Request.

Sweet Treasure.
Please Subscribe to read the full chapter

"Saya nak Sol jinakkan semula anak saya."

Shoot me. Ini kerja gila. Hati aku berdegup laju tidak berkesudahan. Cemas pun, ya juga. Hendak bertentang mata dengan lelaki itu pun aku takut, apatah lagi nak jinakkan dia. 

Kenapa kena jinakkan? Dia liar ke?

Suasana sepi memainkan tugasnya seketika di bilik Tuan Kim yang besar ini.

"Apa maksud tuan? Dan dengan cara apa saya boleh jinakkan dia?"

Aku merenung wajah tua itu lama lama. Tuan Kim, lelaki tua yang masih segak tubuh badannya. Lelaki yang mengutip mak bekerja di salah satu kilangnya saat hidup kami terkontang - kanting selepas ayah hilang mengikut betina lain.

Hidup susah mengubah orang. Ya, hidup susah mengubah ayah aku.

"Anak saya, Myungsoo. Makin lama makin teruk perangainya. Keluar malam dan terbaring di pintu rumah waktu subuh. Mabuk. Bila ditanya, kasar saja jawapannya, " keluhan kecil dilepaskan. Dia mengurut - urut dahinya. 

"Apa yang boleh saya tolong tuan? Saya akan cuba sebaik mungkin. Kalau hendak nasihatkan dia, saya rasa saya boleh."

Nasihat je kan? Senang. Jangan buat itu, jangan buat ini. Buat itu, buat ini. Nak dengar? Bagus. Tak nak dengar? Lantak kau. Iye tak? Konsep nasihat, itulah dia. 

"Saya nak awak balas budi saya dan isteri saya, dengan berkahwin dengan anak kami, Kim Myungsoo. Boleh, Park Sol ?"

 

 

 

"Apa ni?" perhatian Sol pada makanan terhenti. Seleranya bak hilang.

Kim Myungsoo tersenyum sinis. Senyumannya itu mampu menghiris hati Sol walaupun tanpa sebarang kata. Sol memandang sepi cek kosong yang dihulur lelaki itu.

Sungguh, lelaki ini memang hebat dalam menghina. 

"Perempuan macam kau ni memang klise. Aku dah agak dah kau akan buat muka polos, and buat buat tanya 'apa ni?' semua tu," Myungsoo mengajuk kata kata Sol. 

Sol mula sakit hati. "Okay fine. Saya tahu, ini cek. Taptai, untuk apa?"

Myungsoo merenung Sol sedalam - dalamnya. Ibarat hendak tembus pandangannya.

"Aku tak suka main - main. Better kau tulis amaun duit yang kau nak, and kau tarik diri dari game yang ayah aku tengah bina ni,"

"Saya tak nak duit awak,"

"Habis tu apa yang kau nak? Kau nak tidur dengan aku satu m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet