One-shot

Unbreakable

Suzy POV

Aku sentiasa baring atas katil ni selepas Junnie pergi. Aku memusingkan badan ke kiri menghadap drawer kayu milik Junnie. Kunci kereta aku, jam tangan aku dan berg dompet aku semuanya ada di atas drawer tu. Dan juga bingkai gambar aku dengan Junnie. Gambar kami masa pergi ke Lotte World. Aku duduk dibirai katil. Mata aku sentiasa tak boleh nak terlelap. Aku mencapai gambar itu. Hanya memandang gambar tu baru mata ni bekerjasama nak tidur. 

KRING! KRING!

Bunyi getaran pada drawer agak mengejutkan aku. Seseorang menelefon aku. Belum tengok dah tahu siapa yang menelefon. Ji-yeon. Ji-yeon antara penghibur aku dikala aku sedih. Tanpa dia mungkin aku kemurungan sepanjang waktu.

"Yobeoseyo?" aku bertanya.

"Sue. Kau ada kat mana?" suara Ji-yeon agak lemah.

"Kau kenapa? Pelik semacam je suara kau?" 

"Aku takut. Parents aku tinggalkan aku sorang-sorang. Aku balik shopping tadi tengok rumah kosong. Oppa aku pun takde." dia memberi aku jawapan yang panjang lebar.

"Habistu? Nak mintak aku teman kau lah ni?" tanya aku dengan nada menyindir.

"Kau taknak teman ke? Takpelah. Biar aku kena telan dengan hantu baru kau nak menangis" kali ni dia jawab dengan nada merajuk. Kelakarlah Ji-yeon ni. Selama ni bukan main ganas lagi. Tapi duduk rumah sorang sorang pun takut.

"Yelah. Aku datang rumah kau. Aku pun bosan"

"Yeah. Sayang kau Sue. Datang tau. Nanti aku kena telan dengan hantu. Love you. Bye" sempat lagi dia bergurau.

*******

"Kau nak tunggu dia sampai kau tua ke?" Ji-yeon bertanya soalan yang sama kalau kami berjumpa.

"Takkanlah Junnie tak balik sampai aku tua. Mestilah dia balik." aku mencapai koko panas yang Ji-yeon buat.

"Sue. Dah hampir dua tahun dia tak balik. Berita khabar pun kita tak tahu. Call pun tidak. Bukan ke dia sepatutnya graduate?" aku mendiamkan diri.

"Dia tu lelaki tak guna tahu tak? Dia gunakan duit kau untuk belajar engineering dekat USA. Dia belajar bagus-bagus tapi kau, hanyalah budak seni sem 1. Kau tak rasa ke dia hanya mempergunakan kau?" kali ni jawapan yang menyakitkan hati diberi. Pertama kali Ji-yeon kutukan melampau.

"Kau suruh aku datang sini hanya nak suruh aku dengar kau kutuk Junnie? Suka hati akulah. Dia lagi pandai daripada aku. Tak salah aku nak tolong dia" aku menjawab dengan nada yang agak tinggi. No one boleh kutuk Junnie aku.

"Dia tu dah tua. Kau ni muda lagi. Baru 20. Dia tu dah boleh kahwin. Kau ni. Hidup kau panjang lagi. Kau boleh mulakan hidup baru. Pergilah caro orang lain Sue. " Ji-yeon cuba meyakinkan aku. Tak habis-habis dengan senior nerd tu.

"Kau nak apa? Aku cintakan Junnie sorang. Biar sampai mati pun aku tetap tunggu dia. Kalau macam nilah situasinya baik aku balik rumah je." aku turun dari katil Ji-yeon.

"Ok fine! Aku tak cakap apa-apa lagi. Just stay here for this night only? Please?". Niatku terbatal untuk keluar dari bilik Ji-yeon. 

 SUZY-AH. YOUR HEARTS CALLING. PICK UP.

Aku terus menekan punat yang menunjukkan simbol telefon berwarna hijau. Junnie call. 

"Yebeoseyo? Junnie! Junnie!" aku memanggil terlebih dahulu. Rindu terhadap dia membuatkan aku lebih teruja nak bercakap.

"Hello. Is this Chuji?" suara kecil bertanya. Junnie. Dia ingat lagi nama panggilan aku.

