Ch. 1

HEARTFELT

Ch. 1

 

Tup! Tup! Tup!

Taehyung menoleh memandang belakang sambil kakinya berlari laju, melepasi laluan demi laluan yang ada di kawasan rumah setinggan itu. Nafasnya menjadi semakin laju kerana sudah berlari untuk seketika. Taehyung hampir kehabisan tenaga, staminanya belum cukup kuat untuk dia berlari sejauh mungkin. Dia mengambil keputusan untuk melompat dan melepasi pagar tembok sebuah rumah kosong dan bersembunyi di sebalik tembok itu. Tapak kaki lelaki yang mengejarnya itu berhenti betul-betul disebalik tembok itu.

"Sial, aku tak nampak mana budak tu lari." Dengusnya serentak dengan tarikan nafas dan lepas bertubi-tubi.

Taehyung cuba bertenang dan berdoa agar tempat persembunyiannya tidak dijumpai. Dia menarik nafas lega apabila tapak kaki itu kedengaran lagi dan semakin jauh dari tempat dia bersembunyi.

Dia membetulkan posisi duduknya dan menarik nafas sekali lagi untuk menenangkan dirinya yang penuh dengan adrenaline rush akibat panik dikejar oleh pemiutang bapanya. Dia mengeluh.

Hutang huh? Dia tertawa kecil kemudian menyandarkan kepalanya pada tembok yang berada dibelakangnya itu. Memejamkan matanya seketika kerana dia berasa sangat mengantuk dan sangat, sangat... penat.

Satu jam sebelum itu.

"Taehyung, tolong angkat kotak-kotak ni keluar, buang semuanya dan jangan ada tinggal satu pun. Lepas tu kau boleh mop lantai kat sini baru sambung susun stok ok?"

Taehyung menganggukkan kepalanya dan memulakan kerjanya setelah melihat tauke kedai serbaneka 24 jam itu keluar dari bilik stor. Setiap hari selepas habis waktu persekolahan. Taehyung akan bergegas lari pergi ke kedai ini untuk bekerja sebagai part timer yang sebenarnya tidak dibenarkan kerana dia masih bawah umur. Tapi apakan daya, kerana kehidupannya yang sangat susah dia perlu mencari nafkah untuk meneruskan hidup.

Taehyung sedang menyusun kotak-kotak kosong yang dia berjaya keluarkan dari kedai sebelum dia ditegur oleh seorang lelaki pertengahan umur, berkepala botak dan perutnya buncit. Wajahnya sebiji seperti gangster yang ada dalam drama-drama korea yang ditayangkan di kaca televisyen.

Keningnya terangkat satu.

"Ada apa saya boleh bantu?" Soalnya dengan sopan memandangkan lelaki itu kelihatan seperti sebaya dengan bapanya.

"Kau anak Kim Minjae kan?" soalnya lelaki botak itu. Taehyung teragak-agak untuk menganggukkan kepalanya. Tapi dia angguk sekali. Sebelum sempat dia bertanyakan soalan kepada lelaki itu. Lelaki itu menyerangnya dengan menarik kolar baju Taehyung dengan kuat sehingga Taehyung tidak dapat rasa tapak kakinya memijak bumi.

"Mana bapa kau?"

"Saya tak tau, dia dah lama tak balik rumah!" Taehyung menjawab dengan terdesak, takut dipukul mungkin.

"Kau jangan tipu aku."

"Betul! Dia dah lama tak balik. Saya tak tau dia pergi mana!" Dia cuba melepaskan tangan orang itu dari terus menggenggam kolar bajunya.

"Kau nak akupukul kau ke hah? Kau nak bagitahu ke tidak? Si bangsat tu bawa lari duit aku tau tak?!" Kata si botak itu lagi dengan nada mengugut dan penuh dengan marah.

Taehyung berjaya melepaskan kolarnya dan dengan lincahnya berlari melepasi lelaki itu dan terus berlari keluar tanpa memikirkan tentang kedai serbaneka itu terbuka dan tidak ada sesiapa yang menjaganya. Taehyung hanya mampu menggenggam tangannya dan akan risaukan tentang hal kedai itu kemudian kerana apa yang dia perlu lakukan adalah melarikan diri kerana dia tidak boleh tertangkap oleh lelaki botak itu.

Masa kini

Taehyung terjaga apabila telefonnya berdering. Dia menjawab telefon itu dan benda pertama dia dengar adalah cacian daripada bosnya.

"Kau jangan turun kerja, dan kau takkan dapat gaji bulan ni!"

Taehyung mengeluh.

"Ah..."

Dia berdiri dan kemudian mendongak memandang langit dia tersengih melihat hujan rintik mulai turun membasahi bumi.

"Kau memang tak suka dekat aku kan?" Dia bercakap sambil matanya tertancap tepat ke arah langit mendung itu. Seolah-olah dia marah akan seseorang.

"Terima kasihlah. Sebab bagi aku kesempatan untuk rasa semua keburukan yang ada dalam dunia ni." Sambungnya kemudian berlalu pergi.

Ketika di sampai di perkarangan rumahnya, Taehyung dengar suara tangisan dan jeritan. Dia bergegas masuk ke dalam dan mendapati bapanya sedang memukul adiknya yang baru berusia 5 tahun itu dengan kuat.

"Jimin!" Jeritnya sambil meluru ke arah budak kecil itu dan memeluknya sebelum adiknya sempat disepak lagi oleh bapanya yang sedang menggila itu.

"Kau, ketepi!" Jerit bapanya tetapi badannya terhuyung-hayang. Taehyung duga bapanya mabuk lagi.

"Sudah lah! Berhenti pukul Jimin." Taehyung menolak Jimin yang memeluk kakinya masuk ke dalam biliknya. Dia sempat meneliti wajah Jimin yang merah dan lebam itu.

Jimin menangis ketakutan, dia menutup telinganya apabila mendengar bapanya menjerit sambil memukul abangnya.

Taehyung menolak bapanya sehingga orang tua itu jatuh tersungkur di atas lantai. Dia mahu bangun tapi tahap kesedarannya sudah tidak terkawal lagi. Matanya kabur. Dia mahu tidur jadi hanya beberapa perkataan carutan yang dia beri kepada Taehyung.

Anak sial.”

Anak bangsat!

Anak malang!

Taehyung menarik nafas panjang dan sempat menjegilkan matanya kearah bapanya yang berguling-guling atas lantai macam orang gila lalu bangun dari tempat yang dia jatuh tadi.

Dia segera memeriksa Jimin yang berada di dalam bilik. Taehyung sempat menghalang pintu yang sebenarnya nak roboh itu dengan sebuah laci kayu yang usang, supaya bapanya tidak dapat masuk kalau dia sedar dari tidurnya.

“Jimin, adik ok tak?” Taehyung bertanya sambal memeriksa tubuh kurus dan kecil itu. Sebak rasanya melihat keadaan adiknya yang tidak bersalah itu. Jimin menganggukkan kepalanya namun air matanya mengalir laju. Jimin seorang kanak-kanak yang hebat dan kuat. Taehyung mengusap kepala adiknya kemudian mengambil peti yang berisi ubat-ubatan untuk membersihkan luka yang ada pada Jimin.

“Takpe, abang ada ni.. Jangan takut ya?” Jimin menganggukkan kepalanya perlahan.

Taehyung mengeluh, kesian melihat adik sebapa dan lain ibunya itu. Jimin lahir hasil hubungan luar nikah bapanya dengan seorang pelajar kolej yang bapanya cuba tipu. Sebaik saja Jimin lahir. Ibu Jimin lari meninggalkan Jimin bersama dengan bapanya. Ketika itu Taehyung baru saja berusia 10 tahun dan kematian ibunya yang mati akibat bunuh diri kerana tidak tahan menjadi mangsa pukul bapanya yang kaki mabuk.

Tidak sempat untuk Taehyung berasa sedih kerana bapanya curang dan mempunyai anak luar nikah ketika ibunya sedang berperang dengan kemurungan yang sangat teruk. Tangan Taehyung menggeletar tatkala memori tentang mendiang ibunya bermain-main dalam fikirannya ketika itu. Taehyung tidak mahu hanyut dalam mengimbau semula masa itu.

“Hyung!” Suara jeritan Jimin yang kecil menyedarkan Taehyung dari episod traumanya itu.

“Abang jangan risau, Jimin ada dengan abang.” Taehyung tersenyum dan kemudian terus mengusap lembut kepala adiknya.

“Abang janji, abang akan bawa kita keluar dari neraka ni, Jimin kena terus kuat dan bersabar ya?”

Jimin tersenyum kecil sambil menganggukkan kepalanya.

 

                                                               ********

“Oi Kim Taehyung.” Kepalanya dipukul oleh kertas dan dia cepat-cepat mengangkat kepalanya dan memandang cikgunya yang sedang menjegilkan mata ke arahnya.

“Kamu ingat kelas saya ni kelas untuk kamu belajar tidur?”

Sepantas kilat Taehyung berdiri dan meminta maaf kepada cikgunya.

“S-ssaem, saya minta maaf. Saya tak sengaja..”

“Lari padang 10 pusingan, lepas tu berdiri kat sini sampai waktu saya habis.”

Dahi Taehyung berkerut. Mustahil. Bisiknya dalam hati. Waktu cikgu ini hanya sejam dan dia kena habiskan 10 pusingan. Padang itu sangat besar. Cikgu itu tersengih. Dia tahu Taehyung sedang fikirkan benda yang dia rasa mustahil.

“Kalau tak sempat sebelum waktu saya habis harini, awak kena repeat untuk kelas saya pada hari lain.”

Baru saja Taehyung hendak melangkah keluar kelas. Cikgu itu menahannya.

“Pakai ni.” Dia menghulurkan Taehyung sekeping kadbod untuk digantungkan pada lehernya.

Peasant. Adalah perkataan yang tertera pada kad itu.

Semua rakan sekelasnya tertawakan dia. Taehyung menundukkan kepalanya kemudian dia mula berlari turun ke padang.

Taehyung tahu kenapa cikgu itu begitu jahat dengannya. Taehyung pernah melaporkan cikgu itu atau dikenali sebagai Choi ssaem kepada pihak atasan kerana merokok dengan pelajar dan pihak atasan telah memberi amaran kepada cikgu itu dan cikgu itu mula menyimpan dendam terhadap Taehyung.

Di sekolah, Taehyung sering tertidur dalam kelas kerana terlalu penat menguruskan adik dan bapanya dari malam sehingga ke pagi. Walaupun bapanya seorang pemabuk, kaki pukul dan penyagak. Taehyung tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anaknya. Walaupun dia penat, dia masih mengerah tenaganya untuk menghabiskan 10 pusingan itu. Dia mahu mengadu dengan pihak atasan lagi tapi Taehyung sedar dia bukanlah siapa-siapa. Hanya seorang pelajar miskin yang ditindas oleh orang kaya.

Bunyi loceng menandakan kelas pertama sudah tamat. Taehyung sempat menghabiskan 10 pusing tetapi dia tidak sempat berdiri di luar kelas. Ketika dia dalam perjalanan pulang ke kelas dia terserempak dengan Choi ssaem.

“Ssaem, saya berjaya habiskan 10 pusinga-“ Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Choi ssaem bersuara. “Pakai kad ni sampai habis waktu sekolah. Sebab kamu tak sempat berdiri depan kelas sehingga waktu saya tamat.” Katanya lalu berlalu pergi dengan tersengih macam kerang busuk.

Taehyung mengeluh.

“Tak cukup dengan hidup susah, nasib pun malang.” Bisiknya lalu masuk ke dalam kelasnya semula. Rakan sekelasnya ketawakan dia lagi. Taehyung hanya tersipu-sipu menahan malu.

“Tengok muka pun dah tahu lahir-lahir bodoh, sebab tu mak dia mati bunuh diri.” Rakan sekelasnya, Jun bersuara menyebabkan semua orang ketawa lagi. Mata Taehyung bulat. Dia geram kerana kematian ibunya dipermainkan sebegitu rupa.

“Dah tahu hidup tunggang-langgang kenapa tak mati je? Hahaha.” Sambung salah seorang kroni Jun, Yunsung.

Taehyung menahan dirinya daripada menyerang dua orang lelaki bermulut puaka itu. Mujur guru untuk waktu seterusnya sudah masuk dan menghentikan kekecohan dalam kelas ketika itu.

“Sayang, muka handsome tapi hidup huru-hara.” Taehyung sempat menangkap seorang pelajar perempuan bersuara sebelum cikgunya betul-betul marah kerana terdapat pelajar masih bercakap.

“Okay kelas, dengar. Cikgu nak umumkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Kamu semua banyak main eh?”

Kelas kecoh semula. Hanya Taehyung membisu.

“Taehyung, kamu boleh berjumpa dengan saya lepas waktu kelas ya.” Taehyung menganggukkan kepalanya dan kemudian cikgu itu mengumumkan keputusan.

Taehyung tahu dia tidak dapat mana-mana kedudukan memandangkan dia hanya hadir pada hari terakhir peperiksaan tersebut kerana hari pertama sehingga hari kedua Taehyung menghabiskan masanya terlantar dalam bilik beralaskan selimut nipisnya kerana mengalami demam panas yang teruk. Oleh kerana tidak mampu membeli ubat, Taehyung hanya berehat dirumah dan minum air paip yang dipanaskan kerana mereka tidak mampu untuk membeli penapis air.

“Nah.” Taehyung melihat kertas yang dihulur oleh guru kelasnya, Kim ssaem. Keningnya terangkat.

“Apa ni ssaem?”

“Slip keputusan. Walaupun kamu ambil dua subjek tapi kamu boleh dapatkan marah penuh. Cikgu percaya awak boleh skor semua subjek. Kenapa kamu tak mohon retake exam ye?”

Taehyung mengambil slip itu dan kemudian tundukkan kepalanya.

“Saya tak mampu nak bayar yuran untuk itu.”

“Kamu tahu kan kalau kamu dapat straight A’s kamu tak perlu bayar?” Taehyung menganggukkan kepalanya. “Tapi saya tak yakin saya boleh dapat semua A.” Jawabnya perlahan. Kim ssaem tertawa kecil.

“Cikgu yakin dengan kamu. Next time pastikan kamu ambil semula ya?”

Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.

Sebaik saja dia keluar dari bilik guru, loceng waktu rehat sudah berbunyi. Taehyung berjalan Kembali ke kelasnya lalu ternampak seseorang melambai-lambaikan tangan kearah Taehyung.

“Yoongi!” Taehyung gembira melihat sepupunya.

“Jom makan! Mak aku bagi makanan lebih ni.” Taehyung tersenyum lebar dan menganggukkan kepalanya. Segera dia melangkah ke arah sepupunya dan memeluk bahu Yoongi. Mereka melangkah bersama ke tempat makan biasa di mana tidak ramai orang dan lapang.

“Woah, Kim Taehyung. Dua subjek yang ramai orang fail tapi kau dapat markah penuh? Daebak.” Mata Yoongi asyik memandangkan slip keputusan Taehyung.

“Bila kau study?”

“Dalam kelas je. Kau tau kan aku mana ada masa nak study selain waktu sekolah.” Jawab Taehyung sebaik saja menelan makanannya. Sudah 3 hari dia tidak makan nasi, mujurlah Yoongi offer nak kongsi bekal makanannya dengan Taehyung.

“Aku rasa kau patut tinggal dengan akulah.” Yoongi bersuara lagi. Taehyung menggelengkan kepalanya. “Aku tak nak bahayakan keluarga kau. Lagipun aku tau bapa kau tak suka dengan bapa aku. Maksud aku siapa je suka orang tak betul macam dia tu.”

“Kesian kat Jimin, kau kena pukul takpe. Kau dah besar. Jimin tu kecil lagi.”

Suasana menjadi sepi seketika.

“Yoongi.”

Yoongi mengangkat keningnya.

“Kalau ada apa-apa jadi kat aku, kau tolong tengokkan dia boleh?”

Yoongi tenung wajah Taehyung itu dan kemudian dia menganggukkan kepalanya.

“Aku tau kau akan ok.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet