kudrat merupakan sekolah yang berprestasi tinggi di mana ramai pelajar yang mahu masuk ke sekolah ini semata-mata untuk mendapatkan masa depan yang cerah sebaik sahaja tamat persekolahan. namun begitu, para pelajar sekolah ini perlu mengikuti peraturan dan tradisi yang telah ditetapkan oleh barisan high council yang dibina untuk memastikan keamanan para pelajar di kudrat.
diketuai oleh kapla pelajar tingkatan lima, para pelajar akan dibahagikan kepada dua golongan iaitu pelajar yang mempunyai lesen (mereka perlu meraih points tertentu untuk mereka meraih lesen tersebut) dan juga pelajar yang tidak mempunyai sebarang lesen (pelajar baharu). dengan kewujudan lesen ini, para pelajar bakal mendapat kelonggaran dalam melaksanakan peraturan di kudrat.
TRADISI
01) subscribe adalah wajib manakala upvote adalah sangat dialu alukan oleh pihak kudrat.
02) para pelajar hanya dibenarkan untuk mempunyai satu akaun rasmi sekolah sahaja. jika ditangkap, pelajar tersebut bakal diberikan amaran oleh pihak high council.
03) cc hanya dibenarkan dua minggu sekali, manakala tcc adalah tiada had pada bila bila masa sahaja yang diinginkan.
04) love wins. walau bagaimanapun, suka untuk kami ingatkan bahawa hanya pelajar yang telah berada di kudrat selama seminggu sahaja yang dibenarkan untuk dating. (pass: fav high council character)
05) hiatus adalah maksimum selama sebulan manakala semi hiatus adalah selama dua minggu maksimum. anda diminta untuk berbincang dengan kapla jika mau extra masa.
06) sebarang bentuk pergaduhan atau sikap toxic adalah dilarang sama sekali. jika ditangkap anda bakal mendapat amaran dan seterusnya dibuang jika ianya berlaku sekali lagi selepas mendapat amaran.
07) jika ada sebarang masalah yang timbul boleh dikemukakan kepada kapla. jangan risau, kahar yang ni kahar yang dah insaf.
Comments