Chapter 0-1

Half of ELF

 

Kepala Hae Na terseruk kedalam lubang tandas akibat perbuatan pembuli-pembuli tak bermoral sekolahnya itu. Setiap hari kalau kepalanya tak masuk dalam mana -mana lubang tak boleh agaknya. 

Semalam lubang tong sampah ,hari ini lubang tandas ,esok lusa..lubang apa pulah dia akan ceroboh. Entah-entah dengan lubang cacing sekali kot. 

Setelah mendengar derapan kaki pembuli-pembuli tersebut beradar diiringi hilaian tawa yang sangat buta nada ,barulah Hae Na berani mengeluarkan kepalanya dari lubang yang sungguh busuk itu. 

Rambutnya yang panjang itu basah begitu juga dengan wajahnya. Sebab inilah dia tak pernah memakai alat kosmestik ,kalau tidak buat bazir sahaja. 

Natural is beauty...

Beg sekolah yang terdampar diatas lantai tandas itu dikutip. Barang-barangnya yang bertaburan dimasukkan semula kedalam beg.

Dompet mininya dikutip lalu diperiksa isinya. Kosong. Yeah!. Kena rompak lagi. 

Hae Na mendengus berat sebelum bingkas bangun,tuala yang sentiasa dibawa bersama dikeluarkan lalu dengan segera dia mengikat rambutnya ala-ala baru mandi dengan tuala tersebut. 

Dia kemudiannya keluar dari tandas dan terus ke kelasnya. 

======

Kotak terakhir barang pindahan itu diletakkan Sehun diatas lantai. Dia memandang sekeliling rumah barunya yang agak luas itu. Selesalah buat dia dan ayahnya  tinggal bersama .

   "Dah selesai?"soal Tuan Choi yang baru selesai memeriksa bilik tidur di tingkat atas. 

Rumah baharu mereka ini adalah rumah teres dua tingkat yang sederhana saiznya. Dia menepuk bahu anak angkatnya itu sambil tersenyum. 

    "Maaf ayah.. Sebab saya ,kita asyik berpindah"kesal Sehun . 

Rasa bersalah terhadap ayahnya itu. Masuk kali ini sudah genap 30 kali mereka berpindah. 

   "Eihh.. Tak apalah,ayah okay.. Lagipun ayah dah dapatkan kedai untuk restoran ayam kita nanti"ujar Tuan Choi tidak mahu anaknya itu terus menyalahkan diri. 

Dia tersenyum lebar sebelum berjalan keluar rumah. Ingin membayar upah mereka yang membantunya berpindah itu. 

Sehun memandang luka di sikunya itu sebelum mengeluh lemah. 

=======

 

Masuk sahaja kedalam kereta , beg kertas menghempuk wajah Hae Na yang berminyak itu. 

   "Yah! ... Jangan dekat dengan aku.. Jangan sikit pun! . Minyak wangi apa yang kau pakai ni hah?!"jerit Jung Kook dengan suara gediknya sambil memakai topeng kamen ridernya. 

Pintu kereta ditutup Hae Na kuat menunjukkan dia sedang menahan bengang terhadap lelaki gedik itu. Rambutnya yang lembap itu sengaja dilibas-libaskan bagi menyebarkan bau 'minyak wangi'nya itu. 

Jung Kook hampir termuntah tatkala bau semerbak itu berjaya juga menembusi topeng kamen rider kesayangannya itu. Dia menepuk-nepuk dadanya dengan sungguh beria. Kononnya sakit dadalah tu. 

Hae Na memandang Jung Kook dengan pandangan meluat. Beg kertas yang menghempuk wajahnya pada awal diambil lalu dengan selamba menyarungkkannya ke kepala Jung Kook. 

   ".. Nice"ujar Hae Na bangga dengan kepandaiannya. 

Jung Kook terdiam. Dia meraba -raba tangannya ke udara apabila pandangannya mula gelap. 

   "Gelap!.  Gelap!!.  Aku dah buta !. Arghh!! Tengok!! Tengok !.. Apa yang kau dah buat dengan mata aku ??. MAMA!!" Jung Kook mula meroyan sendirian. 

Seminit kemudian ,dia mula menyanyi lagu dendangan kasim selamat lakonan P.Ramlee sambil berterusan meraba ke udara. 

Hae Na hanya mampu menahan sahaja nada bingit lelaki itu. Dalam hatinya sudah berjuta kali berharap agar perjalanan mereka cepat sampai. 

Rantai bercorakkan sayap itu direnung Hae Na lama sebelum dia memasangnya kembali ke leher. Dia menghela lemah seraya membuka pintu yang membawanya ke koridor biliknya itu. 

Bintang-bintang yang tersebar di langit malam dipandang . " Mak... Ayah.. Kamu disana kah?.. Macam mana di sana?"

Hae Na bercakap sendirian . Menganggap bahawa soalannya itu dapat didengari oleh ibubapanya yang telah kembali ke pencipta. 

   "Saya rindu kamu berdua.."

========

 

========

 

Beg sekolah dibaling kepada Hae Joo sebaik tiba di perkarangan sekolah. Jung Kook membetulkan tali lehernya sebelum tersenyum menggoda. 

Matanya mengerling kearah Hae Na yang terkocoh-kocoh menangkap beg sekolahnya itu. 

   "Bawaknya ke kelas aku.. Got it?"arah Jung Kook bak boss besar gitu. 

Dengan langkah divanya ,dia berjalan meninggalkan Hae Na . Hae Na hanya mampu memerhati dengan rasa geram. 

Dia memandang lelaki itu yang dengan pantas disambut oleh peminat-peminat gediknya. Sesuailah tu.. Sama-sama gedik..

Malas ingin menyakitkan mata melihat punggung lelaki itu tertonggeng-tonggeng sewaktu berjalan,Hae Na segera mengambil haluannya sendiri. 

 

Pili air ditutup setelah selesai membersihkan sisa tanah pada rambut. Hae Na menghela berat. 

Benar tekaannya ,hari ini ,lubang cacing pula dia ceroboh. Nasiblah cacing tu tak ada kat rumah. Kalau tak mahu cacing tu marah.

Kaki diangkat keluar dari tandas . Hae Na membersihkan sisa kotoran yang ada pada seragamnya sambil berjalan menuju ke kelasnya semula sebelum bertembung dengan seseorang. 

Bagai melanggar lori ,Hae Na terpelanting ke belakang tapi nasib baik dia ada taekwando,sempatlah dia stabilkan diri. 

   "Ma..maaf!"pinta si pelanggar tadi sebelum membongkok 90° kepada Hae Na. 

Dahi Hae Na terus berkerut macam nenek kebayan.Apa mimpi mamat hadapannya ini ,nak hormat pada dia. Selama ini ,kalau seseorang melanggar dia ,dia yang kena melutut minta maaf. 

  "Eh..tak apa-tak apa...."ujar Hae Na apabila lelaki itu tidak bangun dari bongkok hormatnya. 

Lelaki itu perlahan-lahan membetulkan dirinya sebelum berdiri tegak memandang kearah Hae Na. Sebaik sahaja lelaki itu sudah berdiri dalam posisi yang betul. 

Hae Na terus membeku. Dia memandang tepat kearah wajah lelaki dihadapannya itu. Matanya tidak berkedip walau sesaat. 

  "Awak okay?"soal lelaki itu apabila Hae Na tidak berganjak sedikit pun. 

Apabila dia ingin mara menghampiri gadis itu ,Hae Na pantas menjauhkan dirinya. 

   "Ja..ja..jangan!"jerit Hae Na bagaikan orang trauma. 

Hae Na terketar-ketar mengundurkan diri sebelum dia membongkok hormat dan terus berlari pergi. 

Meninggalkan lelaki itu tanpa kata. 

 

========

Sehun tersenyum lembut sambil menerima segala keperluannya untuk sekolah itu. Dia membongkok hormat kepada guru kelas barunya itu. 

  "Jadi ,ingat ya .. Kelas awak adalah 3-2"beritahu Cikgu Bo Gum sekali lagi .

Cikgu Bo Gum itu menggaru -garu kepalanya memandang Sehun yang masih tak berganjak. 

   "Macam mana ya ,saya nak hantar awak ke kelas tap--... Hah!.. Hae Na !"panggil Cikgu Bogum sebaik melihat seorang gadis masuk kedalam bilik guru . 

Hae Na menoleh kearah guru kelasnya itu sejurus sahaja namanya dipanggil. Guru kegemarannya!. Pantas dia bergerak kearah guru itu tanpa perlu berfikir panjang. 

   "Ya cikgu!"jawabnya dengan semangat. 

Senyuman lebar terukir pada wajahnya itu. Langsung tidak perasan bahawa terdapat seorang lelaki yang lebih kacak berdiri di sebelahnya itu. 

Inilah namanya buta cinta. 

   "Boleh awak tolong tunjukkan pelajar baru ni kelas kita"pinta Cikgu Bo Gum dengan lembutnya. 

Hae Na terdiam. Sekarang baru dia sedar. Segera dia berpaling ke tepinya sebelum sekali lagi dia terundur ke belakang macam Michael Jackson menunjukkan bakat tarinya. 

   " Oh Se Hun"perkenal lelaki itu .

Tangan dihulur kearah Hae Na .

  "Err.."

 
 

========

Seluruh kelas mula bising sebaik melihat seorang pelajar lelaki yang sungguh kacak masuk kedalam. Sudahlah tinggi , kacak ... Wah..pakej gitu..

Jung Kook yang sedang mengunyah coklat pemberian peminatnya terus tersedak apabila melihat Sehun masuk kedalam . Dia terkedu melihat kekacakkan lelaki itu. 

Okay ,jangan fikir dia gay. 

Pinggangnya disiku Hoseok yang juga tersedak melihat kekacakkan pelajar baharu itu. "Pssst..dia lagi kacak dari kaulah"bisik Hoseok yang selamba menempa maut. 

Tepat. Kepala Hoseok dihempuk Jung Kook yang sudah semakin berang apabila terdengar pujian-pujian rakan sekelasnya terhadap lelaki itu. 

   " Dia pelajar baaaaahh---"

Amik kau ,tak sempat Hae Na ingin mengenalkan lelaki itu ,dirinya terlebih dahulu ditolak ke tepi oleh sekaum hawa . 

   "Hye! Saya Nayeon a.k.a pelajar paling-paling hot di sini"perkenal gadis bergigi arnab itu . 

Dia melepaskan rambutnya yang pada asalnya diikat satu itu. Sengaja ingin buat iklan syampu . 

   "Hot ?.. Saya tak rasa panas pun.. Adakah awak tak mandi pagi ini?"soal Sehun dengan wajah naifnya. 

Kata-katanya itu membuatkan seluruh kelas tercengang sebelum Nayeon memecahkan dengan hilaian tawanya. Lengan Sehun dipukul gedik. 

   "Hahaha..lawaklah awak ini.. "Tutur Na Yeon yang kononnya dapat menangkap lawak lelaki itu. 

Hae Na hanya memandang Sehun yang makin dikerumuni oleh hampir seluruh rakan sekelasnya itu.

 

 

========

Kad yang digunakan sebagai kunci loker itu dilekapkan pada alat pengesan namun pintu loker tetap tidak mahu terbuka. Sehun mendengus geram .

Ada juga yang kemik nantikang. Dia memandang ke sekelilingnya yang kosong tanpa sebarang manusia. 

Line clear..

Baru sahaja dia ingin menggunakan kemahirannya menggodam sistem itu,kadnya tiba-tiba dirampas seseorang dari tepi. Dengan senang ,tangan itu mengheretkan sekilas kad tersebut pada alat pengesan dan..

Klik..

Pintu loker itu terbuka secara automatiknya. Mata Sehun membulat besar dan mulutnya ternganga kecil . Kagum dengan sistem tersebut. 

Selama ini dia hanya menggunakan kunci, cara tradisional ..

  "Nah"ujar Hae Na memberi semula kad loker lelaki itu. 

Dia yang kebetulan nampak lelaki itu tiba-tiba baik hati nak tolong. Dia memandang lelaki itu yang dengan pantas menyimpan segala barang kedalam ruang loker yang agak luas itu. 

Hae Na hanya memerhati. Seusai lelaki itu menyimpan segalanya ,dia yang bantu lelaki itu menguncinya semula. 

  "Ingat nombor ini.. 447"tuturnya seperti seorang guru. 

Dia kemudian berpaling ingin pergi namun berpusing kembali menghadap Sehun. Helahan berat dilepaskan . 

  "Saya tak nak tanya ni .. Tapi.. Awak pakai cosplay ke sekarang ni?"

   "Huh?"tercengang jejaka itu mendengar soalan Hae Na itu. 

Hae Na menggaru-garu kulit kepalanya yang bebas dari sebarang kelemumur itu. 

  "Bukan apa... Tapi lepas fikir baik -baik..saya ingat awak pakai cosplay.."

  "Cost Play? .Kenapa pula?"soal Sehun tiba -tiba merasa berdebar . 

Hae Na diam memanjang sebelum jarinya mengangkat menunjuk kearah telinga lelaki itu. 

   "..Telinga awak ... Ia panjang..dan.... Pelik"

 

 

​••••••••••••••••••

 

 

 

Yeah!!.. So how is it?.. 

Maaf kerana KOOKIE jadi gedik melampau di sini.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 1: Update lagiiiiii!! Best