I LOVE YOU

I LOVE YOU
Please Subscribe to read the full chapter

Aeri melangkah masuk ke kelas dan duduk tempatnya yang berada di tepi tingkap. Dapat dirasakan pandangan daripada rakan sekelasnya namun dia berlagak biasa. Dia memasang earphone dan membelek senarai lagu untuk didengarinya. Sedang dia memilih lagu, tiba tiba dia terdengar salah seorang rakan sekelasnya berkata kepada kawannya, “Kau tengoklah tu, masuk kelas tak tegur kita. Senyum pun tak, buat muka cold dia tu. Apa yang Hoseok sunbae nampak kat dia pun aku taktaula,”

“Tu lah tu, aku masih tak boleh brain kenapa Hoseok sunbae boleh confess kat dia. Muka cold macamtu, takde perasaan langsung. Macam robot,” balas rakannya. “Entah-entah dia memang robot tak?” ujar gadis itu sebelum mereka berdua tertawa. Aeri menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya dan terus menekan lagu yang telah dipilih. Dia merenung ke luar jendela. Mindanya menerawang mengingatkan kejadian yang berlaku dua minggu yang lepas.

 

*****

“Kau nak makan apa Aeri?” soal Eunji, kawan baik Aeri. “Takpelah, aku ada bekal dah. Oppa masakkan. Tolong belikan air mineral je boleh tak?” jawab Aeri. “Okay aku belikan kejap. Kau tunggu sini ya,” ujar Aeri sebelum berlalu membeli air dan makanan untuknya dan Aeri. Usai membeli makanan, mereka menikmati makanan mereka sambal berbual. Kebanyakan perbualan itu diuatarakan oleh Eunji, Aeri hanya mendengar sahaja. Perbualan mereka terhenti apabila terdengar bunyi riuh rendah di pintu masuk kantin sekolah mereka. Kedua gadis itu menoleh dan melihat tujuh orang pelajar popular di sekolah mereka melangkah masuk ke kantin.

“Tak penat ke diorang ni jadi popular macamtu? Aku ni dah naik bosan dengar Jimin duk bebel kat aku yang dia asyik dapat surat peminat la coklat la haih,” rungut Eunji. Aeri tersenyum mendengar rungutan Eunji tentang sepupunya.

“Yow Eunji!!! Kau ada kat sini ke?” tegur Jimin girang sebelum melangkah merapati Eunji dan Aeri. Rakan rakan jimin yang lain mengikutinya dari belakang. Eunji buat muka meluat. “Dah tentu tentulah aku ada kat sini, sekarang kan waktu rehat. Kau ni, memang tak boleh tanya soalan yang bijak sikit eh?” perli Eunji sinis. Jimin membuat muka apabila rakan-rakannya turut mengetawakannya.

“Hai Aeri,” tegur Jimin ramah. Aeri hanya tersenyum kecil. Secara tak sengaja matanya bertembung dengan mata Hoseok, salah seorang daripada rakan Jimin. Dia segera melarikan pandangannya ke arah bekal yang disediakan oleh abangnya.

“Kami nak duduk sini boleh?” soal Hoseok. “Duduk jelah sunbae. Bukannya kena bayar pun,” balas Eunji selamba. Hoseok mengambil tempat bersebelahan Aeri diikuti oleh Yoongi manakala yang lain membeli makanan sebelum turut mengambil tempat di meja yang diduduki oleh gadis-gadis itu. Mereka menikmati makanan sambal berbual.

Hoseok menongkat dagu dan melihat Aeri yang masih lagi tunduk merenung bekalannya. Aeri yang sedar bahawa dia sedang direnung oleh Hoseok berasa serba tak kena namun dia masih lagi berlagak biasa dan menyuap telur gulung ke dalam mulutnya.

“Aeri, jom couple,” hampir tersedak Aeri apabila mendengar ayat Hoseok. Dia segera mencapai air mineral dan meneguknya. Suasana di meja yang pada mulanya agak riuh dengan perbualan mereka menjadi hening seketika. Masing-masing terkejut dengan ayat yang diujarkan oleh Hoseok. Namun yang paling terkejut sekali tentulah Aeri.

“Aeri, jom couple,” ujar Hoseok lagi. Aeri merenung Hoseok dengan riak wajah tidak percaya. “Kenapa tiba-tiba cakap macamtu?” soal Aeri. Hoseok tersenyum. “Sebab saya suka awak,” jawabnya. Aeri merenung Hoseok lama. “Saya kira sampai lima, kalau awak diam je maksudnya awak setuju jadi girlfriend saya,” ujar Hoseok lagi. Aeri yang masih lagi terkejut tidak boleh mencerna ayat Hoseok dengan baik. Dia melihat Hoseok tersenyum sambil mengira.

“Satu,”

“Dua,”

“Tiga,”

“Empat,”

“Lima,”

“Okay, mulai harini kita officially couple,” ujar Hoseok. Aeri yang masih lagi cuba untuk mencerna ayat Hoseok berkerut. “Saya tak setuju apa-apa pun,” ujarnya. “Tapi saya dah kira sampai lima, awak diam je. So kita officially couple,” ujar Hoseok tersenyum nakal. Belum sempat Aeri membalas, loceng telahpun berbunyi.

“Kita jumpa balik sekolah nanti ya, saya masuk kelas dulu. Bye bye,” ujar Hoseok lalu mencium pipi Aeri dan berlalu pergi meninggalkan Aeri yang makin kemerahan pipinya apabila dicium oleh Hoseok.

 

*****

Bunyi loceng mematikan lamunan Aeri. Dia mencabut fon telinga dan menyimpan telefon bimibitnya ke dalam beg setelah menukarkan fonnya ke mood senyap. Dia mengeluarkan buku Sejarah dan menanti kehadiran guru Sejarahnya untuk memulakan sesi pembelajaran.

Setelah hampir dua jam sesi pembelajaran berlangsung, loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula. Aeri menyusun buku dan alat tulisnya sebelum menyimpannya ke dalam beg. Sedang dia berkemas-kemas, tiba-tiba bukunya diambil oleh seseorang. Dia mengangkat muka dan melihat Hoseok menyimpan bukunya ke dalam beg sekolah dan menzip dengan kemas beg sekolahnya sebelum meletakkannya ke atas kerusinya.

“Jom ikut saya kejap,” ujar Hoseok dengan suara ceria. Belum sempat Aeri menjawab, Hoseok menggenggam tanganya dan membawanya ke kawasan atas bumbung sekolah mereka. Aeri melihat ada sehelai tikar sudah sedia terbentang dan ditindih dengan sebuah bakul.

“Mari,” ujar Hoseok sebelum menarik lembut tangannya mendekati tikar tersebut. Dia menyuruh gadis itu duduk sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan Aeri. “Kenapa ada tikar semua ni?” soal Aeri hairan.

“Awak teringin nak berpiknik dekat sini kan? Jadi saya sediakan tikar dan makanan untuk kita berpiknik,” jelas Hoseok sambal tersenyum. Aeri memandang jejaka itu, tidak percaya dengan kata-katanya.

“Macam mana awak boleh tahu?” soal Aeri. Hoseok terenyum. “Awak kan girlfriend saya, mestilah saya tahu. Dah, jom makan. Nanti waktu rehat habis pula,” balas Hoseok seraya menyua bekalan yang terdapat di dalam bakul itu.

“Lepas kelas ni awak ada apa-apa ke?” soal Hoseok. Aeri menggeleng. “Cool, then balik ni saya tunggu ya. Kita dating sama-sama, saya teingin nak makan aiskrim,” ujar Hoseok. “Erm... Okay…” balas Aeri. Hoseok tersenyum. “Dah, habiskan cepat makanan tu,” ujar Hoseok lagi. Aeri segera menghabiskan makanannya dan membantu Hoseok melipat tikar dan mengemas bekas bekalan sebelum disimpan ke dalam bakul piknik itu.

“Dah, jom saya hantar awak ke kelas,” ujar Hoseok seraya menarik lembut tangan gadis itu dan berjalan menuju ke kelas Aeri. Sesampainya mereka di kelas, Hoseok melepaskan tangannya. “Jangan lupa ya petang ni, saya tunggu awak dekat depan pagar sekolah,” ujar Hoseok sambil merenung tepat ke mata Aeri. Wajah Aeri masih lagi tidak menunjukkan sebarang reaksi namun jntungnya berdegup kencang dek panahan mata Hoseok. Aeri mengangguk. Hoseok tesenyum seraya mengusap lembut rambut gadis itu.

“Pergilah masuk kelas. Stay focus okay. Gonna miss you,” ujar Hoseok. Aeri hanya mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Rupa-rupanya, rakan sekelas mereka telahpun mencuri-curi dengan perbualan mereka berdua dan apabila melihat Aeri melangkah masuk, semuanya kelam-kabut berpura-pura tidak ambil tahu.

“Kau tengoklah tu, Hosoek bukan main lagi cakap gonna miss you bagai, tapi dia boleh angguk je,” ujar pelajar kelasnya dengan nada tidak puas hati. “Tu la, kalau aku tu dah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet