Tomorrow (final)

TOMORROW

 

“Arghhh!! Stress gila nak mati!!”

Jungkook menghempas segala buku di atas mejanya sehingga bertaburan. Habis seluruh biliknya berselerak.

Lalu dia memandang telefon bimbitnya. Hatinya terasa perit, sesak dan pedih untuk menerima yang dia bakal dibuang kerja, dengan segala hutang yang bertimbun, cintanya yang baru sahaja ditolak begitu sahaja oleh orang kesayangannya dan segala macam dugaan yang dia alami setiap hari.

Tapi dia tidak pernah mengalirkan air mata kekecewaan.

Lalu dia bingkas ke almari untuk mencari sehelai kain dan dia mencapai sebuah kerusi. Jungkook meletakkan kerusi tersebut di tengah-tengah bilik itu dan menyangkut kain tadi pada kipas.

Dia yakin kali ini, cubaan untuk membunuh diri akan berjaya kerana sudah hampir dua kali sebelum ini, menggunakan cara yang sama. Dia berulang alik ke kedai perkakas bagi mengukuhkan kedudukan kipas di dalam bilik tersebut.

“Dah tak ada apa-apa lepas ni, aku nak lepaskan segala-galanya. Lantaklah orang nak kata aku gila sebab aku memang dah gila”, Jungkook menyerabaikan rambutnya.

Perlahan-lahan dia memasukkan kepalanya ke dalam kain dan mengikatnya dengan kemas.

Jungkook menutup matanya dan menghembuskan nafasnya untuk menenangkan hatinya yang kini semakin deras. Lalu, kaki kanannya menolak kerusi sehingga terjatuh.

Kini badannya sedang tergantung di dalam bilik tersebut. Hanya mengambil masa 30 saat untuk meninggalkan dunia ini. Itulah matlamatnya.

Namun dalam pada masa yang sama, pandangan Jungkook yang berpinar-pinar itu masih jelas akan kehadiran seseorang.

Seorang gadis yang berpakaian putih sedang berdiri di hadapannya sambil menangis.

“Ak…aku dah mati ke?”,fikirnya.

Gadis itu tidak berkata apa-apa sebaliknya terus mengambil pisau lalu memotong kain yang kini sedang digunakan oleh seorang pemuda untuk membunuh dirinya.

Jungkook akhirnya terjatuh ke lantai. Dia terbatuk-batuk sambil memegang lehernya.

“Kau….kau siapa??!!”

Jungkook berang kerana misinya terhalang.

“Aku…aku Sera. Aku datang sebab nak tolong kau. Kau tahu kan ini bukan cara yang betul. Banyak lagi yang kau kena lalui tapi kau harus kuatkan semangat.”, Sera menunduk mukanya.

Jungkook sendiri pelik dari manakah gadis ini tetiba sahaja muncul di dalam biliknya saat dia nak mati tadi.

Jungkook hanya mendiamkan dirinya.

“Maafkan saya, saya harus pulang sekarang.”, Sera meminta diri untuk pulang.
Fikiran Jungkook tidak dapat memikirkan asal-usul gadis tersebut dan akhirnya dia terlelap kerana kepenatan.

Gadis bernama Sera itu hanya berdiri di hadapan rumah Jungkook sambil tersenyum.

“Jaga diri Jeon Jungkook”

 

 

Keesokkan paginya,

Jungkook terjaga dari tidurnya.

“Siapa kau sebenarnya Sera?”

Soalan itu terdetik di dalam mindanya.

“Aku tak kisah kau siapa, buat serabut kepala aku je! Ke….aku yang mimpi?”, Jungkook memandang dirinya ke arah sebuah cermin di dalam biliknya.

“ARGHHH!!”, Jungkook menghempas barang-barangnya ke lantai lalu dia segera mencapai jaket hitamnya.

Telefon bimbitnya berdering menandakan mesej masuk.

 

“Cepat masuk kerja! Jangan curi tulang atau saya buang kamu kerja!”

 

Jungkook menghela nafas yang panjang. Lalu dia berlari ke luar rumah. Mukanya yang tidak terurus dan bajunya yang lusuh menyebabkan banyak mata yang memandangnya.

Dia berjalan kaki menuju ke pusat bandar yang tidak jauh daripada rumahnya. Langkahnya terhenti sebaik sahaja dia melintasi sebuah jambatan.

“Alangkah bagusnya kalau semua ni mimpi”

Jungkook memegang palang besi di tepi jambatan tersebut. Matanya memandang ke bawah. Air sedang menderas laju. Fikirannya kini betul-betul serabut.
Tanpa berfikir panjang, dia terus menanggalkan jaketnya dan membuka kedua-dua kasutnya.

“Hmmmm”

Lalu dia mendepakan kedua-dua tangannya sambil menutup matanya perlahan dan menikmati detik-detik terakhir dalam hidupnya.

“ARGHHHH TO…TOLONG!!”

Jungkook segera membuka matanya. Adakah seseorang cuba menghalangnya lagi dari cubaannya membunuh diri?

“Suara sape pulak tu??”, Jungkook mengalihkan pandangannya. Kelihatan seorang gadis sedang terbaring berlumuran darah. Jungkook segera berlari ke arah gadis itu dengan berkaki ayam.

“Cik…cik tak apa-apa ke??! Nak saya bawa ke hospital??”, Jungkook mula menggelabah.

“Tak…tak pe. Saya boleh tahan lagi.”, gadis itu menjawab perlahan. Jungkook memandang sekeliling ingin memohon bantuan tetapi tiada sesiapa pun yang mempedulikan mereka.

“Diorang ni buta ke? Tak nampak ke pompuan ni tengah cedera parah!”, Jungkook geram.

“Tak…tak pe. Tapi jangan bawa saya ke hospital” kata gadis itu. Dia masih menundukkan mukanya.

“Tapi….ergh baiklah. Saya bawa ke rumah saya”, Jungkook memapah gadis itu ke rumahnya. Jungkook pelik memerhatikan manusia-manusia di sekelilingnya kerana memandangnya pelik. Seperti dia baru sahaja melakukan jenayah besar.

“Takpe ke saya bawak awak kat tempat saya? Nanti dah okay saya boleh hantarkan awak balik rumah awak”, kata Jungkook kepada gadis itu sesampainya di rumah.

“Boleh je”.

Muka gadis itu semakin pucat. Jungkook membiarkan gadis itu baring di atas katilnya.

“Apa patut kau buat Jungkook! Fikir!!”, Jungkook menghentak kepalanya perlahan ke dinding.

 Jungkook berlari ke arah dapur dan mengambil kotak kecemasan yang berisi ubat-ubatan.

Mujurlah Jungkook masih ingat akan cara pertolongan cemas yang dipelajarinya sewaktu di bangku sekolah dulu. Perlahan dia menyeka peluh di dahinya dan merawat gadis itu sedaya upayanya.

Gadis itu kini tidak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat.

“Tak….tak tolong lah jangan mati. Please!!”, Jungkook terduduk di tepi katilnya. Entah kenapa hatinya begitu tersentuh melihat keadaan gadis tersebut. Air matanya mula membasahi pipi.

Beberapa minit kemudian, gadis tersebut membuka matanya. Dia memandang ke arah pemuda yang sedang menangis di sisinya.

“Takpe awak. Saya dah okay”, kata gadis itu sambil tersenyum.

Jungkook memandang gadis itu. “Mujurlah awak selamat”, Jungkook membalas senyuman gadis itu.

“Terima kasih”, ucap gadis itu perlahan.

“Erk, sama-sama”, Jungkook berasa janggal. 

“Kenapa suara pompuan tu macam aku pernah dengar…..semalam?”, Jungkook tertanya kepada dirinya sendiri.

“Mungkin perasaan aku je kot”

 

Jungkook menjaga gadis itu sepanjang 3 hari. Sepanjang hari itu jugalah dia sentiasa berada di samping gadis itu dan menjaganya dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Awak…takpe lah saya rasa saya dah okay”, ucap gadis itu.

“Betul ke? Bukan haritu awak cedera parah dekat perut awak. Macam….macam kena tembak?”, Jungkook baru tersedar kerana luka pada perut gadis itu seperti ada kesan tembakan.

Matanya terbuntang.

Gadis itu mengetap bibirnya.

“Hmm tak pe, saya okay. Jangan risaukan saya. Saya kena pulang sekarang.”, gadis itu menundukkan mukanya.

“Tapi…baiklah saya kena hantar awak pulang. Biar saya ceritakan segala-galanya kat keluarga awak”, terang Jungkook dengan bersungguh-sungguh.

“Tak perlulah. Yang pasti, awak dah banyak tolong saya. Saya berjanji akan balas jasa awak dan buat awak gembira selalu”, gadis itu memandang Jungkook. Matanya memandang anak mata Jungkook. Dia seperti dapat membaca fikiran pemuda itu.

“Maksud awak?”, Jungkook mengecilkan matanya.

“Tak de pape lah. Saya kena pergi sekarang”, gadis itu berjalan ke luar rumah dan meninggalkan Jungkook yang kebingungan.

“Awak nanti dulu…”, panggil Jungkook.

“Ye saya”, gadis itu berhenti dan memandangnya.

“Si…siapa nama awak?”, tanya Jungkook sambil tangannya terketar-ketar.

“Owh lupa saya nak bagitahu, nama saya Oh Sera…”, kata gadis itu sambil tersenyum.

“Se…Sera?”, Jungkook seakan tidak percaya.

“Ha’ah. Dan awak?”, tanya gadis itu.

“Jeon Jungkook”, Jungkook memandang gadis itu dengan penuh tanda tanya.

“Eh, saya kena pergi sekarang. Saya ada tugas lain. Maafkan saya”, ujar gadis itu sebelum meninggalkan kawasan rumah Jungkook.

Jungkook memerhati gelagat gadis itu sebelum hilang dari pandangannya.

Beberapa minit kemudian, Jungkook terlihat ada kemalangan jalan raya yang baru sahaja berlaku 2 minit yang lepas. Ramai juga yang berkerumun di situ. Jungkook hanya memerhati dari tingkap rumahnya.

“Harap-harap Sera balik dengan selamat hmm"

Jungkook melepaskan keluhnya dan menutup tingkapnya semula.

Selepas hari itu, Jungkook kembali bekerja sedia kala. Cubaannya untuk membunuh diri terkubur begitu sahaja. Hidupnya kini berubah perlahan-lahan tetapi dia bosan kerana tiada sesuatu pun yang dapat membuat hatinya gembira. Sekadar bergurau senda, itu perkara biasa. Tapi hati yang terluka tiada siapa yang dapat merawatnya.

Jungkook merenung di sebalik tingkap kaca di kafe, tempatnya bekerja.

“Chak!!!”

“Eh mak kau!!”, Jungkook melatah. Entah tetiba sahaja muncul makhluk yang suka menyibuk. Mukanya betul-betul di hadapan Jungkook. Mana jantung tak gugur.

“KIM TAEHYUNG!! AKU BENCI KAU!”, Jungkook menyekeh kepala Taehyung. Taehyung merupakan kawan bestie dia sejak sekolah. Sampai kerja pun kena sama-sama.

“Weyh, kau okay tak? Sebelum ni kau asyik kena marah dengan bos, pastu kau gaduh dengan minah yang kau suka tu pastu kau dah lama x datang kerja. Kau ada masalah ke?”, Taehyung memeluk bahu Jungkook.

“Tak de lah. Benda kecik je tu. Dah la lupakan.”, Jungkook melepaskan tangan Taehyung dan menyambung pekerjaannya.

“Weyh rilek ar. Tak payah nak work hard sangat. Bukan ada pelanggan datang harini pun”, Taehyung ketawa melihat Jungkook yang tetiba sahaja jadi pekerja yang terlebih rajin.
Jungkook tidak mempedulikan kawannya yang sorang itu. Matanya teralih ke arah susuk tubuh yang pernah dilihatnya.

“Oh…Sera?”, fikirnya.

Lalu dia berlari keluar dengan sebatang penyapu dan penyodok.

“Oh Sera!”, panggil Jungkook ke arah seorang gadis yang berpakaian serba putih. Baunya sungguh harum.

“Jeon Jungkook!”, Sera memandang pemuda itu. Senyumannya tak lekang di pipi.

“Awak kerja sini ke? Wow tak sangka kita dapat jumpa semula!”, Sera kelihatan teruja kerana dapat bertemu Jungkook.

“Jom lah makan sini. Saya belanja!”, pelawa pemuda itu. Sera rasa serba salah.

“Erk tak pe lah. Lagipun saya dah lambat. Saya kena pergi dulu. Nanti saya datang balik”, Sera segera menunduk 90 darjah ke arah Jungkook dan berjalan meninggalkan pemuda itu dalam keadaan tergesa-gesa. Jungkook memerhatikan gadis itu dan dalam sekelip mata sahaja gadis itu lesap dari pandangan.

“HOI JEON JUNGKOOK! RAJIN SANGAT KE SAMPAI NAK SAPU KAT LUAR TU?? HAHAHAHA”

Taehyung ketawa terbahak-bahak melihat Jungkook yang hanya berdiri di luar kafe dengan hanya sebatang penyapu dan penyodok.
Jungkook masuk semula ke arah kafe dengan perasaan meluap-luap kerana malu.

“Kau ni! Diam lah sikit! Kang aku sumbat mulut kau dengan penyapu ni!”, Jungkook menghalakan penyapu tersebut ke pipi Taehyung.

“Weyh dah dah. Rosak imej aku kang!”, Taehyung menepis bulu-bulu penyapu tersebut daripada menyentuh pipinya yang mulus.

Jungkook meletakkan penyapu tersebut di tepi dinding dan duduk di salah satu kerusi meja makan.

“Weyh, aku nak tanya sesuatu”, Taehyung memandang semacam ke arah kawannya itu.

“What?”, Jungkook memandang semula dengan pandangan yang kosong.

“Kau buat apa kat luar berdiri tercegat sesorang kat luar tadi?”, Taehyung merenung Jungkook.

“Huh? Aku jumpa dengan seseorang lah! Kau apa tau!”, Jungkook memuncungkan mulutnya.

“Hmmm okay….aku tak nak kawan aku gila sudah”, selamba Taehyung berkata.

“Weyh, nak tanya…kau kenal tak mana-mana awek yang tinggal dekat dengan rumah kau? Nama dia Oh Sera…”, tanya Jungkook.

“Hmm….tak pernah pulak. Kenapa ek? Dah jumpa calon baru ke hah? Mueheheh”, Taehyung ketawa bagaikan orang tak siuman.

“Ni hah sapa yang gila sekarang? Kau ke aku? Muka je hensem tapi gelak tak macho langsung!”, Jungkook sempat menepuk punggung Taehyung perlahan.

“Weyh kau tau tak ada kemalangan kat depan sana tadi?”, tanya Taehyung.

“Eh mana kau tahu? Patut lah tadi aku tengok jalan jem gila kat depan sana tadi. Teruk sangat ke?”, Jungkook kerisauan.

“Teruk jugak lah. Bukan kemalangan fasal kereta. Fasal orang bunuh diri. Pasukan menyelamat tak sempat nak selamatkan orang tu. Seram jugaklah aku dengar. Aku ada gambar sekali. Nak tengok?”, Taehyung menghulurkan telefonnya.

Jungkook terkedu mendengar berita itu. Lalu dia teringat akan kejadian, di mana seorang gadis yang muncul entah dari mana di saat dia menggantungkan dirinya di dalam bilik.

“Erk, takpe lah. Baik aku sambung kerja dulu. Nanti bos bengang lagi.”, Jungkook menolak badan Taehyung dan mereka berdua menyambung pekerjaan mereka.

Masa berlalu begitu pantas, Jungkook menantikan kedatangan Sera namun sampai habis waktu dia bekerja, kelibat Sera masih tak muncul.

“Tetiba rindu pulak kat Sera. Apa lah yang dia buat sekarang ni, mesti dia busy kan sampai terlupa nak jumpa aku… Eh patut aku mintak nombor telefon dia! Arghhh bongokknya akuuu”, Jungkook mengelamun seorang diri sehingga dia tidak perasan seseorang sedang memerhatikannya dari jauh.

Begitu jugalah hari-hari yang seterusnya, kelibat Sera hanya muncul sekejap sahaja dan setiap kali selepas dia terserempak dengan Sera mesti dia akan dengar berita kematian. Tapi setiap kali dia bertemu Sera, hatinya berasa tenang. Senyumannya, mukanya yang halus, suaranya yang lembut boleh buat hati sesiapa yang tak tertawan.

Jungkook terus melupakan perihal gadis yang bernama Sera, gadis yang muncul di hadapannya saat dia menggantung dirinya.

