Final

She's A Flirt

Gaeul terjaga dari lena apabila telefon bimbitnya tidak berhenti dari berdering. Dia sempat mengerling ke arah jam di meja lampu sebelum mencapai telefon bimbitnya.

            Pukul 3 pagi? Siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni? Dia bersungut di dalam hati. Namun panggilan itu tetap diangkat tanpa melihat nama si pemanggil.

            “Hello.”

            “Gaeul-ah,” si pemanggil memanggil namanya. Lelaki.

            Gaeul mengubah posisinya daripada baring kepada duduk. Dia bersandar pada kepala katil.

            “Woohyun-ah.”

            “Gaeul-ah,” pangggil lelaki itu lagi. Tetapi lelaki itu tidak berkata apa-apa lagi yang kedengaran hanyalah esakan halusnya.

            Gaeul mula tidak senang duduk. Dia panik apabila Woohyun hanya menangis di hujung talian.

            “Kenapa ni?” soalnya.

            “Woohyun kau kat mana?” Gaeul bertanya apabila soalannya yang pertama diabaikan oleh kawannya itu.

            “Aku... kat.. kat.. hospital,” balas Woohyun.

            “Hospital? Kau tunggu situ kejap lagi aku datang. Kau jangan pergi mana-mana?” tanpa menunggu jawapan daripada Woohyun, Gaeul terus menamatkan panggilan.

            Dia melompat turun dari katil dan menuju ke almari pakaian. Dia mencapai apa-apa  sahaja yang boleh dipakai dan menukar pakaian tidurnya sebelum keluar dari rumah.

            Pada waktu pagi begini tidak sukar untuk Gaeul mencari Woohyun di hospital itu. Dia mendekati kawannya yang terduduk lesu di hadapan wad kecemasan.

            “Woohyun-ah,” panggilnya sebelum duduk di sebelah lelaki itu.

            Woohyun tidak menunggu lama. Dia terus menarik Gaeul dalam pelukannya. Esakan yang sudah berhenti mula kedengaran semula dari mulut lelaki itu.

            Meskipun masih lagi terpinga-pinga dengan apa  yang terjadi, Gaeul tetap membalas pelukan Woohyun, menenangkan lelaki itu. Sekali gus menenangkan hatinya yang galau sewaktu dalam perjalanan ke hospital tadi.

            Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana jantungnya hampir berhenti kerana memikirkan ada sesuatu yang buruk terjadi kepada Woohyun. Namun mujur itu hanyalah mainan perasaannya. Betapa leganya apabila melihat Woohyun tiada apa-apa walaupun dia kelihatan agak tak terurus saat ini.

            “Sora.. kalau terjadi apa-apa kat dia macam mana?” ujar Woohyun dalam tangisannya.

            Gaeul mengusap lembut belakang badan Woohyun. Tahulah Gaeul kini yang mereka sedang menunggu Sora, teman wanita Woohyun.

            “Aku yang yakin yang dia tak apa-apa. Kita cuma kena berdoa untuk dia,” ujarnya cuba menenangkan lelaki itu.

            “Apa yang jadi sebenarnya?” soal Gaeul apabila lelaki itu kelihatan sedikit tenang.

            Woohyun tidak terus menjawab pertanyaan itu. Dia kelihatan sedikit ragu-ragu. Matanya penuh dengan perasaan bersalah. Gaeul dapat lihat itu.

            “Kitorang gaduh. Lepas tu dia lari. Aku datang sini bila pihak polis telefon. Diorang cakap kereta yang Sora pandu terbabas,” jelas Woohyun.

            “Ini semua salah aku. Kalaulah aku tak telefon dia minta jumpa. Kalaulah aku tak cari pasal dulu. Mesti kitorang takkan gaduh. Mesti dia takkan kemalangan macam ni.”

            Gaeul cepat-cepat mencapai kedua-dua belah tangan lelaki itu. “Ini bukan salah kau. Semuanya dah jadi, Woohyun-ah.” Sebelah lagi tangannya mengusap lembut lelaki itu.

           

Gaeul tak tahu berapa lama dia dan Woohyun menunggu di hadapan wad kecemasan itu. Matanya dikerling ke arah Woohyun yang sudah pun terlena di bahunya. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut rambut lelaki itu.

            Sudah berapa lama agaknya dia dan Woohyun tidak serapat ini? Dia tak ingat bila kali terakhir Woohyun melentokkan kepala di bahunya. Semuanya mula berubah bila teman rapatnya itu mula kenal dengan Sora.

FLASHBACK...

            “Gaeul-ah,” panggil Woohyun.

            Gadis itu mengangkat kepalanya. “Kau nak apa?”

            Woohyun berdecit apabila Gaeul seolah-olah mahu tidak mahu melayannya. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah kawannya itu. Gaeul masih lagi tidak menghiraukannya di situ. Matanya masih lagi terpaku ke arah komputer riba di hadapannya.

            “Kau buat apa? Menulis lagi?” soal Woohyun.

            “Hmmm.” Hanya itu yang dibalas oleh Gaeul.

            “Kau ni kan kalau dah jumpa laptop, kalau dah datang ilham tu, kawan kau yang handsome ni terus kau abaikan,” ujar Woohyun seperti merajuk bunyinya.

            “Hmmm.”

            Tanpa menunggu lama, Woohyun terus merampas komputer riba di hadapan Gaeul lalu diletakkan di tepi.

            “Ya! Aku tak habis taip lagilah,” marah Gaeul.

            Tetapi Woohyun tidak mengendahkannya. Dia terus meletakkan kepalanya di atas riba Gaeul.

            “Menulis tu bila-bila kau boleh buat. Sekarang ni aku ada kat sini kau kena tumpukan perhatian kat aku.” matanya mula dipejam.

            “Perlu ke?” ujar Gaeul cuba berseloroh.

            “Ya! Sekarang ni siapa kawan baik kau? Aku ke laptop tu?”

            Gaeul sekadar tersenyum. Untuk seketika mereka membiarkan sepi yang menguasai ruang. Gaeul merenung wajah Woohyun. Bagi Gaeul tiada yang tidak sempurna tentang wajah lelaki itu. Matanya, hidungnya, bibirnya. Semuanya sempurna.

            “Gaeul-ah.” Woohyun tiba-tiba bersuara. Matanya masih terpejam rapat.

            “Hmmm.”

            “Kau rasa sampai bila kita boleh jadi macam ni?”

            “Maksud kau?”

            “Yalah. Macam mana kalau satu hari nanti kita jumpa orang yang kita suka. Kau rasa kita boleh lepak macam ni lagi ke? Kau rasa aku boleh ke manja-manja dengan kau macam ni lagi?” soal Woohyun.

            Gaeul berfikir sejenak. Dia tak terfikir pun akan perkara itu. Dia tak pernah memendam perasaan terhadap mana-mana lelaki. Baginya Woohyun seorang sudah cukup untuk menerangi hidupnya. Tapi bagaimana pula dengan Woohyun? Mesti suatu hari nanti dia akan jumpa gadis idamannya. Bagaimana dengan dia nanti?

            “Mungkin kita boleh lepak sama-sama. Tapi aku tak rasa kau boleh bermanja dengan aku macam sekarang ni. Mesti girlfriend kau cemburu. Lagipun nanti kau dah ada dia manalah kau nak ingat aku lagi,” luah Gaeul.

            Woohyun terus bangun. “Siapa kata aku tak ingat kau? Walaupun nanti aku dah ada girlfriend, dah kahwin. Kau tetap istimewa dalam hati aku. Kau ada tempat kau sendiri dalam hati aku tau. Tak ada siapa boleh isi tempat tu melainkan kau sorang je,” ujar lelaki itu bersungguh-sungguh.

            Gaeul ketawa kecil. Woohyun dan mulut manisnya memang tak boleh dipisahkan.

            “Kau gelak? Aku seriuslah.”

            “Ya ya aku tahu.”

 

“Awak kat sini untuk cik Yoon Sora?”

            Lamunan Gaeul tergantung di situ. Woohyun juga sudah terjaga dari lenanya.

            “Ya, saya. Saya teman lelaki dia,” balas Woohyun.

            “Saya minta maaf. Tapi dia tak dapat diselamatkan.”

            Dunia sekeliling Woohyun seolah-olah berhenti berputar. Hanya kata-kata doktor tadi yang mampu didengarinya. Dia tak sedar yang dia sudah terduduk di atas lantai dengan air mata membasahi pipi. Dia tak sedar yang Gaeul sudah pun bersimpuh di sebelah sambil memeluk bahunya. Dia tak sedar yang bibirnya dari tadi tidak berhenti menyebut nama Sora. Dan dia tidak sedar bila dunianya yang tadinya berhenti kini mula menjadi kelam.

 

6 BULAN KEMUDIAN...

            “Woohyun-ah,” panggil Gaeul sambil menutup pintu rumah.

            Dia terus ke dapur dan meletakkan beg kertas yang dibawanya ke atas meja. Sejurus selepas itu langkah kakinya terus menghala ke arah bilik lelaki itu.

            “Woohyun-ah,” panggilnya lagi sambil pintu bilik dikuak perlahan.

            Sekujur tubuh sedang baring di atas katil dan diselubungi dengan selimut. Gaeul mengeluh perlahan. Dia menguak langsir membiarkan cahaya matahari menerangi bilik yang sentiasa kelam. Daun tingkap di buka luas membiarkan udara segar menyerbu masuk.

            “Aish!” Woohyun merengus perlahan kerana lenanya diganggu dengan sinaran terik mentari. Lantas selimut ditarik menutup seluruh mukanya.

            Namun Gaeul tidak membiarkan lelaki itu terus tidur. Dia menarik selimut yang membaluti tubuh kawannya itu.

            “Woohyun, bangunlah. Dah petang ni.” Gaeul mengejutkan lelaki itu. Tetapi Woohyun tetap membatu di atas katil.

            “Ya! Nam Woohyun!” kali ini nada suaranya ditinggikan sedikit.

            “Kau nak apa? Jangan kacau aku boleh tak?”

            “Bangunlah. Kau nak jadi apa ni?” Gaeul menarik lengan Woohyun.

            Lelaki itu menepis dengan kasar menyebabkan Gaeul terundur ke belakang setapak dua. Tetapi gadis itu tetap tidak berputus asa. Dia menggoyang-goyangkan tubuh Woohyun memaksa lelaki itu bangun.

            Tidak tahan lagi dengan gangguan Gaeul yang menyakitkan hatinya, Woohyun lantas bangun dari katil. Dia mencapai tuala sebelum menghilang ke dalam bilik air.

            “Kalau dah siap mandi nanti keluar bilik. Aku ada bawakkan makanan,” ujar Gaeul sebelum keluar dari bilik.

            Gaeul perasan renungan tajam yang dilemparkan oleh Woohyun saat lelaki itu duduk di meja makan. Tetapi dia hanya buat tak tahu. Dia dah biasa. Bukannya sehari dua dia jaga Woohyun. Sudah enam bulan. Setiap hari dia akan datang ke rumah untuk menjenguk Woohyun. Memastikan yang lelaki itu akan makan walaupun hanya sekali sehari.

            “Dahlah tak payah nak marah sangat. Makan,” ujar Gaeul selamba sambil menghidangkan nasi di hadapan Woohyun.

            Woohyun tidak banyak membantah. Dia terus mencapai sudu dan memulakan suapannya. Cara makannya saja sudah  tahu yang lelaki itu kelaparan. Usai makan, Gaeul terus mengangkat pinggan mangkuk ke sinki dan mula mencuci.

            “Lepas ni kau tak payah susah-susah nak datang sini,” ujar Woohyun dingin.

            “Kenapa?” soal Gaeul.

            “Sebab aku boleh jaga diri aku sendiri.”

            Gaeul tidak bersuara selepas itu. Dia menghabiskan cuciannya yang terakhir sebelum berpaling menghadap Woohyun.

            “Apa bukti yang kau boleh jaga diri kau sendiri?”

            Woohyun diam.

            “Kalau kau boleh jaga diri kau sendiri mesti kau boleh bangun pagi, sediakan makanan kau sendiri, kemas rumah. Tapi tengoklah kau sekarang. Selagi aku tak paksa kau bangun, selagi tulah kau terperap dalam bilik. Kalau aku tak bawak makanan untuk kau alamatnya kau boleh mati kebulur tahu tak?” ujar Gaeul lagi. Dia tahu kata-katanya sedikit kasar. Tapi dia peduli apa. Dalam keadaan Woohyun sekarang Gaeul dah tak boleh berlembut lagi.

            “Habis tu kau nak mengungkit. Aku tak paksa kaulah untuk jaga aku,” balas Woohyun.

            “Aku bukannya mengungkit. Aku cuma cakap benda yang betul. Dan aku ikhlas jaga kau sebab kau kawan aku. Aku nak Woohyun yang dulu.” Kata Gaeul sebak.

            Woohyun tidak sedar kesedihan pada nada suaranya. Malah, dia tak sedar pengorbanan yang dilakukan oleh Gaeul. Woohyun terus bangun dari meja makan.

            “Kalau tak ada apa-apa lagi kau boleh balik.”

            Dia ingin menuju ke bilik saat Gaeul bersuara.

            “Sampai bila kau nak jadi macam ni?”

            Woohyun berhenti melangkah tetapi tubuhnya masih lagi membelakangkan Gaeul.

            “Tolonglah sedar Nam Woohyun. Sora dah lama mati. Kalau kau buat perangai macam ni kau ingat Sora boleh hidup balik?”

            Kata-kata Gaeul telah mencabar keegoaan Woohyun. Darahnya mula mendidih saat nama Sora mula disebut.

            “Aku tak faham kenapa kau masih sayangkan dia lepas apa yang dia buat kat kau.”

            Kali ini Woohyun terus berpaling. Matanya mencerlung memandang Gaeul yang masih mematung di hadapan sinki.

            “Apa maksud kau?”

            “Aku tahu kenapa kau bergaduh dengan Sora. Aku tahu siapa Sora sebenarnya. Kenapa kau masih sayangkan dia lepas mainkan perasaan kau? Kenapa kau perlu salahkan diri kau sendiri atas kematian dia?”

 

FLASHBACK...

            “Gaeul-ah.”

            Dia berpaling saat namanya dipanggil. Dia tersenyum apabila Howon datang mendekatinya.

            “Kau apa khabar?” soal lelaki itu saat dia mengambil tempat di hadapan Gaeul.

            “Okey,” balas Gaeul ringkas.

            “Tipu.”

            “Hmm?”

            “Kalau kau okey kenapa kau menangis?” soal Howon.

            Gaeul terkedu. Dia ingin mengesat sisa air matanya di pipinya tetapi Howon telah mendahuluinya. Dia dapat dengar keluhan dari mulut kawannya itu lelaki itu mengesat sisa tangisannya.

            “Kau gaduh dengan Woohyun lagi ke? Dia marah kau lagi?”

            Dia tidak menjawab pertanyaan itu. Kerana dia yakin Howon pasti tahu jawapannya.

            “Aku minta maaf,” luah Howon tiba-tiba.

            Dengan dahi berkerut Gaeul bertanya, “Kenapa kau pulak yang minta maaf.”

            “Aku minta maaf bagi pihak Woohyun. Aku dah tak tahu macam mana nak nasihatkan dia lagi. Dah hampir empat bulan Sora pergi dia masih macam tu jugak,” keluh Howon.

            “Nak buat macam mana. Dia sayang sangat dengan Sora. Aku rasa kalau kita kat tempat dia pun kita akan jadi macam tu.”

            “Masalahnya dia jadi macam tu bukan sebab dia sayangkan Sora. Dia cuma rasa bersalah. Bagi Woohyun, dialah punca Sora kemalangan. Aku dah cuba nak sedarkan dia pasal hakikat tu. Dia aje yang tak nampak,” luah lelaki itu lagi.

            Gaeul mula bingung. “Aku tahu Woohyun rasa bersalah sebab dia bergaduh dengan Sora sebelum kemalangan tu berlaku. Tapi apa maksud kau yang Woohyun  jadi macam tu bukan sebab sayangkan Sora?”

            “Sebenarnya Woohyun dapat tahu yang Sora cuma mainkan perasaan dia,” terang Howon.

            Mata Gaeul terbeliak luas. “Woohyun dah tahu?”

            “Kau tahu pasal benda ni?” Howon pula bertanya.

            “Nanti aku beritahu.”

            Howon menyambung ceritanya. “Malam tu diorang bergaduh sebab Woohyun dah tahu perkara sebenar. Dia siap ada bukti yang Sora curang belakang dia. Tapi Sora tak mengaku. Malam tu jugak diorang putus. Betul-betul lepas pergaduhan tu Sora kemalangan. Sebab itu Woohyun salahkan diri dia.”

            “Sekarang beritahu aku. Macam mana kau boleh tahu pasal Sora?”

            Gaeul menghela nafas panjang. “Aku nampak sendiri Sora keluar dengan lelaki lain. Setiap kali aku ternampak dia mesti dia dengan lelaki lain. Aku ada niat nak beritahu Woohyun tapi aku tak sampai hati bila tengok dia macam sayang sangat Sora.”

            “Gaeul-ah, boleh tak kau janji dengan aku satu benda,” pinta Howon seakan-akan merayu kepada gadis itu.

            Dia mengangguk perlahan.

            “Tolong janji dengan aku yang kau akan selalu ada dengan Woohyun. Jangan tinggalkan dia. Walaupun dia tak sedar benda ni, tapi dia sangat perlukan kau,” ujar Howon.

            Segaris senyuman terukir di bibir Gaeul. “Aku janji.”

 

“Macam mana kau boleh tahu pasal Sora?” pertanyaan daripada Woohyun mematikan lamunan Gaeul.

            “Aku tanya macam mana kau boleh tahu pasal Sora?” jerkah Woohyun memeranjatkan kawannya itu.

            “Aku nampak sendiri Sora curang di belakang kau. Tapi aku tak sampai hati nak beritahu kau. Sebab aku dapat rasa yang kau takkan percaya cakap aku. Kau lebih percayakan Sora daripada kawan baik kau sendiri.”

            Gaeul merapatkan jarak di antara dia dengan Woohyun. “Woohyun-ah. Tolonglah lupakan semuanya. Sora dah tak ada. Dan kalaulah kemalangan tu tak terjadi sekarang kau mesti tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Woohyun, kau lebih tahu kebenarannya daripada aku. Kenapa kau mesti jadi macam ni?” luahnya perlahan.

            Dia ingin meletakkan tangannya di atas bahu Woohyun tapi lantas ditepis oleh lelaki itu.

            “Kau tak payah berlagak macam kau tahu semuanya. Dan berapa kali aku beritahu kau tak payah susah-susah ambil berat pasal aku. Kenapa kau mesti susahkan diri buat semua ni?”

            “Sebab aku sayangkan kau.” Akhirnya kata-kata itu keluar dari mulut Gaeul setelah sekian lama dia memendamnya.

            “Kau kawan baik aku. Dan aku sayangkan kau. Aku tak kisah kalau aku sakit tapi aku tak sanggup tengok kau sakit, tersungkur macam ni,” ujarnya lagi. Air mata mula bertakung di tubir matanya sebelum menitis membasahi pipi.

            “Pergi balik.” Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Woohyun.

            “Apa yang hebat sangat Sora tu sampai kau tak nampak aku yang selalu ni ada dengan kau? Aku buat semuanya untuk kau tapi kau cuma nampak Sora. Lepas apa yang dia buat pun kau mesti nak ingatkan dia. Tolonglah Woohyun, Sora dah mati.”

            Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Gaeul. Dia tak pernah menyangka yang Woohyun sanggup menaikkan tangan ke mukanya. Tak pernah sekali pun sepanjang mereka berkawan Woohyun sekasar ini. Dan kali ini dia benar-benar terluka.

            “Keluar.”

            Gaeul masih lagi terkaku di tempatnya. Sebelah tangannya masih lagi melekapkan di pipi yang masih terasa pijar gara-gara tamparan itu.

            “Keluar!” bentak Woohyun. Tidak sedikit pun rasa bersalah atas tindakannya. Sedikit pun tidak menghiraukan tangisan kawannya.

            Tanpa menunggu lama Gaeul mencapai beg tangannya sebelum meluru keluar. Dia berjanji yang dia takkan jejakkan kaki di rumah Woohyun lagi. Kalau Woohyun tidak lagi mengharapkan kehadirannya lagi sebagai seorang kawan, Gaeul bersedia menunaikan permintaan Woohyun.

             “Gaeul-ah.” Howon mendekati Gaeul.

             Gaeul perasan akan kehadiran Howon tetapi dia hanya buat tak tahu. Dia ingin terus pergi tetapi Howon pantas menghalang.

             “Kenapa ni?” soal Howon saat mengesan esakan halus dari Gaeul.

               “Ni pasal Woohyun ke?” soal Howon lagi.

               Tetapi Gaeul tetap membisu. Hanya tangisannya yang masih kedengaran.

               “Gaeul, tolonglah beritahu aku. Jangan buat aku macam ni.”

               Gadis itu yang menggeleng seraya mengesat air matanya. “Aku okey.”

               “Howon-ah, aku minta maaf.”

               “Aku tak boleh kotakan janji aku.”

 

Howon menutup pintu rumah Woohyun. Saat dia ingin melangkah ke bilik, matanya menangkap bayang tubuh kawannya yang sedang duduk di atas lantai dapur.

               “Woohyun-ah.”

                Lantas Woohyun mengangkat wajahnya. Howon tidak menunggu lama. Dia terus mengambil tempat di sebelah kawannya. Untuk seketika mereka membiarkan sepi yang menguasai ruang.

                “Howon-ah.”

                Mereka bertukar pandangan sebelum Woohyun berpaling memandang ke hadapan.

                “Kau rasa aku ni teruk ke?” soal Woohyun perlahan.

                “Sangat.”

                “Kau rasa aku ni bodoh ke?” dia bertanya lagi.

                “Sangat.”

                “Ya!” marah Woohyun apabila Howon seolah-olah mempermainkannya.

                Howon ketawa. “Dah kau tanya aku jawablah.”

                “Kau memang teruk tahu tak?” ujar Howon sebelum berhenti seketika. Dia meneliti riak wajah Woohyun.

                “Gaeul selalu ada dengan kau. Tak pernah sekali pun dia tinggalkan kau. Waktu kau dah ada Sora pun dia setia dengan kau. Bila kau jadi macam ni lagilah dia jaga kau. Tapi tengoklah apa yang kau buat. Sikit pun kau tak hargai dia. Kau ialah lelaki yang paling bodoh dalam dunia ni. Kau tahu kau sayangkan Gaeul tapi kau lepaskan dia pergi. Kau tahu yang Gaeul betul tapi kau ego,” ujarnya lagi.

                 “Aku buntu. Aku tak boleh lupakan apa yang jadi. Gaeul betul. Aku lebih tahu apa yang jadi. Perasaan aku dekat Sora memang dah lama mati lepas dapat tahu dia curang belakang aku. Tapi aku tak boleh buang rasa bersalah aku kat dia.”

                  “Kau bukan tak boleh. Kau tak nak. Aku tak nampak pun kau cuba untuk buang semua tu jauh-jauh. Kau biarkan perasaan tu menguasai diri kau. Lepas tu orang lain yang jadi mangsa,” sampuk Howon membuatkan Woohyun kehilangan kata-kata.

                  “Apa yang patut aku buat sekarang?” soal Woohyun perlahan

                  Howon tersenyum. Dia menepuk lembut bahu kawannya.

                  “Lupakan semuanya dan buka buku baru. Gaeul tengah tunggu kau.”

 

Saat Gaeul mencelikkan matanya, dia mula rasa tak sedap badan. Dia melekapkan tangan di dahi. Panas. Dia mengeluh perlahan. Tanpa terfikir untuk bangun dari katil, Gaeul menyambung lenanya.

                  Gaeul tersedar apabila ada sesuatu yang lembab menyentuh dahinya. Dia terkedu apabila matanya bertentang dengan sepasang mata yang tidak asing dalam hidupnya. Woohyun. Lelaki itu sedang menjaganya? Mustahil. Dalam keadaan separuh sedar itu Gaeul mendapat satu kesimpulan. Mimpi. Ya, dia sedang bermimpi yang Woohyun menjaganya. Alangkah indahnya kalau Woohyun betul-betul datang menjaganya pada saat ini.

                   Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang saat Gaeul mencelikkan matanya. Ajaibnya, demamnya sudah kebah sedikit. Mungkin dia hanya perlukan tidur yang cukup. Kemudian dia turun dari katil apabila menyedari yang perutnya sudah lama berkeroncong dan perlu diisi.

                    Gaeul menangkap bunyi dari dapur. Jantungnya mula bedegup kencang. Takkanlah rumahnya dimasuki pencuri? Dengan acah-acah berani dia ke dapur. Tetapi susuk tubuh yang dilihatnya di dapur itu lebih mengejutkan daripada pencuri.

                      “Woohyun?”

                     “Dah bangun. Jom makan,” ujar Woohyun sambil menghidangkan makanan di atas meja.

                     Daebak! Lamanya aku bermimpi. Aku ni rindu sangat ke kat dia sampai dia datang dalam mimpi aku? Tadi aku mimpi dia jaga aku sekarang aku mimpi dia masakkan aku makanan pulak? Heol!

                     “Yang tercegat kat situ lagi kenapa? Jom makan.”

                     Gaeul masih lagi percaya yang dia bermimpi sehinggakan dia membiarkan saja Woohyun menariknya ke meja makan. Woohyun memaksa Gaeul duduk di kerusi. Dan gadis itu hanya patuh.

                     “Aku tengah mimpi ke?” soal Gaeul lebih kepada dirinya sendiri.

                     Woohyun hanya tersenyum dengan telatah Gaeul. Spontan tangannya mencubit pipi gadis itu.

                     “Auch! Sakitlah.” Marah Gaeul sambil mengusap pipinya.

                     “Itu maksudnya kau tak bermimpi.” Woohyun menarik kerusi di sebelah Gaeul.

                     Gaeul memandang Woohyun tanpa berkelip matanya. Rupa-rupanya Woohyun kini benar-benar di hadapannya.

                     “Kau buat apa kat sini?” soal Gaeul.

                     “Jaga kau,” balas Woohyun selamba.

                     “Macam mana kau tahu aku tak sihat?” soalnya lagi

                     “Aku datang nak jumpa kau. Aku tekan loceng banyak kali tapi kau tak buka pintu pun. Jadi aku redah masuk ajelah,” terang Woohyun.

                     “Kenapa kau nak jumpa aku?”

                     Woohyun ketawa kecil. “Kau ni memang banyak tanya kan?” dia cuba berseloroh.

                      Tetapi melihat Gaeul yang serius, Woohyun mematikan tawanya. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Gaeul.

                       “Aku nak minta maaf,” ujar lelaki itu.

                       “Sebab?”

                       “Sebab aku tak hargai apa yang kau dah buat untuk aku. Sebab aku dah sakitkan hati kau,” ujar Woohyun sambil matanya merenung tepat ke dalam mata Gaeul.

                       “Dan sebab aku tak dapat baca perasaan kau yang sebenar kat aku,” sambungnya lagi.

                       Jantung Gaeul berdegup kencang. Dia tak tahu apa yang Woohyun cuba sampaikan. Adakah lelaki itu akan menolak perasaannya?

                       “Lepas kita gaduh hari tu. Aku mula sedar yang aku silap. Aku mula sedar yang sebenarnya aku perlukan kau. Bukan sebagai kawan. Tapi lebih daripada tu. Jadi aku cuba lupakan semuanya. Aku mula belajar jadi Woohyun yang dulu. Woohyun yang kau rindu sangat-sangat.”

                       Tubir mata Gaeul mula bertakung dengan air mata. Tetapi belum sempat cecair itu membasahi pipi, Woohyun terlebih dahulu mengesatnya.

                       “Minta maaf sebab aku lambat datang.”

                       “Okeylah tu daripada tak datang lansung.” Gaeul bergurau.

                       Tangan Woohyun kemudiannya mengusap pipi kanan Gaeul.

                       “Mesti sakitkan bila aku tampar kau dulu?” soalnya. Kekesalan jelas terpancar pada matanya.

                       “Sekarang dah tak sakit lagi. Sebab kau ada.”

 

TAMAT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
edariena #1
ITS NICE...KEEP IT UP
AngelBap #2
Chapter 1: Best cerita ni