Chef Hoony in da houz

WINNER: FASTING

Hari shooting...

Macam biasa, maknae line yang bangun paling awal. Lagi 15 minit nak pukul 5:45 tapi hyungs masih taknampak. Seungyoon dan Taehyun dua dua dah pakat tanak kejut dorang. 

Taehyun pandang Seungyoon, "Weh Yoon. Aku rasa nak kejut Jinu hyungla. Dia baik ngan aku.." Seungyoon angguk tapi mata masih pandang TV yang tengah tayang Running Man. 

Sementara tunggu Taehyun, Seungyoon bangun dari sofa dan bermain dengan camera. 

"Macam yang korang nampak. Taetae dengan Yoonie je dah bangun! Yang lain malas!" 

"Oi! Jaga mulut eh!" Terkejut Seungyoon bila Mino cakap. 

"Eh? Hehe. Awal kau bangun..." Seungyoon gary kepala sambil tersengih. Mino mendengus, "Aku set alarm setiap 30 minit kut." 

"Sapa je tak bangun lagi?" Mino tanya sambil jalan ke sofa dengan mata terpejam. 

"Hoon dengan Jinu hyung. Tapi aku rasa Jinu bangun dulu sebab Tae gi kejut dia." 

"Padan muka! Aku nak suruh dia basuh pinggan." 

"Yela." 

"Korang!!!!" Taehyun dan Jinwoo jerit dari dapur. Minyoon pun bergegas lari ke dapur nak tengok apa yang merasuk mereka.

"KENAPA?! ADA PEROMPAK KE?" Mino tanya sambil mata meliar. 

"Tak! Kau baca ni." Jinwoo hulurkan satu keping kertas. 

Kepada Winner, 

Rise and shine korang!! So ni first mission korang, kat dalam peti ais ada daging. Sila masak untuk korang punya sahur dan korang cuma ada 1 jam je untuk masak. Kalau korang overtime, maafkan kami tapi takde sahur untuk korang. Jadi 1 jam bermula dari sekarang! Go Winner!

"Hoony hyung je yang pandai masak..." Taehyun cakap sambil pandang Jinu. 

"Eh!! Gi kejut dia, Mino." 

"Yala. Tapi muka takyah beria sangat hyung oii!" Mino gelak sambil jalan. 

Di bilik Seunghoon

"Hyung?" 

"Emm"

"Bangun!" 

"Kul bapa ni?" 

"6.00 pagi dah." 

"Awal lagi..." tekup muka dengan bantal. 

Mino dah hilang sabar; pergi toilet dan simbah air ke Seunghoon. 

"SEBELUM KAU CAKAP PAPE, BANGUN! KITA ADA 55 MINIT JE LAGI NAK MASAK! DAN KAU SORANG JE YANG RETI MASAK!" Hoon mendengus dan bangun dari katil. Dia tengah mimpi syok....

"Tula korang, aku dah cakap belajar masak, belajar. Tapi sorang pun tanak dengar cakap aku. Kata nanti kahwin isteri masaklah, omma masaklah, ni dah susahkan aku. Tu pun kalau ada orang nak korang, Kalau takde? Aku kena masakkan? Macamtu? Ni nak masak apa ni?" Hoony bebel kat dapur. Jinwoo dah macam nak hempuk Hoony. Taehyun rakam video Hoony bebel. Seungyoon dan Mino tengah cuba membunuh masing masing. 

"Daging? Sambal jela. Tae masak nasi." 

"Tapi hyung bangun paling lambat. Ni denda." 

"Ah aku hyung." 

"Aku sebagai hyung paling tua arahkan kau buat sensorang. Nanti dah siap panggil kitorang." 

"Hyunggggg." 

"Dah jom! Donsaengs!!" Dan Mino, Taehyun dan Seungyoon pun beredar dari dapur tinggalkan Hoony.

______________________________________________________________________________________________________

Di ruang tamu...

"Jom main True or dare!" Mino cadangkan. Seungyoon mengganguk. 

"Boringla kalau tak buat pape sementara tunggu Hoony." Seungyoon sambung. 

"Fine!" Taehyun dan Jinwoo setuju. Mino ambil botol mineral dan putarkan dekat meja. Kena dekat Seungyoon. 

"True!"

"Bagi ranking antara Hyung, Mino dengan Hoony siapa paling abang mithali?" 

"Obviously hyung; Hoony; Mino, duh." 

"Eh! Kau ni!" 

"Haha. Hyung tau... dah kau pulak pusingkan." Mino. 

"Dare." 

"Aku nak kau hantar makanan dekat rumah Bigbang, then cakap "Your time is over. Now it's my time to shine." Seungyoon mencabar. Mino gelak sinis.

"Tu je?" Putar lagi dan kena dekat Mino. 

"True la pulak." 

"Apa perasaan kau dekat Chaerin noona?" Taehyun tanya. 

"Kawan jela." 

"Yeke? Macam tak je.." 

"Yelah!" 

"Y--" 

"Korang jom! Makan!" Diselamatkan oleh Hoon. Masa masa macam nilah nak sayang Hoon lebih. 

.

.

"APA NI?!" 

"BOLEH MAKAN KE?!" 

"HEOL!!" 

"GILA!" Mino, Seungyoon, Taehyun dan Jinwoo jerit serentak. Hoony mencekak pinggang bila dia tengok mereka berempat macam mempertikaikan masakan dia. 

"Amenda? Gila? Heol? Boleh makan ke? Apa ni? Tak nak makan sudah!" Hoon tarik muncung dan amik sudu untuk senduk kuah. Jinwoo tahan dia, "Kejap!! Aku nak amik gambar!!! Nak tunjuk kat Inseos! LOL." 

"Yela. Cepat!" 

Snap.

"Dah, jom makan." 

"Hyung serious ke boleh makan?" Taehyun masih ragu ragu. Yelah, meh sini Taehyun describe cam mana rupa dia, Kuah dia colour hitam pekat, macam letak kicap satu botol lepastu tak tambah air, pastu ada colour putih timbul timbul kat atas kuah. 

"Nam." Seunghoon panggil sambil tersenyum. 

"Ye?" Taehyun jawab tanpa rasa bersalah. Dia tanya je kut. 

"TANAK MAKAN SUDAH!" 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
WINNER- #1
Chapter 8: Kesian Mino.... hehhee
WINNER- #2
Chapter 6: AHAHAHHA ...... JAHATNYA DORANG PAKAT KENAKAN MINO.... DAN... BERAT BETUL DORANG XD
minsikyeoja
#3
Chapter 1: sambung pls~ inner circle nie agaggaaagag
inaequanimous
#4
Chapter 1: Awww pat sambung