Memori.

Mr Bean vs Miss Elsa

Jackson menghela nafasnya dengan lemah. Moodnya untuk kembali menghirup kopi yang dibelinya terhenti tatkala wajah mulus Na Jiu terngiang-ngiang di dalam kotak fikirannya. Jackson tersenyum sendirian. Teringat akan wajah kanak-kanak Na Jiu yang memohon dirinya untuk membelanjakan kehendaknya. Wajah garang serta bengis Na Jiu  apabila dia mula menyakat Na Jiu ketika sedang bekerja. Wajah comel Na Jiu yang tertidur di bahunya selepas kerja. Biasalah doktor kata kan, rehat tak pernah nak cukup. 

 

*FLASHBACK*

Jackson merenung ke arah gadis yang berpakaian gaun berwarna biru dan putih itu. Sungguh luar biasa! Sebijik seperti Elsa di dalam cerita frozen cuma rambut gadis di hadapannya ini berwarna hitam. "Woi, pasal tenung aku camtu?" soal gadis itu. Jackson tersenyum lantas membalas "Dah macam makcik janda berhias je rupa kau." Gadis itu terus memuncungkan bibirnya. "Sampai hati kau. Aku terpaksa pakai gaun ni tau." rajuk gadis itu. "Eleh, nak merajuk pulak." balas Jackson malas.

Gadis itu tetap memuncungkan bibirnya sambil membetulkan gaunnya. "Padan muka kau Na Jiu, nak sangat jadi doktor." kata Na Jiu dalam hati. "Jackson, cepatlah start enjin kereta!" arah Na Jiu apabila Jackson setia berdiri tegak seperti "pak guard".

"Ha'ah lah. Aku lupa." Jackson menepuk dahinya. Setelah kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta, Na Jiu bersuara "Mesti kau terpegun dengan kecantikan aku sebab tu lah kau lupa." "Takde maknanya makcik! Aku cuma kesian sebab makcik macam kau kena pakai gaun." "Taknak mengaku sudah." "Hah, apa kata aku panggil kau Elsa! Miss Elsa." Jackson berkata beria-beria dengan senyuman yang lebar. "Okey, kau panggil aku Miss Elsa, aku panggil kau Mr Bean."
 

"Apa lah kau ni! No! Aku tak benarkan." "Aik, marah? Suka hati je panggil aku Elsa, tau lah aku tak pernah pakai gaun. Nak kutuk pulak. Aku terpaksa tau!" bebel Na Jiu. Masing-masing mendiamkan diri dan melayan perasaan masing-masing.

Tiba-tiba kring-2. Telefon bimbit Na Jiu berbunyi kuat minta dijawab. "Ya ma?" Jawab Na Jiu dalam bahasa Jepun. "Tengah otw nak pegi hotel lah ni." "Dengan Jackson." "Ye, saya tau lah jaga diri." "Bye, love you too." Na Jiu segera menekan butang merah telefon bimbitnya. "Mummy Siho ke?" "Ya." "Still mad at me?" Jackson mula menggunakan bahasa inggeris. Na Jiu mengerutkan dahinya lantas berpaling ke arah Jackson. "Excuse me, aku hanya tahu bahasa Jepun dan Korea. Faham?" Terburai gelak tawa Jackson selepas mendengar kata-kata Na Jiu. Siap ada slang lagi! 

"Ok, dah sampai." "Dah? Cepatnya. Aku dahlah nervous ni." Na Jiu mengetap bibirnya. "Nervous apa nya? Semua doktor kan dalam tu." "Memang lah~ tapi tetap nervous."Kau ni sama je tak ubah macam budak 2 tahun. Budak 2 tahun pun pandai jaga diri tau." "Tak payah lah nasihatkan aku, aku tetap aku. Sampai ke cucu cicit pun aku still Song Na Jiu yang kau kenal dan nampak sekarang." kata Na Jiu bersungguh-sungguh. 

------------------------------------------------------------------------------------

Lamunan Jackson terhenti tatkala merasakan ada orang memegang lembut bahunya. "Jauh termenung." Jackson tersenyum. Memang betul kata sahabat nya itu. "Berapa lama aku termenung?" "Adalah dalam setengah jam jugak. Nasib baik lah ada lawyer lain ganti kan untuk kau. Penat kita orang cari tau." dalam keadaan suara yang biasa, terselit segala "keperlian" di dalam ayat itu tadi. Jackson kembali tersenyum. 

"Best dapat perli aku?" "Ehhh, best sangat weh!!" Jackson menepuk-nepuk bahu rakannya itu. "Lepas kerja kita minum eh, otak aku sesak ah." Pemuda itu merenung Jackson dalam-dalam. Lain macam sahaja ayat rakannya itu tapi dia mengiakan sahaja. Mana tidaknya, selalu nya dia lah yang mengajak Jackson minum tapi semua ditolaknya. 

Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam bangunan tempat peguam bekerja semula. Hati Jackson yang sesak tadi, kembali surut satu persatu.

 

"Kau kata kau tak berubah tapi kenapa kau perlu berubah sekarang..Miss Elsa?"



 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet