I Lost My Mind but Still Know What Is Love ~o~

~I LOST MY MIND BUT STILL KNOW WHAT IS LOVE~

Lavyna Town 

            Suasana rumah agam yang berdiri megah di bukit Lavyna menjadi semakin sunyi tanpa suara kanak-kanak yang sentiasa bermain di halamannya. Hujung minggu bakal tiba, keluarga Xi akan pulang ke rumah agam di Bandar Lavyna.
           
            “Lulu ge, nanti kita akan balik rumah yeye kan hujung minggu ni..??”
            “Entah la, rasanya balik kot sebab gege dengar perbualan baba dan mama siang tadi yang mengatakan kalau baba tak outstation kita akan balik.” terang Luhan pada aku.

            Aku Xi SooYin yang lahir pada tanggal 1995, dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan mempunyai seorang abang yang bernama Xi LuHan. Pada hujung minggu baba selalu bawa kami pulang ke rumah yeye dan nainai di atas bukit yang terletak di Bandar Lavyna.

            “Soo Yin..!! Luhan..!! ke sini kejap.. Mama dan baba ada sedikit hal nak bagitahu.” teriak mama daripada ruang tamu.
            “Ye mama, kami datang.” jerit Luhan sambil menarik tangan aku dan berlari menuju ke ruang tamu.
            “Baba nak beritahu kemungkinan baba akan outstation minggu depan dan baba ingin membawa mama sekali.” kata baba dengan tenang. Mama hanya mendiamkan diri.

            Kami dihantar ke rumah yeye seperti biasa tetapi aku merasa seperti ada sesuatu bakal berlaku. Mungkin ia cuma perasaan aku. Baba dan mama akan terbang ke London pada waktu petang. Oleh kerana cuti sekolah, aku dan Luhan akan tinggal lebih lama di rumah yeye dan nainai.

            “Luhan, harap kamu bersabar dengan apa yang yeye nak katakan. Baba dan mama kamu dah tak ada lagi.” kata yeye dengan teragak-agak. Luhan terkejut lalu menangis.
            “Apa..??” aku menerjah masuk ke bilik yeye setelah mendengar perbualan itu. Aku tidak percaya sama sekali tentang kejadian itu. Aku terus berlari keluar meninggalkan rumah itu.

            “Yinyin..!! Nak ke mana tu..?” jerit nainai memanggil aku.
            “Tak pe nainai, saya akan cari Soo Yin.” kata Luhan cuba menenangkan nainai.

            “Semua salah aku..~ Aku tak patut fikir tentang keresahan hati aku pada hari itu.” Hati aku hanya menangis sehinggakan aku tidak tahu ke mana arah tujuan ku. Baba~~ Mama~~ kenapa tinggalkan kami begini. Mama dan baba dah tak sayangkan kami lagi ke? Arghhhhh..!!

            “Soo Yin..!! Soo Yin..!! Di mana kau..” Luhan memanggil nama ku sambil mencari disekeliling kawasan Bandar Lavyna. Tiba-tiba Luhan ternampak kelibat budak perempuan yang duduk sendirian di taman Lavyna. “Soo Yin..!! Kau pergi mana? Jangan buat macam ni lagi. Kamu akan menambahkan gege, yeye dan nainai risau tau.” marah Luhan.

            “Gege…!!” aku terus memeluk Luhan sambil menangis dengan kuatnya. Malam berlalu dengan pantasnya, keesokkan paginya jasad baba dan mama tiba di tanah perkuburan Bandar Lavyna untuk dikebumikan. Setelah semua itu berlaku, kehidupan aku serta merta bertukar. Aku dan Luhan semakin membesar manakala yeye dan nainai semakin meningkat usia.

Exo’s  Home

            “Hey Lulu gege..! Kau ada nampak baju aku yang tersangkut kat sini?” tanya Lay sambil mencari disebalik pintu. “Entah, tapi aku rasa Min gege ada masuk sini tadi sambil bawa bakul baju.” kata Luhan sambil bersiap.

            Luhan telah terpilih menjadi ahli Exo M (Chinese) semasa dia belajar di Korea. Kumpulan Exo adalah rookie yang terkenal di Korea, China mahupun di merata negara. Mereka di bawah naungan SM Entertaiment. Oleh kerana mereka ini masih baru, mereka ditempatkan di sebuah rumah banglo seramai 12 orang semuanya.

            “Selamat pagi semua..nya.. Cuma D.O, Baek dan Chanyeol je? Mana yang lain?” Luhan menanyakan setelah melihat cuma mereka saja yang berada di dapur.
            “Aishh, biasa la nama pun hujung minggu ada yang belum bangun, ada yang baru bersiap dan ada yang baru nak mandi.” jelas Baek sambil menolong D.O menyiapkan sarapan pagi.

            Tiba-tiba datang beberapa orang yang lain menyapa mereka di dapur. “Hye semua..!! Sedapnya bau sarapan pagi ni.” Kai cuba mengambil sekeping roti bakar yang terletak di depan Chanyeol. Chanyeol hanya melihat gelagat Kai. Secara tidak sengaja D.O menepuk tangan Kai sambil berkata “Tunggu semuanya ada, baru boleh makan.” -__- ‘ –pout- Sehun hanya ketawa sambil duduk diantara Luhan dan Baek.

            Exo terbahagi kepada 2 kumpulan Exo K dan Exo M. Antara ahli Exo K ialah Suho(ketua), Kai, Baek, Chanyeol, D.O dan Sehun(maknae). Manakala Exo M pula Kris(ketua), Luhan, Lay, Chen, Xiumin, Tao(maknae).

            “Seronok juga ramai-ramai ni. Dah macam sekolah pun ada gak.” lawak Chanyeol.
            “Hey, kita hanya nak duduk kat rumah ni sampai malam ke? Tak ada cadangan nak keluar bersama ke, enjoy-enjoy ke?” tanya Baek sambil memberi cadangan.
            “Tau tak, dari tadi aku dengar suara korang berdua je. Cuba zip mulut tu sekejap 2 saat.” kata Kris sambil baring mengadap TV. =_= Masing-masing tidak bersuara dan terus menonton TV dengan senyap sekali.

            Suho dan Tao turun daripada tingkat atas sambil membincangkan sesuatu, seperti ada sesuatu yang sedang dirancang. “Hey semua, saya ada cadangan.” ujar Suho pada mereka. “Tadi saya dan Tao bercadang kita pergi ke Seoul. Kita jalan-jalan di sana memandangkan kita ada kawan-kawan yang bukan dari Korea.” cadang Suho. Tao hanya mengangguk sambil mengiakan cadangan Suho itu.

            Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu. Banyak yang mereka kongsikan dan luangkan pada hari itu. Remaja zaman sekarang suka pada perkara yang menghiburkan. Mereka menghabiskan masa dengan berkaroeke, makan, membeli –belah dan bermain.

            “Ma, saya nak anak patung tu..!” pinta anak kecil sambil menangis. Luhan hanya melihat gelagat anak itu sambil teringat akan mama dan babanya. “Macam mana la keadaan Soo Yin sekarang.?” Adakah dia baik-baik saja dengan yeye dan nainai.” detik hati Luhan.

 

Xi’s Bungalow, Lavyna Town

            “Yinyin, kamu tak apa-apa ke? Kenapa kamu tak nak makan dan asyik termenung saja.” tanya nainai pada ku.
            “Saya tak apa-apa la nainai.” jelas ku sambil menghelakan nafas.

            Nainai dan yeye selalu risaukan keadaan aku. Aku rasa aku seperti biasa, seperti Soo Yin yang dulu. Aku sedaya upaya hilangkan kesedihan yang pernah aku alami dulu. Aku menjalani kehidupan dengan baik sekali.
            “Luhan gege..~ Bila ge nak balik ni? Yin rindu dengan gege.” rintih hatiku sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap, memerhatikan taman tempat aku dan Luhan bermain.
 

SM Entertainment Studio

            “Baiklah, sampai sini saja latihan buat hari ini. Kita jumpa lagi esok.” kata pengajar sambil memberi arahan kepada ahli Exo. Mereka dengan gembiranya berehat di hujung bilik kerana keletihan sementara menunggu van untuk pulang ke rumah.
           
            “Hey guys..! Saya ada berita untuk kamu semua.” sapa manager dengan gembiranya.
            “Betul ke? Apa dia?” tanya mereka bersama.
           
            “Minggu depan kamu semua di pinta untuk membuat persembahan di satu majlis amal di Bandar Lavyna. Jadi jadual kamu akan padat mulai esok. Selamat maju jaya. hehe..” jelas manager dengan lebih lanjut. Tao,Kai dan Sehun menyorak sambil bertepuk tangan. Baek, Chen dan Chanyeol menjerit kegembiraan. Manakala Luhan hanya mampu ternganga sambil termenung mengingati kata-kata manager sebentar tadi.

            “Hey Lulu.. Ada masalah ke dengan berita tadi?” tanya Kris menghentikan lamunan Luhan. Luhan yang terkejut dengan sapaan itu terus bangun dan beredar dari bilik studio tanpa sebarang kata. Suho, Xiumin dan D.O hanya melihat Luhan pergi.
            “Kenapa dengan Luhan hyung tu? Suho mula curiga seperti ada sesuatu yang tak kena selepas manager bagitahu tentang Bandar Lavyna. Kris hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

            Bahu Luhan ditepuk dari belakang tanpa dia sedari rupanya Lay yang menyapanya. “Boleh aku duduk, gege?” belum sempat Luhan berkata Lay sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Luhan.
            “Aku tengok gege macam surprise je dengan berita manager tadi, kenapa ya?” tanya Lay sambil memandang muka Luhan yang sedang mengerut.
            “Eh, tak ada apa-apa la. Aku rasa tak sedap badan je.” dalih Luhan.
            “Betul ke? Takpe la kalau kau cakap macam tu.” Lay cuba menenangkan diri sambil mencari tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh Luhan.
            “Bandar Lavyna tu bandar yang paling cantik dan aku rindu dengan mereka.” Luhan sempat berkata sebelum dia pergi meninggalkan Lay dalam keadaan terpinga-pinga.

            “Apa yang ada dalam fikiran Luhan sebenarnya dan apa kaitan dia dengan Bandar Lavyna?” detik hati Lay semakin kuat untuk mengetahuinya. Setahunya, Luhan anak kelahiran Beijing.

Welfare Homes, Lavyna Town

            “Yah, itu dia persembahan daripada kumpulan Exo. Berikan tepukan pada mereka.” ucap pengacara majlis tersebut. Sorakan dan tepukan diberikan dengan begitu semangat. Exo merasa lega dan gembira dengan kegembiraan mereka.
            “Lepas ni kita akan pulang ke Korea semula dan kamu semua akan ada satu wawancara.” kata manager sambil tergesa-gesa untuk berjumpa dengan pengarah rumah kebajikan.

            Luhan berlari anak menuju ke arah manager. “Ehh, hyung-ah.. Kita ada masa lagi tak lepas ni..? Kalau boleh, saya nak ajak ahli Exo dan hyung berehat sebentar di rumah keluarga saya di bukit Bandar Lavyna ni.” jelas Luhan tentang hasratnya itu.

            “Wahhh..!! Besarnya rumah ni…~ *O* Kai, Sehun dan Tao berlari ke sana ke mari melihat persekitaran rumah yang megah berdiri di bukit ini.
            “Ini rumah kau Luhan? tanya manager sambil melihat ke arahnya.
            “Bukanlah.. Ini rumah datuk saya dan….” belum sempat Luhan menghabiskan ayat, seorang gadis melompat di belakangnya.

            “Lulu gege..!! Yin rindukan gege..~” kata aku sambil memeluk abangku yang lama tidak bersua. Tanpa disedari air mataku mengalir dengan deras sekali.
            Baek menyinggung lengan Chen sambil memberi isyarat bertanya. Chen hanya mampu membuat memek muka seperti tidak tahu siapa gerangan gadis itu.

            “Ohh, kamu semua ini kawannya Luhan ye.? Baguslah, cucuku dah berjaya.” kata yeye kepada mereka yang sedang menikmati kuih yang dibuat oleh ku.
            “Maafkan kami haraboji, kami semua memang tak boleh singgah lama sebab masih ada tugasan yang perlu dilakukan selepas pulang ke Korea.” Suho memotong ayat yeye secara sopan tanda mereka ingin pergi.
            “Betul tu haraboji, haraboji tidak perlu risau saya dan Suho sebagai ketua akan menjaga mereka semua. Restukan kami.. ~” ^..^ Kris menambah selanjutnya.

            Dalam masa yang sama, Luhan sedang duduk bersama aku di taman yang selalu kami luangkan masa. Aku rasa seperti mimpi dan tak mahu bangun daripada mimpi tersebut.
            “Yinyin jaga kesihatan tak masa gege tak ada kat sini?” Luhan cuba bertanya soalan yang sama walaupun dia sudah pun bertanya sebentar tadi. Aku memeluk Luhan dengan erat sekali seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta.

            Aku tahu seperti ada yang sedang memerhatikan kami sejak dari mula aku berjumpa dengan Luhan. “Kenapa kawan-kawan gege macam…” aku rasa tak patut tanya sebegitu kepada Luhan memandangkan mereka adalah kawan Luhan.
            “Macam apa?” Luhan sempat bertanya tetapi ada satu suara memanggil Luhan.

            Setelah tiba di Korea, Exo diwawancara dengan beberapa selebriti lain di dalam rancangan ‘Stronger K-Pop Project’. Xiumin, Baek, Chanyeol serta beberapa ahli yang lain telah memberikan beberapa keistimewaan semasa wawancara dijalankan.

Saturday in Exo’s Home

            “Good morning..!” Kai dan Xiumin menjerit serentak.
            “Ni hao..~” ucap Lay sementara Kris dan Tao terus mengambil tempat di depan meja.
            “Hari ini menu kita special sikit sebab D.O telah dibantu oleh Baek seperti biasa dan Soo Yin.” kata Chanyeol dengan riang.

Flashback…

            Aku telah berusaha keras hingga aku berjaya mendapatkan tawaran sambung belajar di Seoul, Korea. Oleh kerana pendaftaran akan dibuat dua minggu daripada sekarang, aku bercadang ingin tinggal bersama Luhan buat sementara waktu.
            “Hello, may I speak with Mr. Bang Woo Jin?” tanyaku dengan teragak-agak.

            Aku dibenarkan tinggal di banglo Exo kerana alasanku ingin membuat kerja sambilan sementara menunggu hari pendaftaran. Dengan kekuasaanku yang pandai memujuk dan merayu, akhirnya aku diterima untuk tinggal di banglo itu.

            “Hye, saya Soo Yin.. Harap semua dapat membantu.” sapa aku sambil membuat ‘peace sign’. ^o^
            Luhan yang terkejut tersedak lalu tersembur sehingga basah bajunya. “M..m..macam mana Yin boleh sampai sini?” Luhan tergagap sebentar.
            Akibat tetamu yang tak diundang itu, ada yang hampir tercekik ada yang tergamam dan ada yang hampir hilang jantung.

            “I’m sorry, sebab tak bagitahu awal-awal tentang ni. Tapi Yin janji tak akan susahkan gege semua.” aku terus menunduk memohon maaf atas kesulitan yang aku lakukan.
            D.O memeluk bahuku sambil berkata, “Takpelah, bukan salah Yin pun. Kami semua yang tak bersedia sejak pagi.” Chen menarikkan kerusi untuk aku duduk sementara mataku terpaku dengan wajah yang pernah aku jumpai.

            “Soo Yin nak makan apa..?” Baek bertanya padaku sambil mengambil roti bakar. Manakala Sehun cuba menuangkan air pada cawanku. Tao memberikan senyuman manis sambil menghulurkan jem padaku. Xiumin dan Luhan hanya melihat gelagat mereka melayanku. Suho, Kris, Chanyeol dan Kai masing-masing khusyuk menjamah sarapan mereka. Aku menjadi malu dan serba salah dengan layanan mereka. Mereka sangat baik padaku. Tapi…..

            Mereka tahu sebab kehadiranku dan aku sangat gembira bersama mereka. Harapanku agar yeye dan nainai tidak risaukan keadaanku selagi aku bersama abangku Luhan.
            “Yin..~ Boleh gege tanya sesuatu?” tanya Luhan sambil mengambil tempat disebelahku.
            “Ehmm.. Boleh,Lulu ge nak tanya apa?” tanyaku kembali sambil menyikat rambut.
            “Yin selesa tinggal di rumah ni.. Maksud gege dengan mereka semua.” Luhan seperti serba salah ingin mengizinkan aku tinggal di banglo ini.
            “Tentulah.. Mereka semua baik dengan Yin, lagipun Lulu ge kan ada.” jelasku dengan penuh semangat. “Lulu ge jangan risaulah. Yin akan jaga diri yin.” tambahku lagi sambil mencubit lembut pipi Luhan.

Seoul Shopping Complex

            “Sweetie, nak ikut gege pergi shopping tak?” tanya Tao padaku sambil tersenyum.
            “Nak..!” ujarku sambil tersenyum lebar. “Hmm, kita nak pergi dengan siapa lagi? Lulu gege ikut ke?” sambungku sambil mebetulkan klip riben di kepala.
            “Tentulah, gege dah bagitahu Luhan gege dan yang akan turut juga Baek, Chanyeol, Kris dan Sehun.” jelas Tao.

            Kami pergi ke sebuah pusat beli belah yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Aku dan Luhan berjalan bersama sementara mereka sibuk keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai.
            “Lulu ge, laparlah~ Nak makan kuih mochi boleh?” pintaku seperti budak kecil.
            “Owh, Yin lapar eh.. Jap kita kena panggil mereka dulu.” kata Luhan sambil menarik tanganku.

            “Ehmm.. Boleh Yin tahu kalau di Korea selalunya adik perempuan akan panggil abang dengan panggilan apa?” tanyaku sambil menyuap kuih mochi ke dalam mulutku. Hmmm.. Sedap sungguh mochi di restoran ini. ^u^
            “Mereka akan memanggil dengan panggilan ‘oppa’.” jelas Baek dengan segera. Aku mula mengerti maksud itu, maklumlah aku orang cina dan perlu banyak belajar bahasa asing ini.

            “Boleh tolong hulurkan tak mochi chocolate tu, Chanyeol oppa..?” aku meminta kuih mochi daripada… alamak..!!
            “Maaf, ini Kris la.. Nah mochi yang kamu minta.” Kris jawab dengan selambanya.
            “Ahh, mungkin Yin masih sukar untuk ingat nama kami.” Chanyeol cuba mencelah dengan tenang. Mereka semua berpandangan termasuklah Luhan.

            “I’m so sorry..~” aku hanya mampu menunduk sambil meminta maaf.
            “Takpelah Yin.. Awakkan baru lagi kat sini. Gege faham.” kata Luhan sambil memujukku. Tao mengiakan apa yang dikatakan oleh Luhan.
            “Sweetie, nah ada lagi mochi yang tinggal.. Habiskanlah.” pujuk Tao sambil menyuapkan mocha ke mulutku.

            “Hey Tao, sejak bila kau mesra dengan budak perempuan tu, siap bersweetie lagi.” tanya Kris dengan nada sedikit keras. Aku, Luhan dan Sehun jalan bersama manakala Baek dan Chanyeol pergi ke kedai baju.
            “Alah gege ni..~ Soo Yin tu memang comel lah, tak salah kalau nak panggil dengan panggilan macam tu.” Tao cuba bagi penjelasan.

            “Aku boleh dapat rasakan budak tu akan bawa masalah pada kita.” sangkal Kris.
            “Gege..! Tak baik cakap macam tu nanti kalau Luhan gege dengar macam mana?” bidas Tao. Dalam masa yang sama, Luhan sebenarnya dengar akan perbualan mereka berdua tadi.
            “Apa sebenar yang bermain di minda Kris? Kenapa dia kata Yin akan menyusahkan kami?” hati Luhan resah memikirkan apa yang didengarinya tadi.
 

 

Exo’s Home at Rooftop

            Bintang malam menerangi segenap ruang disekitar kawasan bumbung ini. Aku tak tahu kenapa nainai dan yeye tak telefon kembali. Aku lihat screen handphoneku dan aku slide setiap satu persatu nombor panggilan. Aku mula mendail… Tutt..tutt..tutt.. “Hello?” satu suara hinggap di talian.
            “Nainai..~ Kenapa nainai tak telefon Yin? Nainai dah janji nak telefon kembali.” kataku sambil menitiskan air mata.
            “Yin..~ Nainai dah… Takpelah, nainai tadi pergi ke rumah jiran sebab tu lupa telefon kamu.” jelas nainai walaupun yang sebenarnya nainai baru sahaja telefon beberapa jam yang lalu.

            Dalam keadaan gelap lagi sejuk yang tak terkata, ada kelibat seseorang yang sedang berjalan menuju ke arah aku.
            “Hey Yin..!” sapa seorang jejaka sambil menepuk bahuku lembut.
            “Hye.. ahh.. SEH..” belum sempat aku ingat namanya dia mencelah dahulu.
            “Saya Kai lah.. Kenapa duduk kat sini sorang-sorang nanti Luhan hyung cari susah tahu.” kata Kai sambil mengambil tempat disebelahku. Kedengaran suara Kai sangat lembut sekali.

            “Hari ni saya dah salah panggil nama Kris gege dengan Chanyeol oppa.” kataku sayu sambil menatap pemandangan malam itu.
            “Owh pasal tu tak payah lah nak fikirkan sangat. Lama-lama awak akan ingat mereka.” Kai cuba menenangkan hatiku sambil memberi senyuman yang menawan.

            Di satu sudut yang tidak jauh dari tempat kami duduk ada orang yang sedang perhatikan. Dia perhatikan setiap gerak-geriku.
            “Eh Lay hyung! Buat apa kat sini?” tanya Kai apabila kami ternampak dia disebalik pintu. Aku hanya tersenyum sambil lalu dihadapannya. “Yin tidur dulu ya Kai oppa.”
            “Aik, aku je. Dia tak nampak Lay hyung kat sini ke?” detak hati Kai sambil kembali ke bilik.

LayHan Room’s

            “Dia memang betul dah tak ingat aku walaupun sedikit. Yin~~ Saya tetap akan ingat semuanya.” lamunan Lay terhenti setelah Luhan masuk ke bilik.
            “Eh Lay, kau tak tidur lagi ke?”. Lay hanya mendiamkan diri sambil memandang ke siling.
            “Lulu gege..~ Yin sihat ke?” Luhan agak sedikit pelik dengan pertanyaan Lay tu. Luhan berdiri betul dekat dengan katil Lay.

            “Mungkin dia kepenatan.” jawab Luhan yang masih melihat Lay.
            “Betul ke Luhan gege tak tahu apa-apa?” soalan kedua terpacul daripada mulut Lay yang membuatkan Luhan bertambah pening.
            “Apa maksud kau?” Luhan bertanya.

            “Kenapa mereka ni? Aku semakin tak faham dengan mereka. Mula-mula Kris sekarang Lay.” Luhan menjadi runsing dengan mereka dan apa kaitan dengan Soo Yin. “Adakah Yin itu menyusahkan?”
            “Aku tak patut bagitahu hal ini sekarang. Mungkin Luhan gege tidak dapat menerimanya. Aku perlu cari masa yang sesuai.” Lay mengelamun hinggalah tertidur.

3rd day in Exo’s Home

            “Mana pinggan special aku..!!!~” hampir bergegar rumah dibuatnya. Pagi yang tenang telah dikucar-kacirkan dengan jeritan D.O yang sedang mencari pinggannya. Semua orang yang berada di dalam rumah terkejut dengan apa yang berlaku termasuklah aku.
            “Semalam siapa yang basuh pinggan?” tanya D.O dengan marahnya. Aku yang kebetulan baru ke dapur segera mengangkat tangan. “Saya yang basuh oppa.” Aku ketakutan bila melihat mata D.O yang sedang memandang tepat ke arahku.

            D.O yang pada mulanya hendak menengking aku segera ditahan oleh Xiumin dan Chen. “Itulah satu-satunya pinggan yang omma aku bagi.. Ke kau dah pecahkan?” jerit D.O seperti dirasuk hantu.
            “Apa yang dah terjadi?” tanya Suho sambil memandangku yang sedang diam membatu macam patung. Tiba-tiba tanganku digenggam oleh Chanyeol, “Kalau ye pun tak payah marah disebabkan sebuah pinggan, masih boleh bertanya dengan baik bukan menengking.” bidas Chanyeol dengan keras pada D.O.

            “Yin tak apa-apa kan?” Luhan segera mendapatkanku sambil memeluk erat. Air mataku membasahi dada Luhan. Setelah perkara pagi itu terjadi, mereka semua bergerak ke SM Entertainment seperti biasa kerana mereka perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mereka cuba menyibukkan diri dan melupakan perkara yang berlaku pagi tadi.

Gwanjee Café, Seoul

            Satu bunyi kedengaran di telinga tanda ada mesej dan Luhan memeriksa inbox.

                        Soo Yin 011-XXXXXXXXX
                        Yin tau Lulu gege tgh busy, Yin nak keluar kejap.
                        Nnt Yin balik segera. pai pai.. <3

             “Nak ke mana pula si Yin ni?” Luhan rasa tidak sedap hati. Sehun mendekati Luhan, “oit, apasal ni? Teringat pasal pagi tadi ke? Alah, D.O hyung tu nanti okay la.”
            “Bukanlah.. Yin nak keluar tapi aku tak pasti ke mana. Katanya hanya sekejap.” luah Luhan.
            “Owh, Yin ke? Dia kan dah besar pandai-pandai la nanti dia balik.” Sehun cuba menenangkan Luhan yang kebingungan sambil meneguk bubble tea kegemarannya.

            Aku mula berjalan dan menaiki bas untuk ke Seoul Tower. Aku melihat keindahan dan kesibukan di bandar ini tidaklah seperti di China. Di China, kalau boleh berjalan itu dah paling untung sekali. Asyik sibuk berjalan ke sana ke mari, masa pun berjalan dan dah tiba waktu petang.
            “Laparlah pula. Singgah kat sini dululah.”

            Waktu sudah pun malam dan aku masih diluar. “Macam mana nak balik ni? Aku tinggal kat mana eh? -_-‘ Sedang aku menunggu di bus stop, ada sebuah kereta berhenti tepat di hadapanku.
            “Eh..?? Soo Yin-ssi..” jejaka itu mengenali aku dan aku macam pernah lihat dia.
            “Ye saya.. d..dan bagaimana awak tahu nama saya?” kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal ni.
            “Saya manager Exo, Bang Woo Jin. Hmm.. awak mesti nak balik rumahkan, marilah saya hantar.” kata manager itu sambil tersenyum.

Rest Room, Exo’s Home

            Jam sudah menandakan pukul 9 malam. Semua sedang risau akan ku kerana dalam waktu begini aku masih tidak pulang. Ting.. tong… loceng rumah bergema dan Baek berlari membukakan pintu.
            “Oihh, manager datanglah dengan…” Baek kaku sebentar melihat aku berada dibelakang manager. “Yin..! Macam mana awak boleh..” ayat Baek dipotong. “Saya yang jumpa dia kat bus stop sorang diri. Alang-alang saya hantar sekali.” manager menjawab secara spontan.

            “Kami semua minta maaf kerana menyusahkan manager hyung.” kata Suho sambil semua menunduk maaf. “Takpelah, tanggungjawab saya juga untuk menjaga Soo Yin-ssi ni.” tambah manager. Aku dihantar ke bilik oleh Luhan. Lay hanya dapat memandang daripada jauh.

            “Aku dah kata budak perempuan tu akan bagi masalah.” bisik Kris pada Tao sambil mencebik. Mereka meluangkan masa dengan manager sambil berbincang tentang persembahan akan datang. Esok mereka akan membuat persembahan di Busan.

            “Baiklah saya rasa sampai sini sahaja, dah lewat ni saya kena pulang sekarang.” kata manager sambil berdiri membetulkan beg silangnya. Suho menghantar manager ke pintu. Sedang semua berehat di ruang tamu, Tao cuba pergi ke bilik tetamu.

            Pintu bilik di ketuk dan dikuak. Aku melihat kelibat yang sedang masuk ke bilik dan menuju ke arahku. “Owh.. Xiumin gege rupanya. Duduklah.” pelawaku. “Xiumin?” bisik hati Tao.
            “Maaf. Saya Tao la, bukan Xiumin gege.” jelas Tao keliru. Tao melabuhkan punggung di kerusi mengadap ke katil. “Yin boleh gege tanya sesuatu?” Tao memulakan perbualan.

            “Hmm.. tanyalah.. Apa dia?” aku mengemaskan kedudukan di katil sambil memeluk Mr. Hello (patung Smiley). “Yin dah rasa okay ke?” Tao memandang tepat ke mataku.
            “Sudah tentulah okay. Kenapa gege tanya macam ni?” aku berasa pelik dengan pertanyaan Tao itu. “Bukan apa, gege tak nak kamu fikirkan pasal D.O hyung marah kamu pagi tadi.” kerisauan Tao jelas sekali terpapar dimukanya. Tao sedaya upaya menceriakan aku.

            “Pasal pagi tadi? D.O? Takdelah, pagi tadikan Yin keluar jalan-jalan dekat bandar lepas tu… hmm, Yin tak pasti pula.” aku cuba beritahu sesuatu tapi tidak kesampaian. “Takkan semudah itu, dia lupakan.” berkerut dahi Tao memikirkan kata-kata ku tadi. Tao mula pelik dengan diriku.

XiuChen Room’s

            “Min gege..~ Kau tak rasa pelik ke dengan Yin tu?” tanya Chen sambil baringkan diri di katil.
            “Aku pun ada rasa pelik gak. Dia macam tak tahu dengan apa yang dia dah buat.” jawab Xiumin selamba. “Tapi takkan Luhan gege tak tahu adik dia macam mana?” tanya Chen lagi.
            “Mungkin memang perangai adik dia macam tu la kot. Kita mana la tahu.” Xiumin cuba berfikir positif. Dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah orang lain.

            Mereka berbual dan terus berbual tentang semua yang terjadi. Masih ada yang belum tidur dan ada yang masih sibuk dengan rutin mereka sendiri. Malam berlalu dengan pelbagai karenah.

 

Marynade Hotel, Busan

            “Apa khabar semuanya? Hari ini kita akan berhibur bersama Exo..~” pengacara majlis memulakan bicara. Exo mula naik ke pentas dan mula menghiburkan penonton dengan nyanyian dan tarian yang memukau mata orang ramai.
            “Itu dia persembahan yang paling fantastik sekali.” kata pengacara sambil menepuk tangan.
            “Apa yang kita tahu mereka ini masih baru di dunia seni ini, boleh beri penjelasan?” pengacara mula bertanya pada ahli Exo.
            “Kami semua… bla..bla..bla..” Suho menjelaskan satu persatu kepada penonton.

            “Penatnya..~” keluh Baek.
            “Okay guys.. After this we meet with fans. Siap sedia untuk sesi signing and photographing.” arah manager.
            “Kau okay Baek?” tanya Chanyeol sambil memegang bahu Baek.
            “Aku okay je. Jom la.” Baek menjawab pertanyaan Chanyeol sambil mengaliskan kelopak matanya dengan celak lagi.

            Akhirnya jadual pada hari tamat awal, mereka semua keletihan dan masing-masing tidur semasa dalam perjalanan. Pelbagai gaya tidurnya ada yang mengigau dan ada yang siap melelehkan air liur. xDD Kris terjaga dan melihat terus ke arah jam tangannya.
            “Dah pukul 7 malam tapi kita tak sampai lagi?” kata hati Kris. Luhan disebelahnya mengeliat sambil menggosok mata. “Kita tak sampai lagi ke?” Luhan mengeluarkan I-Phone dan mula membuka kod kunci. “Eh , ada note yang tak dibacalah. Haah..~~~” Luhan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

9:00 p.m, Exo’s Home

            “Eh, kenapa gelap je rumah kita ni?” Chen menunjukkan jarinya ke arah banglo itu. Masing-masing kaku tanpa bicara.
            “Tak kan la si Yin tu duduk dalam gelap? Ke dia memang takde di rumah lagi.” sangkal D.O.
            “Lulu hyung, Yin ada bagitahu apa-apa tak tadi?” Suho bertanya pada Luhan. Masing-masing melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Terdapat ada cahaya di dapur, seperti ada seseorang disitu. Kai dan Sehun mula melangkah ke dapur diikuti yang lain. Setiba mereka di sana, aku mula melompat.

            “Surprise..!” aku mengejutkan mereka. Mereka terkejut sampai tidak bergerak seperti tugu di bandar Seoul. “Happy Birthday adikku Yin. Sorry, gege lupa nak wish.” ucap Luhan berbaur rasa bersalah.
            Mereka semua memandang ke arah Luhan. “Laa.. Hari jadi Yin rupanya. Awak yang masak semua ni?” tanya Kai. D.O mencuba daging salai yang betul berada di depannya.
            “Tak sangka Yin juga pandai memasak.” kata D.O dengan ikhlas sekilas dia terus duduk tanpa pedulikan yang lain. Melihat D.O yang sedang sedap menikmati makanan yang enak itu, mereka tidak lepaskan peluang untuk menikmatinya juga.

            “Terima kasih sebab sudi sambut hari jadi dengan Yin dan tak lupa juga pada Lulu gege yang menjaga Yin selama ini. Xie xie..~” kataku sambil bergenang air mata.
            “Hey, kami semua senang sangat bila bersama awak dan terima kasih kerana bersusah payah untuk buat ini semua.” kata Chanyeol sambil mencubit lembut pipiku. Setelah penat bersuka ria dan bergelak tawa, masing-masing merehatkan diri.

            “Luhan gege..~” Lay menyapa Luhan yang sedang mengelamun di tingkap studio. “Aku rasa aku patut beritahu Luhan tentang Soo Yin” bisik hati Lay.
            “Hmm.. Apa dia..? Macam penting je.” Luhan beralih mengadap Lay.
            “Sebenarnya.. aaa.. Sebenarnya..” seperti ada benda yang menyekat suara Lay keluar dari mulutnya. “Lulu hyung..!” jerit Sehun memanggil untuk berlatih tarian baru.

            Lay mengeluh dan sedikit hampa.

            “Kau tahu apa yang berlaku pagi tadi?” kata Xiumin beria. Baek, D.O, Tao dan Kris membuka telinga sambil mendengar cerita Xiumin.
            “Aku punya baju boleh tertukar dengan Suho dan barang keperluan Chen ada di bilik Luhan dan Lay.” terang Xiumin dengan penuh bersemangat.

            “Tak kan la si Yin tu yang buat?” teka Baek sambil mengerutkan dahinya.
            “Kemungkinan dia yang buat, tak kan la kita yang nak buat pula kan.” bentak Kris sambil menghelakan nafas.
            “Kris ge..! Kita takde bukti nak tuduh macam tu je.” Tao memberi sedikit amaran. “Kalau Luhan gege dengar, mesti dia akan sedih.” tambah Tao lagi. Xiumin dan Baek mengangguk tanda setuju dengan pendapat Tao.

            “Alaahh..~ Tak kan sebab Luhan tu abang dia, dia boleh buat suka-suka..!” suara Kris sedikit keras.
            “Cukup..! Jangan asyik nak menghukum Yin. Dia bukan tahu apa-apa.” marah Lay yang tidak sengaja mendengar perbualan di antara mereka.

            “Kenapa dengan Lay tu? Marah betul.” kata Baek yang agak terkejut kerana selama ini tak pernah lagi dia lihat Lay marah sebegitu.
            “~Dia tak tahu apa-apa.~” Tao berfikir kembali saat dia bersamaku, apa maksud Lay dengan dia tak tahu apa-apa? detik hati Tao. Hatinya semakin kuat untuk ingin tahu.

           “Luhan gege ada masa tak? Boleh luangkan masa dengan aku petang ni di taman dekat dengan perumahan.” tanya Lay.
            “Ehmm, boleh kot tapi kenapa?” persoalan Luhan tidak dijawab sebaliknya Luhan ditinggalkan begitu. Luhan bingung dengan kelakuan Lay semenjak dua menjak ni.

            Setelah habis latihan di studio, Luhan segera menyalin pakaiannya.
            “Lulu hyung nak ke mana? Kelam kabut je nampak.” tanya Sehun yang sedang duduk di kerusi sambil minum bubble tea kegemarannya.
            “Owh, aku ada hal nak kena jumpa dengan Lay.” Luhan tergesa-gesa mengikat tali kasut.
            “Lay? Kena.. eh,eh.. Lulu hyung..!!” belum sempat Sehun nak bertanya Luhan dah lari meninggalkan studio tersebut.

            “Rasanya ada benda mustahak yang Lay hyung nak bagitahu Lulu hyung.” Sehun mula mengesyaki sesuatu. “Lebih baik aku ikut Lulu hyung sekarang.” hati Sehun mula bertindak.
            Sehun berlari keluar dan mula mencari Luhan di luar. “Nampaknya aku belum lagi terlambat.” detak hati Sehun apabila ternampak kelibat Luhan yang sedang menunggu teksi.
            “Tunggulah, kebenaran pasti terbongkar.” Sehun tersenyum sendirian.

Haesi Park, Seoul

            Tiba sahaja Sehun di Taman Haesi, dia segera mencari kelibat kedua hyungnya itu.
            “Mana la Lulu hyung ni pergi?” kata Sehun sendirian. Dia berjalan mengelilingi taman itu dan akhirnya dia ternampak Lay yang duduk bersendirian.
            “Eh, itu kan Lay hyung?” dalam masa yang sama mata Sehun terus memandang ke arah tubuh yang sedang berlari ke arah Lay. Sehun terus bergerak ke arah pokok bunga dan bersembunyi di sebaliknya.

            “Sebenarnya aku kenal dengan adik gege tu. Aku dah kenal selama setahun.” Lay memulakan bicara sambil mengamati keindahan taman.
            “Maksud kau Soo Yin? Dan macam mana kau kenal dia? Dan kenapa aku tidak tahu pasal ni?” tanya Luhan bertubi-tubi. Dia masih keliru apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang Lay cuba katakan.

Flashback…

            “Apa yang menyebabkan cucu saya jadi begini?” tanya yeye pada Dr. Xang dengan penuh kerisauan.
            “Saya harap tuan dan puan dapat menerima dengan tabah, yang sebenarnya cucu tuan dan puan mengalami gangguan saraf pada otaknya yang akan mengakibatkan dia kehilangan segala memori sedikit demi sedikit. Apa yang saya boleh katakan di sini, kes begini jarang berlaku dan sememangnya tiada ubat buat masa ini. Mungkin ia boleh bawa maut tapi saya tidak jamin berapa lama.” jelas Dr. Xang dengan panjang lebar.
            “Tiada jalan lain ke doktor? Takkan sampai macam tu sekali? Yinyin tak patut jadi begini.” ujar nainai sambil mengalirkan air mata.

            “Tuan, boleh saya tahu sesuatu?” tanya Dr. Xang mencari kepastian.
            “Silakan.” balas yeye.
            “Apa yang berlaku ke atas Soo Yin semasa silamnya?” dengan serius Dr. Xang bertanya.
            “Ibu bapanya mengalami nahas kemalangan pada 10 tahun dahulu. Selepas pada itu, dia berubah menjadi budak yang pendiam dan jarang berkata jika dia ditanya.” jelas yeye dengan sebak.

            “Dr. Xang adalah ayahku, dia yang telah merawat Yin ketika dahulu sebelum ayahku ditukarkan ke London.” kata-kata Lay terhenti seketika bila dia melihat Luhan diam membatu sambil pipinya dibasahi air mata.
            “Kenapa yeye dan nainai tak bagitahu aku?” geram hati Luhan.
            Seperti dapat dibaca dari memek muka Luhan, Lay cuba memeluk bahu Luhan sambil mengusap perlahan badannya. “Jangan salahkan mereka. Mereka cuma tak mahu gege susah hati dan risau tentang adik gege tu.” pujuk Lay.

            “Aku sangat sayangkan Yin kerana dialah satu-satunya yang aku ada selepas baba dan mama pergi.” Luhan tidak dapat menahan kesebakannya.
            “Aku tahu Lulu gege, tapi kau perlu tabah. Semua ini suratan takdir. Yin amat memerlukan kita sekarang.” Lay memberi kata semangat pada Luhan.

            “Rupanya Lay hyung adalah anak doktor dan Yin SAKIT..!!” detik hati kecil Sehun.

Guest Room, Exo’s Home

            Hujan turun dengan lebatnya, aku mula berasa dingin dan angin mula meniup dengan kencang sekali. Terasa seperti tekak kering sekali, dahaga sekali rasanya. Seperti tiada siapa yang berjaga, masing-masing lena diulit mimpi. Aku keluar daripada bilik dan terus menuju ke dapur.
            “Huh, lega dapat minum air. Sedap sungguh air masak ni.. hehe..” >u<

            Aku menaiki anak tangga untuk balik ke bilik. Tiba-tiba satu dentuman kuat bertemankan cahaya kilat yang memancar di luar rumah. Aku begitu terperanjat dan terus masuk ke bilik lalu menguncinya.
            Akhirnya aku terlena di tilam empuk beralas bantal lembut berselimutkan dengan kain lembut dan tebal.

            “Ahh, dah pagi rupanya.” Kris mengeliat sambil menguap. Kris cuba bangun tapi seperti ada sesuatu yang berada di atas dadanya. Kris menyelak selimut yang menyelimuti tubuhnya itu secara perlahan.
            “Tangan..!! Tangan sapa ni?” Kris seperti orang hilang akal terkejut melihat tangan yang ada di atas dadanya sejak tadi mungkin semalam. (-_-)’

            Kedengaran seperti ada satu suara yang sedang merengek di dalam selimut tersebut. Kris cuba menyelaknya.
            “Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….!!!!!!” jeritan aku mengejutkan semua warga Exo di planet ini. “Apa gege buat dalam bilik saya ni?” jerit aku ketakutan.
            “Excuse me squid lady, ini bilik aku bukan bilik kau. Dan macam mana kau boleh berada dalam bilik ni? Kau cuba nak lakukan sesuatu dengan ak…” Kris jatuh tersembam di lantai.

            “Sehun..!! Kurang ajar kau..!” jerit Kris sambil bangun dan mahu menumbuk muka Sehun.
            “Dhuizang gege..!! Cukup..! Kalau macam ni tak akan selesai masalah.” Tao cuba menahan Kris yang sedang panas dan berang dengan perbuatan maknae Exo tu.
            Aku terus berlari keluar meninggalkan bilik tu. Luhan hanya melihat kerana tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

            Sehun yang masih bengang memandang ke bawah seketika. “Tahu tak apa yang kita dah buat selama ni? Kita semua dah layan Yin dengan buruk.” teriak Sehun sambil memandang ke arah hyung-hyungnya.
            “Apa yang buruknya? Budak tu memang banyak menyusahkan kita selama ni.!” bentak Kris.
Luhan yang baru sampai ke bilik Kris bersama Lay tersentap dengan kata-kata yang terkeluar daripada mulut gege yang selama ni dia hormati.

            Sehun terus menarik kolar baju Kris tanpa peduli siapa di depannya, “Paboya hyung..!! Hyung semua nak tahu kenapa Yin macam tu? Yin tu saki..” belum sempat Sehun menghabiskan ayat Lay menerjah masuk ke bilik.
            “Sehun hentikan kata-kata kau. Itu semua tak benar. Apa yang kau tahu?” Lay cuba pertahankan.
            “Sudah la Lay hyung, tak payah nak simpan lagi rahsia tu.” semua orang terkejut dengan kata-kata Sehun.

            “Apa maksud kau?” Luhan mencelah. Masing-masing bengung sambil menanti jawapannya.

            “Apa aku dah buat ni? Aku sebenarnya tak berniat nak buat macam tu. Soo Yin maafkan gege..~” hiba hati Kris bila dia dapati Yin sebenarnya mengalami masalah.

Flashback…

            “Lulu hyung pun sama macam Lay hyung. Aku dah tak sanggup lihat Yin hari-hari disalahkan.” Sehun cuba menjelaskan apa yang terjadi.
            “Yin sebenarnya sakit dan tak mampu untuk hidup seperti orang biasa.” kata Sehun sambil menahan air matanya daripada mengalir.
            “Sakit?? Kau jangan main-main dengan hal macam ni saeng.” betah Suho.
            “Ia betul Suho Hyung, hyung boleh tanya dengan mereka berdua ni. Selama ni, Yin bukan sengaja tetapi dia tak dapat ingat apa yang dah berlaku walaupun untuk sehari.” tambah Sehun lagi.

            Kris tergamam seketika dan dia terus memukul dirinya sendiri. Tao dan Kai cuba menahan perbuatan Kris.
            “Aku tak patut marahkan Yin pasal pinggan pemberian mamaku.” sesal D.O.
            “Aku juga tak patut salahkan Yin pasal baju tu.” keluh Xiumin.

            Chanyeol dan Baekhyun telah beredar meninggalkan mereka sejurus itu mereka berdua pergi ke bilik ku.
            Tok…Tok…!! Pintu bilik diketuk berkali-kali tapi tiada sebarang respon diberi. Suasana bilik senyap tanpa ada sebarang suara di dalamnya.
            “Eh, Yin tak ada kat dalam bilik la. Macam mana ni Channie?” Baek gelisah setelah dia dapati yang aku tidak berada di biliknya.

            Banglo Exo menjadi lebih kelam kabut. Masing-masing berlari keluar. Mereka berpecah sambil menyusur ke arah jalan sambil mencariku. Mereka berusaha mencari aku tak kira di mana.
            “Dah jumpa Yin ke?” Chen berlari ke arah Kris.
            “Aku risaukan Lulu je, mesti dia risau sangat. Lagi pun dia nampak sangat letih, mukanya pucat.” kata Kris sambil memandang ke arah Luhan bersama Lay, Sehun dan Xiumin.

            “Yin..!!! Hey, dengar tak suara gege ni?” Chen menepuk pipiku lembut sambil menggoncang badanku yang lemah, terbaring di tepi jalan dengan cuaca yang sangat sejuk.
            “Kris gege..!! Yin ada di sini, dia pengsan.” jerit Chen. Kris berlari ke arah tubuhku lalu mengangkatku dengan cemas.
            “Mereka dah jumpa Yin…!!~” jerit D.O sambil berlari ke arah Kris. Semua orang berlari mendapatkanku.

            Aku dibawa masuk ke dalam van oleh mereka. Kepalaku dipangku oleh Luhan sementara aku masih kaku dan lemah. Tidak ku sangka, aku seperti merasai ada sesuatu yang jatuh di atas pipiku.
            “Lulu gege..~ Kalau Lulu gege boleh dengar apa yang Yin nak katakan, Lulu gege mesti janji dengan Yin yang Lulu gege tak boleh menangis. Walaupun Yin rasa macam sakit sangat sekarang tapi Yin buang saja sakit tu ketepi sebab Yin rindukan baba, mama dan gege. Yin sangat sayangkan Luhan gege…~”

            Apakan daya, aku tak mampu untuk berkata melainkan hanya terbaring seperti orang tak bernyawa. Hanya hatiku yang mampu merintih.

Seoul City Hospital

            Mereka semua menanti keputusan sementara aku masih dirawat di wad kecemasan. Untung sekali Woo Jin-ssi lepaskan mereka daripada jadual yang sangat padat apabila mengetahui tentang hal ini.
            “Siapa ahli keluarga Cik Soo Yin?” pinta jururawat yang bertugas.
            “Saya abang kandungnya.” jawab Luhan dengan pantas.

            “Keadaan Cik Soo Yin buat masa ini agak lemah tapi masih stabil.” bicara doktor.
            “Jadi adik saya boleh pulang hari ini?” harap Luhan.
            “Belum boleh lagi, apa yang saya nak katakan sekarang berdasarkan apa yang telah saya usahakan terdapat beberapa saraf lembut otak Cik Yin telah rosak akibat tekanan yang dialami. Saya rasa Cik Yin terlampau desak otaknya untuk mengingati apa yang pernah berlaku.” jelas doktor dengan terperinci.
            “Kalau macam tu doktor, tak ada jalan lain ke untuk selamatkan adik saya?” Luhan berharap agar aku pulih dan dapat jalani hidup dengan baik.

            “Apa kata doktor, Lulu hyung?” Kai segera mendapatkan Luhan setelah dia keluar dari ruangan doktor. Masing-masing menunggu jawapan tapi Luhan hanya beredar tanpa sepatah kata melainkan hanya tangisan didapati.
            “Owh, nurse.. Boleh kami jenguk pesakit sekarang?” tanya Suho sambil menahan jururawat tersebut. “Boleh kami masuk tak?” tanya Xiumin pula.
            “Boleh tapi tidak boleh terlalu ramai kerana pesakit masih lemah dan harap anda semua bekerjasama.” jawab jururawat lalu beredar meninggalkan pemuda-pemuda tersebut.

            Suho, Chen, Xiumin, Chanyeol dan Baekhyun mula memasuki ruangan wad tempat aku terbaring sendirian. Mereka mengelilingi katilku, sambil menahan sebak melihat mukaku yang sangat pucat.
            Suho bergerak ke arah katilku sambil menyentuh tanganku. SEJUKnya..!!~ O.O “Yin, oppa harap kamu cepat sembuh dan boleh senyum seperti dahulu.
            “Yin masih kenal dengan Baekkie oppa tak..? Cepat sembuh nanti kita boleh bergurau lagi.” bisik Baekhyun di telingaku sambil ketawa kecil diiringi air mata.
            “Yin-ah..~ Kami semua rindukan kamu, lagi-lagi Luhan hyung. Cepat sembuh..” kata Chanyeol sambil mengusap rambutku lembut. Xiumin dan Chen tidak mampu mengatakan apa-apa.

            Suasana bilik yang sunyi hanya bertemankan bunyi mesin dan titisan air yang masuk mengalir ke dalam tubuhku. Pintu bilik dikuak seperti ada yang masuk ke dalam.
            “Maafkan gege, Yin..~ Gege tak bermaks..” kata-kata Kris terhenti sebaliknya dia menangis dan tak mampu berkata lagi. Tao yang berada dibelakangnya, mengusap perlahan-lahan belakang Tao.
            “Sudahlah Kris gege. Benda dah jadi dan jangan asyik salahkan diri. Yin pun tak nak semua ni terjadi, yang penting kita kena bagi dia semangat dan terus sokong dia.” kata Tao walaupun dia juga sedih melihat keadaanku.

            Kris hanya mengangguk mengiakan kata-kata Tao itu.
            “Mari kita balik dulu, nanti malam kita datang jenguk lagi.” ajak Tao. Walaupun agak berat untuk pergi Kris gagahkan dirinya.
            “Yin..~ Kalau Yin dengar, Yin cepat sembuh dan cepatlah sedar ya. Kami semua sayangkan Yin..~” Tao sempat berbisik di telingaku sebelum beredar.

            Selepas Luhan keluar dan pergi tanpa kata, Lay dan Sehun sempat mengejarnya. Mereka mencari kelibat Luhan di merata tempat.
            “Lay hyung..! Aku nampak Lulu hyung kat bawah pondok sana.” kata Sehun sambil menunding jari ke arah pondok tersebut. Mereka pun menuju ke arah Luhan dengan segera.

            “Hyung-ah, kenapa hyung pergi macam tu je? Ada masalah ke?” kata Sehun sambil menepuk perlahan belakang Luhan. Luhan yang terkejut dengan kedatangan mereka berdua, terus mengesat air matanya dengan lengan baju.

Flashback…

            “Maaf En. Luhan, kami tidak pasti puncanya jadi kami tidak mahu beri sebarang keputusan.” jawab doktor sambil menggelengkan kepalanya sedikit.
            “Apa yang saya boleh katakan, encik patut selalu luangkan masa bersamanya. Kita tidak tahu berapa lama dia dapat bertahan tapi selagi dia tidak dalam keadaan yang tertekan masalahnya tidak akan teruk.” tambah doktor lagi.

            “Doktor kata keadaan Yin akan teruk jika dia selalu tertekan, kemungkinan juga Yin tidak lama..” kata-kata Luhan terhenti. Lay memeluk Luhan dengan erat. Lay tahu bagaimana rasanya seperti dia semasa pertama kali dia mendengar kata-kata ayahnya bersama Tuan Xi.
            “Me..memang tak ada cara lain ke?” tanya Sehun sedikit gagap. Luhan hanya menggelengkan kepalanya.

            Pada pukul 8.00 malam, D.O, Kai dan Sehun sudah terpacak di depan wad F-34/1- Xi Soo Yin. Pintu dikuak dan aku masih juga terbaring bertemankan bunyi mesin. Kai duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil.
            “Yinyin..~ Oppa rindu sangat nak masak sama-sama dengan kamu. Cepatlah bangun..” pinta D.O sedikit serak suaranya sambil membetulkan rambutku yang sedikit selerak. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian semasa kali pertama dia memarahi aku kerana pinggannya yang hilang itu.
            Kai memandang wajahku dengan sayunya. Dia teringat kali pertama aku bersembang dengannya di atas bumbung. Kami berjenaka, bergelak ketawa hingga larut malam. Itu adalah kenangan manis baginya.
            “Kenapa awak perlu tanggung semua ni? Kalau boleh biarlah saya yang tanggung.” kata Kai dengan hibanya. Sehun dan D.O saling berpandangan.

            Luhan dan Lay adalah orang terakhir yang menemaniku. Aku tahu Luhan gege sangat risaukan aku tapi aku juga tak mahu kerjaya Luhan gege terjejas gara-gara aku yang masih tidak sedarkan diri.
            “Aku rasa aku ingin membersihkan Yin.” pinta Luhan pada Lay.
            “Baiklah, aku tinggalkan Luhan gege dengan Yin. Apa-apa hal, aku ada di luar. Okay?” jawab Lay sambil menolak pintu. Luhan menggangguk perlahan.

            Luhan mengambil sebesen kecil air suam beserta tuala kecil. Luhan mula mengelap perlahan-lahan. Setelah habis mengelap, aku dipakaikan bedak. Rambutku disisir rapi dan aku diselimutkan dengan kemas. Luhan duduk mengadapku sambil memandang ke arah wajahku.
            “Sekarang Yinyin dah wangi, baguskan gege bagi mandi.” gurau Luhan sambil tersenyum sedikit. Dia cuba menyembunyikan kesedihannya. “Baba, mama..~~ Maafkan Luhan kerana tak menjaga Yin.”

Myeondong Shopping Complex

            Debut Exo masih berjalan dengan lancar. Sentiasa ada panggilan untuk persembahan, sesi foto dan autograph juga ada. Jadual makin ketat dan latihan dilakukan setiap masa. Mereka semakin jarang ke hospital apatah lagi Luhan. Mereka hanya bergantung dengan Woo Jin-ssi untuk menjenguk aku di hospital.

            “Dah hampir 5 hari Yin tak sedarkan diri.” rungut Baekhyun.
            “Jangan cakap pasal Yin waktu sekarang ni. Fokus pada persembahan.” Kris memberi amaran. Dia tidak mahu semua menjadi lemah kerana keadaan Yin. “Yahh..~ Aku juga sedih sekarang ni..!!~ jerit hati Kris. Mereka mengakhiri persembahan di Myeondong dengan lagu yang cukup popular, MAMA.

            Masing-masing sudah keletihan. Mujur esok adalah hari minggu dan kebetulan tiada jadual untuk esoknya. Mereka bercadang untuk menjengukku pada keesokkan harinya. Luhan mengemas beg dan bergegas memakai kasut.
            “Eh, Lulu hyung nak ke mana?” tanya Kai selepas melihat Luhan yang sedang memakai kasut.
            “Temankan Yin.” ringkas jawapan Luhan.
            “Esok sajalah. Hyung pun perlu berehat juga.” ujar Kai sambil tersenyum.         

F-34/1: Xi Soo Yin Room’s

            Luhan tiba dibilikku dengan pakaian ganti beserta buah-buahan. Aku juga masih kaku seperti patung di atas katil tersebut.
            “Yin..~ Gege nak sangat dengar suara awak tu. Sedarlah..~~” harap Luhan sambil dia menyikat rapi rambutku setelah badanku dilap sebentar tadi.
            Setelah penat menguruskan aku, akhirnya Luhan terlelap di kerusi sambil menggenggam tanganku erat.

            “Lulu gege..!!~ Lulu gege..!!~ Yin rasa bahagia sangat sebab dapat gege macam Luhan gege ni dan Yin rasa bahagia sebab dapat keluarga yang tak pernah putus bagi kasih sayang pada Yin. Yin sayang semuanya.. Terima kasih..~~”
            “Soo Yin, jangan pergi…!!~”

            “Luhan gege..!! Hey..!” sapa Lay sambil menepuk bahu Luhan.
            “Hahh..!! Owh Lay, aku bermimpi rupanya tadi.” keluh Luhan sambil menarik nafas panjang. Berpeluh-peluh Luhan apabila terjaga dari tidurnya tadi.
            “Itu mimpi saja la. Aku rasa gege patut rehat dan pergi bersarapan. Biarlah aku yang lihatkan Yin sekarang ni.” kata Lay yang bersimpati dengan Luhan. Luhan semakin tidak terurus sejak aku jatuh sakit.

            Setelah Luhan beredar untuk mengambil angin diluar, Lay pula mengambil alih menjagaku. Lay memerhatikan aku sambil berdoa.
            “Awak harus kuat Yin, lawan semuanya. Awak tak perlu takut sebab awak ada Luhan gege, awak ada saya dan awak ada kami. Awak ingat lagi tak masa kita bertemu dulu, awak kata awak sukakan saya. Awak nak tahu satu perkara, selama ni saya tak pernah lupakan awak dan saya sentiasa cintakan awak hingga kini. Saya harap kita boleh jadi seperti dulu lagi.” kata Lay sambil menahan tangisnya. Dia terus mengangkat sedikit tubuhku dan terus memelukku lalu mengucup dahiku dengan perlahan.

            Kehangatan yang dirasai membuatkan aku tersedar lalu aku teringat akan seseorang yang pernah aku kenali. Hanya satu ayat yang terpacul daripada mulutku…

            “Xing gege..~” Lay terkejut apabila mendengar suaraku memanggilnya. Dia segera melepaskan pelukannya.
            “Yin..!! Awak dah sedar dan awak ingat nama saya?” Lay tidak menyangka kalau namanya dipanggil tadi adalah daripada mulut Yin sendiri. “Awak bertahan ya, saya panggil Luhan gege.” tambah Lay lagi sambil mengeluarkan Samsung Galaxy III.

            Setelah Luhan mendapat berita, dia terus berlari menuju ke bilik wad. Luhan terus masuk lalu memelukku. Aku membalas pelukan Luhan sambil menangis.
            “Apa sebenar yang berlaku? Kenapa Yin ada kat hospital? Lulu gege! Xing gege!” aku seperti kebingungan sedikit. Kelihatan seperti Luhan tidak bermaya dan masing-masing matanya sembam.
            “Takpelah Yin. Awak patut berehat buat masa sekarang ni. Nanti bila awak dah sihat boleh la kita keluar sama-sama.” gurau Lay sambil memberikan senyuman manis padaku.

            “Yin nak makan tak? Kalau Yin nak makan gege boleh suruh Lay belikan.” ujar Luhan. Aku hanya menggelengkan kepala, selera makanku hilang dan hanya dahagakan air masak sahaja.
            “Yin nak minum air.” pintaku. Lay menuangkan air ke gelas lalu dihulurkan kepada Luhan. Aku menyambut gelas daripada tangan Luhan.

            Lay menekan kekunci pada skrin handphonenya lalu dia menaip mesej.

                        Kris(Wu Fan) 011-XXXXXXXXX
                        Gege, skrg Yin dah sedar.
                        Mybe korg bleh dtg tgh ari ni.

Send….~~~~~ Message…~~~~~

            “Kau dah bagitahu mereka?” tanya Luhan setelah menidurkanku sebentar tadi.
            “Aku dah hantar mesej kat Kris gege tadi, mungkin tengah hari ni mereka datang la.” jelas Lay sambil membetulkan sedikit rambutnya.
            “Aku rasa kita patut biarkan Yin rehat dulu, jom kita pergi makan. Laparlah~~” kata Luhan sambil tersenyum comel pada Lay.
            “Apa tadi Lulu gege tak pergi sarapan ke?” tanya Lay sambil memegang kedua belah pipi Luhan.
            “Tak pun.” jawab Luhan ringkas.

            “Habis tadi gege pergi mana?” tanya Lay lagi. Luhan hanya tersenyum melihat gelagat Lay. Lay sememangnya berlainan ketika di pentas, dia seorang yang sangat serius. Tapi ketika bersama ahli exo, Lay sememangnya banyak mulut dan suka buat orang ketawa dengan gelagatnya.

            “Kali ni biar aku belanja kau makan bibimpap daging.” kata Luhan sambil memeluk bahu Lay.
            “ *O* Betul ke ni Lulu gege?” tanya Lay yang seperti tidak percaya Luhan akan belanjanya. Luhan hanya mengangguk tanda setuju. Mereka segera ke cafe yang berada di tingkat bawah hospital.

            D.O dan Baek segera menyiapkan hidangan untuk dibawa ke hospital. Mereka berdua dibantu oleh Xiumin, Sehun dan Suho. Kris, Tao dan Kai keluar daripada pagi lagi untuk mencari hadiah buatku nanti. Chen dan Chanyeol mengemaskan beberapa pakaian dan perhiasanku.

Flashback…   

            Semasa bersarapan, mesej yang diberi oleh Lay kepada Kris telah disebar pada semua orang. Masing-masing teruja hinggakan pagi itu menjadi pagi yang paling riuh sekali.
            “Aku nak masak makanan kegemaran Yin.” kata D.O dengan semangat. Semua orang melihat ke arah D.O terutama sekali Kai.
            “Macam mana hyung tahu makanan kegemaran Yin sedangkan dia baru seminggu kat sini.” tanya Sehun sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Apa korang ingat dalam masa seminggu tak boleh nak investigate ke?” jawab D.O dengan angkuhnya sambil tersenyum sinis.
            “Macam tu aku akan tolong D.O, ada sapa lagi nak bantu?” ujar Baek sebaik sahaja mendengar penjelasan D.O. Dimulai dengan Suho, diikuti Xiumin serta Sehun yang mengangkat tangan tanda ingin memberi bantuan.

            “Aku nak keluar kejap lagi, nak cari hadiah untuk Soo Yin.” celah Kris secara mengejut. Tao disebelahnya juga terkejut seraya tidak percaya bila dia dengar kata-kata Kris tadi lalu dia tersenyum pada Kris.
            “Aku nak ikut Kris hyung la. Ada benda yang aku nak cari juga.” pinta Kai sambil menepuk bahu Kris.
            “Macam tu aku naik atas dulu, rasanya Luhan mahukan baju untuk Yin.”ujar Chen sambil bangun dari tempat duduknya. Chanyeol mengikuti belakang Chen sambil membawa roti bakar dimulutnya. Hehe.

Hall’s, Seoul City Hospital

            “Sedaplah bibimpap tadi..~ Rasa macam nak makan lagi sekali.” gurau Lay sambil mencucuk pinggang Luhan.
            “Kau ni badan je kurus tapi kuat makan juga eh. -.-“ usik Luhan. Tiba-tiba perjalanan mereka terhenti apabila Lay ternampak seseorang yang dia cukup kenali. Lay cuba mendekati susuk tubuh itu sambil menarik tangan Luhan.
            “Eh, kenapa ni? Apasal tarik aku? Nak pergi mana hah?” bentak Luhan tanpa henti ketika Lay menarik tangannya sedangkan jalan ke bilik Yin adalah sebelah utara hospital.

            “Baba..!!” ucap Lay.
            “Eh, Xing. Kamu di sini? Kamu sakit ke?” tanya Dr. Xang sambil menggoncang bahu anaknya. Mata Dr. Xang beralih ke arah Luhan lalu Luhan menunduk hormat.
            “Ni hao.. Saya Luhan kawan Lay, satu kumpulan yang sama.”
            “Ni hao.. Saya Dr. Xang, baba Xing. Selamat berkenalan” sapa Dr. Xang dengan mesra.

            “Owh, rupanya Soo Yin itu adik Luhan ya. Maafkan uncle kerana tidak tahu mengenai kamu.” kata Dr. Xang setelah mendapati Luhan adalah abangku.
            “Tak mengapalah, lagi pun adik saya dah sedar sekarang. Rasa bersyukur sangat.” lega Luhan.

1:00 p.m, F-34/1: Xi Soo Yin Room’s

            Semua orang sudah tiba dibilik yang menempatkanku beberapa hari lalu. Sekarang keadaanku bertambah baik daripada hari yang sebelumnya, tapi ingatanku tetap sama. Hanya baba, mama, yeye, nainai, gege dan…

            “Annyeong Yin..!! sapa Baekhyun sambil memelukku. Aku hanya tersenyum melihat mereka yang sanggup melawatku sedangkan mereka masih terikat dengan jadual yang ketat. Mereka menyapaku dan memelukku satu persatu.
            “Terima kasih sebab sudi melawat Yin kat sini.” kataku sambil bergenangan air mata. Kai duduk disebelahku sambil menghadiahkan patung bear yang besar saiznya. Aku menyambut pemberian itu.

            “Tak usah berterima kasih, apa saja untuk Yin kami akan lakukan.” pujuk Kris sambil mengusap perlahan kepalaku. Luhan yang memerhatikan gelagat mereka berasa tersentuh dan terharu. Lalu dia keluar kerana tidak tahan melihatnya, perasaan gembira berbaur sedih membuatkan dia semakin sebak. Suho yang melihat segera membuntuti Luhan keluar daripada bilik itu.

            “Luhan hyung okay ke?” sapa Suho, sebagai ketua dia juga harus ambil tahu semuanya. Luhan hanya berdiam diri beberapa ketika sehinggalah..
            “A..Aku takut Suho, t..takut sangat. Dalam masa yang sama aku gembira.” kata Luhan dengan suara yang tidak berapa jelas kerana menahan esakan.
            “Sabarlah hyung..~ Ia adalah ujian Tuhan. Semuanya takdir.” pujuk Suho sambil mengusap perlahan belakang Luhan.

            Di dalam bilik itu, suasana suram menjadi meriah ketika Baek, D.O dan Chen bergabung menyanyikan sebuah lagu khas untukku. Diikuti pula Kris dan Chanyeol yang mula merosakkan lagu mereka dengan rap spontan. Aku pada mulanya suka akan lagu yang disampaikan tertawa bila Kris dan Chanyeol mula rap.
            “Tao, Kai dan Sehun cuba buat lawak tapi tak menjadi dan akhirnya ‘baozi’ tak lain tak bukan Xiumin yang menjadi lawaknya dengan mimik muka yang sangat comel.

            Akibat terlalu banyak ketawa, aku pula yang tidak cukup nyawa dibuatnya dan membuatkan aku terbatuk sedikit.
            “Yin awak tak apa-apa? Cukuplah, jangan paksa sangat diri tu.” tanya Lay sambil menyambutku. Aku menggenggam tangan Lay sambil memandang ke arahnya. “Jangan risaulah Xing gege, Yin okay.”

            Semua orang yang pada mulanya terkejut dengan batukanku bertambah terkejut melihat drama pendek didepan mereka. O.O “Apa semua ni? Xing?” pemikiran mereka.
            “L..Lay gege..!!~ Kenapa dia panggil nama betul gege?” tergagap Tao.
            “Owh.. Sebab dia adalah…” belum sempat Lay habiskan ayat, seorang jururawat masuk ke perkarangan bilikku.

            “Maaf semua, masa melawat telah tamat. Pesakit perlu diperiksa sekarang.” kata jururawat.
Mereka sedikit hampa tapi sebelum keluar, mereka sempat mengucup dahi dan memberi pelukan padaku.
Tinggallah Lay dan Luhan diluar sambil menunngu keadaanku diperiksa.
            “Maaf Lulu gege..~~ Aku tak pernah bagitahu kau yang aku pernah menjadi boyfriend Yin dulu.”

Dining Room, Exo’s Home

            “Apa hubungan Lay hyung dengan Yin?” fikir Chanyeol sambil menjamah popcorn yang baru dimasak oleh D.O.
            “Dah ramai-ramai kat sini, aku nak tanya sesuatu. Lay dengan Yin ada apa-apa ke?” Xiumin memulakan bicara dengan pertanyaan seperti bom nuklear.
            Chanyeol yang sedang berfikir tersentap dengan pertanyaan Xiumin. “Aik, hyung ni macam tau je aku tengah fikirkan pasal tu.” detik hati Chanyeol.
            Masing-masing terdiam. Kai pada mulanya mahu menonton TV segera bangun dan masuk ke bilik. “Mungkin Lay gege dah kenal lama dengan Yin atau pun Lay gege tu sepupu sepapat dengan Luhan. lmao xD..” teka Chen.

            Mereka melupakan kebingungan seketika dengan menonton filem ‘Scary Movie 4’. Hampir bergegar banglo tu dibuatnya. hahahahaha :’D. Kai cuba melelapkan matanya tapi dia sedar yang dia asyik teringatkan kejadian di hospital.
            “Kalau betullah Lay hyung tu ada hubungan dengan Yin, kenapa dia tak pernah layan Yin macam orang yang dia pernah kenal?” pelbagai andaian dan persoalan yang bermain di kotak pemikirannya. Akhirnya, Kai diulit mimpi bersama tanda tanya.

Saegon Road, Seoul

            Lay menyentuh skrin Samsung Galaxy III dan menyentuh bahagian Photo Gallery. Beberapa gambar yang tertera di skrin itu segera digerakkan satu persatu. Akhirnya… *o*
            “Lulu gege..!~ Ini la gambar yang kami pernah ambil bersama. Masa tu aku temankan dia pergi beli barang keperluan sekolah.” jelas Lay sambil menghulurkan handphonenya itu.
            “Rupanya kau ni dah lama la kenal dengan Yin? Tapi kenapa kau buat tak tau je masa Yin datang sini.” tanya Luhan tanpa henti.
            “Sebab aku tak nak dia terkejut.” nyata Lay sambil menghelakan nafas kecil.

            Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di kediaman Exo membuatkan Lay dan Luhan lena di dalam bas. Esok aku bakal keluar daripada bilik yang seperti kurungan orang gila. Doktor hanya memesan supaya aku berehat dengan banyak dan jangan terlalu stress.
            “Seronok juga bila semuanya datang tadi.” kataku sendirian sambil mengumtumkan senyuman. Aku mengemaskan beberapa barangan keperluan sementara menunggu masa untuk diperiksa sekali lagi.

            “Masa untuk makan cik.” kata jururawat yang mukanya hampir serupa dengan Tiffany-ssi dari SNSD. “Okay..!~” jawabku ringkas.
            “Lepas makan jangan lupa ubatnya nanti. Saya tinggalkan cik di sini, kalau perlu bantuan sila tekan butang merah tu.” ujar jururawat tersebut sambil meninggalkan senyuman kepadaku sebelum beredar.
            “Xie xie…! >3<” jeritku sambil menyuap beberapa sayur ke dalam mulutku.

            Aku sangat leka bersama santapan yang diberi sehinggakan aku teringat makanan yang dimasak oleh mama. “Mama..!!~~ Yin rindukan mama dan baba.” air mataku mengalir tanpa henti.

            Aku berusaha melupakan kemalangan tersebut tetapi ia selalu bermain di minda. Hinggalah datangnya seseorang yang menjadi penemanku semasa aku kesedihan, dialah... Y.Y

Paradise Hotel, Gwangju

            Hari ini pengembaraan Exo secara besar-besaran telah bermula. Mereka yang baru mula debut perlu membuat promosi ke beberapa kawasan di Korea. Sasaran pertama mereka adalah Gwangju. Oleh kerana ini kali pertama, mereka ditemani oleh sunbae SuJu (Super Junior) dan sunbae TVXQ (Yunho & Changmin).
            “Luhan dengar khabar adik kamu keluar dari hospital hari ni kan?” manager menyapa Luhan sebelum persembahan mereka bermula.
            “Haah, hari ni dia keluar.” jawab Luhan sambil touch-up.
            “Habis adik kamu balik sendiri?” tanya Woo Jin lagi.
            “Saya tak tahu nak buat macam mana.” buntu Luhan.

            Ahli Exo mula naik ke pentas seraya memeriahkan suasana dengan pembukaan lagu MAMA. Para penonton sungguh asyik dengan kehebatan dan ketampanan mereka. Hinggakan ada yang melalak seperti orang gila dan ada juga yang menangis seperti hilang anak dan ada juga yang turut nyanyi bersama.

Lobby, Seoul City Hospital

            “Cik Soo Yin?” tanya seorang pemuda sambil berdiri tepat di depanku. Aku mengangguk tanda ya pada pemuda itu.
            “Owh, saya diberitahu untuk menjemput cik dan menghantar cik ke rumah.” jelas pemuda tersebut.
            “Maaf ya, apa Luhan gege tak dapat jemput ke?” tanyaku perlahan.
            “Sekarang mereka lagi di Gwangju untuk promotion.” jelas pemuda itu lagi sambil mengangkat bagasiku ke dalam kereta.

            Skrin telefon disentuh, papan kekunci ditekan. Pling..! Buka..~~ Tertera gambar Luhan, baba dan mama sebagai wallpaper handphone Samsung Corby. Aku segera mesej Luhan agar dia tidak risau.

                        Soo Yin 011-XXXXXXXXX
                        Lulu gege.. <3
                        Ada org dah jemput Yin kat hospital td..
                        Ge, chaiyok..! >3<

            Kebetulan Exo sekarang masih berehat sementara TVXQ membuat persembahan dengan lagu Why(Keep Your Head Down). Luhan mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
            “Eh, ada mesej rupanya.” Luhan memeriksa mesej tersebut.
            “Syukurlah.” lega Luhan.

            Persembahan mereka dilanjutkan lagi sehinggalah petang. Selepas bandar Gwangju, mereka akan berangkat ke Daejeon. Kalau mengikut jadual, lebih kurang dua tempat dalam satu hari. Semua sekali ada enam yang perlu dihadiri.

           “Lay, kau rasa aku patut minta yeye dan nainai ambil Soo Yin balik tak?” tanya Luhan sambil menyendeng dibahu Lay.
            “Kalau itu keputusan yang terbaik, gege harus hantar sementara kita busy sekarang ni.” jawab Lay.

9:00 p.m, Xi Bungalow, Lavyna Town

            Kesunyian rumah tetap seperti biasa tanpa sebarang riuh kanak-kanak yang bermain. Perasaan nainai sangat sayu ketika teringatkan cucu-cucunya yang berada di perantauan.
            Kring…!! Kring…!! Telefon berdering seperti minta tolong supaya diangkat. Nainai segera mencapai telefon sementara yeye duduk disofa , membaca surat khabar sambil ditemani bau teh cina yang enak.

            “Ni hao nainai, ini Yin.” ucapku serak.
            “Yin..! Cucu nainai ni sihat ke?” tanya nainai. Kedengaran seperti suaranya berubah menjadi sayu.
            “Boleh nainai dengan yeye datang jemput Yin tak? Sekarang Lulu gege sibuk dengan persembahan. Yin takut benda lama jadi kat Yin lagi.” pintaku panjang lebar.
            “Macam mana dengan penga..” belum sempat nainai teruskan perbualan, yeye memberi isyarat supaya  nainai tidak menyoalku lagi.
            “Baiklah, nanti nainai jemput kamu.” pujuk nainai. Aku tersenyum dengan jawapan nainai.

Exo’s Home

            “Malam ni Lulu gege tak balik sebab diaorang kena pergi Daejeon untuk tour kedua.” kataku sendirian sambil mencari sesuatu untuk dialas perut. Selepas mengisi perut, aku terus naik ke bilik.
            “Malasnya nak kemas. Esok je la.” keluh aku sambil menghempaskan badan ke katil.

Flashback…

            “Apa Lulu gege tak dapat balik. Nampaknya Yin sorang la kat rumah.” rungutku.
            “Sorry sangat. Gege memang tak dapat balik tapi Yin baik-baik aje kan?” tanya Luhan agak bersalah sedikit.

            Apa nak buat kalau memang aku kena survive sendiri la nampaknya. Malam berlalu makin larut, mataku seperti ada ragum yang mengepit. Aishh, mengantuk aku dibuatnya. o.o zZZZz…
            “Eh, aku terlupa nak buat sesuatu. Apa ek?” fikirku sambil melihat sekeliling bilik.
            “Ahh, itu dia. Buku kelip-kelip dengan pen berhiaskan manik cantik kesayanganku.” kataku beria sambil mencapai buku tersebut.

Flora Hotel, Daejeon

            “Hyung, macam mana dengan Yin?” tanya Baekhyun sambil duduk bersebelahan dengan Luhan.
            “Rasanya dia okay. Aku risaukan dia. Dah la tak dapat jumpa dengan dia hari ni.” keluh Luhan. Baekhyun mengusap perlahan belakang Luhan.

            Mereka semua berehat sementara sebelum mulakan latihan untuk esok pada pukul 1:00 a.m nanti. Muka masing-masing kalau masuk reality show boleh dikatakan macam pelawak GAG. Kepenatan…~~ --‘

            “Hey, bangun semua...!!! Kena buat latihan sekarang ni.” kejut Woo Jin sambil menarik tangan Kai dan Sehun. Kris, Suho dan D.O telah bersiap memakai sweater. Chen, Xiumin dan Baekhyun baru nak gosok gigi. Luhan, Tao dan Lay dah siap pakai kasut. Chanyeol pula sedap menarik selimut. haha >o<.. Macam ni lah karenah budak Exo bila dikejut untuk buat latihan.

                        Luhan 011-XXXXXXXXX
                        Morning..!! v^o^
                        Ari ni ge ada prsmbahan kt Daejeon..
                        Yin jaga diri ye.. >3<

            Mesej dihantar seawal pagi, sebelum Luhan bersiap. Mereka semua bergegas menyiapkan diri dan turun bersarapan di lobby dekat restoran yang berada di tingkat bawah hotel. Pling..!~

                        Soo Yin 011-XXXXXXXXX
                        Lulu gege.. <3
                        Maaf klo Yin tak bgtau ge hal ni smlm.
                        nnt yeye dan nainai dtg jemput, Yin akn blik ke China.
                        Mngkin ari ni juga..

            Luhan seperti tersentap apabila terbaca mesej yang dibalas olehku. Luhan membalas kembali, ditaipnya dengan cepat dan… Send..~~

                        Luhan 011-XXXXXXXXX
                        Betul ke Yin nk blik?
                        Tak nak tunggu gege blik dlu ke?

            Aku seperti tersepit ketika. Macam mana ni eh? Luhan gege, maafkan Yin…~~!!

                        Soo Yin 011-XXXXXXXXX
                        Yup.. ^.^
                        Xpe la, nnt kita jmpe kat umah..
                        Ge, mesti blik ke China nnt okay?

            Hanya membaca dan tidak memberikan balasan. Luhan berfikir sejenak sehinggalah Kris memanggil sambil memandang ke arahnya.
            “Luhan..!” panggilan Kris tidak diendahkan sebaliknya Luhan masih menatap skrin telefonnya. Belakang Luhan ditepuk. Terkejut! Luhan tersentak.
            “Eh, dah mula ke?” Luhan terpinga sebentar.
            “Jauh termenung. Sampai mana dah?” perli Kris.

            Senyuman tawar Luhan menimbulkan tanda tanya pada Kris. Mula persembahan hinggalah tamat, Luhan masih membisu. Hanya senyuman palsu diberi sementara waktu. Persembahan di Daejeon telah tamat, mereka pula beralih arah ke Incheon. Selepas Incheon, destinasi seterusnya Busan dan akhir sekali Seoul.

            “Semua mesti rehat dengan secukupnya. Esok kita akan ke Incheon.” kata-kata manager masih hinggap di telinga Luhan.
            “Luhan hyung!~ Macam mana dengan Yin? Dia dah keluar daripada hospitalkan?” pertanyaan Suho hanya dibalas dengan anggukkan dan senyuman.

            Kekusaman yang menghimpit Luhan membuatkan dia berjalan diiringi aura hitam yang menyelubungi segenap tubuhnya. “Mampukah adikku bertahan?~~” T.T

Xi Bungalow, Lavyna Town

            Lepas siap bersarapan, aku menolong nainai menyiram pokok-pokok bunga diluar. Yeye duduk rehat sambil membaca surat khabar manakala nainai pula memberi makanan pada ikan. Hari yang cerah membuatkan suasana di sini sangat menyamankan.

            “Tengah hari nanti Yin tolong nainai masak ye.” pinta nainai sambil mendekatiku.
            “Baiklah.” jawabku ringkas sambil menyiram lagi pokok bunga dilaman yang indah ini.

3:00 p.m, Seoul Town

            Persembahan Exo ditamatkan dengan lagu ‘Angel’. Walaupun agak sayu untuk meninggalkan peminat tapi bagi mereka inilah memori yang dapat dihargai bagi seorang artis.

            “Akhirnya..~ Penat woah..” keluh Baekhyun.
            “Hmm.. Lepas ni boleh la rehat sikit.” kata Lay sambil mengurut pinggangnya.

            Masing-masing nampak kelihatan. Mereka mula mengemas barangan mereka lalu dibawa ke van. Mereka tak sabar nak tidur dikatil yang empuk lagi menenangkan. Maklumlah sudah beberapa hari tidur tak cukup.

            “Lulu hyung! Yin takde call ke?” tanya Sehun sambil memeluk bahu Luhan.
            “Takde pun, cuma dia ada bagi mesej je lah.” jelas Luhan seakan nak tak nak.
            “Kami rindulah dengan dia.” rungut Kai. Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan pendapat Kai.

            “Tunggulah sampai Yin dah cukup sihat, pasti dia akan datang.” pujuk Lay sambil tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya yang manis.
            Mereka hanya mengeluh. Enjin van yang tersedia panas mula menyusur ke jalan raya. Woo Jin menerangkan mungkin mereka cuma ada seminggu untuk berehat. Lepas itu, Exo akan mula sibuk kembali dengan sesi photoshoot bagi beberapa majalah dan beberapa fans meeting.

            “Yeahhh!!!~ Itu dia rumah kesayangan kita. (/゚Д゚)/” kata Chanyeol sambil melompat keluar daripada van. Ada yang berlari membawa bagasi ke depan pintu. Tak sabar betul.. =.=’
            “Cepatlah Suho hyung!” bentak D.O seperti kanak-kanak.

            “Wahhh!!! Apa khabar tilam? Seronok tak aku dah pulang ni?” Ծ_Ծ
            “Apa kes Xiumin gege ni? Dah mabuk ke cakap dengan katil?” Chen pelik tengok reaksi Xiumin yang dari tadi asyik cium tilam dan bantalnya.

            “Tao, aku mandi dulu.” jerit Kris.
            “Yela ge.” ringkas jawabnya.

            “Eh, Lulu ge. Tengok ni macam ada satu sampul surat yang besar kat atas meja ni.” kata Lay sambil membelek sampul surat tersebut.
            “Soo Yin?” terkejut Luhan.
            “Daripada Soo Yin?” bingung Lay sambil memandang muka Luhan.

Flashback…

            “Hmm… Apa yang patut aku bagi kat semua gege tu ek?” fikirku sambil baring melihat ke arah siling putih. “Ahah, idea sudah mari.” aku tersengih lalu bangun dan mencapai jaket berwarna biru.

            Pada malam itu, sepatutnya mereka berehat tapi terpaksa ditahan kerana sampul surat misteri itu.

Lulu gege yang disayangi ^3^,

         Mungkin masa gege jumpa sampul ini, Yin sudah pun pulang bersama nainai dan yeye. Yin tau gege mesti sedih sebab tak dapat temankan Yin pulang tapi Yin tak kisah sebab Yin tau gege mesti kerja.

          Yang sebenarnya sebelum Yin pulang, Yin ada tempah sebuah loket untuk setiap seorang. Yin harap gege semua dapat terimanya. (◡‿◡✿)

            Tangan diseluk ke dalam sampul dan ditarik semula bersama beberapa loket yang pada setiap satunya ada terukir nama masing-masing.
            “Loket?” sentak Chen. “Sangat cantik.” tambah Chen lagi.

 P/S : Ini untuk semua orang, harap Lulu gege dapat beritahu.

          Yin nak minta maaf pada semua gege kalau selama ini Yin banyak menyusahkan dan selalu buat kacau dalam rumah. Maafkan Yin…~~~

          Tanpa sedar Luhan telah menitikkan air mata di atas surat tersebut. Rasa seperti tidak sanggup lagi untuk membaca. Lay yang perasan akan gelagat Luhan lalu dipegang erat tangan Luhan. Mereka yang pada mulanya sudah mengambil loket bernama, suasana suram telah menyelubungi malam tersebut. Surat disambung baca. Nama Suho terlebih dahulu terkeluar daripada mulut Luhan.

Suho gege : Teruskan dengan usaha kuat gege untuk membentuk kumpulan ini. Lagi satu, gege seorang yang tampan dan sangat baik. 

            Suho agak tersentak dengan pujian tersebut tapi dia masih rasa pilu dan terharu kerana belum pernah ada seorang wanita melainkan ibu dan saudaranya yang memberi pujian sebegitu. Mereka yang lain masih pegun mendengar yang seterusnya.

Baekhyun gege : Yin suka dengan muka gege, gege sangat cantik tapi masih handsome. Satu yang Yin suka pada gege, gege sangat tulus dan baik hati. Terima kasih sebab bagi semangat. 

            Airmata Baekhyun mengalir bagaikan sungai yang jernih. “Yin, terima kasih sebab percayakan oppa.” bisik hati Baekhyun yang pilu.

 

Chanyeol gege : Kebaikan gege pasti terbalas satu hari nanti. Gege jangan terlalu ghairah dengan hidup tapi laluinya dengan bahagia. 

Kyungsoo gege : Yin minta maaf pasal pinggan gege tu. Yin tak berniat. Tapi Yin tau gege seorang yang mudah terima segalanya. Lagi satu, Yin suka sangat masakan gege. 

            D.O hanya termenung sambil mendengar. Dalam hati siapa yang tahu. Bibir tersenyum hati menangis. Chanyeol menepuk perlahan belakang D.O.

