Final

11:11 ( Time To Love You )

"I believe, I'll be over you."

 

Kim Taeyeon memandang lukisan yang berada di hadapannya ini. Dia tersenyum. Satu sahaja yang dapat dia simpulkan iaitu indah. Corak abstrak gabungan warna hijau, merah dan kuning itu menggamit hatinya.

 

Dia mengeluarkan kameranya dan mula mengambil gambar setiap lukisan yang tergantung di dinding. Sekarang dia berada di pameran. Semua gara-gara editor yang inginkan laporan ini dilakukan olehnya.

 

Dia membelek gambar yang diambilnya tadi. Perfect! Taeyeon tersenyum puas. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mula menaip sesuatu kepada Editor Kim.

 

From : Kim Taeyeon.                                               Saya dah ambil beberapa gambar menarik. Saya akan pulang dan siapkan laporan secepat mungkin.

 

Butang send ditekan. Tugas sebagai seorang wartawan memang agak mencabar. Dia mengeluh sebentar sebelum mengeluarkan buku notanya. Taeyeon melihat jadualnya. Yes, bagus. Dia boleh rehat selama beberapa minit sebelum kerjanya habis. Telefonnya berdering menandakan satu mesej masuk. 

 

From : Editor Kim.                                                 Ah, baru saya ingat! Kita kena temu bual En. Byun Baekhyun, pelukis lukisan 'Admiral Lilac' yang popular tu. Ambil gambar lukisan tu sekali. Saya tak tahu dia kat mana, jadi awak cari sendiri. Jangan lupa minta autograf. Good luck~

 

Taeyeon terkedu sebentar. Dia menelan air liurnya. Terasa berpasir. Bertuah punya editor! Musnah harapan nak berehat di Kafe Peachis. Taeyeon mendengus sebelum memandang sekeliling. Dia terjumpa lukisan 'Admiral Lilac' yang disebut editornya tadi

 

Taeyeon mendekati lukisan itu sebelum cuba mengambil gambar namun ditahan seorang lelaki.

 

"Awak buat apa ni? Jangan ganggu kerja saya." Taeyeon meronta-ronta agar lelaki itu melepaskan kameranya.

 

"Awak nak tangkap gambar ni tanpa saya ke?" Lelaki itu tersenyum. Taeyeon membalas dengan tersenyum senget.

 

"Awak cuma pengunjung je kan? Buat apa awak nak menyibuk?" Taeyeon menjeling lelaki tadi. Lelaki itu tertawa kecil.

 

"Memanglah, saya datang sini sebab nak tengok lukisan, bukan nak tengok lembu." Lelaki itu semakin galak mentertawakan Taeyeon. Taeyeon tersenyum senget. Eh lelaki ni, sempat pula buat lawak tak jadi.

 

"Encik, jangan ketawa macam setan. Malu orang tengok." Taeyeon menepuk bahu lelaki itu namun dia masih galak mentertawakan Taeyeon.

 

"Nak tahu tak, pelukis 'Admiral Lilac' ni, handsome tau. Muka dia macam artis popular. Hahaha!" Lelaki itu tertawa lagi. Hanya satu yang berada di fikiran Taeyeon ; lelaki ini gila.

 

"Ye ke? Pelukisnya Byun Baekhyun, kan? Saya rasa encik tahu mana orangnya, boleh beritahu saya? Saya kena adakan temu bual dengan dia." Taeyeon mengeraskan suaranya. Dia tak boleh main-main. Lelaki ini sengaja melengah-lengahkan masanya.

 

"Hei, awak ni duduk dalam gua ke? Langsung tak kenal pelukis ni? Pelukis lukisan ni saya lah, Byun Baekhyun. Tak percaya? Ni bukti." Lelaki itu menunjukkan kad pengenalannya dan gambarnya.

 

"Sama, kan? Handsome, kan?" Lelaki tadi tersenyum bangga. Taeyeon hanya mampu mengangguk sambil menutup mukanya. Aduh! Malunya Kim Taeyeon!

 


 

 

Taeyeon menutup perakam suara dan buku notanya. Dia memandang Baekhyun yang sedang memerhatikan gelagatnya.

 

"Baik, Encik Baekhyun. Temu bual sudah tamat. Terima kasih sebab sudi luangkan masa berharga encik untuk temu bual ini." Taeyeon bangkit dan menunduk hormat.

 

"Okay, tiada masalah. Tapi, macam yang awak kata tadi, saya dah luangkan masa berharga saya dengan awak. Boleh awak luangkan masa untuk saya pula?" Baekhyun tersenyum manis. Senyumannya boleh mengaktifkan sel fangirling yang berada di dalam diri setiap wanita. Cewahh!!

 

"Eh? Tapi saya ada kerja lagi nak dibuat. Maaf, encik. Saya terpaksa menolak tawaran encik." Taeyeon tersenyum kelat. Aduhai, nasib.

 

"Oh ya ke? Kejap ya, saya telefon syarikat awak untuk maklumkan pada mereka yag awak berdating dengan saya." Baekhyun mengeluarkan telefon pintarnya. Taeyeon menggeleng.

 

"Baik! Saya akan luangkan masa dengan encik." Taeyeon menunduk malu. Lelaki ni... Memang tak guna.

 

"Haa...kan senang kalau cakap awal-awal. Baik, jumpa awak pukul 3:30 sharp dekat depan bilik pameran ni. Oh ya, jangan panggil saya Encik Baekhyun. Panggil Baekhyun je dah cukup. Bye!" Baekhyun bangun meninggalkan Taeyeon yang terkedu.

 

"Aku.....dah jatuh cinta dengan dia."

 


 

3:30 p.m.

 

Taeyeon mengemaskan pakaiannya. Haih, tadi dia yang beria suruh tunggu sharp, tapi dia sendiri yang lambat. Taeyeon memandang sekeliling. Kelihatan seorang lelaki berjalan mendekatinya.

 

"Jom!" Baekhyun menarik tangan Taeyeon ke dalam keretanya. Taeyeon mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu. Dia tersenyum apabila bauan vanila sampai ke hidungnya. Baekhyun naik dan tersenyum.

 

"Disebabkan awak teman saya, saya suruh awak pilih tempat. Awak nak pergi mana?" Baekhyun tersenyum sambil memandang Taeyeon. Taeyeon berfikir sejenak.

 

"Amusement park."

 

Baekhyun mengangguk dan mula memandu ke taman tema yang dikehendaki Taeyeon.

 

Setibany mereka di sana, Taeyeon amat gembira dan mencuba pelbagai jenis permainan yang selama ini dia idam untuk naiki.

 

6:00 p.m.

 

Taeyeon menjerit kecil. Dia gembira, kerana impiannya selama ini sudah tercapai. Baekhyun suka melihat gadis itu tersenyum riang. Dia suka.

 

"Taeyeon?" Baekhyun menegur gadis itu. Taeyeon mengangguk. "Saya nak bawa awak ke tempat kegemaran saya, boleh?" 

 

Taeyeon hanya tersenyum. "Boleh."

 

 

10:38 p.m.

 

Mereka tiba di padang yang lapang. Baekhyun menarik tangan Taeyeon sehingga tiba di suatu tempat. Baekhyun duduk, sebelum turut mengarahkan Taeyeon supaya duduk.

 

"Duduk. Nak tahu tak, saya suka datang sini sebab pemandangannya yang indah. Bila saya stress, saya suka datang sini. Tengok bintang, bunyi cengkerik...memang menenangkan." Baekhyun tersenyum sambil memandang bintang yang berkedipan di langit.

 

"Kim Taeyeon, saya sukakan awak." Baekhyun memegang tangan Taeyeon. Taeyeon terkedu sebentar. Selama ini, mesti dia yang akan jatuh cinta namun hari ini lain. Mungkin Baekhyun akan kekal bersama dengannya. Air matanya mulai luruh.

 

"Hei, kenapa menangis? Ayat saya tu buat awak terharu ke?" Baekhyun menyeka air mata Taeyeon. Taeyeon tersenyum sambil menggeleng.

 

"Saya menangis sebab terharu. Jom balik?" Taeyeon mengusap kepala Baekhyun. Baekhyun mengangguk. Mereka berjalan menuju ke kereta.

 

Sepanjang perjalanan pulang, Taeyeon hanya memandang muka Baekhyun. Baekhyun merasa aneh.

 

"Taeyeon, awak okey?" Baekhyun memegang tangan Taeyeon erat. Taeyeon hanya menggeleng.

 

"Saya nak tatap muka awak puas-puas." balas Taeyeon. Baekhyun merasa aneh.

 

"Taeyeon, awak oke—" Kata-kata Baekhyun terhenti apabila sebuah lori berada di laluannya.

 

"Bahaya!" Baekhyun cuba mengelak namun keretanya terbabas masuk gaung. Baekhyun sempat melihat Taeyeon yang berlumuran darah.

 

"Tae....."

 


 

Baekhyun memandang sekeliling. Kelihatan dia sedang duduk diatas katil. Doktor yang berada di situ mulai mendekatinya.

 

"Encik dah bangun? Nasib baik encik tak cedera parah." Doktor tadi tersenyum. Baekhyun cuba mengingati kembali apa yang berlaku. Perkara terakhir yang dia lihat sebelum pengsan ialah....... Kim Taeyeon! Ya, Kim Taeyeon!

 

"Doktor, Taeyeon mana Taeyeon? Doktor! Taeyeon mana!!" Baekhyun mula meracau. Dia mencekak kolar doktor itu. Doktor hanya menggeleng. Baekhyun jatuh terduduk. Dia menekup mukanya dan menangis. Dia faham apa yang terjadi.....

 

Kim Taeyeon sudah 'pergi'.

 


 

 

Pelukis Terkenal Korea Selatan, Byun Baekhyun Mengumumkan Persaraannya                                                                                                                              Byun Baekhyun, mengumumkan persaraannya semalam, selepas melancarkan karya terakhirnya, My Precious Kim Taeyeon. Dipercayai, Baekhyun yang masih bersedih mahu menarik diri dari segala aktiviti. Namun begitu, beliau akan terus berbakti kepada rumah kebajikan.

 

Baekhyun mengukirkan senyuman. Bunga lilac yang disertakan bersama cincin yang ditempah khas serta diukir nama itu diletakkan di hadapan kubur Taeyeon. Dia membaca satu persatu perkataan yang tertera di situ.

 

Kim Taeyeon

 

Tarikh kematian : 11:11 p.m.

 

Kemalangan

 

 

 

Dia menyeka air mata yang turun dengan laju.

 

 

"Saya sayang awak."

 

 


 

 

Panjang tau saya taip.. Sila tinggalkan komen!!!  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Go_Hara
#1
Chapter 1: cerita yg menarik but wae taeyeon mati huhu T-T
hjkyung #2
Chapter 1: Oh myyy.. Nice awakkjj♡♡♡