001

Cold-hearted boy's Manager

"En. Kim, tolong bagi fail biodata Sehun dekat Jihyun," kata En Park, penolong pengerusi Syarikat SpeedLine, kepada orang bawahannya. En. Kim yang sedang memikirkan sesuatu menyebabkan dia tidak beberapa dengar apa yang diminta. "Saya pergi dulu."

En. Kim baru tersedar bahawa En. Park sudah pergi setelah mendengar pintu ditutup. "En. Park suruh aku buat apa tadi ek? Oh... Bagi fail dekat Jihyun. Tapi, fail siapa? Em, Taehyung? Haa, Taehyung." En. Kim menganggukkan kepalanya lalu mencari fail biodata Taehyung di rak barisan pelakon lelaki.

***

"Jihyun, ni biodata Taehyung, bakal pelakon yang akan jadi tanggungjawab kamu," kata En. Kim kepada Jihyun sambil menyerahkan fail biodata Taehyung. Jihyun mengambil fail yang diserah itu dengan gementar. Tak lama lagi dia akan bergelar pengurus kepada seorang pelakon.

***

"Cut!" Arah penerbit. "Okay, ini saja untuk hari ni. Semua boleh berehat. Kita sambung esok pagi," sambung penerbit. Semua staff menundukkan kepala antara satu sama lain dan mengucapkan terima kasih.

"Kai, hari ni aku stay kat bilik kau."

"Lagi sekali? Berapa lama kau nak stay kat bilik aku tu. Kau an ada bilik sendiri."

"Sampai aku dapat manager."

Kai mengeluh. "Sukahati kaulah Sehun. Dah jom pergi kafe. Kau belanja."

Sehun menjeling Kai sebelum bergerak ke kafe syarikat mereka.

***

"Mocha satu," Jihyun membuat pesanan. Dia membuat bayaran sebelum dia memusingkan badannya.

"Yah!"

"Ops, sorry! Saya tak sengaja," Jihyun menundukkan kepalanya berulang kali setelah dia terlanggar seseorang.

"Lain kali tengok orang kalau nak jalan!"

Jihyun tersentak. "Encik, saya kata saya tak sengaja. Mocha saya pun tak tertumpah kat baju encik. Encik pun satu, beraturlah belakang sikit kalau tak nak orang langgar." Jihyun memarahi orang yang dilanggarnya.

"Eh perempuan, ka-"

"Sehun, stop." Kai menghalang rakannya itu daripada bertindak luar kawal. "Cik, maafkan dia ya? Dia ni memang macam ni..." Kai senyum.

Jihyun membalas senyuman itu. "Tolong ajar dia beradap sikit dengan orang." Kata Jihyun dengan senyuman sebelum dia beredar.

"Berani dia cakap kat aku macam tu! Dia tak tau ke aku ni siapa? Suka hati dia je."

"Dia dah minta maaf kan tadi, lagi pun bukan dia sengaja nak langgar kau. Kau ni buat malu je, nasib baik ni bukan kafe luar. Kalau tak sesia je kau fans kau hilang." Kata Kai.

***

Jihyun menyelak fail Taehyung sambil menikmati Mochanya. Dia meneliti setiap maklumat di dalam fail itu. "Kim Taehyung? Not bad..."

"Jihyun?" En. Park menyapa.

Jihyun mendongak kepalanya membalas panggilan tersebut.

"Awak bakal pengurus baru tu kan?"

"Ya saya."

"Saya harap awak dah sedia maklum dengan bakal anak buah kamu, Sehun."

"Siapa? Sehun? Eh, bukan Taehyung?" Jihyun menunjukkan muka profil Taehyung yang tertera di dalam fail. En. Park keliru.

"Hm, ni mesti En. Kim tersalah bagi fail. Jihyun tunggu di sini, saya pergi ambil fail yang betul." Kata En. Park dengan muka bengang.

"Maknanya, aku tak jaga dia ni? Baru nak usha. Kekeke..." Jihyun gelak sendiri.

"Maaf ya Jihyun, ni fail yang sebenar." En. Park menyerahkan satu fail yang seakan-akan dengan fail di tangan Jihyun. "Esok, saya akan perkenalkan kamu dengan Jinyoung."

Jihyun mengangguk. Setelah En. Park pergi, Jihyun menyelak fail yang baru diberi dengan gementar. Muka Sehun dilihat oleh Jihyun di dalam fail itu.

"Seriously mamat kerek ni?!"

 

+++++

Updated! Jangan lupa bagi support melalui komen awok2 semua <3

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lissahara9
#1
Omg! Shining... ??