Kai gege : Terima kasih sebab selalu luangkan masa dengan Yin dan terima kasih juga sebab banyak ajar Yin menari. Yin gembira sangat. 

            “Yin nak tau, oppa sangat sayangkan Yin.” rintih hati Kai sambil menahan mutiara jernih jatuh ke lantai.

Sehun gege : Yin berasa senang bila dengan gege. Gege selalu juga ambil berat tentang Yin. Mungkin kalau ada masa kita boleh minum bubble tea sambil makan mochi lagi. 

          Bacaan Luhan terhenti lagi. Airmata yang keluar tanpa disekat membuatkan masing-masing hambar dan tak rela untuk mendengarnya lagi. Luhan menghulurkan surat pada Lay. Surat dilanjutkan bacaannya.

Kris gege : Gege yang tampan, jangan terlalu serious okay. Garang sangat nanti. Maaf kalau selalu menyusahkan gege. 

Xiumin gege : Gege yang comel, maaf kalau selalu buat gege letih dengan karenah Yin. Yin harap gege dapat beri tunjuk ajar. 

      Walaupun nadanya hanya sekadar gurauan tetapi ia amat bermakna bagi Kris.
            “Yin tak pernah susahkan gege pun.” serak kata-kata Xiumin. Mereka yang memandang hanya mampu menahan kesedihan.

Chen gege : Walaupun gege ni pendiam tapi Yin tau yang gege sangat baik dan sentiasa hormat pada orang lain. Terima kasih sebab tolong Yin. 

Tao gege : Gege!!~ Yin gembira bila gege luangkan masa dengan Yin dan terima kasih sebab bagi patung baru kat Yin. 

            “You always be my sweetie, Yin.” bisik hati Tao sebak. Malam yang sunyi hanya bertemankan suara tangisan dan esakkan, surat dipegang masih diteruskan dengan membaca setiap abjad yang tertulis.

 

          Yin sangat sayangkan Lulu gege dan Xing gege macam nyawa Yin sendiri. Kalau diberi peluang, Yin nak sangat bersama gege semua. Apa yang Yin boleh katakan Yin sayang semuanya. Xing gege, Yin ingat semua cinta yang gege berikan pada masa dahulu. Cinta gege sentiasa dihati Yin. 

                                                                                                                                                                                                                                        Yang ikhlas,
                                                                                                                                                                                                                                        Xi Soo Yin. 

            Tao, Kris, Suho, Sehun, D.O, Baekhyun, Chanyeol, Kai, Xiumin dan Chen beredar meninggalkan dua sahabat lagi seketika.
            “Luhan gege..~ Sudahlah, kita patut rehat.” pujuk Lay yang sedih melihat keadaan Luhan. Sangat kasihan..~ (T_T)

            Luhan bangun dengan lemah sambil berpaut pada Lay.

            Pagi yang indah, dihiasi kicauan burung, ditiupi udara segar serta diwarnai sinaran matahari yang cantik. D.O dan Baekhyun sibuk menyediakan sarapan. Lalu turunlah Suho bersama Sehun.

            “Annyeong yeoreobun!” ucap Suho pada D.O dan Baekhyun. Sehun hanya melambai.
            “Annyeong hyung, annyeong Sehun.!” jawab mereka serentak.
            “Mana yang lain?” tanya Suho.
            “Mungkin kejap lagi turunlah mereka tu.” jawab Baekhyun.

            Beberapa minit kemudian, muncullah muka Kai dan Chanyeol bersama. Diikuti Kris, Tao dan Lay. Mereka mengambil tempat masing-masing sambil menunggu sarapan.

            “Ni hao~ Luhan zai zheli.” Luhan menyambut panggilan.
            “Ni nainai. Yin..~ Yin..~ Dia masuk hospital lepas dia pengsan tadi.”
            “Shenma?” Luhan kaku sebentar. Kebetulan Xiumin masuk ke bilik untuk mengambil gel rambut.
            “Baliklah Luhan.” pinta nainai seakan perlahan suaranya.

            Di ruang makan masih lagi bising membincangkan hal semasa. Suho teringat akan perjanjiannya bersama manager Woo Jin.
            “Sebenarnya saya ada sesuatu yang nak diperkatakan.” Suho bersuara. Mereka terpegun dan mula berdiam.
            “Semalam saya dah berbincang dengan manager, kalau ikutkan kita sedang bercuti sekarang ni. Jadi saya telah meminta pada manager supaya kita dapat pergi ke China esok.” jelas Suho.
            “Untuk?” Kris menaikkan sedikit keningnya.

            Belum sempat Suho menyambung, mereka dikejutkan dengan kelibat Chen seperti hilang nyawa dibuatnya.
            “Yin dimasukkan ke hospital. Dan dia… dan dia… dan dia…” Chen tak dapat habiskan katanya.

            Semuanya bersiap mengemaskan barang yang pada asalnya mereka ingin bertolak esok tapi mereka meminta pada manager supaya dapat pergi ke China pada hari ini.

            Mata dipenuhi air mata. Keharuan dan kesedihan menjelma di lubuk hati. Sungguh pun bukan jasad berada di situ tapi ia tetap dapat dirasai.
            “Jadi, Lay ge sangat sayangkan Yin mei?” dalam esakkan masih boleh mengajukan pertanyaan. Air mata dikesat. Belum sempat Lay mengatakannya ada suara menyambut terlebih dahulu.
            “Sudah tentu kami semua sayangkan dia.” Baekhyun mendekati Lay serta dua beradik yang comel.
            “Semuanya tersemat di sini.” kata Chen dengan sedikit senyuman tawar diukir.

            Tangan mereka diletakkan didada. Loket berbentuk hati dipegang seeratnya. Mereka masih ingat akan wajah yang memberi ‘hadiah’ tersebut.

            “Itu mesti loket daripada Yin mei kan?” tanya Xang Fei. Kanak-kanak yang berusia 11 tahun ini mula menarik minat terhadap loket tersebut.
            “Wah, tak kisahlah kalau memang gege semua sayangkan Yin mei. Dia mesti baik hati orangnya.” sahut pula seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun, tua sedikit daripada Xang Fei. Ahn Xing adalah abang kepada Xang Fei. Mereka berdua merupakan anak buah Lay.

            “Luhan ge sedih tak masa Yin mei sakit?” tanya Ahn Xing sambil mengambil tempat sebelah Luhan. Luhan tersenyum tawar.
            “Sedih tu mesti ada. Tapi ge tak tunjuk sebab Yin mei tak suka kalau kiteorang sedih.” jelas Luhan walhal dia tak nak dua beradik itu mengambil beban untuk bersedih terhadap Yin.

Flashback…

            Mereka semua bersedia untuk berlepas. Masing-masing sugul tambahan lagi Luhan. Dia mula tak tentu hala selepas menerima call daripada nainai.
            “Yin bertahanlah. Tunggu sampai gege balik. Yin~” air mata bergenang hampir jatuh ke pipi lembut Luhan. Lay perasaan akan reaksi Luhan.

            Tepat pukul 2:00 a.m, Exo tiba di hospital berdekatan dengan bandar Lavyna. Luhan terutamanya mendapatkan pasangan Xi diikuti yang lain.
            “Yin? Macam mana dengan Yin? Nainai?” persoalan Luhan dijawab dengan kebisuaan beserta air mata.

            “Luhan~ Yeye nak bincang sesuatu dengan kamu.” yeye merangkul bahu Luhan.
            Mereka yang berdiri seperti patung mengelilingi nainai. Mereka memberi semangat pada nainai.

            Nampak tekun sekali yeye menjelaskan pada Luhan. Apa yang pasti, ia amat penting sekali.

            “Yeye dah tanda tangan borang yang doktor berikan tadi. Apa yang penting sekarang ni, kamu mesti kuat semangat. Kamu saudaranya, dia amat memerlukan kamu pada saat ini.” yeye cuba menenangkan Luhan.

            Pada hari kejadian, aku seperti berada didunia lain. Dunia yang sangat cantik, yang tak pernah lagi orang jelajahi. Aku rasa seperti terbang mengelilingi seluruh alam. Alam yang putih tidak semenanya bertukar menjadi gelap. Dan aku… jasad dah mencecah permukaan lantai dengan hidung dipenuhi darah, kaku tanpa sebarang suara. Nainai dan yeye gelisah dan panik dengan keadaanku.

            “Pihak kami telah sedaya upaya melakukan pembedahan ke atas Cik Soo Yin. Nampaknya Tuhan lebih menyayanginya. Saya harap pihak tuan dapat bersabar.” kata-kata itu membuatkan yeye diserang sakit jantung. Nainai begitu panik melihatnya. Pihak hospital membawa yeye masuk ke wad.

            “Luhan hyung~” D.O memandang Luhan dengan sayunya. Mereka seperti hilang semangat bila mendengar kata-kata doktor sebentar tadi. Luhan menekup muka sambil menangis.
“Kau kena kuat Luhan.” kata Kris sambil memeluk Luhan. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke lantai jua. Mereka berpelukan bersama.

            “Maaf ya, siapa En. Luhan?” tanya seorang jururawat yang pernah bertugas menjaga aku semasa aku berada di hospital. Masing-masing terdiam sampailah Lay bersuara.
“Ini dia Luhan. Kenapa ya?” “Pesakit yang bernama Soo Yin ini ada meninggalkan surat untuk En. Luhan.” jururawat menghulurkan surat tersebut pada Lay.

Maafkan Yin, Luhan gege…

          Yin tak bermaksud untuk sembunyikan perkara sebenar tapi Yin tak mahu Luhan ge sedih dengan keadaan Yin. Yin serahkan yeye dan nainai pada Luhan ge. Harap Yin dapat jumpa dengan baba dan mama di sana. ^_^

          Luhan ge mesti janji dengan Yin yang gege kena jaga diri selepas Yin tiada. Yin tahu Luhan ge akan bosan bila balik rumah nanti. Gurau saja. xP
Apa yang Yin ingin sampaikan, Luhan ge kena kuat dan teruskan hidup dengan mengejar cita-cita gege untuk jadi penyanyi terkenal.

          Lagi satu Yin lupa nak bagitau yang sebenarnya Xing gege la yang banyak membantu Yin masa ketiadaan Luhan ge dulu. Dia ialah cinta pertama Yin. Yin sayangkan dia sepanjang hidup Yin.

          Apa yang penting Luhan gege adalah gege yang terbaik bagi Yin, Yin bangga sebab mempunyai keluarga yang bahagia. Sampaikan salam terakhir Yin buat semua.

          Yeye, nainai, Luhan ge, Xing ge dan semuanya. Yin sangat sayang kamu semua. -Wo ai ni-

          Sebaik sahaja Luhan habis membaca surat tersebut, doktor memberitahu yang jantung yeye sudah berhenti berdegup. Nainai dan Luhan seperti dipanah petir bila mendapat tahu. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan pada waktu itu. Mereka semua juga turut terkejut dan bersimpati.

            Selepas pemergian aku dan yeye, Luhan kembali ke Seoul bersama nainai. Dan selang beberapa bulan selepas itu, nainai menyusul pergi meninggalkan Luhan. Kini, Luhan hanya tinggal bersama kenangan yang dibawa tak kira masa sentiasa tersemat dihatinya.

            “Luhan akan selalu mengingati kamu semua, keluargaku yang tercinta. Soo Yin~~”

            Lebih kurang 8 tahun Exo memulakan karier mereka sebagai artis. Mereka menjadi artis pilihan no 1di Korea. Mereka sentiasa bersama walaupun susah atau pun senang, segala laluan yang berliku pasti ditempuhi. Itu kerana mereka selalu membawa ‘semangat’ yang pernah diberi olehku yang sentiasa berada di hati mereka.

            “Luhan hyung, hari ni hari jadi kau lah.” kata Chanyeol sambil memeluk bahu Luhan. Kai dan Sehun turut menjerit sambil menari-nari didepan Luhan. “Hari jadi Luhan ge? Wow!” Xang Fei dan Ahn Xing turut gembira.

            “Apa kata kita sambut meriah nak tak? Biar D.O yang masak. Bolehkan D.O?” kata Suho sambil menyinggung pinggang D.O. “Boleh je, korang cakap apa yang korang nak makan. Especially Luhan hyung.”
Mereka semua bersorak keriangan.

            Maka berakhirlah kisahku bersama Exo gege, semoga ia dapat menjadi kenangan manis bagiku di sana. For all my love person especially Luhan and Lay, I love you forever and after. -Xi Soo Yin-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet