This Love ❤️

My Mr. Manager
Please Subscribe to read the full chapter

I saw that you were perfect, and so I loved you. Then I saw that you were not perfect and I loved you even more." — Angelita Lim  

 

 

 

Sae ra p.o.v

     Aku mengeluh buat kali ke berapa tah. Jam dipandang beberapa kali. Telefon yang berada di tangan dibelek-belek sekali-sekala.

“ Hey..lama tunggu?”

Aku tersentak apabila Mark menegur. Aik? Tadi Xiumin yang suruh aku tunggu sini sebab dia kata nak pergi bank sama-sama. Tapi orang lain pula yang datang.

“ Kenapa duduk dekat tangga?” Soalnya sebelum melabuh di sebelah aku.

Aku mengerut dahi sebelum menjawab. “ Saja.”

“ Kenapa manager dekat sini? ” soal aku kepadanya.

“ Saja.” Balas dia pendek. Aku tak tahu la sama ada dia sengaja jawab pendek ataupun nak perli aku. Aku kembali termenung ke arah telefonku. Malas mahu melayan Mark. Padahal aku sudah panas punggung duduk situ. Sejak kejadian itu,aku cuba menjauhkan diri daripada managerku. Bukan apa takut para pekerja salah faham akan tentang mereka pula. Mark pula aku tak tahulah nak cakap apa. Dia tak marah pun bila aku tampar Reena depan dia. Dia hanya buat dek sahaja.Agaknya dia memang dah tak ambil kisah dah kot tentang Reena tu. Yang si Reena pula dah menghilangkan diri. Mungkin akibat penangan tamparan dia, takut kot. Lmao.

“ Meh sini. Biar aku tengok apa yang best sangat sampai kau tak nak layan aku.” Kata Mark seraya merampas telefon aku sebelum jarinya ligat bermain di papan skrin tersebut.

“ Yah,awak nak buat apa? Bagi balik.”

“ Alaa..tunggula kejap. Tengok ni..aku buat magic."

“Tekan ni..lepas tu yang ni…Then tadaa~~”

“ Ceit!Kalau tu saya pun reti buat.” Kata aku sebelum merampas kembali telefonku. Bahaya bagi dekat Manager ni. Kang nanti dia stalk gallery aku. Dah la ada banyak gambar yang muka aku tak senonoh. Nanti tak pasal-pasal dia gelakkan aku pulak.

“ Eii..kedekut! ” Kata Mark seraya menolak kepala aku.

Aku mengetap bibir sebelum menolak kepalanya pula. “ Pergi sanalah,manager. Sibuk je. Nanti pekerja nampak,diorang cakap apa pulak.”

“ Diorang nak cakap apa? ” Soal Mark sambil memandang wajah aku daripada tepi.

“ Yela, manalah tahu kalau diorang salah anggap pasal kita berdua couple.” Balas aku. Bukan apa sejak aku tampar Reena tu, macam-macam benda yang para pekerja katakan. Siap cakap yang aku ni couple dengan Mark lepas tu tak nak bagitau. Nak bagitau apanya kalau benda itu semua tak betul. Lagipun aku ni siapa je kalau hendak dibandingkan dengan managernya itu. T_T

“ Kalau kita couple pun,ada masalah ke? “ Dahi aku berkerut mendengar soalannya.

“ Awak tak kisah ke? ” Gurau aku walaupun aku tahu dia hanya main-main sahaja. Kalau setakat nak berangan couple dengan dia tu boleh la. Kalau betulah aku couple dengan Mark, habis runtuh satu pejabat ni. Lagipun dia bukannya suka aku pun, aku je yang syok sendiri suka dekat dia. Tapi itu pun secara senyap-senyap. Kalau tahu dek si Jung Ah itu mampus nanti dia gelakkan aku. Ish Ish Ish

“ Kau nak kahwin dengan aku tak? “ Soalnya secara tiba-tiba. Terus terhenti jari aku daripada bergerak atas skrin telefonnya. Mark masih lagi memandang wajahku.

“ Hahaha. Lawaklah manager ni. “ Balas aku sambil tergelak kecil. Suka betul Mark ni sakat aku kan.

“ Muka aku tengah buat lawak ke?” Katanya dengan nada yang tegas. Wajah Mark terus dipandang sekilas. Aku terdiam seketika.

“ Manager…. suka saya ke? “ Soal aku perlahan. Masa nilah jantung aku berdegup dengan kencang menunggu jawapan. Senyuman yang hendak terukir pada bibir ditahan.

“ Bila pulak aku suka kau. “ Balasnya selamba. Tergagam aku seketika. Aik? Manager ni..main-main pula.

“ Tapi manager ajak saya kahwin? “ Kepala yang tidak gatal digaru.

“ Kenapa tak boleh ke? “

Aku hanya membiarkan soalan Mark berlalu begitu sahaja. Tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Mark itu. Jantung yang berdegup kencang itu ditahan juga. Tipulah kalau aku cakap hati aku tak berbunga sewaktu Mark ajak aku kahwin tadi. Tapi sebab fikirkan soal hati Mark yang mungkin tak stabil akibat kejadian haritu terus tak jadi. Hanya mampu berangan sahaja. Huhuhu.

“ Dah la saya pergi dulu. Nak cari Xiumin. “ Kata Aku seraya bangun lalu mengorak langkah meninggalkan Mark keseorangan di situ. Malas mahu layan Mark ni. Nanti macam-macam boleh jadi.

       " Weyh! jom turun. " Sergah Jung Ah. Terkejut Sae ra dibuatnya. Apa taknya, bila Jung Ah panggil namanya, dia tak sahut. Tu yang main terjah je.

" Turun pergi mana? "

" Eh kau ni. Lunch time la sekarang. " Kata Sergah sambil menunjuk jamnya di tangan.

Oh ya. Dah pukul 2. Masa untuk makan tengah hari. Haih, macam mana dia boleh tak sedar pula masa dah berlalu. Ni sebab manager dia la ni. Bagi kerja banyak sangat. Mungkin Mark ingat dia ni robot kot sampai bagi kerja berlambak. Butang switch off komputernya ditekan sebelum mencapai beg dompet serta telefonnya.

" Okay Jom! "

Sae ra dan Jung Ah berjalan menuju ke lif. Suasana di dalam pejabat sunyi memandangkan ramai pekerja sudah keluar untuk menjamu selera. Hanya tinggal beberapa orang sahaja. Apabila sudah sampai di lobi pejabat, mereka berdua berjalan keluar sambil berborak. Kadang-kadang terselit dengan gelak ketawa mereka berdua.

Pin! Pin!

Mereka berdua seraya tersentak. Bunyi hon dari arah belakang membuatkan mereka menoleh ke arah tersebut. Sebuah kereta BMW berhenti betul-betul di sebelah Sae ra. Tingkap belah pemandu diturunkan. Muncul Mark yang berada di dalam kereta.

" Sae ra! cepat naik. "

Sae ra terangkat keningnya.

" Nak pergi mana? " Soal Sae ra.

" Lunch date, sayang. " Balas Mark ringkas. Mata Sae ra sudah membulat. Dah kenapa mamat ni? Bersayang-sayang dengan dia pulak.

" Tapi saya nak lunch dengan Jung Ah. " Sae ra menolak tawarannya dengan senyuman manis. Bukan apa, tiba-tiba lelaki ni berbaik dengan dia. Siap bersayang-sayang bagai. Sejak dua menjak ni juga ,dia perasan yang perangai Mark semakin berubah. Suka sangat bagi ayat romantic dekat dia. Naik bulu romanya.

" Alaa.. hmm..tak apala kalau macam tu.." rajuk Mark. Tapi dengan pantas Jung Ah menggeleng kepalanya.

" Eh eh. Tak apa. Manager pergilah lunch dengan Sae ra. Lagipun saya dah suruh boyfriend saya tunggu dekat depan tadi. Lagipun kalau Sae ra ada nanti, kacau saya nak date dengan boyfriend saya pulak. Sae ra...kau naik kereta. Kau pergi dengan manager ya." Sampuk Jung Ah. Sae ra yang berada di sebelahnya dipaksa masuk ke dalam kereta belah sebelah pemandu setelah pintu sebelah pemandu itu dibuka.

" Eh Eh Jung Ah..." Tak sempat Sae ra menghalang,pintu telah pun ditutup oleh Jung Ah.

" Thanks Jung Ah. " Kata Mark sambil mengenyit matanya. Sae ra terkedu. Dah gila agaknya managernya itu. Jung Ah sudah terasa hendak pengsan. Oh gosh! Siapa yang tak pengsan bila lelaki macam Mark buat macam tu. Memang lelaki idaman setiap wanita. Terus lupa perangai Mark yang panas baran itu.

“ Jung…” Baru sahaja Sae ra ingin memanggil kawan baiknya itu,Jung Ah terlebih dahulu jalan tanpa menoleh ke arahnya.

Sae ra yang terpinga-pinga memakai tali pingang apabila kereta yang dipandu oleh Mark bergerak. Tak adala. Yang si Jung Ah tu dah kenapa. Main paksa dia masuk dalam kereta mamat ni. Pagi tadi beria nak lunch dengan dia. Tup tup Jung Ah yang soh dia lunch dengan mamat ni. Yang peliknya sejak bila Jung Ah ada boyfriend? Setahu dia Jung Ah tu single macam dia. Aish tak boleh jadi ni. Kena siasat juga balik rumah nanti.

Sae ra p.o.v

      " Sae ra, kau okay tak? Tak sedap ke makanan dekat sini? "

Aku tersentak. Aku yang dari tadi tunduk terus mengangkat kepala memandangnya.

" huh? ok...okay.saya okay. " Tergagap aku menjawabnya. Mana taknya. Dari tadi dia asyik pandang aku, mana aku nak lalu makan. Aigoo. walaupun perut dah berkeroncong, tapi bila dia asyik pandang terus terbantut nak makan. Aku tahulah yang aku ni cantik. -_-

" Kau gementar eh? Relaks lah..macam tak biasa date dengan aku. " katanya sambil tersenyum manis. Ahhh!! Mark! Stop it.

" Eh..mana ada..." Aku mengeleng sambil cuba melarikan pandangan aku dari anak matanya. Aku mengambil air tembikai lalu disedut. Nervous pulak. Bukan tak biasa malah terlebih biasa. Tapi kali ini punya lunch date lain macam.

" Sae ra, kahwin dengan aku nak? "

Uhuk!Uhuk! Tersedak aku dibuatnya. Soalan yang sama yang pernah ditanya oleh Mark

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sitiazilataemin88
Tamat sudah My Mr. Manager. Do support my story,my dear aff friends. Huhu~ Thanks for subs and please do leave a comment. Thanks a lot for reading this 'merepek' story >_<. Don't forget to join ❛chaos&crazy❜ malay writing contest ^_^ Have fun!

Comments

You must be logged in to comment
Syahiran_Hazira #1
good luck for the contest~