Bhg. 01

Very Good

"Taeilie hyung, apa yang kau renungkan tu?"

"Burung tu.. kalau aku tangkap kita boleh makan tak??"

"Itu burung gagak, hyung."

"Ada orang cakap, kalau kita lapar tahap gaban ni batu pun kita boleh telan tau."

"Kalau macam tu aku hidangkan batu la untuk makan malam kita malam ni, ..okey?" Bangkit Park Kyung dari tempat duduknya berlalu terus ke dapur.

     Kini tinggal Taeil berseorangan di ruang tamu. Menoleh ke kiri dan ke kanan. Duduknya tak keruan dek kelaparan yang dihadapi. Cuba untuk menangkap burung gagak yang hinggap di beranda rumah mereka tetapi gagal. Keluhan kedengaran bersamaan dengan bunyi perutnya.

     Hari ini merupakan hari ke dua mereka semua berlapar. Walaupun mereka tinggal dirumah mewah dan mempunyai barangan mewah-mewah belaka di badan tetapi di dompet mereka yang ada hanyalah habuk. Ya, mungkin tidak semua berhabuk. Paling banyak pun dapat beli gula-gula sebiji. 

     Taeil merebahkan badannya di atas permaidani mahal yang di beli oleh Yu kwon tempoh hari. Dari kelembutan dan reka bentuk permaidani ini memang boleh di lebel mahal. Berapa mahal pun dia tidak tahu. Yu kwon memang seorang yang berahsia dan pendiam tetapi senyuman dia mampu membuat hati para gadis cair.

"Kyung-ah! Kau betul ke nak kita semua makan batu hari ni?" Jerit Taeil di ruang tamu di tempat dia baring sambil berguling ke kiri dan kanan. Merasakan kelembuat permaidani tersebut.

"Bukan itu ke yang kau suggest tadi??" 

"Aku tak nak makan batu..."

     Kedengaran tawa kecil Park Kyung di dapur. Taeil mengeluh. "Kenapa la aku mesti ada kawan sengal macam dia ni." kata Taeil sendirian sambil matanya tertutup.

     Tanpa Taeil sedar dia telah terlena dalam kelembutan permaidani mahal yang di beli oleh Yu Kwon tetapi tiba-tiba dia merasakan seperti ada sesuatu yang berat menghimpap perutnya. Hairan. Tapi dibiarkan saja kerana dia tidak larat mahu membuka matanya.

"Hyung... kau hidup lagi tak ni..." 

"Bila kau balik Jiho?"

"Hyung... aku tak pergi memana pun. Aku ada je kat rumah ni." 

"Eh? Aku ingat kau keluar." Taeil membuka matanya dengan malas dan cuba untuk bangun tetapi badan Jiho terlalu berat untuk dia tolak ke tepi.

     Perasan seperti Taeil susah untuk bernafas, Jiho bangun dari terus baring di atas perut Taeil dan duduk bersila di tepi Taeil, "Tadi masa kau dok termenung tengok gagak tu aku ada kat sebelah kau. Siap cakap dengan kau lagi, tapi kau tak layan aku pun." 

"Tapi bila kyungie cakap dengan kau, kau balas pulak cakap dia." Bebel Jiho.

"Oh, mungkin sebab minda aku menolak ke wujudan kau." seloroh Taeil sambil memberi jeling kepada Jiho.

     Geram dengan kata-kata Taeil, Jiho menepuk perut Taeil dengan sekuat hati membuatkan Taeil terduduk serta-merta akibat senak perut di tambah dengan perutnya yang masih kosong kerana tidak makan apa-apa lagi.

     Tidak sempat Jiho perasan satu pukulan hinggap di kepalanya. Kini dia pula mengeran kesakitan. "Sakit.. Berani betul kau pukul ketua kumpulan ni, hah?!"

"Berani juga kau pukul orang paling tua kat kumpulan ni, hah?! hah?!"  

     Jiho terdiam seketika. "Aku tak rasa kau orang paling tua kat kumpulan ni dengan raut muka kau yang comel tu. Baby face. Taeil hyung our baby Tae!"  Jiho mencubit kedua-dua belah pipi Taeil membuatkan muka Taeil kemerahan, malu dan marah pada masa yang sama.

"Diam! Ish!" Taeil cuba untuk memukul Jiho tetapi kali ini Jiho sempat menahan tangan Taeil dari memukul kepalanya lagi.

     Jiho tertawa girang.

     Taeil bengang. 

"Hyung, bom yang aku beli hari tu kau dah tengok?"

"Aku da buang."

"Huh?! Asal kau buang?! Mahal tau tak aku beli bom tu."

"Tu bukan bom tapi sampah. Boleh tak kau jangan bazirkan duit kau tu beli sampah."

     Kali ini Taeil pula yang merasa sakitnya apabila kepalanya pukul oleh Jiho. "Arghh! Boleh tak kau berhenti pukul aku. Tau tak umur aku ni lagi besar dari kau. Hormat sikit boleh tak?!" Taeil mengusap kepalanya yang sakit.

"Umur kau je yang besar tapi badan kau tetap kecil macam budak. Lagi, pukulan tu denda untuk kau sebab buang barang yang aku belikan untuk kau." Bebel Jiho. "Tau tak betapa sayangnya aku kat kau sampai berhabis duit aku labur kat bom tu."

"Aku tak suruh pun kau beli bom tu." Kata Taeil kembali membaringkan dirinya di atas permaidani. "Patutnya kau kena laburkan duit kau tu belikan aku lolipop banyak-banyak!"

"Kau bukan budak kecik okey yang aku kena belikan lolipop." Kini Jiho pula membaringkan dirinya di permaidani yang sama tempat Taeil baring tapi kali ini bukan di atas badan Taeil tapi di tepi Taeil.

"Bom tu-" 

"-untuk our next projectkan? Bank kat area bandar sebelah clear hyung! Bila-bila pun kita boleh datang melawat staff's kat situ." Sergah Jihoon. Duduk mencangkung di bahagian atas antara kepala Taeil dan Jiho tempat mereka baring, muka disua dengan senyum lebar membuatkan Taeil terkejut lalu bangun dari tempat dia baring dan kepala mereka berdua terhantuk.

     Taeil mengeran kesakitan. Begitu juga Jihoon.

     Jiho tergelak kecil. "Kau masih tak dapat ubah sifat senang terkejut kau tu kan, hyung."

"Diam la!" Taeil mengusap kepalanya yang sakit. 

"Bila kau balik, Jihoonie?"

"10 minit lepas. Korang syok sangat bergaduh sampai aku balik pun korang tak perasan. Sedih betul!" Jihoon memancungkan bibirnya. 

"Ooo.. Ah, pasal next project kita tu Jihoonie, kita batalkan je la." Kata Jiho sambil mengerakkan badan sedikit ke tepi dalam keadaan baring lalu di rehatkan kepalanya di atas paha Taeil yang sedang duduk bersila.

     Jihoon memberi reaksi terkejut. "Kenapa pula? Tempat tu clear tau tak."

"Aku tau, tapi si pendek yang bernama LEE TAEIL ni dah buang bom yang aku beli tu. Senapang yang aku order pun tak sampai lagi. Jadi terpaksa la kita batalkan niat nak tangkap ikan paus. Kita tangkap sardin je." Bebel Jiho

"Apa yang kau merepekkan ni Jiho hyung? Ikan paus? Ikan sardin? Kau nak tukar plan pergi memancing pula ke?" Jihoon mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kadang-kadang Jihoon terlalu naif untuk memahami bahasa kiasan.

     Taeil menggeleng kepalanya dan tergelak kecil. "Jangan jadi macam Jaehyo, di suruh pergi pancing ikan lamanya terasa macam dia tengah tunggu ikan bertelur! Punya lama kita tunggu dia balik dari pancing ikan  boleh pula dia sua kita dengan ayam goreng, 'ikan tak suka aku jadi ayam je yang aku boleh belikan'." Jiho mengangguk setuju.

     Dahi Jihoon berkerut. Makin dia cuba memahami apa yang yang dimaksudkan oleh dua orang hyungnya, dia jadi bertambah keliru. Cerita mereka sudah lari dari cerita asal. 

     Tidak mahu mengelirukan lagi fikirannya, dia mengeluarkan sebatang lolipop dari poket seluar jeans milik Jiho yang dipinjamnya sebab semua seluarnya tidak berbasuh lagi, lalu membuka plastik lolipop tersebut dan dimasukkan ke mulutnya.

     Secara tiba-tiba dia merasakan seperti ada orang sedang memerhatinya dengan pandangan yang tajam dan orang itu adalah LEE TAEIL, dan dia tahu sebabnya kenapa. "Lolipop ni tinggal satu je, nak kongsi memang tak boleh la." Jihoon bercakap sambil gula-gula lolipop di dalam mulutnya dan tangannya memberi signal 'X'.

     Taeil memancungkan bibirnya. Cuba berlakon comel dihadapan Jihoon supaya memberi lolipop tersebut kepadanya tetapi tidak dilayan oleh Jihoon. Dia memalingkan mukanya ke tepi supaya tidak terjerat dengan serangan comel hyungnya itu. Selalunya Jihoon akan automatik memberi apa saja yang di mahukan oleh Taeilie hyung kegemarannya apabila dia membuat muka comel. Tapi sekarang perutnya terlalu lapar jadi, dia terpaksa mementingkan dirinya dahulu.

     Jiho pula hanya melihatkan saja perangai hyung dan maknaenya. Dia tahu Taeil sangat suka lolipop dan mereka semua yang tinggal didalam rumah ini mengetahuinya. Kadang-kadang mereka akan membelikan lolipop satu kotak besar dan diberikan kepada Taeil. 

"Kalau macam tu boleh aku tengok perisa apa yang kau makan tu?" Taeil masih lagi mengekalkan reaksi wajah comelnya kepada Jihoon.

     Jihoon dengan naifnya mengeluarkan lolipop dari mulutnya dan ditunjuk ke Taeil, "ni perisaan lime s-" belum sempat Jihoon menghabiskan percakapan, Taeil dengan serta-merta merampas lolipop dari tangan Jihoon dan dimasukkan kedalam mulutnya. 

     Jihoon tercengang. 

     Jiho pula cuba untuk menahan dirinya dari ketawa.

"Hyung lolipop aku!" Jerit Jihoon di hadapan Taeil dan cuba untuk merampas kembali lolipop miliknya.

"Eh, aku tak kongsi lolipop dengan orang, okey." Taeil menepis tangan Jihoon dan berdiri secara tiba-tiba dan membuatkan kepala Jiho yang berada di pehanya terhantuk ke lantai jubin yang beralaskan permaidani.

     Sakit. Jiho mengusap kepalanya. Kembali duduk dan cuba untuk menegur Taeil tetapi terbantut apabila dia melihat Taeil memegang patung kepala monyet kesayangan Jihoon, 'bila masa pula dia ambil patung tu kat bilik?' Berbisik Jiho di dalam hati.

"Taeilie hyung apa lagi kau nak buat dengan patung aku tu?" Jerit Jihoon dengan reaksi muka yang terkejut dan takut.

     Tanpa berkata apa-apa Taeil membaling patung kesayangan Jihoon keluar dari tingkap beranda ruang tamu rumah mereka. 

     Terkejut dengan tindakan Taeil, Jihoon berlari ke tingkap beranda ruang tamu rumah mereka dan melihat patung kepala monyet kesayangannya melayang jatuh ke tanah dari ketinggian 11 tingkat rumah  mewah mereka.

"Taeilie hyung kejam!" Jerit Jihoon lagi dengan air mata bergelingan di matanya dan berlari keluar rumah untuk mendapatkan kembali patung kepala monyet miliknya.

     Taeil tertawa gembira. "Tulah akibatnya kalau tak kasi aku lolipop tadi." Taeil menyilang tangannya dan memulakan langkah pergi ke dapur. Mahu melihat Park kyung.

     Jiho menggelengkan kepalanya. "Tapi kau dah rampas lolipop dia bukan?" Kata Jiho sendirian. 

     Bila di ingatkan kembali, ini bukan kali pertama Taeil membaling keluar barangan milik mereka keluar tingkap jikalau permintaan atau perintahnya tidak dituruti.

     Kedengaran keluhan dari mulut Jiho. Taeil hyung mereka ini senang dibuli dan dalam pada masa yang sama susah untuk dikawal. Oleh sebab itu Jiho selalu memberi perhatian lebih kepadanya. 

"Siapa lagi yang buat si budak rambut merah tu menangis?" Kata si jejaka rambut perang di muka pintu rumah mereka yang tidak ditutup oleh Jihoon.

     Jiho memaling mukanya ke arah pintu rumah mereka. Ia Yu kwon. Membawa dua beg berupa kotak besar berwarna hitam yang berukuran 1,066mm x 90mm di tangannya dan beg gitar yang berwarna hitam juga dibelakangnya. Dengan serta-merta Jiho bangun dan pergi mendapatkan beg tersebut dari tangan Yu kwon. 

"Fxxk dude! Aku ingat benda alah ni tak sampai lagi. Mati-mati aku ingat Hoong ssi tipu aku sebab dekat sebulan aku order benda alah ni tak datang-datang. Aku call dia, dia tak angkat. Damnit." Bebel Jiho sambil membawa beg tersabut ke ruang makan yang berhampiran dengan ruang tamu dan diletakkan beg tersebut di atas meja.

     Yu Kwon menutup pintu rumah mereka serapat yang mungkin supaya suara teruja dan bengang leader mereka tidak didengari jiran tetangga. Selepas selesai membuka kasut dia meletak beg yang berisi gitar miliknya di tepi meja dan berkata, "Dude, boleh kau bagi tau aku tak, kau bagi dia alamat kat mana? Studio tempat aku kerja bengong. Nasib baik la masa mamat-mamat yang hantar benda alah ni kat studio aku orang tak ada masa tu. Haisss." 

     Jiho memberi reaksi terkejut. "Eh, aku bukan bagi alamat rumah ni ek?" Jiho terdiam seketika. "Ahh.. aku dah ingat. Park kyung! Dia yang taip alamat studio kau. Sebab dia kata bahaya kalau bagi alamat rumah ni. Pengawal banyak." 

"Oh, kalau bagi alamat studio aku tak bahaya la?" Berkerut dahi Yu kwon memandang Jiho di tambah dengan jelingan yang tajam. Tangannya disilang.

"Chill dude! Untuk keselamatan kita semua. Haha." Park kyung meletakan lengannya di belakang leher Yu Kwon. Jelingan diberi.

     Park kyung dan Taeil datang ke meja makan apabila mereka mendengar suara Jiho dan Yu kwon bising menyalahkan satu sama lain.

"Sampah apa pula yang kau beli kali ni Jiho?" Taeil menarik salah satu kerusi di meja makan itu dan duduk sambil dagunya di sentuhkan ke permukaan meja dan jarinya bermain-main dengan batang lolipop yang sudah habis dimakan diatas meja.

"Aku tak beli sampah la hyung! Benda ni 'rifle' (senapang patah) tau tak. Banyak dah duit aku labur untuk beli menda alah ni." Jiho bengang dan menarik salah satu beg hitam tersebut.

"Eh..?! Bukan 'M16' ke? Mamat yang hantar benda alah ni kata barang yang kau order 'M16'!" Terkejut dengan kata-kata Jiho, Yu kwon mengambil satu lagi beg berwarna hitam dan membuka klipnya.

     Apabila mereka berdua membuka beg tersebut, mereka tercengang. Begitu juga Taeil tetapi Park kyung tidak memberi sebarang reaksi.

"What the hellaa.. Seriously ni memang 'M16'. Tapi tak salah aku, aku tak order senapang jenis 'M16' ni." Jiho menyentuh salah satu daripada 4 senapang jenis 'M16' tersebut. Setiap satu beg mempunyai 2 'M16' di dalamnya dan 4 papan peluru tersusun rapi berada berhampiran senapang itu.

    Jiho mengangkat salah satu 'M16' tersebut lalu di hala tepat ke arah muka Park Kyung. Mata sebelah di tutup seperti mahu menembaknya. Yu Kwon dan Taeil terkejut melihat Jiho tiba-tiba berubah. "Ni kau punya kerja kan, Park Kyung?"

"Apa? Zaman sekarang orang tak guna 'rifle' tau. Pakcik pegawai pun standard guna 'shotgun'. Kata Park Kyung dengan wajah selamba.

"Fxxk off! Patut la aku rasa pelik kenapa harga 'rifle' ni mahal sangat bila buat pembayaran hari tu. Kau tukar order aku rupanya." Jiho cuba menarik kolar baju Park Kyung dengan tangan kirinya tetapi dihalang oleh Yu Kwon. "Kau dah buat aku miskin dengan senapang ni! Kau dengan Taeil hyung sama saja!"

"Eh, apahal aku termasuk pula dalam cerita ni. Kyungie yang buat hal aku sekali yang kau marah." Taeil memancungkan bibirnya, protes!

     Yu Kwon mengambil 'M16' daripada tangan Jiho dan dimasukkan kembali ke tempat asalnya. "Kalau pasal bom yang Taeilie hyung buang tempo hari tu aku dah kutip balik. Bom tu ada kat bilik aku."

"Huh?! Jadi kau betul-betul buang la bom tu Taeil?" 

"Jadi kau ingat aku main-main bila aku cakap aku buang bom tu?!" Taeil memandang tepat ke mata Jiho.

     Malas mahu berlawan mata dengan Taeil, Jiho memalingkan pandangannya ke Yu Kwon, "Pergi ambil bom tu Kwon-ah. Kita ada pro-"

"-jek yang kita nak buat petang ni kannnn...!" Kata Jihoon sambil tersenyum dari telinga ke telinga. Tangan kanan memberi signal 'V' manakala tangan kirinya memeluk patung kepala monyet kesayangannya.

"Jihoon boleh tak jangan potong bila aku tengah bercakap?" Jiho hanya mampu tersengeh melihat gelagat maknaenya itu.

"Tapi Jiho hyu... huaaaa... 'M16'!" 

"Jihoon kau dah tutup pintu?"

"Dah Kwonie hyung!" 

     Membiarkan saja Jihoon dengan keterujaannya. Jiho memandang Park Kyung, Taeil dan juga Yu Kwon, "Disebabkan semua barang yang diperlukan sudah ada jadi Kwonie kau ambil bom yang kau simpan tu. Taeilie hyung.. kau jaga budak rambut merah ni. Jangan kasi dia ni meriang sangat."

"Okey." Kata Yu Kwon dan beralih pergi ke biliknya.

"Si monyet ni? Tak da masalah." Jari menunjuk 'good' kepada Jiho.

     Jiho memandang Park Kyung, "Apa?" Kata Park Kyung.

"Kau call yang lain suruh balik."

"Kalau dorang tanya sebab apa dorang kena balik aku nak kata apa?"

"Cakap kita ada projek besar yang kita nak kena settlekan.."

 

 


 

Cerita ni sepatutnya one short story je. Tapi aku x tau kenapa dia jadi panjang berjela macam ni. Aku dah cuba pendek kan cerita ni dan mungkin akan ada ke pelikkan sikit dalam bahasa serta jalan ceritanya sbb aku terpaksa edit kasi pendek sikit cerita ni dan ia masih akan ada sambungannya. 

Pada siapa yang x suka long story, mohon maaf di pinta.

Komen saja kalau nak.

Bye~

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 1: not bad permulaannya...
tp boleh sy tau, diorg tu kerja apa? perompak ke?
hahaha tak sabar utk sambungannya~
Burnkookie
#2
Chapter 1: Author walaweii waa salute lu bro ! Bestt lah dooooo ~ lawak nak matey xD .. Hahahahahah , mental breakdown jadi nya dgn ff ni lol ~ btw kipidap bruh ! Update soon *wink*
mpreggoland
#3
Tak sabar nk baca yg selanjutnya(^_^)