MISSING YOU

EH ENGKAU?!!

Loceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu sesi persekolahan sudah tamat. Eunha,Sowon,Yuju,Sinb,Yerin,dan Umji, pun berjalan bersama-sama dari blok yang sama tetapi dari kelas yan berlainan hingga ke gate sekolah .

"Weh Eunha nanti kau balik dengan siapa?" Tanya Yuju.

"Urmm mungkin appa aku kot kalau dia tak busy ataupun driver yang ambik nanti"

"Oh kalau macam tu kita orang balik dulu ye lagi pun kita orang nak study kat kafe nanti. Kau nak ikut tak?" Tanya Yerin pulak

"Urmm tak kot sebab nak ikut eomma pergi shopping hihihi .Lain kali aku ikut okayyy btw enjoy your day" Kata Eunha

"Kalau macam tu okaylah kitaorang gerak dulu byeeee jumpa esok" Kata Sowon

"Okay byee hati-hati jalan tu" Kata eunha sambil melambai tanggannya

Setelah mereka berlima hilang dari pandangan lalu Eunha pun mendapat message dari appanya.

"Sorry my princess sbb appa takdapat ambil kamu dari sekolah sebab appa busy sikit sorry . Appa dah call driver suruh ambilkan Eunha tadi so tunggu ye and hati-hati jangan ikut orang tak dikenali. I love you princess. Take care."

Eunha pun reply massage appanya " Its okay appa. Eunha faham and baik boss Eunha takkan ikut orang yang dikenali. I love you too appa." Lalu Eunha pun tekan butang send di screen Iphone 6s Plus milik nya itu yang diberi oleh appanya sempena birthdaynya last year.

Tanpa Eunha perasaan ada seseorang yang berdiri di belakangnya sambil membaca message nya dengan appanya.

"Eee princess" kata V

Eunha pun terkejut hampir sekali Iphone ditanggannya itu melayang ke udara dan mencium tanah tapi nasib dia memegang erat Iphone nya tadi.

"Ishh kau ni kalau jatuh aku suruh kau ganti balik. Aku suruh kau beli 7 plus pulak untuk aku "

"Takpe dengan kedai sekali pun boleh aku beli untuk kau " kata V sambil ketawa 

"Mentang-mentang duit mak bapak yang keluarkan" kata Eunha dengan marah

"Alaa kau ni gurau je tu pun nak marah no fun langsung tapikan kau marah cute juga ye" kata V sambil meihat Eunha dengan sebelah mata

"Tahulah aku pendek tak payahh tengok aku macam tu"

"Yelaa btw kenapa apa kau buat sorang-sorang kat sini?"

"Tengah main masak- masak ni hah tak nampak ke?"

V lalu mengaru kepalanya 'Hmm kan dah kena' cakap nya dalam hati.

"Tengah tunggu orang datang ambil lerr apa lagi"

"Yelah mana tahu kau tunggu aku ke"

"Buang masa aku jeee"

Lalu 6 buah kereta Lamborghini pun satu persatu datang dan parking di hadapan V dan Eunha. Dan pemiliknya pun keluar.

"Flasback 15 minit sebelum itu"

"Mana V ni" kata Jimin di dalam kereta nya sambil panaskan enjin keretanya sekejap lalu dia pun call Rapmon

"Hello hyung ada nampak V tak ?" Tanya Jimin selepas call nya di jawab oleh Rapmon

"Takde mungkin dia dah balik kot" kata Rapmon di hujung talian

"Macam mana pulak dia nak balik tak ingat ke yang kereta masih di bengkel kan pagi tadi di turun sama dengan aku"

"Oh tak ye juga nantilah kita cari dia kat sekolah lepasni jumpa di tempat parking kita blkng sekolah"

"Okay hyung aku dah tunggu sini" Jimin pun lalu menamatkan talian

Lalu Jimin pun call members yang lain kerana takut V diculik oleh alien sbb V tu peminat tegar alie kalau kena culik pun mesti di bangga.

"End Flashback"

"Hoi sini pun kau" terjah Rapmon 

"Hah mengorat anak dara orang je kerja kau" Marah jimin

"Tahu tak kamiorang risaukan kau" Kata Jin pulak 

"Menyusahkan betul la kau ni" Kata Jhope

"Buang masa aku penat cari Hyung" Kata Jungkook

"Belanja kitaorang makan sebab buang tenaga kitaorng  je cari kau dalam 4 blok"

"Hahaha relax ler ye nanti aku belanja janganlah marah-marah tadi aku cari korang tapi takde so aku ingat nak tunggu depan sekolah  jerr~"

"Banyaklah kau punya depan sekolah kau lupa ke yang kau takde kereta kau nak balik naik apa" marah jimin yang terkenal sangat perangai kerisauannya itu .

"Driver kan ade" kata V dengan selamber 

Dalam diam Eunha pun berfikir kenapa setiap kali berjumpa dengan diaorang mesti ada benda yang nak digaduhkan lalu Eunha pun berdehem kerana dia merasa dirinya seperti patung untuk ketiga kali ketika berjumpa dengan mereka "Errhemm"

Lalu mereka semua pun melihat Eunha dan baru perasan ada Eunha di situ 

"Eh awak belum balik lagi ke" tanya Jhope dan Eunha pun menggelengkan kepalanya 

"Nak kitaorang hantarkan tak?" kata jimin 

"Eh tak apa nanti ada driver datang ambil" kata Eunha "Lagipun tak payah pun berawak- awak dengan saya guna je kau- aku " kata Eunha sambil senyum.

"Eh kenapa pulak?" kata Jimin hairan

"Sebab saya lagi selesa dengan kau-aku" kata Eunha

"Okaylah kalau macam tu" kata rapmon yang terus bersetuju apa Eunha cakap

Jungkook hanya melihat je mereka. Setiap kali dia melihat Eunha dan mendengar nama Eunha disebut dia mesti teringatkan kisah lamanya seseorang yang dirinduinya .

"Eunha awa-- ehh salah kau nak tak ikut kitaorang makan lagipun V yang belanja" Tanya Jimin dan dia berharap agar Eunha akan sudi mengikut mereka,

"Ermmm sorry Jimin sebab aku dah janji dengan eomma nak temankan dia harini sorry" tolak Eunha 

"Oh its okay enjoy your day with your mom then" Kata jimin sambil senyum walaupun dia sedikit sedih .

Mereka pun menemani Eunha sampai driver Eunha sampai.

"Bye guys thank you sebab sudi tolong temankan" 

"No problem as long kau selamat masuk kereta depan mata kitaorang" Kata Jhope

Eunha pun senyum dan masuk ke dalam kereta dan melambai mereka semua dan kereta pun meluncur laju hilang dari pandangan mereka.
"Eunha tu cute kan" Kata Jin 

"Yelah aku rasa nak je protect dia" kata Rapmon

"Apa kata kita semua protect dia yelah takut apa- apa yang terjadi kat dia ke" Kata Jhope pulak

"Sekolah kita ni bukan boleh percaya sangat lebih-lebih lagi fans kita ni kang ada yang meroyan pulak" Tambah Jimin pulak

"Yelah lebih-lebih lagi si yang rasa queenka tu " Kata V dengan serius

'Kalau betul kau adalah dia aku takkan lepaskan kau dan aku takkan lepaskan orang yang cederakan kau walaupun sikit'  Kata Jungkook di dalam hatinya lalu dia perasan yang hyung nya melihat dia dengan suga untuk menantikan jawapan dari mulut mereka berdua.

"Aku okay je ikut korang" kata Jungkook 

"Aku pun" kata suga 

"Okay so semua setuju" Kata Rapmon

"Dah jom pergi makan aku lapar lah" Kata jin 

'Kau asyik makan je" Kata Suga

"Eh tadi kau juga yang suruh V belanjakan so jangan sia- siakan apa yang ada di depan mata" balas Jin

"Yelah dah jom- jom masuk kereta masing masing kita pergi makan di tempat favorite  kita" Kata Rapmon

Lalu kereta lamborghini sorang persorang meluru laju ke arah yang ditujui.

Sesampainya Eunha di rumah di terus membersihkan dirinya dan bersiap untuk pergi shopping dengan eommanya.

'Eunha dah ready ke?" Jerit eommanya dari tingkat bawah.

"Kejap sikit lagi give me 2 more minutes" Jerit Eunha pulak dari atas

"Its okay take your time dear tak lari pun shopping mall tu nanti" Balas eommanya balik

Eunha pun hanya ketawa dan terus meletakkan tualanya di ampaian di dalam bilik nya dan terus turun ke tingkat bawah.

"Okay im done eomma" Kata Eunha yang hanya memakai dress pendek paras lutut dan kasut (ala- ala trend korea sekarang) dan beg kecil disilang di dadanya. 

Lalu Puan Jung pun mencapai kunci kereta dan terus menghidupkan enjin kereta dan sementara menunggu memanaskan enjin kereta tersebut Puan Jung pun berborak sedikit dengan Eunha.

"Nanti kawan eomma akan ikut" kata Puan Jung

"Kawan eomma mana satu?" yelah semua kawan eommanya dia tahu dan pernah berjumpa jugak.

"Masih ingat tak masa Eunha masih kecik dulu Eunha selalu bermain dengan anak dia eomma tak ingatlah nama anak dia"

"Oh ingat yang jiran kita dulu tu ke eomma?" tanya Eunha"

"Ye jiran kita dulu tapi selepas kita pindah ke luar negara diaorang pun pindah rumah" kata Puan Jung

"Oh" kata Eunha. 'Lama tak jumpa kau.Hmm apa khabar kau sekarang? Masih kau ingat kat aku dan janji kita? Janji yang kau tak berubah. janji kau takkan akan lupakan aku, janji yang kau akan tunggu aku.' Kata Eunha di dalam hatinya sambil mengingatkan kisah lamanya dan janji-janji lamanya .

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
byungooie
I think my story quite bored hahaha anyways I'll keep update eventho its bored ^^

Comments

You must be logged in to comment
juvymorgyana #1
Chapter 1: Ahahahaha your story is so cute! Keep on updating ?