“Adakah Sera yang tetiba muncul tu sama dengan Sera yang ini?? Takkan lah pompuan yang nama Sera haritu adalah.....malaikat maut?? Ishhh merepek apa kau Kookie! Arghh tak mungkin lah. Dalam dunia ni ramai nama yang sama.”, Jungkook akhirnya membuat kesimpulannya sendiri. Dia sendiri tidak percaya apa yang dia alami sejak kejadian itu.

 

 

Jungkook duduk mencangkung sambil membetulkan ikatan tali kasutnya yang sudah terlerai. Entah tiba-tiba sahaja muncul sepasang kaki berdiri statik di hadapannya.

“Gulp….”

Jungkook mengangkat kepalanya perlahan.

“Jeon Jungkooookkiiieeee”, panggil Sera sambil tersenyum.

“Laa, awak rupanya! Ish terkejut saya!”, Jungkook ketawa kerana tak menyangka Sera akan berjumpanya buat sekian kalinya.

“Ehem, rindu ke sampai nak jumpa saya ni?”, tanya Jungkook. Dia terus tertunduk malu lepas tertanya soalan tersebut.

“Aku pun sebenarnya rindu kau jugak Sera”

“Mestilah rindu!”, Sera lalu memeluknya erat.

“Se….Sera….”, Jungkook terkedu. Mata Jungkook terbuka luas. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Entah kenapa perasaannya lain macam kali ini. Terlalu gembira bercampur sedih kerana dapat bertemu Sera. 

Adakah ini sebenarnya perasaan cinta?

Jungkook membalas pelukan gadis itu. Mereka berdua duduk di sebuah bangku di sebuah taman dan mereka berdua hanya mendiamkan diri.

“Sera…erm, sebenarnya kan macam-macam saya nak tanya fasal awak, kat mana awak tinggal, awak kerja apa…”, Jungkook memandang gadis itu.

Sera hanya tersenyum apabila soalan tersebut diutarakan kepadanya.

“Erm, susah la nak cakap hehe ermm nak mulakan dari mana eh hehe”, balas Sera. Hanya senyuman yang kerap menghiasi bibirnya membuatkan hati Jungkook terpesona.

“Takpe lah. Tapi kan, bagus jugak kalau kita dapat jumpa macam ni setiap hari. Macam couple biasa buat.”, kata Jungkook sambil menahan malu.

“Maksud awak?”, Sera tidak mengerti. Matanya terpandang sekuntum bunga lalu mengutipnya.

Jungkook menghela nafas yang panjang. Sudah tiba masanya dia untuk berterus terang akan perasaannya terhadap Sera.

“Saya suka awak…Sera”, Jungkook memandang Sera.

Sera tidak berkata apa-apa. Dia terkedu mendengar luahan pemuda itu. Padahal dia jarang sekali bertemu dengan Jungkook itu pun hanya sekejap sahaja.

Jungkook berasa hairan kerana Sera tidak memberi respon apa-apa.

“Hati awak sudah dimiliki ke? Saya mintak maaf kalau camtu. Bertuah sungguh siapa yang dapat orang macam awak ni hehe”, kata Jungkook sambil ketawa. Hatinya sedikit pedih jika kenyataan itu betul dan dia redha.

“Hati saya dah dimiliki oleh Tuhan”

Sera menundukkan kepalanya. Air matanya mula mengalir.

“Eh awak ni janganlah main-main. Ish nangis pulak dia ni”, Jungkook mencuit pipi Sera.

Sera menyeka air matanya. Lalu dia memandang cahaya matahari yang memancarkan wajah Jungkook.

“Awak….awak takut tak pada kematian?”

Sera memandang wajah pemuda itu.

“Eh awak ni, kenapa tanya soalan tu hmm…kejap”

Soalan tersebut membuatkan Jungkook berfikir sejenak.

“Tipu lah kalau tak takut kepada kematian. Benda hidup mesti mati betul tak?”, kata Jungkook.
Sera hanya mengangguk.

“Tapi…kalau awak dah ditakdirkan mati esok awak terima tak?”, Sera memandang bunga yang baru dipetiknya lalu menarik kelopak bunga satu persatu.

“….macam bunga ni, sudah sampai masanya dia akan layu jugak”

“Kalau saya ditakdirkan esok mati nak buat macam mana. Terima je lah. Lagipun apa yang boleh buat saya bahagia adalah sebab saya ada awak”, Jungkook memegang lembut tangan Sera.

Sera menunduk malu.

Selepas itu dia bingkas bangun seperti ada yang tidak kena.

“Ke…kenapa ni Sera? Ada pape ke??”, Jungkook turut berdiri.

“Maafkan saya. Saya kena pergi dulu. Saya ada tugas penting”, Sera melepaskan tangannya daripada pegangan Jungkook.

Tetapi Jungkook tetap tak mahu melepaskan Sera.

“Kenapa awak selalu macam ni Sera? Kenapa kita selalu jumpa macam ni? Adakah tugas tu lagi penting dari saya?”

Jungkook terus memeluk Sera dari belakang.

Sera tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan dirinya.

“Bila kita nak buat macam ni lagi? Keluar sama-sama. Saya teringin nak keluar dengan awak. Hanya awak dan saya. Walaupun awak tak terima saya, saya tak kisah tapi tolong lah jangan buat macam ni lagi”

Sera mengangguk.

“Kalau macam tu, saya akan keluar dengan awak. Esok. Saya akan tunaikan hajat awak. Saya janji, tapi bukan harini. Saya harap awak faham”, Sera melepaskan pelukan Jungkook dan mencium pipi pemuda itu untuk memujuknya.

Jungkook kembali tenang dan hanya menuruti kemahuan gadis itu. Dia memerhatikan Sera berlalu pergi sambil membawa sekuntum bunga yang tinggal hanya satu kelopak lagi.

“Jumpa esok, Jeon Jungkook”

Perlahan air matanya mengalir sambil berlari meninggalkan Jungkook.

 

Keesokan harinya…

Sera dan Jungkook keluar bersama-sama seperti yang dijanjikan. Mereka berdua pergi ke taman sambil menikmati udara segar, tengok wayang, makan bersama-sama. Memang tak dinafikan hari itu merupakan hari yang paling indah dan bahagia sekali buat Jungkook. Akhirnya hajatnya tercapai kerana Sera sudi menemaninya keluar dan kerana Sera lah yang membuat hidupnya cukup bahagia dan harinilah genap 40 hari dia mengenali Sera.

“Ahhhh bestnya hariniii”, Jungkook menyedut ice blendednya.

“Hehehe sama-sama awak”, Sera turut ketawa melihat gelagat Jungkook yang seperti orang terlebih bahagia hari itu.

“Sera…kalau saya mati harini pun saya tak kisah sebab saya rasa betul-betul bahagia. Saya betul-betul tak tipu!”, kata Jungkook penuh teruja.

“Eh awak ni. Tiba-tiba pulak cakap macam ni. Semalam beria-ia cakap kat saya jangan sebut fasal mati la itu la ini la”, Sera mencebik.

“Hahaha saya gurau je. Pape pun terima kasih Oh Sera sebab sudi keluar dengan saya”, Jungkook menyentuh tangan Sera sambil tersenyum.

Sera membalas senyuman pemuda itu.

Ketika dalam perjalanan pulang, terdapat sebuah kereta yang dipandu laju dari arah bertentangan. Jungkook dan Sera sedang melalui kawasan pejalan kaki dan tidak perasan akan kehadiran kereta tersebut.

Malang tak berbau.

Kereta tersebut akhirnya hilang kawalan kerana kegagalan brek dan melanggar mereka berdua.

Jungkook dan Sera tercampak beberapa meter.

“Se….Sera….”, mata Jungkook berpinar. Cahaya hitam perlahan-lahan menutupi pandangannya. Darah terus mengalir deras dari kepalanya. Dia dapat merasakan kehadiran Sera masa itu. Pakaiannya berubah putih. Sama seperti gadis yang dijumpainya 40 hari yang lepas.

Sera yang tadi terbaring terus bangun mendapatkannya. Dia selamat seperti tidak terdapat apa-apa kesan padanya.

Sera memegang tangan Jungkook dengan erat lalu memeluk dadanya.

“Mujurlah awak selamat”, Jungkook mengusap perlahan kepala Sera. Sera menangis tersedu-sedu.

“Maafkan Sera. Maafkan Sera!”, Sera menangis semahunya.

“Tak pe lah. Mungkin ini masanya. Terima kasih untuk harini, Oh Sera.”, perlahan-lahan tangannya jatuh ke tanah.

“….sarang…hae”

Nafas Jungkook tersekat. Air matanya membasahi pipinya menahan kesakitan yang seperti beribu tikaman menembusi dadanya dan akhirnya dia menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan Sera.

 

“Semoga awak tenang di sana Jungkook. Saya gembira tengok awak bahagia”, Sera meletakkan kelopak bunga di atas pusara Jungkook.

“Tugas saya dah selesai”

Sera meninggalkan tanah perkuburan itu sambil mengalir air matanya.

 

“Inilah kali pertama aku jatuh cinta dengan manusia. Aku sendiri tidak tahu perasaan apa ni. Tapi sukar untuk aku jelaskan. Tempoh hari aku selamatkan pemuda bernama Jeon Jungkook kerana aku dapat merasakan ada sesuatu tentangnya. Jadi aku batalkan niat aku untuk mengambil nyawanya dan aku selamatkannya.

Oleh sebab aku melanggar perintah, aku dikenakan hukuman. Perut ku sebenarnya ditikam dengan tombak oleh ketua ku. Kesannya seperti terkena tembakan tapi disebabkan aku bukan manusia, aku tak pernah merasai kesakitan. Dan disebabkan itu, aku kena juga meneruskan tugas ku, iaitu mencabut nyawa manusia. Hanya manusia yang tertentu sahaja yang dapat melihat aku bila ajal mereka bakal tiba dalam masa 40 hari. Dan dalam tempoh itu, mereka yang bakal mati akan melihat kelibat aku di mana-mana kerana aku mengawasi mereka dari jauh.

Sebab aku selamatkan pemuda itu adalah aku mahu lihat dia bahagia. Sama seperti manusia-manusia lain. Bagi aku perbuatan membunuh diri adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Apabila ajal sudah tiba, manusia tak dapat berbuat apa-apa dan menerima segala-galanya.

Tapi perbuatan mencabut nyawa sendiri adalah perkara yang melanggar hak asasi manusia dan aku sendiri, tugas aku mengambil nyawa manusia dengan sebaik-baiknya dan mereka pergi ke alam lain dalam keadaan tenang

Aku rasa 40 hari tak cukup untuk kenal kau, Jeon Jungkook dan maafkan aku sebab ini adalah tugas aku”

 

“Eh awak, kejap”, ada sepasang tangan menarik tangan Sera. Sera terkejut.

“Awak ni, makwe Kookie eh?”, tanya pemuda yang tinggi lampai itu.

Sera hanya tersenyum.

“Nama saya Sera dan….nama awak?”

“Owh nama saya, Kim Taehyung. Selamat berkenalan?” Taehyung berjabat tangan dengan gadis itu.

Taehyung tersenyum dan berjalan meninggalkan gadis yang berpakaian putih itu dan menaiki keretanya.

Sera memerhatikan dari jauh.

“Nampaknya aku ada tugas lagi”, kata Sera sambil tersenyum tawar.

 

-TAMAT-

 


Alhamdulillah siap jugak walaupun one-shot je hehe. 
Disebabkan dah lama tak berfanfic, so skills menulis dan idea tu agak lembab sikit...heol

Thanks by the way sbb sudi baca walaupun biasa-biasa je (-///-)

okaylah tata, annyeong,goodbye,sayonara!!

<3 ShiMatoki

/psstt kalau rajin komen la hehe/

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BarmyDew
#1
Chapter 1: woihh asal best sngat ni v=cerita kau syang.. kpidap dongibab!!!! *tumb up*
parkyura98
#2
Chapter 1: Sedih nyeed!! Baik nye Sera..akhirnya jungkook mati dengan perasaan bahagia, dan kan dengan perasaan tertkan, fuh...sedih Sgt citer ni, sebak hati sye bile bace chap ni, tapi kan...x kan lps ni x kan taehyung plank yg kene cabut nyawa? Tidakkkkk!!!! My 4D alieeeennnn!!!T^T
Sharissa #3
Chapter 1: Xsangka boleh jadi sedih
Sharissa #4
Lagu tomorrow is basically about how stong we need to be in order to achieve our dream but your story leads it to romance nevermind just keep on writing i'll support you