SOALAN : Penulisan Plus (WoaiJia)

Link : http://www.asianfanfics.com/story/view/868231/14/penulisan-plus-malay-writingtips-rant

1. Apakah masalah utama penulis di malay tags?
• Cara penulisan. Saya bukannya bagus bab mengarang tapi sekurang-kurangnya tulis mcm karangan bahasa melayu pun kira cukup bagus. Contohnya, asingkan perenggan. Janganlah menulis satu-satu perenggan itu terlalu panjang. Perbezaan antara dialog dengan monolog seperti penggunaan simbol pembuka dan penutup bicara (') dan (") juga penting sebab ianya akan mengelirukan pembaca jika tidak betul caranya.

• Penggunaan 'manglish' yang sangat berterabur dan memeningkan membuatkan saya sukar untuk faham. Sebab ada sesetengah penulis suka menulis singkatan dan penggunaan bahasa melayu dan inggeris yang tidak betul. Apatah lagi jika manglish yang bercampur lagi tidak teratur.

• Terlalu banyak penggunaan bahasa kasar, kesat dan adakalanya mencarut.

• Pemilihan tajuk yang terlalu panjang dan adakalanya terlalu keanakkan sekalipun komedi biarlah ringkas, sesuai dan menarik.

• Ringkasan/sinopsis/description yang tidak menarik. Sesungguhnya saya tidak bagus dalam hal ini namun, janganlah sampai sinopsis pun dah semacam mengarut pabila dibaca memang tak menarik minat untuk membaca ceritanya. Kadang-kadang, ada jugak sinopsis yang membuatkan kita sudah boleh agak jalan cerita macam mana.



2. Apakah yang membuatkan anda tidak membaca malay fanfics?
• Jalan cerita yang hampir sama sehingga satu genre itu menjadi trend pada satu-satu masa yang menyebabkan tiada kelainan dan keistimewaan antara penulis.

• Tajuk yang tidak menarik minat dan perhatian.

• Kurangnya genre yang saya minat iaitu /boyslove (boyxboy) dan yuri(girlxgirl). Selain dari itu, ada juga genre straight(normal) yang saya suka namun, sukar untuk saya menemukan cerita yang menarik minat saya.

• Watak utama yang terlalu SEMPURNA. Yang ni paling menyampah. Saya suka watak yang sempurna ke arah classy atau tradisional ala-ala drama melayu lama. Watak tidak terlalu sempurna juga nampak lebih normal.

• Watak yang sentiasa bernasib baik seperti heroin mengandung anak luar nikah/ perempuan jahat/ apa saja yang negatif tentang heroin tetapi akhirnya dapat jodoh dengan lelaki baik. Maaf, asaya tak boleh terima sebab tak logik.

• OC. Saya tak minat OC. Maaf (ini bergantung pada minat masing-masing)


 

3. Apakah perkara yang paling menjengkelkan tentang penulis di malay tags? Tabiat mereka yang buruk?
• Saya tidak suka penulis yang mengada atau menggedik dalam cerita seperti kita boleh agak macam mana perwatakan sebenar penulis tersebut. Penulis ini lebih kepada syok sendiri menganggap diri sebagai heroin. Tak salah tapi tolong jangan 'over' sangat.


 

4. Bagi anda, apakah ciri-ciri fanfics yang baik?
• Sesiapa saja yang dapat atau cuba mengelak dari melakukan kesilapan pada soalan 1, 2 dan 3.

• Penghayatan yang bagus.


 

5. Apakah yang paling perlu penulis baiki?
• Tatabahasa, perenggan, penggunaan bahasa dan istilah yang baik, membezakan dialog dan monolog dengan baik dan pemilihan tajuk yang lebih ringkas dan sesuai.

• Penggunaan kosa kata yang tinggi juga bagus. Tapi, saya mengaku kelemahan saya tidak mampu untuk melakukannya.

• Elakkan 'cliche' dan berikan watak itu perwatakan yang menarik bukannya 'perfect'.


 

Apa yang saya ingin pelajari dari Penulisan Plus adalah bagaimana untuk menamatkan cerita yang hampir atau belum ke perumitan ini kerana mengalami masalah 'writing block'. Saya juga putus idea dan tidak boleh mendapatkan idea untuk sambungannya seperti sudah mati akal atau 'blank'. Saya cuba cari idea yang ada cuma idea untuk cerita baru dan tidak sesuai diubah untuk menjadi penyambung cerita lama yang tergantung jalan ceritanya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Comments

You must be logged in to comment
izaniey #1
awk,sy nk tnye sikit..apa pndpt awk klau pnulis tu buat description pndek..?
ButterflyShida #2
Betul tu... Sebab benda-benda macam ni lah yang buat saya tak buat malay ff sebelum ni.