The End

My Thoughts You Can't Decode
Please Subscribe to read the full chapter

 

Halla telah dilahirkan oleh Raja Luhan dan Permaisuri Taeyeon pada hari pertama musim bunga dimana pada masa yang sama, kejahatan mula merebak di kaki langit. Kejahatan ini memberi kesan pada peristiwa cerita kita. Bukan sahaja Permaisuri mempunyai penyakit yang membawa maut, malah Ailee dilahirkan dengan dua gangguan personaliti. Dia telah menunjukkan gejala pelbagai gangguan personaliti, bahkan dia juga menderita penyakit Skizofrenia.

 

Tiada siapa di muka bumi ini mengetahui bahawa perkara seperti ini telah berlaku, kerana Halla menyimpan rahsia penyakit dia tersebut. Halla memutuskan bahawa demi kebaikan ibunya, dia akan menyimpan ledakan keganasan dia kepada dirinya sendiri sahaja.

 

Taktik ini berjaya selama beberapa tahun dan ibu Halla mampu melawan penyakit maut dia untuk beberapa kali. Halla perasan, betapa lemah ibunya bila dia perhatikan tahun ke tahun yang seterusnya dan menjauhkan diri darinya. Permaisuri sedar bahawa dengan usia yang semakin meningkat, dia menghadapi kesukaran menjaga keadaannya dari kerajaan dia sendiri.

 

Satu hari, semasa Halla berumur tujuh tahun, ibunya meninggal dunia. Rakyat mereka dan hampir keseluruhan kerajaan menganggap yang Permaisuri tersebut meninggal disebabkan oleh penyakit maut dia. Tetapi itu bukanlah kebenarannya. Kebenarannya ialah...

 

 

Halla yang bunuh ibu dia.

 

 

Dia tak sengaja, tapi pada masa yang sama, dia sengaja.

 

Ayah Halla yang baru kehilangan insan yang dia sayangi, menangis atas pemergian Permaisuri hati dia. Sejak kejadian itu, dia langsung tak buat kerja dia sebagai seorang Raja, meninggalkan tugas, menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dan dia tak pernah pedulikan Halla masa itu. Dalam sudut hati Raja tersebut, dia terfikir, Halla masih memerlukan seorang ibu untuk membesar. Jadi Raja tersebut membuat keputusan untuk berkahwin sekali lagi. 

 

Wanita yang dikahwini oleh ayah dia dilabelkan sebagai wanita jahat tapi sebenarnya tidak, dia takut pada Halla. Dia takut pada kuasa yang Halla miliki. Oleh kerana dia tiada cara lain lagi untuk memberhentikan keganasan Halla, dia mengunci Halla di menara yang tinggi. Halla bersetuju dengan ibu tiri dia, kalau dia dikunci dia atas menara tersebut, dia tidak akan mencederakan sesiapa. Akhirnya, keganasan Halla reda dan dia dibenarkan keluar pada siang hari namun dia tidak dibenarkan keluar dari istana. 

 

Pada suatu hari, Halla terjumpa seorang jejaka yang bernama Jungkook. Halla dan Jungkook mempunyai masa yang sangat gembira dan romantik hinggalah Jungkook melamar Halla menjadi teman wanita dia. Mereka mengambil masa dua bulan mengenali satu sama lain dan bercadang untuk berkahwin.

 

Di dalam kerajaan tersebut, berjumpa dengan gadis pada waktu malam adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jungkook keliru dengan adat kerajaan tersebut. Sudah tentu Jungkook mengambil serius hal tersebut dan meninggalkan istana Halla sebelum matahari terbenam di sebalik gunung.

 

Halla tidak mengetahui bahawa penyakit dia dengan perlahan-lahan kembali pada diri dia dan betapa bahayanya dia jika waktu malam menjelma. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jungkook tinggal di istana walaupun matahari sudah terbenam, perkara yang selalu pasangan lakukan selepas mereka berkahwin.

 

Dan dari sini, kisah kita bermula. 

 

 

Pada malam perkahwinan

Sudut pandangan; Jungkook

 

Aku tidak dapat menahan keinginan aku untuk berjumpa dengan isteri kesayangan aku, jadi aku tinggal di istana walaupun matahari sudah pun terbenam, menyorok di belakang gunung yang tinggi. Terdapat banyak perkara aku ingin lakukan bersama dengan Halla selepas perkahwinan kami. Jadi tanpa berfikir tentang kesannya, aku tunggu isteri aku.

 

Sedang aku menikmati ketenangan pada malam hari, tiba-tiba Halla, isteri aku yang cantik berjalan menuju ke arah aku. Aku tersenyum sebaik sahaja melihat muka insan yang aku sayangi dan sekelip mata sahaja senyuman aku pudar apabila aku ternampak pisau di tangan Halla. Pisau yang sangat tajam berkilauan di bawah cahaya malam yang pucat iaitu cahaya bulan. Pisau tersebut adalah pisau kek yang kami gunakan untuk memotong kek perkahwinan kami. Krim kek masih lagi berada di pisau tersebut.

 

Sekelip mata aku teringat pada satu malam, aku ingin melawat Halla tetapi ibu tirinya menghalang aku.

 

"Jungkook, awak tak boleh datang waktu malam. Jangan lepas matahari sudah terbenam. Ingat, jangan." dia terus berjalan dengan cepat meninggalkan aku dengan persoalan di dalam minda aku. 

 

Aku tak faham.

 

Halla ialah bakal isteri aku. Kenapa aku nak lepaskan peluang untuk tinggal bersama dengan dia?

 

Jantung aku hampir berhenti apabila persoalan aku terjawab, aku memandang muka isteri aku dengan penuh ketakutan. Sekarang baru aku tahu kenapa. Kalau aku ikut kata-kata Permaisuri tersebut, aku mungkin dapat selamatkan nyawa aku.

 

Dengan berhati-hati, aku mencari jalan yang sesuai untuk melarikan diri aku dari perempuan gila ini. Walau apa pun cara sekalipun-- tapi malang tak berbau. Aku tahu, aku tak akan bertahan dengan lebih lama. Aku tak sangka... hidup aku akan berakhir begini.

 

Muka Halla menunjukkan kekeliruan dan kemarahan. Dia masih dalam pakaian perkahwinannya, dan aku nak saja ketawa pada ironi semua ini, tapi aku tahu masa aku dah tak lama, dan jika aku ketawa, aku hanya akan nampak macam orang bodoh sahaja.

 

Pekara terakhir yang aku nampak ialah muka isteri aku sebelum aku disaat terakhir di dunia.

 

 

 

Sudut Pandangan; Halla

 

Bila aku ternampak darah di baju pengantin aku, baru aku sedar apa yang berlaku. Suami aku.... dah mati. Ada orang bunuh dia. Aku bangun dari mimpi aku dengan pisau di tangan aku. Aku tak ingat pula yang aku menggunakan pisau ini, jadi kenapa pisau tersebut ada di tangan aku? Aku tersungkur di lantai, setitis air mata mengalir dan makin lama air mata aku menjadi deras tanpa berhenti.

 

Bila mimpi buruk aku akan berhenti? 

 

Aku berlari meninggalkan mayat suami aku dan menutup pintu di belakang aku. Aku tak ada tempat untuk ditujui. Aku harap sangat, sesuatu atau seseorang, dapat selamatkan aku. Perasaan semasa aku mendapat tahu aku mempunyai penyakit datang kembali pada aku. Aku masih ingat perasaan dia macam mana. Selama aku diberitahu tentang menyakit aku, tiada sesiapa memberitahu aku bagaimana untuk mengawalnya.

 

Pada masa yang sama aku tak boleh buang perasaan aku bahawa.. aku yang bunuh suami aku. Hah, tak mungkin. Air mata aku kembali turun dari kelopak mata aku. Tak mungkin.. aku sayang sangat pada suami aku jadi kenapa aku perlu bunuh Jungkook? Tapi kesan-kesan dia sangat jelas; pisau yang aku pegang dan penyakit yang aku hadapi.

 

Dengan hidup aku begini, kesan tersebut hanya membenarkan kebenaran dia.

 

Betapa kejamnya dunia terhadap diri aku.

 

 

 

Sudut pandangan; Mangsa ke-17, Kim Yuna.

 

Sedang aku berjalan untuk pulang ke rumah, aku ternampak bayangan. Bayangan seorang gadis. Rambut gadis tersebut berwarna hitam dan panjang hingga ke pinggang. Matanya sederhana besar berwarna hitam gelap dan bibirnya merah seperti berdarah. Aku berhenti berjalan, memerhati gerak-geri gadis misteri tersebut. Terasa tidak sedap hati pula melihat empunya badan tersebut.

 

Dia sangat menawan. Bisik aku dalam hati, berasa iri hati pada gadis tersebut, sedikit dan perasaan kurang senang.

 

Gadis misteri tersebut tiba-tiba berpaling, matanya menggambarkan perasaan marah dan tidak suka. Aku tak tahu kenapa aku rasa gadis misteri ini sangat bahaya, tanpa membuang masa, aku terus berpaling darinya dan beredar secepat mungkin.

 

Setelah aku yakin aku sudah jauh darinya, aku mula berjalan dengan perlahan, menikmati udara malam tersebut. Baru sahaja aku ingin menenangkan hati aku, aku terdengar bunyi tapak kaki. Bunyinya sangat halus dan baru aku sedar bahawa gadis misteri itu telah mengekori aku dari tadi lagi. Aku mula berasa ketakutan memikirkan bayangan gadis tersebut berada di belakang aku saja. Aku mula melajukan langkah aku.

 

Kedai aku berada di kawasan luar bandar, tetapi peluang aku untuk sampai ke sana seperti tipis saja. Aku dalam diam mengucapkan selamat tinggal pada keluarga dan kawan-kawan aku. Walaupun begitu, aku masih teruskan perjalanan aku dengan cepat.

 

Beberapa minit berlalu, aku tidak lagi mendengar bunyi tapak kaki di belakang aku. Untuk memastikannya, aku memusingkan badan aku untuk melihat siapa yang mengekori aku, untuk memastikan apa yang aku fikirkan betul atau tidak.

 

Tiada sesiapa pun.

 

Aku mengeluh lega sambil menutup kedua-dua belah mata aku. "Kau ni paranoid sangatlah, Yuna." aku berkata pada diri sendiri dan membisik yang aku perlu pulang dan tidur. Banyak berlaku pada hari ini, dan mungkin aku hanya penat.

 

Aku berasa lega yang teramat apabila kelihatan kedai aku dengan lampu yang terbuka di depan aku. "Selamat juga aku sampai." ujar aku sendiri. Aku tidak berfikir macam mana lampu kedai tersebut terbuka padahal sebelum aku keluar aku tutup; aku hanya masuk ke dalam.

 

Apibla aku membuka pintu kedai tersebut, aku tersentak. Pintu tidak berkunci. Bila aku berfikir semula, aku kembali berasa ketakutan apabila ada seseorang memecah masuk kedai aku. Seseorang yang aku tidak kenali.

 

Tapi tidak mungkin!

 

Aku sepatutnya tidak perlu berfikir banyak, aku hanya penat. Mungkin aku lupa nak kunci pintu. Lagipun sudah lewat malam, aku tidak dapat berfikir dengan baik lagi. 'Positif, Yuna. Positif.'

 

Aku melangkah masuk ke bilik aku, tidak lupa untuk mengunci pintu, cuba untuk melupakan perkara yang terjadi sepanjang aku pulang ke kedai aku dan sebentar tadi. Sebaik sahaja aku selesai membersihkan diri, aku memakai baju tidur aku. Menututup lampu dan cuba untuk tidur.

 

Saat itulah aku terdengar ketawa kecil.

 

Pada mulanya ia sangat rendah, dan kemudian semakin kuat hingga membuatkan aku terbangun terus dari katil aku dan mencari empunya suara tersebut.

 

"Kami berdua sudah lama menunggu, Yuna. Aku tunggu kau dah lama, tapi Namjoon bagitahu aku supaya tunggu sekejap. Betul kata Namjoon. Sekarang kau dah ada keluarga, kawan-kawan, dan orang-orang yang mahukan kau. Malangnya, ada juga orang yang nak kau mati. Sekarang, bagitahu aku kata-kata terakhir kau sebelum kau mati." seseorang bersuara dan keluar pada bayangannya.

 

Pada mulanya aku fikir aku hanya berimaginasi kerana apabila aku mendengar suara tersebut seperti ada lebih seorang bersuara pada masa yang sama. Bila aku ternampak seseorang keluar dari sudut tempat yang sangat gelap dan menunjukkan muka dia. Aku terbeliakkan mata aku apabila memandang sahaja mukanya.

 

"Si-siapa--"

 

Otak aku seakan-akan berhenti berfungsi apabila aku ternampak pisau di tangan kanannya.

