Ong Seongwoo

Culik
Please Subscribe to read the full chapter

"Hei" 

"..."

"Hei"

"..."

"Hei perempuan, bangunlah!" ujar Seongwoo separuh menjerit sambil dahinya berkerut-kerut melihat perempuan di hadapannya. Dia kemudiannya menunjal jari ke dahi perempuan tersebut.

"Aduh! Bodohnya aku!" Seongwoo menepuk dahinya sendiri. "Memanglah dia tak boleh cakap sebab dia dah pengsan. Apsal aku bodoh sangat. Aku kan dah letak ubat pengsan tadi.." Dia menggelengkan kepala. Terasa bodoh. Nak gelak pon ada.

Seongwoo mula berfikir. Dia mengambil sebotol air mineral di atas meja. "Hmm.. biasanya guna air untuk kejutkan orang. Ya.. itu yang aku selalu tengok dalam drama TVN.."

Seongwoo pun menuang semua.. ya, SEMUA air dalam botol mineral itu di atas kepala dan wajah perempuan tersebut.

Taktiknya berhasil apabila perempuan itu perlahan-lahan membuka kelopak mata. Perempuan tersebut mengerutkan dahinya. Kemudian dia mula cuak apabila melihat seorang lelaki sedang tersengih memandangnya.

"Hai.."

"ARRRGGGHHHH!!!!" 

Fitrah seorang wanita, pastinya akan menjerit apabila dalam ketakutan.

Seongwoo menutup telinganya. Mukanya jelas sedang menahan sakit. "Woi perempuan, sakitlah telinga aku. Apsal kau jerit ni ha.."

"Aku.. aku.. dekat mana? Kau.. siapa.." Perempuan itu muka menggeletar ketakutan. Dia bertambah cuak ketika melihat dirinya diikat diatas kerusi. Tak perlu search google, dia sudah tahu yang dia di culik.

Seongwoo tersenyum jahat. Kemudian mukanya menjadi sedikit bengis. Direntap kasar wajah perempuan itu agar bertentang mata dengannya. "Aku cakap 'hai' kau bukannya nak balas pun. Jerit pulak tu.. Kau ni memang takde adab ke.." 

Perempuan itu hanya menggeleng. Takut.

"Ok.. macam ni.. kita mula semula.. ehem.." Seongwoo menarik nafas. " Hai. Nama aku Ong Seongwoo. Bukan Hong Seongwoo.. Gong Seongwoo bukan.. Ong ye.. Ong Seongwoo." Ujar Ong Seongwoo sambil mempamirkan senyuman manis dengan gaya 'peace'.

Perempuan tu diam. Seongwoo mengeluh. "Kau?"

"Nama sa.. saya.. Ahn.. Ahn Hana." Ujar perempuan itu sambil tertunduk. Takut nak bertentang muka dengan Seongwoo.

"Kau tau tak kenapa kau kat sini sekarang ni?" Tanya Seongwoo. Sengaja nak main teka-teki dengan Hana.

"Tak.. saya.." 

"Sah! Sah kau tak tengok drama kat TVN. Kau ni.. harap je kaya.. drama pun takkan lah tak tengok.. aduh.. kau ni sebenarnya kena culik dengan aku.." 

Hana diam. Dia tahu. Saje buat-buat tak tahu. Lagipun, dia takut. Mamat ni agak nampak 'saiko' (phyco) baginya.

Seongwoo mengeluh. Boringlah minah ni..

"Kau ni ada mulut ke tak.. diam je.. bosan aku." 

"Ke.. kenapa awak culik saya."

Seongwoo tersengih. Akhirnya..

Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Hana. Hana gugup. "Sebenarnya.. aku sunyi.. sebab tu aku culik kau.." 

Mata Hana terbuntang. Pipinya merah. Mamat ni gila!

Melihat wajah Hana, Seongwoo tersengih. Dia berdehem. "Aku tipu je.. buang tabiat kalau macam tu.." 

Hana mengerutkan dahi. Dia tak paham dengan Seongwoo. Seongwoo memandang Hana. "Ok, sebenarnya alasan utama aku culik kau sebab Ahn Taehun.."

"Papa?" Bukan main terkejut Hana apabila nama papanya di sebut. Dia membuntangkan mata. Badannya didekatkan sedikit kearah Seongwoo. Dia nak tahu. 

Seongwoo tersenyum apabila Hana seperti tertarik dan ingin tahu. Seongwoo berdiri dan mula bercerita sambil 'tawaf' di sekeliling Hana. 

"Ayah aku bekerja di syarikat En. Ahn, bapak kau. Ayah aku setia. Tapi.. suatu hari, bapak kau tipu. Dia tipu dan tuduh ayah aku rasuah. Padahal, bapak kau buat semua tu. Ayah aku dibuang kerja. Kami hidup merempat. Ayah aku terpaksa berhutang dengan lintah darat. Bila ayah aku tak dapat bayar, diorang bunuh ayah aku! Depan mata aku tau tak! Ibu aku dah lama meninggal. Aku hidup sebatang kara. Aku marah. Lagi-lagi dapat tahun lintah-lintah darat tu rupa-rupanya, pekerja bawah bapak kau..." Ceritanya panjang lebar. Seongwoo kembali menghadap ke arah Hana.

Hana tunduk.

"Hoi perempuan! Kau dengar tak!" Dia menolak kasar bahu Hana.

Hana menangis. "Tak mungkin.. papa.. tak mungkin.."

Seongwoo mengeluh. Dia menatap dingin wajah Hana lalu mendekatkan mulutnya di telinga Hana. 

"Aku akan buat kau terseksa.. macam apa yang aku rasa."

Hana menelan air. Menarik semua hingus yang keluar. Takut bukan kepalang.

"Kenapa.. saya.."

"Sebab.. kau lah satu-satunya waris keluarga Ahn lah bodoh! Kau ni lembap lah.." Seongwoo menyerabutkan rambut. 

"Aku harap kau tak akan curi-curi keluar. Walaupun aku tau kau akan buat juga.. itu yang biasa dalam drama TVN" Ujar Seongwoo dengan muka menyampah. "Tapi..aku memang harap kau tak keluar dari sini. Kat luar tu.. bahaya.."

Hana memandang Seongwoo. Mamat ni lagi bahaya..

"Dah-dah, aku nak tidur.. kau pun tidurlah. Aku start seksa kau pagi esok jelah, memandangkan aku penat dah angkut badan kau tadi.. ditambah kena kejar dengan anjing liar.. huh!" ujar Seongwoo dengan perlahan-lahan membuka ikatan Hana.

"Kau jangan berani nak keluar. Faham?"

Hana tidak menjawab.

"FAHAM?!" Seongwoo menepuk meja disebelahnya.

Hana terkedu. "Fa..faham.."

Seongwoo tersenyum. "Ok. Aku nak tidur. Jangan kacau." Ujarnya sambil membuat 'peace' pose lagi sekali dan keluar dari bilii tersebut.

"Saiko.." Hana menggeleng. "Betul kata mamat tu.. aku tetap akan cari jalan keluar." 

Dengan perlahan-lahan Hana keluar dari bilik tersebut memandang bilik tu takde pintu. Yelah, rumah lama. 

Matanya sibuk meliar ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Seongwoo. Akhirnya mata dia menjumpai target. 

Seongwoo tidur di atas sofa dengan lena. Air liurnya meleleh perlahan-lahan. Hana jijik. "Euw.."

Hana menunggu beberapa minit untuk memastikan Seongwoo betul-betul terlena.. dan ya, memang dia tengah tidur. Bunyi dengkur pun kuat je..

Hana tersenyum sendiri. "Saya takkan biarkan awak seksa saya.. mamat saiko.." Dia pergi ke arah pintu  dan cuba membukanya. Tidak seperti jangkaannya, pintu itu terbuka. "Wahh.. mamat ni culik aku tapi tak kunci pintu.." 

Hana keluar dari rumah itu.. Tapi dia terkedu. Kakinya menggeletar. Kini, sekeliling rumah lama itu ialah hutan yang tebal. Tiada jalan keluar yang dia nampak. Hana buntu. Dia rasa nak menangis dan meraung. 

Tiba-tiba ada satu tangan menariknya. Hana memandang ke belakang. Mamat saiko!!

"Kau ni.. aku nak tidur pon tak senang.." Seongwoo mengosok matanya beberapa kali sambil mengelap air liur. Mukanya mamai dengan rambut yang berserabut. Seongwoo menarik Hana tetapi Hana melawan. Dia mengigit tangan Seongwoo hingga lepas. Kemudian dia lari. Lari tanpa hala tuju.

"Woi perempuan! Bahayalah!!" Seongwoo kejar Hana. 

"Arghhh!!" Hana tersadung. Dia tak perasan ada akar dihadapannya kerana sibuk fikir untuk lari. Badan dia tergolek-golek hingga terjatuh didalam lubang.

Dia cuba bangun tapi tidak lepas. Kepalanya pening kerana hentakkan yang kuat. Kakinya juga berdarah dan luka akibat tersadung tadi. Perlahan-lahan dia menutup mata. 

 

 

 

 

 

 

***

 

 

 

 

 

 

Hana cuba untuk menggerakkan badanya. Namun, tidak berhasil. Jadi, dia pun ambil keputusan untuk membuka mata. Apa yang dia nampak ialah seorang lelaki, semestinya mamat saiko tadi sedang membalut kakinya. Ya, dia sudah jatuh kembali ke tangan Seongwoo.

Seongwoo menyedari Hana sudah bangun. Dia memandang tepat ke wajah Hana dan mengeluh perlahan. "Aku dah cakap, kau jangan nak lari. Kau tengok apa jadi. Ish, tak guna betul. Kat sini jauh dari jalan besar. Banyak cerun dan gaung. Kalau kau tersilap langkah, silap-silap mati nanti.."

Hana mengetap bibir. Geram. "Saya lebih rela mati daripada diculik oleh mamat saiko macam awak!"

"Hei, aku ada namalah ok. Kau jangan panggil aku mamat saiko."

"Apa saya kisah? Awak pun panggil saya 'perempuan' je.. takde pun saya merungut." Hana makin berani membalas. Bukan apa, dia rasa ada sesuatu yang pelik pada Seongwoo. Entahlah..

Seongwoo tersengih kerang busuk. "Hahaha.. yeke? maaflah." 

Hana mengerutkan dahi. Memang ada something fishy. Mamat saiko ini seorang penculik yang semestinya jahat. Tetapi kenapa dia siap boleh sengih-sengih, gelak, dan main-main. Dari tadi tak habis-habis merapu. Mungkin dia masih amatur? Heh.

Seongwoo keluar dari bilik itu. Tidak sampai beberapa minit, dia kembali semula dengan membawa roti bakar yang masih panas. Sambil bersila, dia duduk di hadapan Hana.

"Roti bakar, my fav~" Ujar Seongwoo sambil menggoyangkan sedikit badanya tanda gembira. Hana hanya memandang Seongwoo dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Kenapa? Kau lapar ke?"

Hana menggeleng.

"Tipu." Seongwoo mengunyah roti bakar tersebut sambil memandang jari-jarinya, mengira sesuatu. "Dah.. hampir 10 jam aku culik kau. Takkan kau tak lapar, lagipun.. time aku culik kau tu, kau baru je nak makan.."

"Saya tak lapar." Balas Hana dengan laju. Tak naklah dia makan roti, air tangan mamat saiko tu.

"Ish, aku tau kau lapar. Nah." Seongwoo menghulur tanganya kearah mulut Hana. Hana berpaling. 

Tapi Seongwoo tetap berdegil. Dia guna cara lain pula. "Choo~ choo~ kereta api nak masuk ni.. bukalah."

Hana memadang pelik Seongwoo. Mamat ni memang saiko.

"Kenapa tak nak.."

"Saya kata tak nak, tak naklah.. kenapa awak paksa saya? Bukan ke tadi awak kata nak seksa saya?" Balas Hana. Seongwoo sedikit terkedu. Kemudian tersenyum kembali. "Kenapa? Kau tak sabar nak mati cepat ke?"

Gulp. Air liurnya ditelan. Berdebar.

"Kita kenal-kenal dulu, baru aku seksa kau." Sambung Seongwoo lagi. "Ok, sekarang makan. Aku tak letak racun pun, jangan takutlah." 

"Taknak!"

"Degil. Ke... kau nak aku suap kau guna mulut?"

Mata Hana membuntang. Oh my gee. Gila ke mamat saiko ni.

Seongwoo mengigit hujung roti bakar tersebut dan mendekatkan bibirnya ke bibir Hana. Wajah mereka sangatlah dekat. Hana gugup. Dia segera alihkan padangan.

Seongwoo tersenyum senget. Dia kunyah roti bakar itu. "Tau takut, dah, makan cepat." 

Kali ni Hana aku tanpa sebarang kata. Dia makan banyak juga. Yelah, lapar sangat sebenarnya. 

Usai makan, Seongwoo mencapai begnya dan mengeluarkan sesuatu. Mata Hana mengekori gerak-geri Seongwoo.

Mata Hana terbuntang luas apabila mendapati Seongwoo mengeluarkan pistol dari beg tersebut. Seongwoo tesenyum jahat memadang pistol tersebut. "Hmm.. kau nak mati dengan pistol ke.. senapang?" 

Hana terkedu. Matanya berkaca. 

"Pistolah.. sebab biasanya aku guna senapang untuk tembak binatang." Ujar Seongwoo sambik mengacu pistol tepat ke arah Hana.

Tubuh Hana sudah menggeletar. Hatinya berdebar. Takut. Matanya berair. "Ja..jangan.."

Seongwoo gelak. "Kau ni.. tadi bukan main berani. Bila aku acah sikit, dah menangis.. aduhai.. manja."

Hana tunduk. Dia rasa dia memang tidak boleh lari dari mamat saiko ni. Apa yang dia harap dia selamat. Papa dia cari dia. Dan tinggalkan mamat saiko ni!

 

 

 

 

 

 

***

 

 

 

 

 

 

Sudah hampir seminggu Hana berada disitu. Seperti tiada siapa yang mencarinya kerana dia masih melekat dengan mamat saiko tu. Sepanjang seminggu itu, dia tak pernah cuba untuk lari kerana dia takut. Dia takut Seongwoo tembak dia memandangkan Seongwoo selalu membawa pistol.

Tetapi apa yang Hana masih pelik lagi sekarang ini ialah, Seongwoo itu sendiri. Pada hari pertama dia culik, mamat saiko tersebut menyatakan bahawa dia akan menyeksa Hana. Namun, sebaliknya..

Makan diberi. Tidur diberi. Tak cukup dengan itu, bila time Seongwoo bosan, mesti dia ajak Hana menonton drama. 

Drama. Perkara paling fav untuk Seongwoo. Pernah sekali mereka menonton drama sampai menangis

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
boffin
#1
Chapter 1: lol boleh tahan character ong kat sini, aduhhh btw thank u authornim comey je hana dgn ong
Eli_Shane
#2
Chapter 1: Tak tahan bila baca ff ni terbayang muka ong zmn2 pd101 tu haha

Good job btw
mizzfiona_ #3
Chapter 1: .ingatkan seungwoo betul2 mmg org jahat.rupe2nya...trick citer.btw,daebak!!! keep on going!!! fighting!!!
sayboo #4
Chapter 1: aaaa comelnya cerita ni ;_;
sib baik seongwu takda apa-apa aduuu kuat tengok drama rupanya mamat ni HAHAHA

good job, author! ^^
BaeBacon__L #5
Chapter 1: Mati- mati ingatkan seongwoo culik hana. Terpikir jugak mamat ni nak culik orang ke nak cari peneman hidup. Baik benor layan orang yang dia culik. Terima kasih la authornim kerana saya terhibur baca fanfic author.
BiniJungkook
#6
Chapter 1: saya sarankan baik awak masukkan cerita awak dekat e-fanfic sebab saya tengok ceritanya makin membosankan T^T cerita awak saya bagi lima bintang lah !
Park_Rafa88
#7
Ommgggg!!!!! Wanna One in the house yo! Hello author-nim! Wannable and Lai Guan Lin and Kang Daniel stan imnida! hehehe walaupun awak mungkin termiss naa uri Gulliver maknae tapi saya tetap membaca ff ni sebab ianya melibatkan wanna one~ dan as expected Hong XD Ong Seongwoo is a gag even in ff~ tahniah sebab buat saya releases stress dgn ff awak! Sangat best! Awak buat saya tertunggu like.."Eishh dia ni betul ke jhat?" saya ragu-ragu kalau ong jadi jahat XD tak sesuai dgn muka dia..but kemunculan Kang Dan buat saya terus yakin ong baik hahahhaha~ teknik suspen dan chessy yg sangat menarik! Hope dapat baca lebih byk ff wanna one awak dan juga di aff! Good Job author-nim! Fighting! *maaf komen panjang!
bigbangtanboys
#8
Hi awak! Saya sangat suka cerita ni lebih2 part pasal TvN tu. Btw, I'm Ongniel stan.

Saya juga ada rekomen cerita ni dalam story recommendation saya ^^
Best of The Best - https://www.asianfanfics.com/story/view/1197872/4
lynda_yazlynda #9
Chapter 1: So cuteeeee..gosh I really love itt
Comel gilerr and sweettttttt