Not A Fairytale

Not A Fairytale
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung mengenggam erat sejambak bunga ros berwarna merah di tangannya. Dia berhenti seketika apabila teringatkan coklat dan anak patung beruang mini yang disimpan di dalam beg sekolahnya. Taehyung membuka beg sekolah yang disandangnya dan mengeluarkan barang-barang tersebut. Kemudian, dia terus mengatur langkah menuju ke taman sains sekolah. Kadangkala dia berlari-lari anak untuk segera tiba ke destinasinya.

Taehyung memegang dadanya yang tiba-tiba diserang rasa berdebar. Dia memandang satu susuk tubuh gadis yang sedang duduk di sebuah kerusi. Rambut coklat gadis tersebut yang panjang dan beralun itu berterbangan lembut apabila ditiup angin. Taehyung menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembus perlahan. Keyakinan dirinya segera dipupuk. Dia kemudiannya mendekati gadis itu.

"Ehem," Taehyung berdehem. Perhatian gadis itu kini beralih kepadannya  Gadis itu tersenyum. Berbunga-bunga hati Taehyung apabila melihat senyuman manis itu. "Hai Jaehee. Saya minta maaf sebab buatkan awak tunggu lama," Taehyung tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak apa. Saya baru sampai. Ada apa awak nak jumpa saya?" tanya Jaehee. Matanya memandang tepat ke arah wajah Taehyung. Selang beberapa saat, matanya melirik pula pada barang-barang yang dipegang Taehyung. *Untuk aku ke tu?* bisik hatinya. Pipinya sedikit kemerahan. *Jangan nak berangan, Jaehee* 

"S-sebenarnya, s-saya nak bagi ni dekat awak," semua barang tersebut diserahkan kepada Jaehee. Jaehee membulatkan matanya. *Angan-angan aku jadi kenyataan* Jaehee melompat kegembiraan dalam hatinya.

"Kenapa awak bagi saya benda-benda ni?" tanya Jaehee. Taehyung kembali gugup. *Jangan jadi pengecut Taehyung. Ini lah peluang kau!* jerit hati Taehyung. Taehyung mengenggam penumbuknya dan memejam rapat matanya. Kepalanya ditundukkan.

"Saya suka awak! Eh, bukan. Saya cintakan awak, Im Jaehee!" selaju LRT, selaju itulah ayat itu meluncur laju dari mulut Taehyung. Taehyung mengangkat mukannya. Dia mengerutkan dahinya melihat ekspresi wajah Jaehee yang ibarat terkena panahan petir. Jaehee diam tidak berkutik. Taehyung merasakan peluang untuk perasaannya diterima semakin tipis. Dia melepaskan keluhan berat. Taehyung berpusing, bersedia untuk meninggalkan taman tersebut.

"Errrr... Taehyung," panggil Jaehee. Taehyung kembali memandang Jaehee. "Awak nak pergi mana?" getus Jaehee sambil tersenyum lembut.

"Awak diam bila saya luahkan perasaan saya. Saya anggap awak tolak cinta saya," balas Taehyung. Matanya jelas menunjukkan dia kecewa. Tiba-tiba Jaehee ketawa. Taehyung terus memandang Jaehee dengan riak pelik.

"Saya tak cakap saya tolak," ujar Jaehee membuatkan Taehyung terus peka.

"Adakah itu maksudnya awak terima cinta saya?" Jaehee mengangguk membuatkan Taehyung melompat kegirangan. Senyuman lebar terukir di wajahnya sehingga matanya membentuk 'eyes smile' "Saya cintakan Im Jaehee! Im Jaehee sekarang milik saya! Kami akan bahagia selama-lamanya!" jerit Taehyung sebelum memeluk erat Jaehee. Jaehee ketawa bersamanya.

 

 

Hari Graduasi

"Jaehee! Tahniah sebab dapat anugerah pelajar terbaik untuk tahun ni. Macam yang saya jangkakan, my girl memang terbaik," Taehyung berkata sambil mencium pipi Jaehee. Jaehee ketawa kecil. Mereka berdua kemudian menyertai rakan-rakan sekelas yang lain untuk meraikan penamat zaman sekolah tinggi mereka.

 

"So, Taehyung. Bila kau dengan Jaehee nak berkahwin?" tanya Jin sebelum ketawa bersama rakan-rakan mereka yang lain.

"Agak-agaklah. Rakus sangat tu. Baru setahun kami bercinta. Lagipun umur 18 tahun ni muda sangat nak kahwin," balas Taehyung.

"Apa salahnya kalau ikut drama dekat televisyen tu. Kahwin lepastu masuk universiti sama-sama. Tapi uniknya, perkahwinan mereka disembunyikan. Lepas beberapa tempoh masa, BOOM! Satu universiti dapat tahu. Baru klise. Dapat perhatian setanding Baekhyun dan Taeyeon!" Jungkook menambah. Taehyung mengetap giginya apabila melihat Jungkook. Geramnya ditahan. Jaehee menggelengkan kepalanya. Tangannya lembut mengusap tangan Taehyung untuk menenangkan teman lelakinya itu.

"Biarlah mereka bergurau. Lagipun hari ni hari terakhir kita  nak gelak macam ni. Siapa tahu lepas ni ada yang sambung belajar di luar negara atau ada yang dapat tawaran dekat kolej lain? Tak mungkin kita dapat bergurau macam ni lagi," pujuk Jaehee. Taehyung hanya mengangguk. Dia tersenyum ke arah Jaehee.

"Tapi kita takkan terpisah kan?" Jaehee mengangguk.  Senyuman Taehyung semakin lebar dan dia tanpa rasa malu, mencium pipi Jaehee. Keseronokan pada hari itu berlalu. Taehyung dan Jaehee tenggelam dalam dunia mereka. Membiarkan rakan-rakan mereka seperti mereka tidak wujud.

 

Kolej

Taehyung dan Jaehee terus meniarap di atas padang rumput di kawasan universiti tempat mereka belajar. Taehyung dan Jaehee sangat gembira apabila menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti yang sama. Kini, mereka berdua sedang bertungkus lumus untuk mengenggam segulung ijazah di Faculty Bioscience & Medical Engineering. Jaehee membuka buku tebal yang dipinjamnya dari pusat sumber. Peperiksaan akhir hampir tiba menyebabkan dia dan Taehyung 'melekat' dengan buku-buku tebal dari pusat sumber. Tiba-tiba, Jaehee bangun dari baringnya.

"Jom pergi Menara Namsan!" jerit Jaehee. Taehyung memandangnya.

"Buat apa nak pergi Namsan? Bukannya ada aktiviti yang menarik pun. Setakat naik kereta kabel. Dah beratus kali saya naik" tolak Taehyung. Jaehee menjelingnya.

"Kalau setakat nak naik kereta kabel, baik saya heret awak pergi Lotte World. Naik roller coaster lagi seronok," gerutu Jaehee. Taehyung ketawa manakala Jaehee mencebik.

"Jangan mencebik. Saya ikat bibir awak pakai getah baru awak tahu. Kenapa awak nak pergi Namsan?" soal Taehyung membuatkan Jaehee kembali tersenyum. Dia kembali baring namun kali ini, pinggang Taehyung dijadikan 'bantal'nya.

"Untuk abadikan cinta kita!" jawab Jaehee. Dia menjerit kecil. Taehyung pula menggelengkan kepala sambil ketawa. Abadikan cinta mereka? Dia faham akan maksud Jaehee. Tak lain dan tak bukan apa yang dimaksudkan teman wanitannya ialah tradisi menggantung mangga, untuk mengunci cinta sesuatu pasangan agar kekal dan bahagia selama-lamanya. Seperti pengakhiran kisah dongeng.

"Okey. Nanti kita pergi. Kalau itu yang awak nak," Taehyun berkata membuatkan Jaehee bersorak kegembiraan.

 

Menara Namsan

Hari minggu menjelang. Taehyung menjemput Jaehee di rumah Jaehee. Setelah meminta kebenaran dengan ibu bapa Jaehee, Taehyung dan Jaehee menaiki bas untuk ke Menara Namsan. Jaehee sangat teruja membuatkan Taehyung terhibur dengan kerenahnya. "Alamak! Saya tak bawa payung. Awak ada bawa payung tak? Saya dengar hari ni diramalkan akan hujan," Jaehee cemas. Dia memandang Taehyung yang relaks di sebelahnya. "Saya tanya ni, awak bawa payung tak?" Taehyung menggeleng sambil tersengih.

"Awak pernah nampak ke lelaki bawa payung kemana-mana dia pergi? Kalau ada pun mesti lelaki nerd. Dan saya Kim Taehyung lelaki yang berkarisma. Saya tak bawa payung," jawab Taehyung. Jaehee memukul lengannya. "Apa?!" marah Taehyung.

"Jawab jelah tak bawa. Tak payah sampai nak masuk bakul angkat sendiri. Nak muntah saya dengar," kutuk Jaehee. Dia menekup mulutnya dan berlakon seperti dia hendak muntah. Kemudian, mereka berdua tergelak bersama. "Kalau hujan macam mana?" Jaehee bertanya selepas ketawa mereka reda. Kerutan dahinya semakin jelas tanda dia risau.

"Senang je tu. Kalau hujan, saya buka jaket saya dan pengang dengan kedua belah tangan saya. Lepas tu saya akan payungkan awak dan diri saya di bawah satu jaket. Kita akan berlari di bawah hujan bersama. Romantik tak?" Taehyung mengangkat keningnya.

"Romantik tahi ayam. Dahlah. Penat saya layan awak ni," Jaehee memukul belakang kepala Taehyung.

"Susah dapat teman wanita ganas macam dia ni," bisik Taehyung. Dia berlari-lari anak untuk menyaingi Jaehee yang sudah berjalan laju di hadapannya.

Mereka berdua masuk ke dalam kedai menjual mangga untuk digantung. Setelah memilih mangga yang di sukai mereka, Taehyung membayar harga mangga tersebut. Jaehee memilih mangga berwarna merah hati dengan corak hati berwarna putih yang ringkas manakala Taehyung memilih mangga berwarna biru lembut, juga dengan corak hati berwarna putih yang ringkas. Mereka berdua duduk di sebuah meja yang disediakan untuk menulis ucapan mereka.

 

 

Saya cintakan awak, Kim Taehyung. Awak milik saya. Kita tak akan berpisah

Im Jaehee

 

Saya cintakan awak, Im Jaehee. Walaupun terpaksa, saya harap mangga ni akan dapat kekalkan hubungan kita. Selama-lamanya.

Kim Taehyung

 

Langit semakin gelap. Awan hitam mula menggantikan awan putih. Taehyung dan Jaehee yang sedar akan pertukaran cuaca memutuskan untuk segera menggantungkan mangga mereka. Ketika hendak mengunci, hujan turun dengan sangat lebat. Taehyung segera menarik kuncinya tanpa memeriksa. Mereka berdua meninggalkan kawasan mangga itu.

Tanpa mereka sedari, mangga milik Taehyung tidak dikunci dengan betul. Mangga milik Jaehee pula tidak sempat dikunci. Kedua-dua mangga mereka terbuka. Kunci telah dimasukkan mereka ke dalam peti besi yang disediakan ketika sibuk berlari meredah hujan. Apakah ini petanda perkara buruk akan berlaku? Adakah hubungan mereka dalam bahaya? Siapa yang akan melepaskan siapa?

 

Kolej

"Taehyung, saya dengar ada pelajar perempuan baru masuk. Betul ke?" Jaehee menyiku lengan Taehyung. Taehyung mengangguk. "Dia macam mana? Maksud saya perangai, cara pemakaian dan rupa dia,"

"Dia cantik sebab muka dia tenang dipandang. Nice figure. Dia berpakaian sopan. Baik, sopan, peramah dan pandai. Kesimpulannya, dia perfect dan sweet," ulas Taehyung. Air muka Jaehee berubah. Hatinya diserang rasa cemburu apabila mendengar cara Taehyung bercerita tentang pelajar itu.

"Siapa nama dia?" Jaehee bertanya lagi walaupun hatinya membara.

"Jung Sooyoung," jawab Taehyung. Jaehee hanya mengangguk. "Esok tunggu saya dekat depan pagar kolej. Kita pergi date, okey?" Taehyung b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 1: Kenapaaaaaa TT best ff ni hoho
hanbinhaera #2
Chapter 1: Omg sedihhhh T_T nakkkkk chaptered sequel pls author T_T
JunghyungYong #3
Setuju dgn komen kat bwh
chaptered sequel please?
JunghyungYong #4
Setuju dgn komen kat bwh
chaptered sequel please?
MummyMonster #5
Boleh tak nak request chaptered sequel? Please~ puas hati ngn oneshot ni... thumbs up! ^_^
jiminie88 #6
Zani fighting! Aq x tau nk ckp ap but gud job zani. Mcm style ko mnulis, cite ni santai jek. all the best zani. apsal aq ni komen mcm org pasrah r? Hehe
Tya_jannah #7
Hi authornim!!! Saya suka baca oneshot ni. Simple dan tak 'berat' macam oneshot lain. saya baru buat akaun ni jadi KP saya tak cukup nak vote. mianhae =( btw, fihgting authornim~ ^^
LuhanXoxo20 #8
Thanks for writing this awesome oneshot!! Karya authornim tak pernah kecewakan kami sbg readers...
Taeng_unnie #9
Oh my god... authornim takde sediakan tisu percuma ke??
Taeng_unnie #10
Oh my god... authornim takde sediakan tisu percuma ke??