Trouble Maker Students!!

Kelas 4A!!!

Kelas 4-A

“Bangunnnnnn!!!!” ucap Rome yang juga ketua kelas 4A sambil berdiri dan diikuti oleh murid-murid lain.

“Terima kasih, bye-bye cikgu!” Rome berkata lalu tersengih.
“Terima kasih, bye-bye cikgu!” murid-murid lain mengulangi ucapan ketua kelas kepada Cikgu Psy.

“Okey-okey. Korang boleh pergi rehat. Ingat! Siapkan homework yang saya bagi. Kalau tak, saya tonyoh muka korang dengan kasut baru saya ni. Duduk Sungyeol, saya belum habis cakap lagi. Anyways, kalau ada apa-apa yang tak faham, datang jumpa saya- Wait. Tak payah jumpa saya, menyampah tengok muka korang. Kalau ada yang tak faham, WeChat je saya. Okey bai!” Cikgu Psy melambai sebelum lesap dari kelas 4A. Budak-budak lain pun apa lagi, berasak-asak keluar kelas untuk  pergi kantin. Macamlah kantin tu boleh lari, kecoh je.

Pada masa yang sama, ada jugak budak-budak 4A yang lepak-lepak dulu dalam kelas sebelum pergi rehat. Itu memang style diorang. Pergi rehat lambat, masuk kelas pun lambat. Saje je tu.

Suho dari tadi yang macam belum puas lagi dengan rupa dia kat dalam cermin tu, masih tengah betulkan rambut dia. Yang Zelo asyik usha dari jauh dah mula bengang dengan kebajetan bendahari kelas tu.

“Suho, dah-dah lah betul rambut tu. Aku tengok elok je.” Zelo tarik kerusi lalu duduk depan lelaki yang sibuk bercermin tu.

“Ish, ta elok lagi ni..” balas Suho pastu angkat dagu untuk check sisi tepi pulak sambil mengusap jawline kebanggaan dia. Tak lama pastuh, puji diri sendiri dalam hati.

“Kau ni memang ada Prince Syndrome kan? Tak berjangkit ke penyakit kau ni? Kang kena tempiasnya kat aku pulak.” Zelo perli.

“Kau ni jealous, cakap je la. Tau la aku ni handsome..Tak yah dengki.”

Zelo yang dengar ni buat gerakan nak muntah lepas tu bangun untuk pergi rehat. Nak tunggu Si Suho tu, alamatnya kena tunggu cermin tu pecah agaknya baru dia bangun dari tempat duduk dia. Tengah dia berjalan untuk ke pintu, tiba-tiba bahunya ditolak sorang budak lelaki yang nampak macam dia baru dapat berita rumah dia terbakar.

“Sorry-sorry.” ucap budak tu. Zelo pun angguk kepala, ingatkan sape tadi, Baekhyun rupanya. Zelo pun beredar ke destinasi yang ingin dituju.

Baekhyun yang tengah ada dalam kelas dengan beberapa  kerat budak lain, menarik nafas dalam-dalam sebelum menjerit.

“SAPE CURI EYELINER AKU????!!!!! CEPAT PULANGKAN!! BUDAK TAK GUNA!!!”

Jeritan Baekhyun menghentikan pergerakan semua orang namun diorang cuma balas diorang tak nampak pun eyeliner dia. Baekhyun memang seorang yang ketagih dengan eyeliner. Tiap kali rehat, dia akan tambah lapisan eyeliner, tu yang tebal semacam tu. Tapi, disebabkan eyeliner tu la Baekhyun jadi glamour dalam kalangan budak perempuan meskipun sifat Diva dalam diri dia tu.

Baekhyun bercekak pinggang sambil berjalan ke arah Jessicca yang tengah baru nak buat duckface untuk ambil selca.

“Sicca, ada nampak eyeliner aku?” Baekhyun biar satu tangan di pinggang dan satu lagi di atas bahu. Inilah sifat Diva yang aku maksudkan tadi.

Jessicca cuma geleng kepala sebelum SNAP! satu gambar terhasil kat iPhone dia.

Sicca tersenyum lebar dan tunjuk gambar dia kat Baekhyun. “Hah..Tengok ni Baekhyun! Comel kan aku? Masterpiece ni..” ucap Jessicca tapi Baekhyun cuma tengok gambar tu dengan muka poker face.

“Aku boleh buat muka lagi comel dari mulut itik kau tu. Ada tak nampak eyeliner aku!!??”Baekhyun bertanya lagi.

“Tak ada..Aku tak nampak. Dah, pegi main jauh-jauh. Aku nak ambik gambar lain.” Jessicca menghalau budak yang dah mula buat puppy eyes untuk mengambil simpati.

Baekhyun memandang sekeliling dan ternampak Sandeul yang tengah makan burger.

“Sandeul!” Baekhyun lekapkan kedua-dua tangan di muka dengan penuh dramatik

“Tak boleh! Tak boleh! Ni aku punya!” Sandeul bercakap dengan mulut penuh makanan dan membawa lari burgernya.

Baekhyun cuma mampu mengurut dahinya. “Aku tak nak pun burger kau tu. Aku cuma nak tanya kau ada nampak tak eyeliner aku?” Baekhyun mengerak-gerakkan jari telunjuk depan muka budak yang dah ada sos kat pipi. Comot, tapi comel.

Sandeul terdiam sekejap tapi memang jelas dia nampak lega yang Baekhyun sebenarnya tak nak burger dia.

“Tak ada.” balas Sandeul lalu menyambung menyambung aktiviti menjamu selera. Baekhyun mengeluh lalu beredar untuk duduk kat tempat dia semula.

Sedang dia bersedih, meratapi kehilangan isteri kedua dia,(isteri pertama dia dikatakan Taeyeon. Baekhyun memang peminat fanatik SNSD) tiba-tiba mentol atas kepala  Baekhyun menyala. Ish, dari mana datangnya mentol tu belum dapat dikenalpasti.

“Aku ada idea!” Baekhyun bangun dan berlari ke luar kelas.

Hyosung yang tengah bergossip dengan rakannya terganggu apabila Baekhyun berlari macam pengantin yang tengah pakai kasut 7 inci.

“Gila.” Hyosung menggeleng kepala.

“Anyways, kau tau, mat skema tu ajak aku keluar. Oh, tolonglah. Not my style. Tapi aku terpaksalah tolak dia baik-baik cakap aku dah ada date. Muka dia dah lain dah, tapi sebelum dia sempat cakap apa-apa lagi, aku bla cepat-cepat. Lagi lama aku duduk situ, lagi banyak pujuk rayu dia agaknya.”

“Eh, rugilah kau.” Hyuna mengeleng kepala sambil menyapu bedak kompak.

“Rugi ape-ke-bendanya Hyuna? Hah…Ni yang nak start cakap loghat Perak ni.”

“Dia kaya gila like seriously kot. Kau tolak dia mentah-mentah buat apa? Kalau tak suka pun, buat-buat je la suka. Boleh guna dia tu, kau tau kan Gucci ada keluar beg baru?” Hyuna mengangkat sebelah kening. Hyosung ni memang tak tahu ke latar belakang budak skema tu? Hampir semua orang tau Si Kevin tu anak CEO kilang sambal belacan jenama Wow Sedapnya. Tapi bila fikirkan balik, masuk akal jugak Hyosung tak tau apa pun pasal budak Kevin ni. Hyosung ni memang ignorant sikit. Pejabat sekolah kat mana pun dia tak dapat nak ingat sampai sekarang.

“Hah? Hyuna! Kenapa kau tak bagitau aku! Eeii..Melepaslah!!!” Hyosung berdiri serta-merta bila dengar perkataan ‘kaya’.

“Manelah aku tau yang kau tak tau.” Hyuna membalas selamba.

“Ish, terlepas ikan besar. Aaaahhhhh!!!” Hyosung menarik rambutnya dengan penuh kekesalan.

“Kenapa sayang? What happened?” Ilhoon The Flirt tiba-tiba muncul di sebelah Hyosung.

“Tak ada apalah. Pergi balik tempat kau.” Hyosung cuma hiraukan perkataan ‘sayang’ yang Ilhoon ucapkan tadi. Malas nak serius sangat dengan Si Ilhoon ni kerana sama macam nama glamournya, The Flirt. Ilhoon ni memang suka menggatal sikit dengan perempuan.  Dulu pun hampir nak kena buang sekolah sebab goda Cikgu Gain yang dah pun bersuami.

“Betul ke you okey? Takpe, biar I ceriakan hidup you. Satu tambah satu, gwiyomi..”
belum sempat nak masuk nombor dua, Hyosung dah sumbat mulut Ilhoon dengan botol pewarna kuku.

“Kau jangan nak mula menyanyi Gwiyomi versi BM pulak. Dah! Shoo!” Hyosung menarik semula botol pewarna kuku tu dari mulut Ilhoon dan mula menyesali tindakannya sebab botol tu dah dicemari dengan air liur The Flirt. Ilhoon pulak cuma bagi double flying kiss sebelum hilang entah ke mana. Nak ngorat orang lain la pulak tu.

“Okey-dokey. Perhatian semua budak-budak!!” Cikgu Tiffany a.k.a Hot Mama yang juga merupakan pengetua sekolah mengetuk-ngetuk pintu kelas 4A.

Satu demi satu langkah disusun masuk ke dalam kelas sebelum dia usha sekeliling. Cikgu Tiffany ialah seorang cikgu dan pengetua yang sporting tapi garang kalau ada orang buat dia sakit hati. Dia ni dah kahwin dah, tapi masih bergaya. Penampilan dia yang over tu, semua orang dah biasa dah. Dengan lipstik merah menyala, kasut tumit tinggi yang berbunyi kuat gila setiap kali dia berjalan, dengan sanggul palsu yang diletakkan tinggi, skirt pensil separa lutut dan baju berwarna neon kegemaran dia. Ya, memang semua orang dah biasa.

“Untuk pengetahuan korang, empat budak dari kelas ni dah ditangkap atas cubaan untuk mengenakan orang, lagi. Eunhyuk, Onew, Jimin dan Jonghwan dari kelas korang kan? Asyik-asyik orang yang sama jugak. Korang tau diorang buat apa? Diorang letak tiga baldi berisi air kat depan tandas guru lelaki dan kalau pintu tu dibukak, memang confirm lenjunlah orang takda ong tu. Malang betul.”

“Ada orang dah kena ke cikgu?” tanya Kwangmin.

“Dah. Cikgu PJ korang, Cikgu Taeyang.”

Serentak dengan tu, semua orang dalam kelas tergelak bila terbayang cikgu PJ yang terkenal dengan sifat suka melatah tu, bila dah terkena perangkap. Cikgu Tiffany pun tak boleh tahan diri dari tersenyum sikit sebelum dia clearkan tekak dia untuk bercakap semula.

“Dah-dah.Ilek, semua. Lepas apa yang dah terjadi ni, saya rasa saya kena datang jumpa korang. Tak elok nak kenakan orang macam ni. Saya pun tak fahamlah kenapa kelas korang ni bermasalah sangat. Bukan nak kata, tapi budak-budak kelas 4A ni memang troublemaker! Koranglah yang paling bising, paling nakal, paling suka langgar pertaturan, paling suka kenakan orang, paling suka kacau orang, paling malas nak buat homework. Bercakap je rajin.” ucap Cikgu Tiffany lalu menggelengkan kepala.

“Lepas ni, saya mintak tolong kawal sikit diri korang tu. Kalau ada kawan-kawan korang yang plan nak kenakan sape-sape tolong roger kat saya atau guru disiplin Cikgu Siwon. Saya tak nak dengar lagi mana-mana budak kelas 4A buat masalah lagi. Faham?”

Semua yang ada dalam kelas cuma menundukkan kepala. Semua pun tahu apa yang Cikgu Tiffany cakap tu betul. Tapi, nak buat macam mana? Dah memang ramai budak kelas ni dilahirkan dengan perangai buas semacam.

“Faham, cikgu.” diorang membalas serentak.

Cikgu Tiffany tersenyum apabila budak-budak kelas 4A nampaknya memahami apa yang telah diarahkan. “Tolong sampaikan dekat kawan korang yang lain apa yang saya sampaikan ni.” kata Cikgu Tiffany pastu dia membuka langkah menuju ke pintu. Belum sempat dia nak keluar dari kelas bermasalah tu, tiba-tiba ada bunyi datang dari corong speaker di koridor.

“Testing, testing satu, dua, tiga. Woi, korang semua dengar tak?”

Cikgu Tiffany menghentikan langkah. Seakan-akan beku.

“Bagus, korang dengarkan? Ada satu pengunguman. Woi gorilla yang curi eyeliner aku. Siot punya orang. Aku nak kau pulangkan eyeliner tu sekarang sebelum aku jumpa kau. Kalau rasa nak hidup lama la.”

Ada jeda seketika dan rasanya macam ada sedu-sedu sikit.

“Tolonglah pulangkan eyeliner aku..Uhuhu..Korang taukan aku tak boleh hidup tanpa eyeliner aku? Sniff.  Aku rasa separuh nyawa aku dah hilang sebab tak dapat pakai eyeliner hari ni….AAAAAACHOOOO!!!  Sorry, terbersin pulak. Apa-apa pun tolonglah pulangkan eyeliner kalau korang masih ada dasar berperikemanusiaan.”

“Ingat.” suara tersebut tiba-tiba menjadi keras balik.

“Kalau aku tak dapat eyeliner tu hari ni jugak, aku akan cari korang dan bila aku jumpa, aku akan cukur sebelah bulu kening korang dan tarik bulu hidung korang sehingga korang akan rasa menyesal korang dilahirkan. Okey bai!”

Satu sekolah dah tergelak dengan apa yang diorang baru je dengar tapi Cikgu Tiffany nampak macam baru nak cerna setiap perkataan dari interkom tu. Tunggu kejap, kalau nak buat pengunguman guna interkom, benda alah tu cuma ada dalam bilik pengetua. Maksudnya…

“Ada orang ceroboh bilik saya!!!!” Cikgu Tiffany menghentak kakinya ke lantai, nasib baik tak patah tumit kasut dia tu.

Budak-budak kelas 4A belum puas gelak lagi, ada yang dah bergolek atas lantai, Suho pulak tengah gelak sambil memuji dalam hati betapa handsomenya bila dia gelak.

“Hahhhahhaha. Suara macam Baekhyun.Hahhhaha.” Kwangmin gelak sambil menekan perut.

“Memang dia pun. Kan dia cakap eyeliner dia hilang tadi.” balas Youngmin yang mata dah berair sebab gelak banyak sangat.

Cikgu Tiffany yang dengar perbualan kembar seiras tu, berpaling ke belakang dengan muka yang dah berubah daripada Hot Mama kepada Hot Kuntilanak.

“So, budak Bekhyun ni dari kelas ni ke?” suara Cikgu Tiffany serius, seram gila.

“Er,yup” balas Youngmin yang dah nervous.

“AAAAAHHH!! Masalah lagi daripada kelas 4A!!!!” Cikgu Tiffany dah mula meradang lalu keluar dari kelas untuk menangkap Baekhyun atas kesalahan menceroboh.

Budak-budak dalam kelas 4A cuma sambung gelak dan akhirnya, bangun untuk pergi rehat.

~TAMAT~
 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

subscribe n ur comment amaatt dihargaii^^//

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aphiuchus
#1
Chapter 1: Hahaha xD pecah perut aku xD
saysyifaa #2
Chapter 1: best giler siot
aniskwangchannie
#3
Chapter 1: omg best gilaa! buatlah lagiii!!