The Red Thread (Takdir Kita)

Description

Sebuah cerita yang mengisahkan mengenai Park Haneul yang merupakan anak tunggal kepada Encik Park dan Puan Park, dimana suatu hari hidupnya berubah 360 darjah kerana tiba-tiba keluarganya menyewakan sebuah bilik kosong di rumah mereka kepada seorang remaja lelaki yang bernama Kim Myungsoo.

Park Haneul merasakan dunianya yang sentiasa dipenuhi dengan keriangan tiba-tiba menjadi suram kerana hadirnya Kim Myungsoo di dalam hidupnya. Dia merupakan seorang jejaka yang boleh dikatakan cold-hearted, dia tahu Kim Myungsoo merupakan pelajar yang sangat popular sehinggakan pelajar-pelajar dari sekolah lain mengenalinya, terutamanya pelajar-pelajar perempuan.

Bermula dari hari pertama Myungsoo menyewa, mereka berdua tidak pernah sekalipun bermesra mahupun memulakan salam perkenalan sebagai sabahat. Tetapi semuanya berubah apabila munculnya seorang jejaka yang bernama Kim Jongin.......

 

 

___________________________________________________________________________________________________________________________

Foreword

"Haneul, mummy dan daddy nak cakap sesuatu kat kamu ni." daddy Haneul bersuara ketika mereka baru selesai makan malam.

 

"Daddy nak cakap apa?" Haneul setia menunggu di tempat duduknya.

 

''Sekarang kita mengalami masalah kewangan sebab daddy baru sahaja diberhentikan kerja degan notis bahawa syarikat tersebut telah diistiharkan bankrap.'' Daddy Haneul memulakan perbualan mereka.

 

"WHAT??? REALLY??? So kita macam mana? Daddy dah cari kerja baru ke?"  Seperti yang dijangka, Haneul berasa sangat terkejut dengan berita yang baru di sampaikan oleh Encik Park.

 

"Daddy dah fikir masak-masak......Daddy rasa nak sewakan je la bilik kosong kat tingkat atas sebelah bilik kamu tu." Encik Park mengemukakan idea yang telah dia fikirkan sejak beberapa hari ini.

 

''OH! NO! NO! NO! Tak ada cara lain ke daddy?'' Haneul sebenarnya tidak berapa setuju dengan idea Encik Park tersebut.

 

"We dont have any choice lagi Haneul, sementara daddy cari kerja baru. Daddy rasa buat masa sekarang ini dapat membantu kita sedikit. Lagipun bilik tu pun kosong kan.Encik Park tahu yang sebenarnya Haneul tidak menyukai idea nya itu tetapi itu sahaja satu-satunya cara yang mereka ada buat masa ini.

 

"Takkan daddy dah lupa yang bilik tu merupakan bilik bacaan Haneul, nanti macam mana Haneul nak guna kalau dah ada orang duduk kat situ?" Ada nada sedih dalam percakapan Haneul sebentar tadi, sebenarnya dia sangat sayangkan bilik bacaannya itu.

 

"Maafkan daddy Haneul tapi daddy dah sewakan bilik tu......................."

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet