FINAL

Computer Lab

Note : Yang nama dalam kurungan selepas dialog, contoh macam ni --> "....." (Eunwoo), adalah orang yang bercakap untuk dialog tu. Harap anda faham, kalau tak faham, buat-buat faham. Hee..

_________________________________________________________________________________

 

Bunyi papan kekunci giat ditaip oleh seseorang. Matanya tak lekang dari komputer sambil menaip maklumat yang patut dimasukkan. Laju tangannya menaip ibarat orang yang hebat bermain piano. Dia sememangnya dilahirkan untuk subjek ni. 

"Weh.. Eunwoo.. Lambat lagi ke nak siap kerja tu?.. "

Eunwoo tersentak dari kerja yang dibuatnya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah rakan sebiliknya, Moonbin yang leka bermain handphone. 

"Hmm?..kenapa?.. "

"Takdelah... Ko macam fokus sangat dengan kerja ko tu.. Dah lewat malam pun.. "

"Huh?.. Sekarang pukul berapa?.. "

"Itulah buat kerja sampai tak sedar pukul berapa sekarang?.. Pkl 11:30 dah.. Baik cepat tidur sebelum warden nampak.. "

"Hmm.. Tapi banyak lagi kot kerja ni.. Lagipun macam tak biasa kena marah dengan warden.. "

"Heh.. Suka hati ko lah...aku nak tidur ni.. Bai.. "

Moonbin menutup handphonenya lalu baring dan tidur. Eunwoo memandang semula laptopnya, mengeluh. Nampaknya dia sorang je la yang terjaga malam-malam buta ni memandangkan semua rakan sebiliknya sudah pun lena dibuai mimpi. 

~~~~~~~~

Eunwoo rasa menyesal sebab tidur lambat semalam dan sekarang dia memang rasa mengantuk yang teramat sangat. Kenapalah dia buat kerja lewat malam sangat?. Dia rasa macam tak larat nak buka mata lagi lalu dia letakkan kepalanya atas meja. Kalau ikutkan mahu saja dia tidur masa tu. Cikgu pun tak masuk lgi. Jadi ni mungkin peluang yang agak baik. 

THUM!!

"Woi!! Hensem boy!! Bangun!! Yah!! Tak sangka budak baik ni dah mula tido dalam kelas! Hahah!! "

Eunwoo apa lagi. Terjaga sambil terkejut dibuatnya. Mana taknya kalau senior dia yang sorang ni berperangai macam budak-budak tepuk mejanya kuat sangat. Kalaulah ada buku teks paling tebal kat dunia ni dah lama dia hempuk seniornya dengan buku tu. Muka seniornya atau dikenali sebagai Myungjun or MJ (berapa banyak dah nickname ko ni? ) kelihatan gembira sangat macam baru dapat gula-gula.

"Ermm... Nak apa ni hyung?.. " Eunwoo berkata dalam keadaan yang mamai.

"Yah.. Nak tengok ko la apa lagi! ~ dah kenapa tertidur dalam kelas ni?.. ". MJ sengih gembira lalu duduk di sebelah Eunwoo sementara tempat tu takda orang duduk.

"Ngantuk sangatlah, hyung...semalam buat kerja ict tu lagi.. "

"Yah.. Patutnya ko kena tido awal-awal..peraturan asrama tu mengatakan blablablabla--". Dah mula dah bebelan dia tu.

"Hmm... " Eunwoo buat layan tak layan.

"Yah!  Ko dengar ke tak ni?.. " Mj masih mengekalkan senyumannya.

"Ye, hyung...pergi la naik kelas.. yang hyung datang kelas saya ni dah kenapa?.. Ni bukannya waktu rehat pun.."

"Err..  *bisik* sebenarnya hyung tengah ponteng kelas dengan abang JinJin ko tu.. lepas ni nak pergi cyber cafe lak...kay bye~"

"Uhh.. Ye la.. "

Myungjun menepuk bahu Eunwoo sebelum berdesup keluar dri kelasnya. Apa tujuannya pun tak tau lah. Myungjun memag suka datang ke kelasnya sesuka hati dia macam takda peraturan. Tapi dia memang baik sebenarnya cuma ada sikapnya yang suka ponteng. Kali ni Moonbin pulak yg jumpa Eunwoo. 

"Dah lah.. Jom turun.. Waktu sains kan?.. "

Eunwoo mengangguk saja dan ikut Moonbin ke makmal sains. 

~~~~~~~~~

Malam itu di asrama, Eunwoo baring di atas katil, merehatkan dirinya dari tekanan sekolah. Sambil-sambil tu, dia melayan lagu di handphonenya. Tapi, dia rasa macam serba tak kena sebab dia terdengar orang bercakap-cakap. Dia mencabut earphonenya dan lihat Myungjun dan beberapa rakan sebiliknya yang lain macam berbual tentang sesuatu di kawasan katil Moonbin yang berhadapan dengannya. Semua berkumpul disitu. Entah kenapa dia rasa macam nak dengar sekali perbualan diorang padahal dia bukannya jenis yang ambik kisah pasal cerita diorang. 

"Haa! Woo-ah! Tepat pada masa hyung nk ceritakan ni! ". MJ mengajak Eunwoo untuk sertai diorang.

"Cerita apa?.. "

"Haaa.. Meh le sini~"

Nak tak nak terpaksalah dia bergerak ke katil Moonbin. Dalam satu bilik hanya 6 orang saja ditempatkan. Bercampur senior junior. Nasiblah junior yang dapat senior ganas. Nasib junior sebilik Eunwoo agak baik sebab dapat roommate dengan orang yang sporting dan easy going malah sekepala. Yang senior, Myungjun dan JinJin selalu menceriakan diorang. Dia dan Moonbin antara nak jadi senior pada tahun depan dan junior, Rocky dan Sanha selalu buat kerja sama-sama. Kadang-kadang dia annoying sikit dengan jeritan Sanha yang macam gorila hilang anak. So end of info bilik asrama, kita sambung balik kejadian tadi.

"Haa.. Baguslah semua ade kat sini~" MJ  senyum gembira lagi. Semua sudah berkumpul. Hanya tinggal untuk bercerita sahaja.

"Cerita apa ni, hyung?.. ". Tanya Eunwoo, duduk di sebelah Sanha.

"Cerita.... Hantu~~~" MJ buat suara bila nak ceritakan cerita hantu, menggerakkan jari-jemarinya.

"Cerita hantu????? " Terkejut zirafah sungguh Sanha ni.

"Janganlah terkejut sangat Sanha.. cerita sebenar pun belum start.. " Rocky menepuk bahu Sanha.

"Hehe.. excited sangat la sampai nak buat effect, Rocky hyung...okey..okey teruskan.." Sanha tersengih awkward.

"Okey.. ni hyung dengar dari kelas sebelah hyung.. Hyung pun dapat cerita ni dari situ.. Katanya kat makmal komputer 3 tu.. Ada orang dah tangkap gambar entiti~~"

"Ouh! Saya ada dengar jugak yang ada pelajar lain pun ada nampak 'benda tu' " Moonbin berganjak ke depan sikit sambil memeluk bantalnya. Fokus betul dia dengan cerita ni.

"Yaa.. Betul tu Moonbin~ sambung balik tadi.. Ada lah sorang pelajar ni yang rajin sangat bawak phone.. Nasib baik tak kena rampas, kau..hohoho..okey dia ni saja-saja la nak selfie dengan kawan-kawan dia. Tanpa pengetahuan cikgu.. Snap punya snap sampai la habis waktu kat situ and then masa dia dalam perjalanan nak naik kelas, kawan dia nak tengok dan terkejut bila dia ternampak ada sorang pelajar lelaki yang tidak dikenali ikut selfie sama.. Yang peliknya pelajar misteri tu nampak macam pelajar biasa macam kita tapi diorang kata pelajar tu bukannya dari kelas diorang dan tak pernah nampak pun.. Yang pelik lagi pelajar misteri tu dikatakan hensem..hmmm... " MJ pun menghabiskan ceritanya.

Rocky dan Sanha berpandangan, JinJin berfikir, Moonbin pulak dah mula takut. Sementara Eunwoo masih lagi macam keadaan asalnya.

"Ecehh.. Mungkin pelajar hensem dalam kelas tu yang jadi jelmaan yang dikatakan tu" JinJin cuba menenangkan keadaan sebab nampak 'adik-adik' dia dah mula ketakutan.

"Woahh.. Kalau betul la, mesti dah ramai fangirl kan hantu tu? " Sanha dengan cerianya bercakap.

"Yah, Sanha..ape punya statement la ko cakapkan ni? " Eunwoo gelak sedikit.

"Apa?..betul la kan, Woo hyung? Sebab hyung sendiri pun ada berapa banyak tah fangirl sebab muka hyung yang flawless apatah lagi hantu hensem tu.."

"Haip! Sensitif topik!.. " Eunwoo memberi pandangan 'maut' gurau kepada Sanha. Sememangnya topik fangirl dia tu satu topik yang dia tak nak dengar dan tak mahu cerita. Sanha tersengih maaf.

"Hehe.. Sorry.. " 

"Haa! Ko terutamanya, Woo... Hati-hati bila masuk computer lab kat situ.. Dah lah ko selalu lepak situ.. buat kerja tak habis-habis". MJ menasihatinya.

"Hmm.. MJ hyung ada tengok ke gambar yang ada pelajar misteri tu?.. " Tanya Moonbin.

"Hmm?.. Tak.. Hahah.. ". Diorang pun macam 'Hek eleh'. Cerita je lebih, dia sendiri pun tak pernah nampak gambar tu.

"Eleh.. Maybe diorang buat-buat cerita je kot.. " (Eunwoo)

"Agaknya macam mana la rupa dia ye?.. " (JinJin)

"Dah la malam-malam ni pulak cerita..cerita esok tak boleh ke?.. " (Rocky)

"Tak boleh sebab malam-malam ni la baru ada feel.. Ko takut eh, Rocky~" Moonbin sengih mengejek. 

"Eh.. Mana ada..saya okey je.." Rocky menjeling macam 'Mak Jemah' (Tah macam mana tah jelingan Mak Jemah..x'D). Sanha kemudiannya mengidu sesuatu yang wangi. Kuat pulak tu. Siapa pulak yang pakai minyak wangi ni?

"Hyung semua..saya rasa macam ada bau wangilah.. " Dia masih menghidu lagi.

"Ko jangan Sanha..mana ada siapa-siapa pakai minyak wangi,kan?..lagipun siapa yang nak pakai minyak wangi malam-malam? ". Moonbin mula ketakutan balik.

"Btul la Bin hyung..rasanya macam datang dari.. luar.. "

Mereka berenam serentak pandang pada pintu. Memang tak nak mengaku tapi mereka memang ada bau sesuatu yang wangi. Secara spontannya, semua termasuklah Eunwoo yang nampak macam berani dengan cerita hantu bertempiaran lari ke katil masing-masing dan berselubung dalam selimut. Myungjun nak tutup lampu tapi kenapalah nun jauh di tepi pintu tu? 

"*jerit dri dlm selimut* semua ni MJ hyung punya pasal lah cerita tak kena waktu!! "(Rocky)

"Hehe.. Rocky yah.. Katil ko kan dekat dengan pintu so.. Please tutupkan lmpu.. " (MJ)

"Ishh!! Tknk!! " (Rocky)

" *jenguk dri selimut* Haa.. Sampai esoklah lampu terbukak.. Nanti warden marah lagi macam mana?.. " (Moonbin)

"Haa..kalau macam tu Moonbin hyung la pergi tutup! "

Moonbin mengeluh dan turun dari katil dua tingkat yang dikongsi dengan Rocky lalu dengan selambanya menutup lampu. Bila dah gelap mulalah cuak Moonbin berlari ke katilnya dan berselubung balik. Begitulah malam bagi 6 orang insan muda yang sanggup mendengar cerita penuh misteri. 

~~~~~~~~~~

Keesokannya walaupun cuti, Eunwoo tetap datang ke sekolah untuk siapkan kerja barunya. Macam orang pejabat rasanya. Disebabkan dia mengambil pelajaran elektif, ict music (wujud ke aliran ni?.. ), dia kenalah compose lagu yang telah ditetapkan. Walaupun senang sebab masih di tahap sekolah, namun nak membuatnya memakan masa sedikit.

Moonbin menjadi teman setianya selalu membantu dia dalam hal sebegini. Dalam lab tu, boleh dikatakan seramai 15 orang yang datang untuk siapkan kerja mereka. Kalau ikutkan mahu saja dia buat benda ni di asrama, guna laptop tapi kat sekolah jugak la banyak benda yang dia perlukan.

"Hmm.. So.. Ni lah lab yang MJ hyung cakapkan tu kan?.. " Moonbin berbisik pada Eunwoo. Ya..inilah makmal komputer 3 yang dikatakan berhantu tu.

"Ish ko ni.. Boleh tak jangan ungkit balik cerita tu?.. MJ hyung buat-buat cerita je tu". Eunwoo cuba meyakinkan yang makmal ni tiada aktiviti entiti.

"Heh..Ko ni sama je dengan Rocky.. well..aku pun rasa lain macam je sekarang ni.. ". Moonbin buat-buat nada takut.

"Rasa lain macam mana?.." Eunwoo mula cuak.

"Rasa macam.... Benda tu ada kat sebelah ko!  Hahahah!!" Moonbin mengejutkan Eunwoo dan gelak terbahak-bahak. Eunwoo buat gaya nak memukul Moonbin.

"Ishhh.. Dah lah..buat kerja ko tu...benda ni pun tak siapkan lagi.. "

Moonbin masih lagi ketawa tapi dia sambung juga kerjanya. Eunwoo fokus lagi dan cuba dengar lagu yang di composenya. Semuanya macam normal kecuali..Eunwoo cepat-cepat menanggalkan headphonenya. Mukanya memaparkan ekspresi terkejut seperti baru mendengar kilat bersabung. Dia mengerutkan keningnya. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Dia memandang orang lain. Semuanya nampk normal je. Mungkin ilusi dia saja untuk dengar benda tu?.

"Weyh.. Moonbin.. Cuba dengar ni.. Aku dah ikut not yang ada kat kertas ni tapi..ada something pelik lah.. "

"Huh?.. Pelik apenye?.. "

"Nah.. Cuba dengar ni.. "

Moonbin mengambil headphone Eunwoo dan dengar lagu yang dicompose oleh Eunwoo. Lagunya okey-okey je sambil kepala ikut rentak lagi tapi bila dah hmpir part akhir, dia dengar macam ada suara budak lelaki berbisik. Dia pun buat ekspresi yang sama macam Eunwoo tapi dia nak tau jugak apa yang budak tu cakap. Malangnya tak jelas sebab macam berbisik betul. Tak dengar apa yang dikatakan olehnya. Dia memberi semula headphone tadi kepada Eunwoo.

"Hmm.. Aku tak rasa suara tu memang dicompose... "

"Ko dengar kan dia macam berbisik?.. "

"Haa.. Adalah jugak.. Tapi tak jelas.. "

Eunwoo masih fikirkan tentang suara budak lelaki tadi. Dia macam berbisik, mungkin nak bagitau sesuatu?. Dia mengambil keputusan untuk sambung semula kerjanya. Hampir 2 jam mereka berada di makmal tersebut. Ramai yang sudah balik dan pelajar terakhir memberi kunci kepada Moonbin. Cikgu memang tak ada pun dari tadi, sebab diorang cakap diorang boleh jaga diri. Kini, hanya tinggal mereka berdua di dalm makmal tersebut.

"Jomlah Woo.. Kita balik rehat-rehat ke.. Aku dah tak fokus nak buat kerja lagi ni.. ". Moonbin menggeliat, dia rasa penat.

"Boleh gak.. Aku pun rasa macam nak balik je.. "

Moonbin mula mengemaskan barang-barang manakala Eunwoo meletakkan peralatan elektronik di tempat peralatan di belakang. Sesampainya dia di dalam bilik tu, dia meletakkan barang-barang tersebut tapi macam ada sesuatu yang tak kena lagi.

Dia terpandang cermin dalam bilik peralatan yang berhadapan dengannya. Kalau masuk memang boleh nampk straight cermin tu. Dalam pantulan cermin tu, kelihatan seperti ada seseorang berdiri di frame pintu. Dia terkejut sebab 'orang' tu hanya berdiri di belakangnya saja dan bila toleh orang tu sudah tiada. Dia cuba tenangkan diri dari fikir yang bukan-bukan lalu cepat-cepat keluar dari situ. 

"Moonbin!!! Ko dah siap-- eh?...Moonbin?.. "

Eunwoo mula rasa cuak sebab Moonbin sudah tiada dalam lab tu!. Lab tu automatik jadi kosong dan bermakna dia je lah yang berada dalam lab tu. Dia fikir mungkin Moonbin mahu bermain-main dengannya. Sebab Moonbin memang jenis yang suka bermain-main.

"Moonbin!! Tak payah la nak menyorok! Jomlah balik! Aku rasa tak sedap hati ni!!"

Tiada sahutan dari Moonbin. Dia rasa cuak sekarang. Takkanlah Moonbin betul-betul nak tinggalkan dia?. Dia berlari ke tempat dia membuat kerja tadi tapi begnya tiada. Ini maksudnya mungkin Moonbin sudah mengambil begnya tapi kenapa dia tak tunggu?.

Dia berlari ke arah pintu masuk utama tapi apa yang buat dia lagi takut ialah pintu tu dikunci dari luar! Banyak kali dia pulaskan tombol dan ketuk pintu tapi tiada siapa yang menyahut. Dia jadi semakin risau dan takut. Dia mesti cari jalan lain untuk keluar. 

"Haih.. Ni bukan main-main dah ni.. Tak sangka Moonbin buat aku macam ni.. tapi..takkan punya lah dia nak tinggalkan aku..mesti ada something yang tak kena ni.. "

Eunwoo cuba untuk mencari handphonenya di poket seluar tapi baru teringat yang dia tinggalkan handphonenya dengan Moonbin.

"Aduuhh!! Apasal la aku bagi handphone aku kat Moonbin?..Tch!!"

Eunwoo tersentak apabila dia terdengar pintu peralatan tertutup. Dia jadi sedikit takut sebab sekarang ni dia sorang je yang ada dalam lab ni. Tapi keberanian menyelubungi dirinya bila dia rasa macam nak tengok siapa yang menutup pintu tu. Dia perlahan-lahan berjalan ke bilik tu dan memang pintu tu tertutup. 

"Ada... Siapa-siapa kat sana ke?"

Walaupun dia tau dia sorang je yang ada kat dalam, dia tetap nak tau jika ada orang lain juga.  Di depan pintu tu, dia tak pasti nak buka atau tak pintu tu. Tangannya terketar-ketar nak pegang tombol pintu dan akhirnya dia buka pintu tu. Takda siapa-siapa. Dia biarkan saja pintu tu terbuka dan tiba-tiba, alat-alat tulis di meja guru jatuh bertaburan. Dia cepat-cepat pergi ke meja guru dan ingin mengemasnya tapi pintu bilik peralatan tertutup kembali. 

"Aduh.. Macam mana aku nak handle benda-benda camni ni?..aku harap sangat aku boleh keluar cepat dari makmal ni "

Eunwoo pergi ke pintu utama semula tapi tiba-tiba semua kerusi menghalang pintu tersebut. Kertas-kertas juga berterbangan. Dia menjadi takut dan cepat mengelak dari terkena semua alat tulis dan menyorok di bawah salah satu meja komputer. Entah kenapa dia berasa selamat dibawah meja tu.

Suasana menjadi senyap tak lama kemudian. Mungkin kekecohan tu telah berhenti. Mungkin ni masa yang terbaik untuk dia keluar dari bawah meja tu. Dia hampir-hampir saja nak keluar dari situ tapi dia ternampak bayang seseorang yang kemudiannya membentuk jadi kaki manusia. Eunwoo tak dapat melihat bahagian atas lembaga tersebut. Yelah, dia masih menyorok di bawah meja. Lembaga tu berjalan dan Eunwoo cuba menyorok ke dalam lagi tapi tak boleh. 

Lembaga tu kelihatan berjalan ke arah meja yang Eunwoo menyorok. Dia menekup mulut dan hidungnya sebab ada bau busuk yang tiba-tiba muncul. Lembaga tu semakin menghampiri dan berhenti betul-betul di depan meja tu. Eunwoo menggigil dengan lebih kuat kali ni.

Dia tak pernah gigil teruk macam ni tapi dalam keadaan ni dia dah tak boleh tahan lagi. Kini, dia percaya dengan cerita pasal makmal ni. Dia sudah pun menjadi saksi aktiviti entiti dalam makmal ni!. Tapi apa yang dia alami adalah lagi teruk dari cerita MJ.

Lembaga tu buat gaya seperti mahu menjenguknya sebab ia macam membongkok. Eunwoo menutup matanya sebab dia tak sanggup nak tengok rupa lembaga tu. Bau busuk semakin kuat. Terasa macam nk loya pun ada. Semakin dekat.. Semakin dekat.. Semakin dekat.... 

Eunwoo sedar yang bau busuk tadi sudah pun hilang. Dia nak bukak mata tapi masih takut. Bagaimanapun dia cuba untuk buka mata dan lega semuanya kembali normal. Dia masih menggigil sedikit. Dia keluar dari bawah meja dan tebaring atas jubin makmal. Kakinya dah tak larat lagi nak berdiri. Seminit berlalu, dia cuba berdiri semula dan berjaya. Dia memandang sekeliling dan terperasan ada satu komputer yang masih terbuka. 

Seingatnya tadi memang tak ada komputer yang terbukak. Dia perlahan-lahan berjalan ke komputer tu. Baru saja Eunwoo nak pegang mouse, tiba-tiba komputer tersebut berfungsi sendiri macam mouse yang digerakkan ke mana-mana tapi Eunwoo tak memegangnya lngsung. Malah keyboard juga berulang kali ditekan tapi takda siapa yang tekan. Eunwoo rasa macam nak gugur jantung bila semua kejadian ni berlaku di depan matanya. Tapi semuanya berhenti kemudian dan ia seperti tinggalkan mesej untuknya. Dia membaca mesej yang ditaip oleh komputer tadi. 

'Cepat lari ke pintu!!.. Aku cuba lawan dia dari memerangkap kau. Pintu tadi terkunci sebab dia yang tahan! Cepat sebelum pintu tu terkunci balik!! '

Eunwoo cepat-cepat berlari ke pintu dan masa tu keadaan huru hara berlaku lagi. Malah dah macam ribut melanda dalam makmal tersebut. Dengan komputer yang terbukak dan keyboard ditaip laju. Lampu-lampu juga kejap terpadam dan terbuka. Eunwoo tak fikir lain lagi dan pulas tombol. Akhirnya dia berjaya dan berlari keluar dari situ. 

Di asrama.. 

"Weyh.. Apasal dengan 'Eunwoo' tu?.. Apa jadi dengan korang tadi?.. ". Jinjin bertanya kepada Moonbin. Dia pelik sebab 'Eunwoo' senyap je sejak diorang balik tadi.

"Entah.. Lepas dia simpan barang-barang kat bilik peralatan tu tetiba dia jadi creepy and senyap semacam.. ". Moonbin pun hairan melihat perangai kawan baiknya tu.

"Hmm... Dia dah kena rasuk kot?.. " MJ membuat andaian.

"Haip! MJ hyung ni...pandai-pandai je.. " (Moonbin)

"Heheh.. Hmm.. 'Apa Eunwoo' buat lama sangat dalam bilik air tu?.. " (MJ)

"Eh?...haah la..dari tadi 'Eunwoo' hyung tak keluar-keluar" (Rocky)

Mereka berlima semua buat kerja mereka masing-masing selepas itu tapi terkejut bila dengar ada orang lari kuat-kuat di koridor dan berhenti di depan bilik diorang. Semua memandang ke arah pintu dan terkejut bukan kepalang sebab Eunwoo yang datang ke bilik diorang, termengah-mengah!. Sebelum sempat diorang bertanya lebih, Eunwoo pengsan. Cepat-cepat diorang dapatkan Eunwoo. Dia dalam keadaan yang tersangat penat dan peluh membasahi bajunya.

~~~~~~~~

"Brr.. Se.. Sejuknya.. "

"Memanglah.. hyung kan demam.. Woah! Suhu panas hyung boleh buat masak telur!" (Sanha)

"Ko.. ni.. Uhuk.. Masa macam ni pun.. uhuk..nak main.. "

"Yah..Eunwoo.. Jangan cakap banyak-banyak..nah makan ubat.. " (JinJin)

"Terima kasih.. JinJin hyung.."

Eunwoo senyum walaupun dalam keadaan demam. Moonbin ambil peluang untuk jaga Eunwoo pula manakala Jinjin dan Sanha join yang lain di taman asrama. 

~~~~~~~~

Eunwoo ending.. 

Moonbin mengambil alih untuk menjaganya kali ni. Dia masih rasakan perkara yang berlaku Sabtu haritu macam harini (hari Isnin). Memang teruk dia demam kali ni. Nasib baik diorang tengah cuti sekolah. Patutnya dia dah boleh balik kejap ke rumah dengan keluarga dia tapi dengan keadaannya macam ni, terpaksalah duduk kejap kat asrama dulu.

Haih.. Lupakan je la semua tu fikirnya. Dia dah tak nak fikir apa-apa lagi pasal kejadian tu. Dah terjadi tu jadilah. Cuma ada beberapa perkara je yang masih bermain di fikirannya. Adakah ada 2 hantu dalam makmal tu?. Satu yang baik dan satu yang jahat?. Walaupun hantu tak berapa nak consider baik ke tak, tapi yang ni... Mungkin dia nak bantu?. Dan satu lagi ialah.. Moonbin. Kemana Moonbin menghilang selepas tu?

"Moon.. Moonbin... uhuk.. "

"Hmm?.. Eih.. Ko ni tak sihat lagi nak cakap banyak..."

"Aku...nak tanya ko ni.. "

"Haa apa dia?.. "

"Ko.. Pergi mana.. masa aku kena ganggu tu?.. Masa aku letak barang-barang apa semua?.. "

Moonbin berhenti seketika dari perbuatannya. Dia terdiam. Dia kelihatan macam pucat dan ianya merisaukan Eunwoo. Kang ada lagi bertambah orang tak sihat. Dah la dia sendiri pun tak sihat.

"Err.. *gulp* .. Erm.. Se.. Sebenarnya.. Aku.. Ingat ko dah selesai.. Letak barang apa semua sebab aku dengar ko tutup pintu. And then..kita pun balik macam biasa la..aku kunci pintu, selesai, aku jalan dengan ko.."

"Aa.. Apa?... Nanti.. Uhuk...Masa aku letak barang tu.. Sebenarnya aku..kena kunci dalam tu..bila masa pulak aku...uhuk..keluar and jalan dengan ko?.. "

Moonbin menelan air liurnya lagi. Terasa tekak ni kering daripada biasa. 

"O.. Okey.. So.. Ada... Lagi satu benda pelik kat 'ko' masa aku balik tu. Masa dalam perjalanan nak ke asrama..Aku... Pelik ko asyik senyum pastu... Rasa aura ko macam creepy kot.. "

Eunwoo mengerdipkan matanya beberapa kali. Kali ni dua-dua terdiam. Moonbin dengan tiba-tiba melompat ke atas katil Eunwoo dan baring disebelahnya. Tak lupa juga untuk menarik selimut yang dipakai oleh Eunwoo. 

"Ko ni dah kenapa?... "

"Tolong bagi aku virus demam ko tu n then kita drop subjek tu n then kita tak payah skolah buat selamanya.. "

"Ko ni melebih-lebih la pulak.. "

"Hehehe..tapi serious ni! bagi la virus ko tu.. "

"…….."

Eunwoo buat tak peduli dan tarik selimutnya dari Moonbin. Moonbin terkejut dan bila dah tau situasinya, dia tarik semula selimut tu. Maka terjadilah perebutan selimut antara mereka dan mungkin salah satu strategi Moonbin nakkan virus demam tu. Eunwoo akhirnya dapat semula selimutnya dan menghadap pintu bilik mereka tapi dia perasan macam ade seseorang memerhatikan mereka tapi macam bukan budak kat asrama ni je.

Orang tu senyum lalu melambaikan tangannya macam nak kata 'hi' kepadanya. Eunwoo taktau nak buat apa masa tu dan balas lambaian tanpa Moonbin perasan. Orang tu senyum lebih lagi dan apa yang mengejutkan ialah dia hilang perlahan-lahan di udara. Eunwoo terkejut dan matanya terbeliak, kerdip berulang kali dan berselubung satu badan yang membuatkan Moonbin hairan tengok kelakuan kawannya yang sorang ni.

~~~~~~~~

The others ending.. 

"Kesian Eunwoo hyung.. Demam panas dua tiga hari ni.. " (Sanha)

"Tulah pasal..tak pernah-pernah lagi kena camni.. hmm.. Jadi siapa 'Eunwoo' yang balik dengan Moonbin haritu?" (JinJin)

"Benda tu masih lagi misteri~ maybe tu lah hantu pelajar hensem yang diorang cakapkan.. " (MJ)

"Woahh.. Jadi jelmaan Eunwoo hyung adalah satu tindakan bijak~ dia pilih pelajar hensem untuk jadi 'orang'.. " (Sanha)

"Dengarnya Moonbin hyung pun macam nak demam tapi nasib baik tak demam or mungkin nk demam.." (Rocky)

"Yelah.. Eunwoo lagi teruk kena.. Berdepan dengan mende tu..kita pun sama gak..jelmaan dia..." (MJ)

"Nampaknya hantu kat sekolah kita ni aktif jugak.." (Rocky)

"Hmm betul tu.. Harap tak jumpa lagi.. " (JinJin)

"Sapa kata tak jumpa lagi?.. "

Mereka berempat terkejut bila terdengar suara yang amat dikenali oleh mereka lalu semua serentak memandang pemilik suara tu. Semua terkejut dan mula lari sebab jelmaan 'Eunwoo' muncul di hadapan diorang. Selepas diorang lari, jelmaan tu senyum dan kemudian menghilangkan diri di udara. Sebelum tu, jelmaan tu seperti berkata sesuatu. 

"Sekurangnya-kurangnya aku tak kacau orang kan?..  : ) aku bantu jugak kawan korang tu.. : ) "

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Tamat sudah cerita ini akhirnya. Harap korang enjoy dan maafkan saya kalau fanfic ni tak best. Kalau ada idea lagi, author akan cuba buat fanfic yang lain pulak. Maklumlah, tengah kering giler idea sekarang ni. Huhu... 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 1: so, ada dua antu kat lab tu...jht n baik..hurm
siapa dua antu tu?? hurm...