Dark : A Lie

Valentine's : Dark, White and Nuts

I say this again

But I think this is it for us

 

"Baek, aku nak putus."

 

Tersentak dirinya di kala sedang memerhati bintang-bintang di langit. Degupan jantungnya seperti sudah berhenti. Yoon Bomi yang berada di hadapannya ditenungnya seketika.

 

"T-tapi kenapa? Aku ada buat salah ke?"

 

Soalan itu ditujukan namun Yoon Bomi menggeleng. Matanya bertemu dengan renungan Bomi. Baekhyun terdiam sebentar. 

 

"Habis, kau marah aku ke, sebab aku sibuk dengan kerja kebelakangan ni?"

 

Yoon Bomi menggeleng sekali lagi. Baekhyun menggigit bawah bibirnya sebelum mengangguk faham.

 

"Mungkin ini yang terbaik untuk kita."

 

You say, please meet someone good

I guess our love was more shallow than I thought

 

"Baek, pergilah cari orang yang lebih bagus dari aku. Lupakan aku."

 

Bomi masih lagi dengan renungan tajamnya namun lebih kelihatan tenang. Baekhyun pula masih berada di antara realiti dan fantasi.

 

"Kau merepek apa ni Bomi? Semua ni cuma gurauan kan?"

 

Baekhyun cuba menafikan kenyataan. Bomi menggeleng.

 

"Yoon Bomi. Jadi selama ni cinta aku tak sampai pada kau, huh?" 

 

Baekhyun memandang Bomi sekali lagi. Jelas terpancar riak wajah bersalah pada muka gadis itu. Bomi membisu. Tidak, bukan begitu. Hatinya meronta untuk memberitahu kenyataan namun dia tidak mampu.

 

We're splitting up like that

The space between is splitting

 

"Okay, kau boleh pergi." Baekhyun cuba tersenyum. "Tak apa, ramai lagi perempuan kat luar sana, kan?"

 

Bomi memandang lantai.

 

"Sudah, kau boleh pergi. Aku tak kisah."

 

Bomi mengangguk sebelum memalingkan badannya dan berlalu pergi.

 

Baekhyun hanya tipu.

 

When you see me turn around and go,

I'll look pitiful.

 

Baekhyun hanya tidak mahu kelihatan seperti seorang yang kesian. Egonya tinggi. Biarlah Bomi pergi. Dia lelaki, banyak duit, rupa pun ada. Mesti ramai perempuan yang nakkan dia. Tapi tidak. Hatinya masih terpaut pada Bomi.

 

What I said was a lie

When I said go, it was a lie

What I said was a lie

Please don't go

It's all a lie

 

Baekhyun hanya memerhati belakang Bomi yang semakin menjauh.

 

"Bomi, aku masih sayangkan kau."

 

"Aku tak boleh gantikan kau."

 

"Bomi, jangan pergi."

 

"Bomi, tolehlah. Aku tipu."

 

Hatinya puas merintih namun Bomi tidak menoleh.

 

"Jangan pergi." Baekhyun masih pegun di situ, dengan perasaan yang sudah berkecamuk. Bodoh. Dia memaki dirinya sendiri. Air matanya mulai gugur.

 

I'm only said scarring words

and turned around

Although it'll be like nothing happened tomorrow

 

"Pergilah, perempuan tak guna! Kau penipu! Kau kata kau cintakan aku, tapi perempuan macam kau ni,suka permainkan hati orang! Pergi matilah!" Baekhyun berteriak sebelum memalingkan badannya dan berlalu pergi. Bomi terserentak sebelum menoleh. Air matanya turun dengan laju.

 

"Byun Baekhyun! Maafkan aku!" Bomi berteriak sebelum melarikan diri dari situ. Baekhyun menoleh dan melihat Bomi yang semakin menjauh. Tanpa disedari, air matanya gugur.

 

***

 

Teet.. Teet..

 

"Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi." Baekhyun meletakkan gagang telefon sebelum meraup mukanya tanda kesal. Apa yang terjadi? Bomi langsung tidak mengangkat telefonnya dan Baekhyun semakin risau.

 

Baekhyun teringatkan alamat rumahnya. Ya, dia patut pergi ke sana!

 

Langkahnya dibuka dan laju saja menuju ke rumah Bomi yang agak jauh dari rumahnya. Dia tipu perasaannya. Dia masih sayangkan Bomi dengan sepenuh hati.

 

Tiba di sana, kelihatan pintu rumah Bomi yang tertutup rapat. 

 

"Bomi! Yoon Bomi!" jerit Baekhyun namun tiada respons. Baekhyun mulai panik, sebelum teringat yang dia mempunyai kunci pendua yang pernah Bomi berikan kepadanya.

 

Tombol pintu dipulas. Baekhyun masuk ke dalam rumah itu sebelum menekup mulutnya.

 

"Bomi!" Dia mendekati Bomi yang terbaring lemah. Dia memeriksa nadi Bomi sebelum air matanya gugur setitis demi setitis. Baekhyun terpandang akan sehelai kertas yang berada di atas sebelahnya.

 

"Byun Baekhyun yang tersayang.

 

Tidak ada niat di hati untuk lukakan hati kau, tapi aku rasa bila aku beritahu kebenarannya, kau akan lebih sakit daripada sekarang. Sekurang-kurangnya, kau mesti dah lupakan aku dan cari perempuan lain. Aku terpaksa minta putus sebab aku sakit. Aku tak sanggup lukakan hati kau. Aku ada penyakit yang tak boleh diubati dan hayat aku tak lama. Aku tak rasa aku sempat bahagiakan kau. Aku sedih sangat bila kau kata, kau selalu mimpi yang kita akan jadi keluarga yang bahagia. Aku sedih, sebab aku pasti aku takkan sempat untuk semua tu. Harapan aku, kau cari perempuan lain yang kau rasa boleh bahagiakan kau macam aku buat. Ataupun lebih. Itu dah cukup untuk buat aku gembira. Aku tipu kau yang aku dah jumpa orang lain, aku tipu yang aku dah tak sukakan kau. Tapi jauh dalam sudut hati aku, aku harap perasaan kau pada aku takkan hilang. Terima kasih untuk segalanya, Byun Baekhyun. :)

 

Jangan menangis, kau tu gembeng sangat. Huhu.."

 

Baekhyun menangis tersedu-sedu. Semakin kuat apabila nota terakhir Bomi berada di tangannya.

 

"Maafkan aku."

 

 

---

 

Sebenarnya, cerita ni asalnya dibuat berdasarkan lagu It's A Lie by B1A4 tapi sebab nak cerita ni angst, ending dia jadi gitu. Cliche kan? Asal angst je sakit :P

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
12.6.2017 Yeayyy dah siap update cerita niXD dah completee

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 5: Eh,nasib baik valentine day dah berlalu haha..good job.*thumbs up*
tripleH
#2
Chapter 1: Apa niiiiii T^T baru je dengar lagu Happiness redvelvet tapi story ni bertukar Sadness pulak. Sobs. So sad >_< btw love this ❤
imraen_
#3
Chapter 2: Baekchu : 3
imraen_
#4
Chapter 1: Damn it author. Aku nagis woih x"D
1a1bxoxo
#5
Chapter 2: Bye.. XD