D'CINTA

Description

Naluri itu indah pabila terpersona oleh perasaan cinta. Fenomena yang direalisasikan oleh sanubari, satu perjalanan hati ini ditafsirkan di dalam sebuah cerita cinta. 

Foreword

 

Harus aku akur pada pelita hatiku yang diterangi oleh bahang api cinta yang bersemarak membakar seluruh persona hidupku. Obsesiku memcintainya telah melampaui segala kewarasan yang pernah aku miliki sewaktu masa dulu. Nun di saujana persada hati, berselerak laungan dek jeritan jejaka-jejaka yang amat mencintai diriku, namun aku terpaksa menolak setiap pujanga yang ingin serius bertapak di dalam hatiku. Hanya kerana aku mencintainya ... dia yang telah ku junjung bak menatang minyak yang penuh, bahasanya kiasan lambungan agung hatiku mencintainya.

 

Begitulah seharian demi saat berdetik-detaknya masa memukau perasaanku, hingga aku alpa. Tidak aku hiraukan apa-apa tentang diriku. Jauh sekali meletakkan keinginanku di atas kehendaknya. Walaupun rengekkan manja agak janggal itu pelik ...iya. Tidak ku jangkakan yang aku dijadikan hamba pada satu perasaan cinta yang tidak pasti menjanjilkan satu ikatan sah, tetapi aku telah melangkah dengan keupayaan diri yang diselaputi dengan igauan yang tidak gementar pada sesalan kegagalan. Biarpun aku disiksa cinta, aku bangkit berdiri megah kerna aku mencintainya. 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet