Cinta Yang Tidak Pernah Padam
Description
Kisah cinta rakan sepermainan iaitu Naq dan Ameer. Hubungan mereka pada mulanya adalah sekadar noona-dongsaeng (Kakak & adik). Mereka ditemukan sebagai rakan sekolah dan sebagai ELF. Mereka sering meluangkan masa bersama tidak kira sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Kerana keakraban itulah mereka sering dilanda gosip hangat oleh rakan seperjuangan (ELF). Namun begitu Ameer sentiasa melindungi Naq. Pada Ameer gadis comel bernama Naq itu adalah sangat berharga. Dia sanggup korban diri demi melihat Naq bahagia dan selamat.
Disebalik hubungan mereka, masing-masing mula menyedari berputiknya cinta di dalam hati. Cinta itu semakin mekar saat mereka sedang dewasa. Perasaan itu harus diluahkan tetapi perlu ada cara yang betul.
Adakah Ameer dan Naq mampu meluahkan perasaan mereka yang terpendam?
Atau..
Kedua-duanya hanya membisu menanti peluang kedua.
Foreword
Penerangan Cerita:
Isi kandungan cerita ini adalah rekaan semata-mata yang ditulis oleh ahli-ahli di dalam group yg dirahsiakan namanya. Mereka ini semuanya kuat imaginasi hingga menyebabkan cerita ini dilahirkan. Cerita ini diolah 100% melalui kerjasama imaginasi kami.
Pengenalan Watak:
#Naqisyameer - Seperti sedia maklum Naq dan Ameer ialah rakan sepermainan. Kedua-duanya menjadi gosip hangat kerana kami terlihat mereka mempunyai aura kasih sayang yang luar biasa. Oleh itu mereka telah disatukan menjadi pasangan popular di dalam group kami.
- Nama2 lain yang wujud di dalam cerita ini adalah sebagai watak sampingan.
- Mungkin ada unsur yg agak tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah umur. Tapi cerita ni takla bahaya sangat ye xD
Nota Ringkas:
Jikalau wujud typo tak kira dari segi ejaan atau tatabahasa, anda boleh abaikan. Maklumlah kami ni keyboardwarrior sangat. Tak terdaya nak betulkan typo yang wujud
Comments