1 - Accident

School : Choice

 

Chapter 1 - Accident

 

Special Guest :

Jin

Image result for jin bts

Hoseok

Related image

 

 

Seorang lelaki yang asyik sibuk mengangkat beberapa kotak keluar dari lori, tambahan lagi dengan waktu yang berdenting panas macam ni membuatkan dia menghela nafas kepenatan. Tanpa kerja, dia tidak boleh menyara dirinya sendiri, dia tahu dia boleh hidup didunia ini dengan adanya duit. Walaupun susah, duit gajinya itu mencukupi untuk menyara dirinya sendiri. Dia tidak akan mudah mengalah kerana dia Kim Taehyung. Kim Taehyung yang susah ditumpas oleh mana-mana musuhnya.

 

“Yaah!! Jangan nak tidur!,”Taehyung menghantuk kepala Hoseok di stereng kereta. “aku dah penat-penat angkat kotak yang banyak tu, kau pula tidur dekat sini! Cepat tolong aku!,”teriaknya di telinga Hoseok.

 

“Aish!! Jangan nak teriak-teriak. Sakit gegendang telinga aku ni,”Hoseok mengorek telinganya dengan jari kelingkingnya.

 

“cepat lah keluar dari lori itu!,”kata Taehyung yang masih melihat Hoseok yang belum keluar dari lori. “yahh!,”teriaknya lagi.

 

“ya-ya. Aku datang ‘boss’...,”sindir Hoseok lalu segera turun dari lori dan membantu Taehyung mengangkat satu lagi kotak yang sederhana besar.

 

Perlahan-lahan mereka letakkan kotak tersebut di atas simen. Nampaknya semua kotak dari lori sudah dikeluarkan oleh mereka. Semua kotak yang merupakan penghantaran mereka telah sampai dihadapan sebuah syarikat yang terkenal, Syarikat S&S. Taehyung pernah tertanya-tanya siapa pemilik syarikat ni, hanya mendengarkan khabar angin sahaja. Bakal pemilik syarikat ini sangat muda tapi masih belum mengendali syarikat ni kerana dia masih sekolah. Agaknya siapa?

 

“oh, hyung dah sampai!,”Hoseok menunding jarinya pada Jin yang baru keluar dari pintu utama Syarikat S&S.

 

“mana pekerja syarikat ni?,”tanya Taehyung pada Jin.

 

“kejap lagi mereka sampai untuk ambil kotak-kotak ini,”jelasnya.

 

“hyung pernah jumpa pemilik syarikat ni?,”tanya Hoseok dan Jin menggeleng kepalanya.

 

“belum lagi. Tapi aku pernah dengar bakal pemilik syarikat ni masih seorang pelajar sekolah menengah,”kata Jin seperti tidak percaya.

 

“ye ke? mudanya,”kata Hoseok.

 

“oh. Pekerja syarikat ni dah sampai. Nampaknya kita boleh pergi dari sini,”kata Taehyung.

 

Selepas melihat kesemua kotak telah diambil oleh pekerja Syarikat S&S, Taehyung, Hoseok serta Jin terus balik ke tempat kerja setelah menerima cek dari pengarah Syarikat S&S kerana menghantar barang begitu cepat. Ini kali pertama penghantaran barang yang sangat banyak bagi syarikat penghantaran yang kecil bernama Eagle Express. Walaupun syarikat ini kecil namun Taehyung gembira bekerja bersama mereka semua. Pemilik syarikat Eagle Express ini juga begitu ramah dan mesra, banyak pekerja senang dan gembira bila bekerja dengannya. Namanya, Encik Soo. Cari majikan yang baik membuatkan pekerjaan lebih mudah, itulah pemikiran bagi Taehyung.

 

“Tae, bangun. Kita dah sampai,”kata Jin yang telah mematikan enjin kereta.

 

“oh, kita dah sampai rupanya,”Taehyung menggosok matanya yang layu lalu turun dari lori di ikuti Hoseok.

 

Selepas mereka bertiga menghantar laporan serta cek kepada Hani, iaitu pembantu Encik Soo. Akhirnya tugas mereka selesai untuk hari ini dan menunggu tugasan seterusnya tapi Hani mengatakan Encik Soo membenarkan mereka balik kerja kerana sudah menghantar barang yang banyak pada petang tadi. Nampaknya Encik Soo memberikan cuti separuh hari untuk mereka bertiga.

 

“Woohoo! Dapat cuti!,”gembira Hoseok sambil melompat serta mencubit pipi montel Jin.

 

“ouch! Sakit lah!,”teriak Jin. Cubitan Hoseok amat menyakitkan membuatkan mood Jin ‘marah’. “cuba kau rasa cubitan aku pula!,”Jin mencubit telinga Hoseok sampai Hoseok menjerit kuat meminta pertolongan.

 

“tolong! Orang gila! Orang gila!!,”terjerit-jerit si Hoseok.

 

“ok. Sekarang ni ada 2 orang gila tengah bergaduh pasal awek secara ‘live’ disini..,”kata Taehyung dengan ekspresi muka yang ‘kosong’.

 

“diam lah! Kau yang gila!,”marah Jin dan Hoseok pada Taehyung.

 

“yelah, orang gila!,”Taehyung masih tersenyum manis seperti malaikat dan ini membuatkan Jin dan Hoseok naik hantu.

 

Boleh dikatakan Taehyung ini seorang yang bermulut bisa dan ‘jahat’ ketika berdepan dengan musuhnya. Taehyung memang hidup dalam keadaan yang ‘terbuka’ dan mula terbiasa dengan persekitarannya sejak kecil lagi.

 

 

Flashback

 

Taehyung – 9 tahun

 

“Sial! Mana duit aku!!,”ayah Taehyung segera menendang Taehyung ke tepi pintu.

 

Langsung, tidak sekali pun Taehyung menitiskan air matanya. Genggaman tangannya semakin erat. Memandang wajah ayahnya dengan senyuman kecil. Tidak sepatah kata pun ingin dia katakan pada ayahnya.

 

“MANA DUIT AKU! ANAK TAK GUNA!!,”ayah Taehyung terus menendang Taehyung berkali-kali, namun masih Taehyung tidak mengatakan apa-apa.

 

“ERGH!!,”ayah Taehyung menghempas beberapa barang yang berada diatas meja belajar Taehyung termasuk bingkai gambar ibu Taehyung.

 

“o-omma....,”perlahan Taehyung berkata. Badannya habis dipenuhi luka dan lebam. Tangannya yang kecil segera menarik bingkai gambar ibunya walaupun cerminnya sudah pecah.

 

“omma kau kata?! Perempuan tak guna tu tinggalkan AKU dan ANAK TAK GUNA ni!!,”ayah Taehyung menyepak bingkai gambar tersebut ke dinding sampai pecah. “omma kau tak ada! Mana duit aku?!!,”teriaknya lagi.

 

Endflashback

 

 

Taehyung menggeleng kepalanya. Boleh pula dia terfikir masa lalu. Masa lalu yang tidak sepatutnya dia ingati, ia terlalu pahit untuk diingat dan dia benar-benar berharap memori itu menghilang dari hidupnya. Dia sudah ada kehidupan baru dan ingin memulakan sesuatu dari bawah. Semua yang berkaitan dengan ayahnya tidak pernah dia katakan. Dia tidak mahu ada kaitan dengan ayahnya yang tidak serupa ‘ayah’ boleh dikatakan.

 

“Taehyung, kau mengelamun eh?,”Jin melambai tangannya di hadapan mata Taehyung. “ni mesti fikir pasal perempuan cantik ke?,”Jin tersenyum gatal. Nak muntah Hoseok melihatnya.

 

Taehyung memegang tangan Jin sambil berkata, “kau pula macam mana? Dari tadi aku dengar perut kau menjerit-jerit minta makanan,”Taehyung membalas balik.

 

“kau tak patut cakap pasal perut aku ni, i-itu benda peribadi!,”Jin terasa malu ‘teramat’.

 

“heh! benda peribadi ke? Aku rasa bunyi ‘benda peribadi’ kau tu mengganggu persekitaran lah,”berbisa Taehyung membalas.

 

“pfft!!,”Hoseok menahan ketawanya.

 

“yaah! Siapa yang tua dekat sini?! hormat!,”marah Jin.

 

“kau lah yang tua! haha!!,”ketawa Taehyung serta diikuti Hoseok. Ketawa yang sungguh jahat.

 

“keji,”Jin memeluk perutnya yang berkeroncong itu. “aku dah tak tahan nak lawan dengan kau lah, Tae. Jom pergi makan, beg duit aku nak belanja,”

 

“terbaik lah!,”Hoseok serta Taehyung memeluk Jin erat. “gomawo, hyung!,”

 

Selepas makan bersama di restoran, mereka bertiga terus berpisah arah tujuan dihadapan restoran mereka makan tadi. Nampaknya Taehyung terus pulang ke rumah daripada menyinggah mana-mana tempat berbanding Jin dan Hoseok yang mempunyai ‘acara’ untuk malam ni. Tidak menghairankan mereka berdua kuat ber‘parti’ berbanding dirinya sendiri. Dia tiada masa nak berseronok kerana kesibukan kerja serta masih banyak masalah perlu dia uruskan.

 

Kesibukan waktu seperti ini tidak diduga Taehyung. Ramai orang yang balik daripada kerja. Memang sesak lalu lintas pejalan kaki yang dilalui oleh Taehyung sekarang ni. Agak lama juga Taehyung tersekat ditengah-tengah lalu lintas itu. Kalau boleh Taehyung nak campak semua orang di tengah jalan bila lampu pejalan jadi merah. Hanya imaginasi dibenarkan didalam fikirannya. Akhirnya Taehyung tetap berjaya sampai diseberang jalan.

 

Tii! Tii! Tii!

 

Warna pejalan kaki menjadi merah. Namun mata Taehyung tertumpu pada seorang remaja lelaki berdiri ditengah jalan.

 

gila!,”kata hati Taehyung. Bunyi hon lori dapat didengari dari jauh. “Budak ni nak cari maut ke?!,”

 

Tonnnn!!!!!

 

“kau nak mati ke?!!!,”teriak Taehyung yang berlari pecut ke arah remaja lelaki itu.

 

Remaja lelaki itu menunduk lemah dan tersenyum kecil. Dia memang buat keputusan untuk bunuh diri disini. Dunia ini tidak memerlukan orang macam dia untuk teruskan hidup. Dia hanya sampah masyarakat. Tapi ia tidak bagi Taehyung. Taehyung tidak mengaku kalah.

 

“kau takkan mati disini!!!,”teriak Taehyung sambil memegang lengan budak remaja itu. Dia betul-betul ingin selamatkan remaja ini. “kau tak boleh mati!!!,”dia cuba menarik remaja sekolah ini ke tepi...tetapi terlambat.

 

 

Tonnnn!!!!

 

 

Memang dah terlambat.

 

 


 

 

“haaargh!!,”terperanjat Taehyung. Dia cuba menenangkan fikirannya. “mimpi...mimpi kan?”Taehyung memegang kepalanya yang dibalut. “huh?,”

 

Kejap. Dia dekat mana sekarang ni? Dia tidak tahu pula bilik yang diduduki sekarang ni bukanlah biliknya tetapi bilik hospital.

 

“eh? aku dekat hospital?!!,”terperanjat Taehyung untuk kali kedua. “takkan lah....kemalangan tu..betul? b-budak tu...,”

 

Tersedar. Taehyung menyedari dengan perubahan badannya. Lain. Dia rasa badan dia sedikit kecil dan putih. Pelik. Tangan dan kakinya ada beberapa luka kecil dan lebam, takkan lah disebabkan kemalangan. Kalau kemalangan, pasti dia alami luka besar. Kejap. Badan dia sebelum ni tiada luka kecil dan lebam macam ni. Dia rasa badan ni lain! Taehyung terus berlari ke bilik air.

 

 

Sebuah cermin terpampang dihadapannya.

 

 

“n-ni bukan wajah aku..,”Taehyung melihat dicermin dengan wajah ‘bukan’ miliknya. “ni wajah budak..remaja tu..,”

 

Taehyung cuba menenangkan fikirannya. Takkanlah semua yang ada dalam drama korea jadi betul? Badan tertukar. JANGANLAH!! Disebabkan kemalangan ini lah punca dia dan budak remaja tu tertukar badan.

 

“masalah ni....,”Taehyung menggaru kepalanya. Dia perlu mencari badannya segera. Pasti ada jalan penyelesaian.

 

Pintu wadnya dibuka perlahan. Seorang wanita yang berumur masuk ke dalam. Taehyung melihat wanita itu dengan tanda tanya.

 

“c-chani?,”seorang wanita berumur terkejut melihatnya.

 

“siapa puan agaknya?,”Chani aka Taehyung bertanya. Dia betul-betul tak tahu identiti wanita ini.

 

“huh..?,”bakul buah yang dipegang oleh wanita itu terjatuh. “chani tak ingat omma ke...?,”

 

“alamak. Rupanya wanita ni ‘mak’ aku...,”kata hatinya. Tidak sangka mak budak dia ni datang. Takkan lah nak mengaku dia ni Taehyung, nanti dipanggil gila pula. Tiada pilihan, terpaksa dia berlakon jadi pesakit lupa ingatan. “nampaknya aku kena berlakon,”

 

 


 

 

“dia alami amnesia,”kata Dr.Jung.

 

“macam mana boleh jadi macam ni?!,”Puan Kang menggeleng kepalanya. Air matanya cuba bertahan tetapi mengalir tanpa henti. “chani-ah...,”

 

“bertenang...sayang,”semakin erat Encik Kang memeluk bahu isterinya. Dia tidak sangka mendapat khabar buruk kali kedua. Pasti isterinya merasa perit mendengarnya.

 

“tapi jangan risau puan. Saya pasti ingatan anak puan akan kembali. Amnesia hanya sementara sahaja,”Dr. Jung menunjukkan result perkembangan otak Chani. “walaupun ia mengambil masa yang lama, memori dia akan kembali perlahan-lahan,”jelasnya lagi.

 

“betul ke? Baguslah....,”Puan Kang lega mendengarnya. Ada juga harapan ingatan Chani akan kembali.

 

“tapi jangan paksa dia ingat. Itu membuatkan dia jadi stress dan perkembangan otaknya akan terganggu,”pesan Dr.Jung pada Encik Kang dan Puan Kang.

 

 


 

*A/N : Taehyung akan dipanggil Chani. ^^*

 

“chani..,”panggil Puan Kang setelah keluar dari bilik Dr.Jung.

 

“ya..?,”Chani aka Taehyung memandang Puan Kang. “emm....,”dia ingin katakan sesuatu tapi hanya menimbulkan suasana tidak enak.

 

“tak apa. Panggil omma je..,”Puan Kang terus memeluk anaknya. “tak perlu takut...,”

 

Chani  memeluknya juga. “omma...,”

 

 

Selepas beberapa hari dihospital, Kang Chani dilepaskan. Ni bukan apa yang dia sangka. Taehyung tidak tahu remaja seperti Chani ni anak orang kaya. Mendapat tahu Encik Kang ini mempunyai perusahaan yang besar cukup mengejutkan dia. Kalau dia(Chani) anak orang kaya dan disayangi keluarga, kenapa ada banyak luka kecil dan lebam dekat seluruh badannya? Ada yang tidak kena dengan semua ni. Chani memang misteri bagi dia.

 

“kita dah sampai. Chani-ah, ni rumah kita,”Puan Kang memperkenalkan kepada anaknya yang amnesia.

 

“besar!!!,”jerit hati Taehyung. Tapi wajahnya perlu dikekalkan tenang dan confuse. Tidak mahu tunjuk syoknya.

 

 

Taehyung POV

 

Bila dah masuk ke rumah, aku mula terfikir yang aku tidak sepatutnya berada disini. Semua ni milik Chani bukannya aku. Perlu ke aku menerimanya? Bila aku menjejak kaki ke ruang tamu, ada seseorang menyambut kedatangan aku dengan ramah.

 

“Chani-ah!!!,”lelaki itu terus memeluk aku dengan erat.

 

“err...siapa kau??,”tanya aku padanya.

 

Wajah lelaki itu berubah kecewa. “kau tak ingat hyung kau ke..?,”

 

“hyung? Budak ni ada hyung?,”kata hati ku. Kenapa aku rasa tak senang hati. Badan ni...macam beri reaksi tak kena. “Budak ni ada masalah dengan hyung dia ke?,”

 

Lelaki itu melihat aku yang masih mendiamkan diri. “hmm...jadi memang betul lah adik aku ni lupa ingatan,”Jimin terus menghulurkan tangannya pada aku. “aku Jimin. Hyung yang kau sayang,”dia tersenyum kecil.

 

“Eww...geli aku nak dengar,”kata hati aku. Aku pun berjabat tangan dengannya sambil berkata, “ok..,”

 

“disebabkan hari ni Chani dah balik rumah, omma nak masak sesuatu istimewa,”kata Puan Kang lalu memandang Encik Kang. “sayang, boleh tolong saya?,”tanyanya.

 

Encik Kang tersenyum. Dia pun menjawab. “boleh. Jimin, pergi tunjuk bilik adik kamu,”

 

“ok,”jawab Jimin lantas dia memegang tangan aku lalu kami berdua berjalan menaiki tangga ke tingkat atas. Sesampai di tingkat atas, dia menunjukkan bilik aku yang berada ditepi jendela rumah.

 

“hyung, itu bilik adik ke?,”tanya aku dengar lembut.

 

Jimin merenung tajam ke arah aku sambil melepaskan tanganku dengan kasar. Hmm...ok, aku cuba faham sekarang ni. Betul ke ni abang Chani? Lain betul layanan dia bila depan ibubapa sendiri. Hmm...nampaknya hubungan adik dengan abang bukan lah sebaik mana yang aku sangka.

 

“jangan nak panggil aku hyung dekat sini!,”balas Jimin dengan nada perlahan dan tajam.

 

Perlu ke aku masuk campur hal macam ni? Sedangkan ‘aku’ tiada masalah dengan abang dia tapi tubuh yang aku miliki ini ada masalah dengan abangnya sendiri. Rasanya aku tak patut layan hal yang remeh ini pada abang dia.

 

“kenapa? Takut ke?,”ancam Jimin.

 

Nasib kau lah Chani. Abang kau buat aku panas hati. “kenapa nak takut dengan hyung? ,”buat suara baik sikit.

 

“kau ni memang betul-betul hilang ingatan..,”kata Jimin lalu dia datang dekat dengan aku lalu memegang kolar baju aku dengan kasar. “ok. aku terus terang pada kau. Aku benci kau,”

 

Aku tersenyum senget. “jadi apa masalahnya?,”aku menepis tangannya daripada terus menggengam kolar baju aku.

 

Jimin geram dengan perlakuan aku. “kau fikir aku takut dengan kau ke?!,”

 

Aku mengangkat bahu. “lebih kurang macam tu lah,”

 

“apa?!,”Jimin begitu marah lalu menghayun sebiji penumbuk ke arah wajah ku.

 

Tangan ku pantas menggengam tangannya beserta senyuman manis daripada aku terserlah dihadapan wajah Jimin. Pergerakannya dapat aku hentikan seketika. “hanya sebiji penumbuk daripada kau boleh buat aku takut dengan kau? Jangan nak gurau lah. Lawak kau memang tak ada makna langsung,”aku tersenyum keji dan nasib baik lah aku belajar seni pertahankan diri.

 

“ghh! Siapa kau yang boleh buat hyung kau macam ni?!,”geram Jimin berkata.

 

Aku tersenyum lebar. “adik yang paling kau sayang,”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet