaja panggilan itu kedengaran. Lamunannya terhenti. Segera dia mengangkat pandangan.

 

   “Halmeoni?” ujar Seungyeon dalam esakkan.

 

   “Nae,” balas halmeoni lalu melabuhkan punggung di sebelah Seungyeon.

 

   Tanpa diduga, Halmeoni mengusap belakang Seungyeon. Cuba memujuk Seungyeon.

 

   “Apa semua ni, halmeoni?” tanya Seungyeon. Masih dalam tangisan.

 

   “Woohyun buat semua ini untuk kamu. Hanya untuk kamu,” terang halmeoni. Nada suaranya agak sarat. Mungkin kerana faktor umurnya.

 

Flashback

 

Woohyun POV

 

   Aku masuk ke dalam rumah halmeoni. Sungguh indah permandangan di situ. Permandangan yang aku tak pernah dapat di bandar. Mungkin apa yang aku buat ini satu jalan yang terbaik. Ya, aku tak akan menyesal.

 

   “Halmeoni!!” panggilku lalu masuk ke dalam rumah.

 

   “Nae? Woohyun-ah!” melihat tubuh lampaiku ini, halmeoni terus mendakapku. Mungkin halmeoni dah rindu dengan cucu kesayangannya ini. Pfft.

 

   “Yea, halmeoni,” aku membalas dakapannya.

 

   “Sini duduk dulu,” ujar halmeoni lalu meleraikan dakapan. Dia membawa aku masuk ke dalam biliknya.

 

   “Duduk,” halmeoni menolak bahuku untuk duduk. Amboi, eksaited betul halmeoni ni.

 

   “Halmeoni, Woohyun ada benda nak cakap,” ujarku kepada halmeoni. Segera halmeoni duduk di hadapanku.

 

   “Apa?”

 

   “Woohyun nak duduk dengan halmeoni boleh? Sampai hujung nyawa Woohyun,” luahku. Aku tersenyum biarpun ianya menyakitkan.

 

   “Haa? Kenapa ni? Pelik kamu ni,” halmeoni menggelengkan kepala. Pening mungkin.

 

   “Woohyun tak boleh hidup lama, halmeoni,” jelasku lalu memeluk tubuh usang halmeoni. Bersama tangisan, aku cuba luahkan segalanya.

 

   “Apa ni, cu? Halmeoni tak faham,” halmeoni menggaru kepalanya.

 

   “Hahaha tak adalah. Kalau ada orang tanya Woohyun, cakap Woohyun dah mati okay?” aku meleraikan pelukan itu. Sempat aku ukirkan senyuman untuk halmeoni.

 

   “Halmeoni tak fahamlah, sayang,”

 

   “Woohyun dah terangkan pun tadi,” aku tersenyum. Sarkasmatik.

 

Flashback End

 

Author POV

 

   “Kenapa dia tak beritahu Seungyeon semua ini, halmeoni. Kenapa dia perlu tipu? Seungyeon terseksa,” Seungyeon menahan airmatanya. Cuba mengatur kata.

 

   “Semua ini kerana kamu. Dia tak mahu kamu sakit. Tapi dia tak sedar. Dia dah buat diri dia sendiri sakit,” ujar halmeoni. Seungyeon hanya mengangguk lemah.

 

   “Dia sakit apa?”

 

   “Kanser usus,”

 

   Bagaikan mendapat satu tamparan hebat, sekali lagi Seungyeon cuba menahan air matanya. Dia mahu berada di sisi Woohyun. Dia mahu menjadi penguat Woohyun. Dia mahu menjadi orang yang memberi ubat kepada Woohyun. Namun, semua sudah terlambat.

 

   Tiba-tiba sahaja, seorang doktor keluar. Mukanya agak tegang. Melihat raut wajah doktor itu, Seungyeon sudah tahu apa jawapannya. Namun dia mahu mendengar dahulu apa yang ingin diperkatakan. Dia sudah sedia disakiti lagi.

 

   Doktor itu mendekati Seungyeon dan halmeoni.

 

   “Maaf, kami dah cuba sedaya upaya,”

 

   Sentap.

 

   “Halmeoni, Seungyeon dah agak pun, halmeoni!” jerit Seungyeon. Hampir setiap pelusuk ruangan itu mendengar suaranya. Dengan segera, halmeoni memeluk tubuh lemah Seungyeon.

 

   “Sabar Seungyeon. Ada hikmah semua ni,” pujuk halmeoni. Namun tangisan Seungyeon semakin kuat. Bagai anak kecil yang mahukan ibunya.

 

   “Tak halmeoni. Dia tak sayang Seungyeon!”

 

   “Seungyeon, sabar,”

 

   “Halmeoni!!!!” Seungyeon jatuh terduduk bersama tangisannya. Kenapa semua ini sakit? Terlalu sakit untuk dia tanggung.

 

   “Seungyeon, sabar. Semua ini ada makna,” ujar halmeoni cuba memujuk.

 

   “Halmeoni!” panggil Seungyeon. Dia bangun.

 

   “Seungyeon nak tengok Woohyun, halmeoni. Seungyeon nak Woohyun,” pinta Seungyeon dalam tangisan. Air matanya tidak berhenti mengalir.

 

   “Baiklah. Ikut saya,” pintas doktor itu. Seungyeon hanya menurut.

 

   Sampai sahaja di satu bilik, dari jauh sudah kelihatan sekujur tubuh lemah yang sedang terbaring di atas katil. Tubuh yang tidak bernyawa. Seunghyun cuba mengatur langkah. Mendekati tubuh yang pernah muncul dalam hidupnya dulu.

 

   Kain yang menutup tubuh itu ditarik. Dia menatap wajah pucat lesi itu. Air matanya seperti mahu mencurah laju. Biar tubuh itu tahu apa yang dirasanya. Namun, semuanya sia-sia. Dia sudah mati. Mati yang sebenarnya.

 

   Dahi tubuh itu dikucup perlahan. Sempat setitis air mata jatuh menghinggap di dahi tubuh tidak bernyawa itu. Cepat-cepat disekanya.

 

   “Seungyeon tahu ini semua perit. Tapi, amanlah di sana,” ujar Seungyeon lalu mengusap pipi tubuh itu. Mungkin untuk kali yang terakhir.

 

   Seungyeon memegang tangan tubuh itu. Namun, tiba-tiba sahaja satu sampul surat berwarna merah jambu jatuh ke lantai. Tertera di atasnya, 'untuk Han Seungyeon'. Segera dia mencapai sampul surat itu.

 

   “Ini.... untuk saya?”

 

   “Nam Woohyun, amanlah di sana,” tangan tubuh itu dikucup perlahan bersama esakkan tangisan. Walaupun kali ini tubuh itu sudah benar-benar meninggalkan dunia, tak pernah sedetik pun nama Nam Woohyun hilang daripada ingatannya.

 

Our memory..... will never been erased.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ndreeanny #1
Chapter 1: Could u please to translate this to english, i think it's awsome
vogurt_
#2
/speechless/ ketawe pon ad .blur tibe2 pon ad .lols halmeoni xD
jaejie
#3
Chapter 3: Anda memang senget bhahaha cerita sedih terus tak sedih ok sumpah lawak xDD terbayang-ii I mean imagine k samalah kan lol lagi-ii part halmeoni tu xD garu kepala garu heyyah lmao
dayeol96
#4
Chapter 1: lawak la author ni. tsengih2 bace td.
Joanna98
#5
cepatlah update! hehe
yoonARRR
#6
bbali update author-nim ^^