"Junnie. Kenapa tak telefon? Chuji rindu gila dekat Junnie. Bila nak balik. Hati ni  dah tak muat nak penuhkan dengan isi dengan rindu. Badan aku terasa dilanggar tapi aku biarkan. Mungkin Ji-yeon pun tak percaya Junnie call.

"Hahaha. I miss you too. Junnie tak telefon sebab simcard Junnie hilang. Junnie guna simcard dekat sini. Sebab tu Junnie tak call Chuji." suara lembut tu menyapa telinga. Membuatkan air mata aku gugur.

"Chuji? Chuji nak dengar good news tak?" dia bertanya.

"Good news apa?" aku tak dapat tahan daripada menangis.

"Lah. Dah nangis ke? Jangan nangis dulu. Orang belum cakap dah nangis. Tak comel tau kalau Chuji nangis." 

"Junnie nak cakap something ni. Next week I'll graduate. Junnie dah habis belajar dah. Tak sangka belajar engineering ni lama sangat." Adakah ini semua mimpi? Aku menampar pipi kiri aku.

"Seriously?" tanyaku tak percaya

"Mestilah. And another good news. The next two Mondays I'll back to Korea." Sekali lagi perkara yang aku inginkan masuk ke dalam gegendang telinga. Aku sedikit melompat. Gembira. Sangat gembira.

"Suka tak?" tanya dia. Gila aku tak suka.

"Mestilah suka. Nanti kalau Junnie balik, Chuji nak cubit pipi dia yang tembab tu. Dah lama tak duduk atas peha Junnie. Nak peluk Junnie, nak gigit Junnie nak buat semuanya dengan Junnie." balasku teruja. 

"Chuji. Dah lewat malam kan? Kenapa tak tidur lagi?" nada suara dia berubah. Tegas.

"A'ah. Tapi Chuji nak bergayut lama-lama dengan Junnie. Siapalah yang nak lepaskan budak comel tu." balasku  seraya berjalan ke arah katil. Kaki dah lenguh berdiri. Ji-yeon juga melakukan perkara yang sama.

"Eh. Budak manalah tu. Budak tu dah macam atuk tua dia kata comel." Alahai. 'Atuk tua' kau gelarkan diri sendiri?

"Mana ada budak tu macam atuk tua. Dia comel. Gebu je pipi dia. Dahlah putih melepak." aku memuji Junnie. Memang itulah yang aku nampak pada Junnie.

"Yelah. Yelah. Chuji pergilah tidur. Dah malam ni. Dan kalau tak menyusahkan nantikan boleh tak Chuji kemaskan bilik kita sikit. Ada suprise yang Junnie nak bagi. Just diam dan letak telefon. Sekarang. Dah malam. Junnie taknak Chuji mengantuk esok. Jalja. Bye. Saranghae. Love you. So much. Very much. Take care. Jaga makan. Cinta saya kat awak tak pernah berkurang. Tapi makin bertambah hingga membukit. Selamat malam. Sayang awak. Sangat-sangat." Junnie bicara panjang.

"Love you too. Jaga makan. Jangan skip makan. Jangan tak cukup tidur. Tidur biar cukup. Sayang awak cinta awak sangat-sangat," giliran aku membalas ayat-ayat cinta Junnie.

"Okay. Night-night" dan talian dimatikan. Tak sangka dia akan telefon. Pada waktu dia jadi bahan bualan waktu tu juga dia call. Aku menggenggam telefon bimbit aku di dada. 

"Tak sangka aku dia call. Panjang umur." Ji-yeon yang setia mendengar akhirnya bersuara. Ceh. Tadi bukan main kau kutuk lagi Junnie aku tu.

"Bila dia balik?" Sekali lagi dia bersuara.

"Dua minggu. Hari Isnin." balasku pendek. Merajuk.

"Kau marah ke tadi? Yelah aku salah. Sorrylah. Dikira bersyukur Junho dah call kau." dia pula merajuk. La. Bukannya pujuk aku. Tapi dia pun ikut merajuk

"Tak marah pun. Just tak tahu nak buat apa. Junnie kata suruh kemas bilik kitaorang. Dia kata ada suprise. Tapi tak cakap suprise apa." Aku  sendiri pelik. Suprise apa pulak ni?

"Sue. Kalau aku nak tolong kau boleh. Aku pun tak kerja. Kau kerja jadi SU syarikat mesti penatkan. Nanti aku tolong kau tau. Bila nak mula kemas ni?" Gadis tu bertanya lagi. Bila nak kemas? Aku pun busy. 

"Selasa depan? Nanti aku mintak cuti. Dua hari je. Tak apakan? Dan kau takde buat apa-apa kan?" aku cuba untuk mendapatkan kepastian.

"Ya. Aku tak buat apa-apa."

"OMG sayang kau Ji-yeon" mendengar jawapan Ji-yeon spontan aku memeluk dia.

******

"Cepatlah tolak. Bukannya berat sangat." arahku. Dari tadi memang aku tak puas hati dengan Ji-yeon. Macam tolak almari dengan budak tadika je.

"Banyaklah kau tak berat. Apa khazanah yang ada dalam almari sampai berat sangat?" dia menjawab.

"Alah. Kau pun satu. Perangai serupalah macam lelaki tapi almari macam ni pun kau tak boleh. Tolak sikit je lagi. Ok?" aku cuba memujuk. Memang sikit je lagi. Dan aktiviti renovate bilik ni akak habis. 

Almari bergerak sedikit demi sedikit. Ke sudut bilik seperti yang aku suruh. Aku nak setiap hari nanti boleh tengok present Junnie. Tiap kali bangun tidur,boleh nampak hadiah tu. Ji-yeon berdiri sambil mengesat peluh. 

"Lagi dua hari je lagi Junnie nak balik. Aku nak amik dia. Sebenarnya aku mintak cuti seminggu. Semuanya sebab Junnie" aku memberitahu. Tiba-tiba.

"Kau boleh ke drive sorang-sorang?"

"Alah. Aku drive masa nak pergi je. Balik nanti Junnie drive."

"Yelah. Happy couple dating" ucap Ji-yeon seraya meninggalkan bilik.

*****

PENERBANGAN DARI USA KE KOREA. PADA JAM 1030 KAPAL TERBANG AKAN BERLEPAS. 

Pengumuman yang diulang daripada tadi makin membuatkan aku teruja. Tak sabar nak jumpa Junnie. Nak peluk dia kuat-kuat. Aku rindu dia sangat.

"Eh eh. Betul ke ni? Teruk sangat ke ni?" tiba semua orang berkumpul ke suatu tempat. Ke kawasan berehat yang disediakan TV.

BERITA MELAPORKAN. PENERBANGAN DARIPADA USA KE KOREA YANG BERLEPAS PAGI TADI TIDAK DAPAT MENDARAT KETIKA BREK KECEMASAN ROSAK. OLEH HAL DEMIKIAN, KAPAL TERBANG JATUH MENJUNAM KE DALAM LAUT...

Apa semua ni?

SERAMAI 15 NYAWA YANG TERKORBAN DAN 70 ORANG PENUMPANG YANG CEDERA PARAH. DAN SELEBIHNYA CEDERA RINGAN. IDENTITI PENUMPANG YANG TERKORBAN TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI. TETAPI DENGAN SEDIKIT BUTIRAN YANG DIJUMPAI PADA MAYAT TERKORBAN IDENTITI MEREKA DIDAPATI KURANG TEPAT. ANTARA PENUMPANG YANG TERKORBAN ADALAH 

KIM SUNJA

JAMES

JESSICA LUKE

CHOI JINJU

JUNHO

SEO EUNJAE

MICHEAL

Aku terduduk di atas lantai. Junho. Itu kad pengenalan Junnie. Gambar dia terbakar. Junnie. Air mata mula gugur dengan deras. Junnie. Dengan sedikit semangat yang ada aku mengeluarkan telefon bimbit. Cuba untuk menelefon Junnie. 

Tapi tiada sebarang jawapan. Hati aku mula berkecai. Dada terasa seperti ditumbuk bertalu-talu. Tak percaya dengan semua yang terjadi.

"SUE! SUE! Kau dah dengar tak?" suara perempuan menjerit memanggil aku mengalih perhatian. Aku mendongak. Ji-yeon berlari ke arah aku.

"Junho. Accident masa flight.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
linaniel
#1
Chapter 1: kesian suzy T^T junho terkorban dlm accident...omonaa ;_; nice oneshot!