Epilog

Persis Bintang
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

‘Kau datang dengan nama kasih…

hadir dirimu umpama mutiara yang tersembunyi di perut tiram yang paling dalam.

Puas diselam ke serata lautan, hanya dirinya kutemui dengan cahaya keindahan.

 Kau datang dengan nama sayang.

semakin hari aku mengira buih-buih kasih…semakin kerap cinta ini bertamu.

Kau datang dengan nama cinta.

di segenap lapisan sutera jiwa, dirimu sering menari-nari di ruang mataku.

Sekali terkerdip, bayangan wajahmu…membusar di tasik asmara.

Kau datang dengan nama kekasih.

Dirimu persis bintang dan anugerah yang terindah…tanpa sentuhan kasihmu…

seharian jiwaku dipalit keresahan…Kau sentiasa di hati, Min Yeji.’

 

Buku nota kecil dihadapannya disentuh lembut seraya pen di genggamannya diletakkan di atas meja. Senyuman tipis mula menghiasi wajah kacaknya tatkla dia membaca semula setiap untaian kata yang baru sahaja dikarangnya itu. Seketika kemudian, dia melebarkan pandangan ke segenap ruangan perpustakaan sebelum kedua-dua bola matanya mendarat ke arah jam tangan yang meliliti pergelangan tangan kanannya itu.  Enggan untuk menanti lebih lama, dia akhirnya bangun dari tempat duduknya sebelum jemarinya sibuk memasukkan beberapa buah buku rujukan yang berselerakan di atas meja ke dalam beg sandangnya. Setelah memastikan tiada lagi barang-barang miliknya di atas meja tersebut, dia kemudian menyentuh lembut bahu lelaki yang sedang duduk di hadapannya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bahan bacaannya itu bersama satu senyuman tipis.

“Namjoon-ah…” Dia menyeru nama lelaki itu dengan nada perlahan, hampir tidak dapat didengari oleh lelaki itu dengan jelas. Spontan, lelaki di hadapannya itu segera mengangkat muka sebelum anak matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu yang mula kelihatan resah dan gelisah. Kim Namjoon mengerutkan keningnya, menandakan yang dia memerlukan penjelasan mengapa tumpuannya diganggu pada saat dan ketika itu.

“Aku…kena pergi sekarang.”

“Sekarang? Yah, Park Jimin…bukan ke kau cakap semalam yang kau tak perlu buat kerja sambilan tu hari ni? Jangan paksa diri sangat, tolonglah…”

“Sepatutnya memang macam tu, tapi…aku betul-betul kena pergi juga. Kau pun tahu kan yang aku dah tak ada banyak masa lagi yang tinggal. Aku cuma ada dua minggu lagi je. Namjoon-ah…kau tahu apa yang aku maksudkan kan…?” Jimin menjawab lembut, betapa dia berharap yang Namjoon akan memahami situasi yang dia hadapi sekarang. Sejujurnya, tidak pernah terdetik waima sebesar zarah sekalipun yang dia sebenarnya sedang memaksa diri untuk melakukan apa yang sedang diusahakannya sekarang. Jimin melakukannya dengan seikhlas dan serela hatinya demi insan tersayang yang bergelar kekasih, jadi mengapa perlu dia berasa terpaksa? Tidak sama sekali.

“Yeji tahu ke pasal hal ni? Tak kan? Sekurang-kurangnya jelaskanlah pada dia, dia mungkin akan salah faham kalau kau berterusan macam ni. Kau terlalu mengabaikan dia sejak akhir-akhir ni. Mesti dia akan salah anggap yang kau dah tak pedulikan dia lagi. Sebenarnya, dia memang ada mengadu, dia kesunyian dan kecewa bila kau tak hiraukan dia.” Namjoon meningkah dalam keluhan. Sebagai sahabat kepada Park Jimin dan Min Yeji, Namjoon tidak dapat membuang rasa bimbangnya terhadap hubungan yang terjalin di antara Jimin dan Yeji dan yang paling menyesakkan dada, Namjoon adalah insan yang selalu tersepit di antara hubungan cinta mereka berdua.

“Aku tahu aku banyak abaikan dia sejak akhir-akhir ni, sebab tulah aku nak kau tolong aku jagakan dia. Kau pun tahu aku buat semua ni untuk dia dan kau juga tahu yang aku sayangkan dia sepenuh hati ini, tak mungkin aku tak ambil berat pasal Yeji.” Jimin kembali melabuhkan pinggul di kerusinya tadi, pandangannya tepat menyasar ke arah Namjoon. Sejujurnya, dia tidak pernah menyangka yang niat baiknya itu akan bertukar menjadi satu salah faham yang membuatkan hubungannya dengan Yeji sedikit dingin dan menjauh.

“Jimin-ah…hentikanlah semua ni, aku tak rasa yang ini semua boleh buat Yeji bahagia. Dia perlukan kau lebih dari segalanya.”

“Namjoon-ah…”

“Hentikan semua ni… sebelum salah seorang daripada kita terluka, terutama sekali Yeji!”

“Tak ada sesiapa yang akan terluka, aku janji! Tolonglah, jagakan dia untuk aku…” Jimin merayu sebelum Namjoon akhirnya mengangguk lemah tanpa sebarang pilihan. Itulah apa yang Namjoon lakukan sejak beberapa minggu yang lepas; mengambil berat akan kekasih hati orang lain lebih daripada apa yang sepatutnya dia lakukan. Namjoon meraup wajahnya dalam kekeliruan. Dia sebenarnya sangat takut; takut sekiranya dia tewas dalam mengawal emosi dan perasaannya sendiri. Seandainya dia tewas dalam pergelutan emosi dan perasaannya sendiri, Yeji adalah insan yang akan paling terluka. Hubungan cinta di antara Jimin dan Yeji yang sedang mekar mungkin akan musnah sekiranya dia gagal mengawal segala macam perasaan dan emosi peribadinya. Sanggupkah dia menjadi pemusnah kisah cinta Yeji dan Jimin?

Melihatkan Namjoon akhirnya mengangguk dan menurut seperti selalunya, Jimin akhirnya mengukir senyuman kelegaan. Hatinya dipalit sedikit ketenangan dengan anggukan dari lelaki yang sebenarnya tua setahun dari usianya itu. Jimin bingkas bangun dan berkira-kira untuk meninggalkan perpustakaan itu. Namun, langkah kakinya sekali lagi terhenti apabila gemersik suara gadis yang mengucapkan namanya dengan lembut tiba-tiba kedengaran, menyapa rongga pendengaran Jimin dan Namjoon.

“Park Jimin...”

“Y-Ye…Yeji-ah…” Sama ada Namjoon mahupun Jimin, kedua-dua mereka kelihatan sama-sama terkedu dengan kehadiran Min Yeji secara tiba-tiba di situ. Jimin mengerling sekilas ke arah Namjoon sebelum pendangannya kembali terarah pada wajah sugul Yeji yang berdiri tegak di hadapan Jimin dan Namjoon. Suasana dingin mula menyerbu dari segenap ruangan perpustakaan itu. Dalam diam, Jimin sedang berkira-kira untuk melenyapkan dirinya dari perpustakaan itu secepat mungkin. Dia sudah lewat 15 minit untuk kerja sambilannya dan dia tidak mempunyai pilihan lain selain meninggalkan tempat itu secepat mungkin!

“Yeji-ah…maaf, aku kena pergi sekarang. malam ni aku telefon kau, hmm..?” Jimin cepat-cepat bersuara seraya mendekati gadis itu dan menghadiahkan ciuman hangat di dahi Yeji. Belum pun sempat Yeji mengucapkan sebarang kata, Jimin sudahpun berlari anak keluar dari situ tanpa sedikitpun menoleh ke belakang. Yeji hanya mampu mengeluh berat. Sesungguhnya…perasaan kecewa, sakit hati dan marah dengan sikap Jimin yang tidak lagi mempunyai masa untuk diluangkan bersamanya sudah hampir memenuhi ruang rasanya. Dia sendiri tidak tahu apa dan mengapa Jimin tiba-tiba menjarakkan hubungan mereka, malah lelaki itu langsung tidak berusaha untuk menjelaskan situasi sebenar kepadanya.

“Nampaknya, hubungan aku dan Jimin dah berubah sepenuhnya. Dulu, Jimin selalu cakap yang dia akan selalu ada untuk aku. Tapi sekarang, bila aku paling perlukan dia…apa yang dia buat adalah tolak aku ketepi. Dia…dah mula bencikan aku, kan…Namjoon?” Yeji berusaha menahan air mata dari melewati pipinya. Namjoon yang masih diam membisu di sisinya ditenung dengan lirikan yang sayu. Namjoon pantas menggeleng, menidakkan tanggapan negatif terhadap Jimin yang mula menguasai Yeji. Namjoon benar-benar mahu Yeji percaya yang setiap kali Jimin mengucapkan kata cinta dan sayang kepada Yeji, Jimin benar-benar maksudkan setiap baris kata yang diucapkannya. Dia benar-benar mahu menjelaskan situasi sebenar mengenai apa sebenarnya yang Jimin lakukan tetapi sayang, dia sudahpun berjanji kepada Jimin untuk tidak menceritakan apa-apa kepada Yeji. Bagi Jimin, semua itu mesti disimpan sebagai kejutan.

Namjoon mengambil beberapa langkah mendekati Yeji. Setiap kali matanya menangkap riak kecewa di wajah cantik Yeji, betapa dia ingin berlari ke arah gadis itu; menenangkan Yeji dalam pelukan hangatnya dan melindungi dia dari sebarang kelukaan. Tetapi, itu bukanlah tempatnya. Dia bukanlah sesiapa di mata Yeji, dia tidak lebih dari seorang sahabat yang juga tempat untuk dia mencurahkan kelukaan hati tatkala Jimin tiada di sisinya. Jimin berhak sepenuhnya ke atas setiap senyuman dan air mata gadis itu, bukan Namjoon…bukan Kim Namjoon.

“Yeji, kau tahu kan yang Jimin betul-betul sayangkan kau…” Namjoon membalas lembut, cuba untuk menenangkan Yeji.

Yeji hanya kelu tanpa kata tatkala jemari Namjoon mengusap kepalanya dengan lembut. Dia sedar, Namjoon cuma mahu menenangkan dirinya dengan berkata demikian. Yeji lambat-lambat menganggukkan kepala sebelum tunduk memandang lantai, berpura-pura yang hatinya mudah dirawat dengan kata-kata Namjoon meskipun jiwanya mula meronta dan meragui akan erti sebenar perkataan sayang yang Jimin ucapkan kepadanya sejak akhir-akhir ini. Hanya selepas beberapa saat berlalu, Yeji kembali mengangkat wajah memandang ke arah bola mata Namjoon yang bersinar menikam anak matanya. Seolah-olah terkena renjatan eletrik, jantung Yeji tiba-tiba berdegup kencang; bukan kerana dia gerun dengan pandangan mata Namjoon yang tajam menikam, tetapi kerana Namjoon adalah Kim Namjoon. Yeji dapat merasakan jiwanya semakin diulit ketenangan dengan kehadiran Namjoon, dia sentiasa ada untuk menenangkan hati Yeji dan mengambil berat terhadapnya.

Menyedari riak wajah Yeji tidak lagi sekeruh tadi, Namjoon mengukir senyuman lebar; membentuk lekukan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Seakan terpukau dengan senyuman Namjoon, Yeji semakin berani melawan panahan mata lelaki di hadapannya itu. Setiap inci wajah Namjoon ditelitinya. Kemeja hitam Namjoon yang tidak dibutangkan di bahagian pali

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
damnitlrh #1
Chapter 1: your writing is hella great like no joke omg
girly_
#2
Chapter 1: Wahh.. puitisnya ayat awak.. terharu baca uhukk.. *tetibe* btw, taniah sebab menang contest tu.. gaya penulisan awak memang terbaik lah! Saya tabik awak! >.<
angelily95
#3
Congratulation sbb menang! Banyakkanlah lagi menulis dalam bm^^ ada masa nanti sy baca and tinggalkan komen! Congrats again.
Eli_Shane
#4
Chapter 1: No wonder lah cerita ni menang contest Dope tu..gaya penulisan awak sangat menarik, tak ubah macam penulisan novel. Plot pun okey. Saya suka! By the way, tahniah sebab menang~~~
pinochio_jung #5
Chapter 1: Mula-mula saya jatuh cinta dengan poster yang cantik gila tu...lepas baca terus jatuh cinta dengan writing style awak! Bombastik dan sangat kreatif, tak sabar nak tunggu untuk english version. <3

Hopefully awak menang contest tu. :)
only_suga #6
Chapter 1: seriously, menyampah betul dengan yeji! cepat sangat berubah hati! This is beautifully written by the way! ^^
Cosmos-Love #7
Chapter 1: Writing style author tak pernah buat saya kecewa, puitis dan indah! Hampir termenangis saya dibuatnya. Ingatkan happy ending tadi.. ㅠㅠ
Freessia #8
Chapter 1: Heart-wrenching. But I really enjoyed it. Jimin wasn't there for her and the sincere Namjoon was so she's going to waver. Sad ending but dare I say it, my Jimin deserved it :(

Can't wait for the english version coz Jung Hoseok will be the main character! <3 Lovely work, author-nim!