 

 

 

Sudut pandangan; Baekhyun

 

"Pembunuhan berlaku di bandar lagi, Tuanku. Kali ni ialah seorang penjilid buku; Kim Yuna. Pembunuhan ini adalah secara rawak.. apa yang kami pasti ialah pembunuhnya adalah orang yang sama. Setiap tubuh mangsa mempunyai tiga tikaman mengikut bentuk segi tiga. Benda yang sama juga, tiada klu selain ni di tempat pembunuhan, Tuanku."

 

"Berapa orang, Baek? Berapa orang termasuk kes kali ni?" Permaisuri bertanya dengan muka tidak menyenangkan. Sudah jelas suara yang serak itu berpunca dari kes-kes yang sedang berlaku sekarang.

 

"Pembunuh tersebut telah mengambil 17 nyawa orang penduduk yang tidak bersalah." aku membalas dengan marah.

 

Pandangan Permaisuri menjadi tajam apabila mendengar kata-kata aku. "Betul ke dia orang tidak bersalah? Atau mungkin dia orang berkaitan dengan pembunuh ni? Saya nak jawapan, Baek. Lain kali jangan datang pada saya kalau awak tak pasti awak ada atau tidak." Permaisuri itu marah dan seperti menahan air mata dari mengalir ke pipinya.

 

"Sudah tentu, Tuanku. Saya minta maaf, Tuanku mahu saya mengupah seseorang untuk mencari orang yang berkaitan dengan semua pembunuhan?"

 

"No. Now leave."

 

 

 

Sudut pandangan; Ailee

 

Selepas Baekhyun melaporkan laporan yang sangat mengecewakan dari bandar, aku mula tidak berhenti berjalan di ruang bilik aku memikirkan perkara yang terjadi sekarang. Semua tak masuk akal. Terdapat begitu banyak persoalan yang tidak terjawab.

 

Sejak Halla keluar dari menara tersebut, terdapat banyak kes pembunuhan di kawasan bandar. Aku tak suka dengan situasi yang berlaku sekarang. Aku selalu memastikan apa yang aku rancangan aku berjalan seperti apa yang dirancangkan. Dan sekarang rancangan aku seperti sudah menjadi sia-sia saja. Sangat menyedihkan. Aku perlu seseorang yang boleh memberhentikan Halla.

 

Tetapi tiada sesiapa pun boleh.

 

Menjelang hari siang, dia tidak berbahaya seperti lalat sedang terbang mencari makanan. Tetapi menjelang malam, lain pula ceritanya dan sangat berbeza. Walaupun Baekhyun tidak dapat melihatnya, aku tidak yakin untuk memberitahu kesimpulan aku kepada sesiapa.

 

Aku teringat pada malam perkahwinannya, betapa sedihnya Halla. Masa itu selepas kematian Jungkook, dia telah melarikan diri dan tidak membenarkan sesiapa pun menghalangnya. Aku dah cuba untuk meyakinkan dia untuk tinggal di sini, tapi dia langsung tak nak dengar kata-kata aku. Dia fikir dia tahu apa yang terbaik, dan kini kes-kes yang berlaku membuktikan aku saja yang tahu apa yang terbaik untuk dia.

 

Tapi itu tidak penting baginya. Apa yang dia rasa penting ialah cinta yang telah dirampas olehnya kerana dirinya sendiri. Jungkook tidak dikira sekali dengan pembunuhan yang telah dilakukan olehnya tetapi dia terikat dengan pembunuhan-pembunuhan tersebut.

 

Aku mengaku, Halla semakin pandai sekarang. Jungkook telah dicincang olehnya manakala mangsa-mangsa selepas Jungkook tidak mengalami perkara tersebut. Tiha tikaman yang kemas, meninggalkan sedikit bukti yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun. Sesiapa sahaja tetapi aku.

 

Sudah masanya untuk aku bertindak, masa untuk mengakhirkan Halla. Aku terpaksa menamatkan keganasan yang berlaku di bandar aku dengan sendiri. Dan satu-satu caranya ialah menamatkan Halla. Memikirkan itu sahaja, aku tidak dapat menahan tangisan aku, tetapi aku perlu mengakhirkan semua pembunuhan ini. 

 

Dan tiada seiapa boleh menghalang aku.

 

Aku tidak boleh membiarkan Halla mengambil nyawa orang ramai lagi. Aku memanggil Baekhyun semula dan memberi arahan dengan nada suara yang keras. "Upah pemburu yang terbaik dia bandar ini."

 

 

 

Pandangan sudut; Halla

 

Aku kembali ke rumah aku, tempat aku tinggal selama aku lari dari istana aku. Cat menitis dari berus aku dan terus ke lantai, di mana ia berkumpul timbunan yang kecil. Aku berdiri untuk meninjau kerja-kerja aku. Ramai akan menganggap dinding ini sebagai sebuah karya seni, jika tiada siapa tahu apa yang terkandung disebaliknya.

 

Kalau kau orang nak tahu, aku lukis setiap mata mangsa aku, bersama dengan tiga titik kecil untuk mewakili pembunuhnya. Aku nak ingat setiap rupa dia orang dan setiap cahaya di mata mereka perlahan pudar.

 

Aku melihat dari tingkap bilik aku dan sedar hari semakin malam dan berpaling pergi. Aku sentiasa tertarik dengan sebuah pondok kecil pada hari senja sebegini, dan tiada satu benda pun boleh halang aku. Hanya tempat ini saja yang boleh membuatkan aku rasa selamat.

 

Bila kegelapan malam menerangi kaki langit, aku sampai di pondok tersebut dan segalanya menjadi hitam setelah aku menutup mata aku dan tertidur.

 

Aku bangun di atas rumput, lagi, seolah-olah tiada sesiapa melalui jalan aku. Aku akan sentiasa bangun di tempat yang pelik untuk tidur, dan aku pada masa yang sama sangat takut jika sesuatu berlaku semasa aku sedang tidur. Ibu tiri ku sudah memberi amaran bhawa aku tidak boleh bersendirian. Tapi aku tak nak dia menyuruh aku seperti mana ibu kandung ku pada masa dahulu. Aku manu menjaga diri aku sendiri.

 

Aku dengan sedikit bergetar, perlahan-lahan berdiri. Kadang-kadang, aku akan rasa pening di mana aku akan secara tak sengaja jatuh. Mesti kesan sampingan daripada masalah aku. Aku sepatutnya tidak membiarkan hal tersebut berlaku tetapi aku akan selalu terjatuh juga. Aku hanya mengeluh. Semalaman aku tidur di pondok tersebut- dan berakhir di atas rumput- sampai tak sedar sudah menjelang pagi.

 

Aku tersenyum sedikit,apabila teringat dia orang yang selalu menunggu aku di dalam. Tujuh kawan-kawan aku menunggu aku untuk pulang ke rumah, kerana mereka sentiasa, lakukannya. Kadang-kadang, mereka mempunyai secawan teh, masa yang lain mereka hanya tersenyum. Mereka adalah satu-satunya yang benar-benar memahami aku. Mereka tak pernah bersangka buruk pada aku. Mereka hanya menerima aku seadanya.

 

Aku tersenyum lembut dan membuat bunyi merdu sedikit berjalan menuju ke rumah, untuk melakukan kerja aku. Kebetulan hari ini ialah hari Selasa, jadi aku ditugaskan untuk menyapu di rumah. Mereka tidak pulang lagi pada masa ini, mereka masih berkerja keras di lombong batu permata yang terletak jauh di sudut lombong. 

 

Mereka tidak akan pulang sehingga makan tengahari jadi aku perlu siapkan tugas aku sebelum mereka pulang. Sebaik sahaja aku selesai, aku terus memasakkan makanan tengahari kawan-kawan aku dan menghidangkan di atas meja.

 

Tepat pukul 12, kawan-kawan aku masuk ke dalam rumah dengan muka penat mereka selepas bekerja.

 

"Halla!" jerit Kai gembira melihat muka Halla dan berlari ke arahnya dengan girang. Halla hanya tergelak melihat gelagat Kai.

 

"Hai, Jongin." Sapa aku kembali sambil mengusik Kai dengan memanggil nama sebenar Kai. Aku tahu dia benci dipanggil dengan nama sebenar dia.

 

Kai membuat muka marah, "Yah, siapa benarkan kau panggil aku dengan nama tu, hah? Berapa kali aku cakap jangan panggil aku Jongin!"

 

Aku tak menghiraukan dia dan terus menyapa kawan aku yang lain dan menjemput mereka untuk makan tengahari. Kai hanya membuat muka monyok kerana tidak dilayan. Abang-abangnya yang lain menggelengkan kepala mereka dengan perangai

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 1: cite ni menyedihkan serta menarik snow white rupanya seorang yang menyedihkan huh so rare keep fighting untuk fanfic yang lain ye authornim!! xD