Impian... ^^

Hai semua... fuh lama gila saya tak mengupdate apa-apa dekat sini, baik blog mahupun cerita semuanya sebab saya lebih banyak aktif dekat Wattpad menulis sambungan cerita yang tergendala dekat sini di Wattpad.

Siapa sini ada wattpad? Bolehlah follow account saya @yana_xoxo. 

Dekat Wattpad dah ada cerita saya yang tergantung masa tahun 2015 dulu, saya dah siapkan. Kalau nak baca bolehlah singgah di sana ya, saya memang jarang buka aff sebab saya banyak menulis dekat laptop guna Microsoft Word dan copy masuk wattpad. Hihi.

 

Okeylah berbalik kepada tajuk, sebenarnya saya ada misi dan visi tahun baru 2020 ni. Nak tahu tak apa visi dan misi saya tu? 

 

Saya sedang berusaha untuk wujudkan karya novel fanfiction saya sendiri. Sesiapa dekat sini kenal tak Kak Angelily? Yang pernah terbitkan satu novel k-fanfiction bertajuk Seoulmate? Watak utama Saera & Baek Gu (Baekhyun).

 

Okey kalau tengok dekat wattpad memang ramai dah orang bukukan cerita mereka tapi kebanyakkannya bila saya tanya mereka prosedur untuk ke tahap yang macam Kak Agenlily buat mereka cuma bagitahu yang mereka buat novel tu just suka-suka je. Jadi mereka tak perlukan prosedur yang teruk-teruk macam mohon ISBN, Hak Cipta semua tulah.

 

Jadi saya tanya BANG SHAH iaitu abang senior yang sama-sama jayakan terbitan SEOULMATE dengan kak lily. Dia cakap kalau tak ada ISBN maksudnya kita punya buku kalau orang ciplak pun kita tak boleh buat apa-apa sebab tak ada Hak Cipta. So saya jadi macam semangat gila ^_^ hahaha. Semangat untuk tahun baru 2020 ni, saya nak terbitkan novel k-fanfiction bawah jenama saya sendiri. Macam novel kak lily.

 

Saya dalam proses nak siapkan cerita-cerita saya yang tergantung sepi selama beberapa tahun ni dulu, lepas tu saya akan pilih mana-mana cerita yang saya dah publishkan tu untuk diangkat menjadi manuskrip novel. selepas itu segala prosedur dan proses untuk jadikan novel tu saya akan usaha sendiri huhu.

 

Itu impian saya, saya nak jadi penulis novel fanfic atas jenama sendiri. Sehinggalah suatu hari nanti, saya ada kedai buku novel saya sendiri. Pejabat Publication saya sendiri huhu. Besar kan angan-angan ni? huhu 

 

Itulah apa yang saya impikan sejak berumur 12 tahun ^_^. Nak jadi seorang novelis, tapi saya tak mampu nak jadi novelis novel melayu sebab saya tak suka T_T novel melayu hahaha. Saya lebih suka genre fanfiction jadi tak salah saya cuba mulakan impian saya tu mulai dari tahun ni.

 

Saya cuma nak kongsikan disini sebab dekat sini saya pernah berjumpa dengan ramai kawan-kawan alam maya yang sekarang mungkin suam-suam kuku atau pun kebanyakkannya sudah pun hiatus dari aff huhu.

 

Jadi kalau awak semua terbaca blog ni, saya tak minta lebih. Cuma doakanlah untuk saya berjaya dalam mengejar impian saya ni. Tak apakan kita mula slow-slow? Orang takkan nampak usaha kita sehinggalah kita berjaya di puncak nanti. 

 

Impian ni boleh wujud sebab saya memang minat menulis dari kecil, dan saya minat kpop, k-drama semua tu. Selain tu, sebab saya nak jadikan bidang penulisan novel ni sebagai satu kerjaya saya. Orang mungkin tak faham kenapa nak pilih bidang ni sebagai impian dan kerjaya kan? Nak buat macam mana, minat saya lebih ke arah bidang ni dari bidang lain.

 

Huhu, itu ajelah saya nak share dekat sini.

 

Sesiapa yang nak baca story-story  saya yang dah completed boleh baca dekat Wattpad account Yana-xoxo tau. 

 

Antara cerita yang saya dah siapkan dekat sana 

 

1. She's My girl

2. Cik Mananger

3. Pinjamkan aku satu bintang

4. My Love Story (dalam proses end)

 

yang lain tu cerita yang lama hehe.

 

Cooming soon punya story

 

1. Hey You!!

2. Paper Heart

3. The First Snow

4. Cinta Di Hari Raya 2.

 

dan banyak lagi.

Kalau awak semua sudi support saya, lagi saya suka ^^. Kalau taknak pun tak apa. In shaa Allah kalau saya dah berjaya terbitkan novel fanfic pertama saya, saya akan update dekat sini juga ^_^.

 

Okey itu saja. Oh boleh juga follow ig saya kalau nak tahu perkembangan story dan sebagainya username ig saya @Fy_Dyn.

 

Okey tu je nak bebel haha. Jumpa lagi dilain hari.

 

Assalamualaikum <3

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
goodluck kak yana! uwuwu
dae_yeol
#2
hoping you will success with it!! I always support you yana