Diari

ASID
fmRfImN.jpg
 
2016, Disember 8
Wahai Diari,
Tahu tak, hujan lebat giler dekat luar sekarang ni? Kau tak dengar suara mak aku jerit dari dapur, 'Kianaaa, hujannn!'—macam lah aku takde mata nak tengok, takde telinga nak dengar...
Sekarang kau dah tahu hujan, jom main kertas bot? 

 

Wahai Diari,

 

Kau tak tahu hujan masih tak berhenti lagi kan? Ah ha, aku tengah nak bagitau kau lah ni! Bot-bot kertas yang aku buat...hancur semua. Marah giler ayah dekat aku. Benci ah hujan macam ni...buat hati ni rasa tak tenteram gitu.

 

Huh? Kau ketawa kan aku? Yah! Siapa kata aku takde hati?!

 


 

Wahai Diari,

 

Bila lah hujan nak berhenti...dah seminggu kot. Rumah-rumah dekat jalanan bawah tu banjir dah weh, kesian diorang terpaksa kosongkan rumah. Nasib baik lah rumah kitaorang atas bukit. Mati pun, aku takkan pindah.

 


 

Wahai Diari,

 

Seseorang hadiahkan aku sebuah buku diari. Warna favourite aku plak tu. Hurm, tapi macam mana orang tu tahu ek? Pelik, kan? Sebenarnya ini bukan kali pertama dia bagi hadiah...namun setiap kali, aku macam suka dekat benda yang dia bagi.

 

Tak patut, kan? Kalau dah terbiasa asyik terima benda yang disukai, suatu hari nanti, aku juga yang akan kecewa...banyak.

 


 

Wahai Diari...bagaimana kalau dia ialah orang tu?

 


 

Wahai Diari,

 

Benci betul menulis dekat bilik gelap, sempit macam ni! Bila lah diorang nak bagi aku keluar dari sini? Rindu giler dekat seseorang...

 

Aku ada soalan ni...hurm, kau ingat tak siapa dia?

 


 

Wahai Diari,

 

Semalam aku mimpikan ayah. Dia bagitau dekat aku yang kebelakangan ni, aku banyak nangis. Dia kata dia risau. Tapi, tapi kan...aku nampak mulut dia tak gerak pun sewaktu bercakap. Habis tu, suara-suara tu siapa punya?

 


 

Wahai Diari,

 

Macam semua orang dah yakin yang aku ni tak betul...

 

Tell me please, sebab tu ke aku kena tinggal sorang-sorang dekat sini?

 


 

Wahai Diari,

 

Semua manusia dilahirkan sama, betul tak? Umpama garisan lurus yang mana tengah-tengahnya kosong, nombor ke kanan dan seterusnya positif, dan kiri pula adalah negatif. Mak kata, kalau buat baik maka kita akan jadi positif, dan apabila tak buat kerja rumah, akan jadi negatif...

 

Mesti kau tak tahu di dalam sains, asid adalah negatif, kan? Sebab tu aku sukakan asid. Dan siapa entah pernah cakap, asid mampu membunuh di dalam sekelip mata...

 


 

Wahai Diari,

 

Ah, aku dah ingat siapa cakap asid mampu membunuh dengan cepat!

 

Orang tu ialah mak. Kalau kau tak caye, tengok ah ayah aku...

 

Lepas mak bagi dia minum benda tu, tak sampai tiga minit, mulut dia berbuih...dan-dan...orang di sebelah aku tu teriak...

 


 

Wahai Diari,

 

Kalau orang tu tak jerit, mak takkan tahu yang kitaorang nampak dia bagi ayah minum asid.

 

Kenapa dia nak jerit...macam itu adalah yang kali terakhir?

 


 

Wahai Diari,

 

Aku tak tipu. Sumpah...aku nampak dia. Dan dia beritahu, semuanya salah aku. Bukan dia yang seharusnya mati tetapi sepatutnya aku.

 

Dia tengok aku macam...nak makan orang...

 

...tapi aku suka. At least, that way, I could've seen her.

 


 

Wahai Diari,

 

Sewaktu dia meninggal dulu, aku baru sembilan tahun. Dan, ketika tu, aku tak rasa apa-apa pun. Mana ada sedih kejadah semua tu...

 

Tapi kenapa sekarang...benda yang di antara paru-paru aku ni...berasa sakit sangat?

 


 

Wahai Diari,

 

Dia dah takde. Tapi itu apa yang semua orang beritahu dekat aku. Kau nak tahu apa dia rahsia terbesar aku? Hee.

 

Dia.Masih.Ada...

 

Dekat sini, bersama aku.

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
leyna_nieka
#1
Chapter 1: she's really psyco!!!
sunshine_blue
#2
Chapter 1: ermm...psycho pula diari ni..