Perasaan terpendam

 

 

So gais, hari ni aku saja nak share cerita yang menyedihkan dan menyakitkan hati about my family. So, terpulang korang nak baca atau tak tapi aku nak luahkan something dimana takde sorang pun yang kenal aku ni siapa.

 

aku hidup dan membesar dalam keluarga susah. Dulu aku mengeluh sebab apa yang aku nak aku tak dapat. Sekarang aku faham kenapa dan kenapa aku hidup dalam keluarga macam ni. Dulu aku selalu salahkan parents aku sebab hidup susah. Sekarang aku rasa bersyukur aku bukan hidup dalam keluarga yang kaya ataupun berada.

 

Mak aku ada 3 orang je adik-beradik and mak aku anak sulung dan satu-satunya anak perempuan. After mak aku kahwin, hidup mak aku mula berubah. Serius talk, kalau bukan disebabkan ayah aku, mak aku dah sah-sah hidup dalam dunia yang penuh hasad dengki. Atuk dan nenek aku dari muda lagi sudah ada perasaan dengki and bad mouth about family dorang and how they try to make my mom hate them too. Tapi, ayah aku seorang yang sangat pentingkan family dia, so whatever happen my dad selalu beritahu mak aku benda baik dan tak. Well that's what a leader should be. Pengakhiran cerita keluarga mak aku,..Mak aku dibuang keluarga oleh parents dia dan adik-beradik dia juga dah tak kisah kat mak aku. So until now, mak aku tinggal dengan ayah aku.

 

Pada mulanya, aku ingatkan kisah mak aku ni dah cukup buat aku terasa. Yelah sebab benda ni jadi sejak aku kecil lagi korang..lagi-lagi aku ni yang jenis tak lepas dengan mak ayah. Memang sah-sah lah aku tahu. Tapi tak, masalah belah ayah aku lagi teruk.

 

Ayah aku pula ada 14 adik-beradik. (Ramai tapi tak semua tu berguna. Macam hanat je perangai.) Makcik aku anak ke-13 meninggal 6 bulan selepas lahir, pakcik aku yang ke-? tak ingat pun dah meninggal maybe dalam 3 tahun lalu and serius talk, arwah pakcik aku ni lah yang paling banyak bantu ayah aku. Sampai sekarang aku tak lupa jasa baik arwah. Bila arwah dah pergi, aku rasa amat terkesan. Rindu nak buatkan air nescafe untuk arwah. So now, dorang cuma ada 12 adik-beradik je tinggal.

 

Dalam 11 tahun lalu, kami sekeluarga pindah ke rumah pusaka , tempat makcik2 aku tinggal and rumah tu kami tinggal kat bahagian atas, makcik2 aku pula kat bawah. Senang nak gerak katanya tapi tak fikir mak ayah aku pun manusia juga. Ok. Aku membesar dalam rumah tu. Rumah tu kalau hujung minggu memang meriah sebab saudara-mara kumpul.

Nak dijadikan kisah hidup tak sesedih titanic ni, mak aku mulanya masak untuk family aku je (Tak termasuk makcik2 bawang hangus tu), but then, one of my auntie A ni kata "Masaklah untuk SATU RUMAH, bahan2 nanti aku yang beli" so mak aku pun turutkan jelah, yelah dah hidup menumpang kat rumah dorang, takkan nak tunjuk kepala, ye tak. Sampailah 4 tahun lalu, mak aku stop masak untuk diorang sebab aku buat hal. 

 

Aku post kat status something like "Yelah, yang masak semua tu mak aku, tukang baru periuk kuali tu aku tak sempat nak bercantik dah lecun baju kena minyak kotor. Diorang (*makcik2 aku) tahu nak duduk goyang kaki ye. Yang penat aku, kakak dan mak aku."

so anak auntie A aku tu reply balik "tak sedar diri tinggal menumpang dirumahku, makan semua pakai duit mak aku." dan macam-macam lagi and dia bagitahu makcik kesayangan dia tu tentang aku punya update. So of course lah makcik B dia nak back-up dia Duhhhhhhhhh...aku sempat screen shoot status anak dia dan akak aku tunjuk kat auntie A ni.

 

Starting from that, mak aku tak masak dah untuk dorang, dan disebabkan mak aku dah takde kepentingan, dorang selalu ignore mak aku even duduk serumah. Jahanam bukan....Lepastu, dorang ni selalu pandang rendah kat ayah aku sebab ayah aku ni takde kerja, selalu tolong-tolong kalau ada yang perlu je. Mak aku pula kerja swasta. Hidup aku memang susahlah sebab tu tak semua benda aku dapat. Ayah aku pula taklah berpendidikan macam adik-beradik dia yang lain tapi boleh dikatakan ayah aku selalu tolong diorang.

 

Diorang tak sedar even ayah aku ni susah, kalau ada acara kat rumah tu, ayah aku yang pergi beli barang, kehulu-kehilir aturkan dokumen, pantau orang yang pasang kemah, cari imam saksi kalau anak-anak dorang kawin, tapi diorang tetap pinggirkan ayah aku sedangkan itu adik-beradik diorang. Aku sebagai anak ni of courselah terasa, sebab mak ayah aku yang besarkan aku. Aku dah pernah rasa dah makan nasi dengan kicap je wei, pakai kasut sekolah buruk tiap-tiap hari, ditinggalkan kat rumah sorang-sorang sebab takde yang nak jaga aku, baju raya bertahun sekali buat baru..Aku dah rasa semua tu dan sampai sekarang aku rasa hidup tak cukup duit dan dipandang rendah keluarga sendiri.

 

Ada je pakcik makcik aku yang baik, selalu tolong keluarga aku tapi tak ramai, aku boleh kira dengan jari siapa yang tak pernah bad mouth tentang family aku. Makcik B dan makcik lain tu pun pernah tolong tapi serius aku kata sedikit sahaja rasa terhutang budi tu dengan dorang tapi rasa kesal dengan benci tu melebihi semua. Kenapa? diorang tolong seolah-olah tak ikhlas. Mereka cakap tentang agama dan keluarga, tapi hakikatnya diorang ignore keluarga aku dan sindir2 ayah aku.

 

And tadi diorang bincang tentang pru. Ini isu sensitif even dalam family sebab tak semua orang ada pendapat yang sama.

 

nak dijadikan cerita, mostly family aku ni pembangkang and diorang selalu kutuk dan hina kerajaan *biarpun dorang tak sedar yang diorang tu kerja kerajaan ambil duit BR1M*, so diorang post tentang anak makcik C ni undi pembangkang then si anak ni terima telur dari kerajaan. Diorang katalah nak hantar balik sebab rasa macam rasuah or tak ikhlas something like that. and makcik B ni sokong gila2 kaw punyalah. Ayah aku join, kalau taknak, janganlah cakap macam-macam, bersyukur jelah dapat makanan tu (Sebab ayah aku dah faham hidup susah takde makanan). Then berlaku konflik sampai abah akupun maki adik-beradik dia and si Makcik B ni pun macam babi jugalah perangai tak tau nak bezakan baik buruk, sindir dan nasihat.

ayah aku pun bengang and left group tu. Cuba korang fikir, siapa yang salah sebenarnya, ayah aku tak masuk pun hal politik dalam group tu before and just bagitahu bersyukur je. WHAT IS WRONG WITH THEM! UNDI ITU RAHSIA suka ke tak pro lah sikit tapi tak macam babi je perangai. yang diorang kutuk tu ayah aku memang taklah aku nak diam. Kalaulah membunuh tu tak berdosa, sorang-sorang aku sumbat racun dalam mulut biar mati baru puas. Diorang tak sedar ke, selama anak diorang kahwin, ayah aku yang kehulur-hilir hantar surat jemputan, cari imam, uruskan kemah, cari katering semua tu?

 

 

Ayah aku sabar je. Aku paling respect mak aku sebab dah bertahun dia sabar dengan perangai ipar-ipar dia ni. Sekarang yang boleh bantu family aku pun cuma abang2 dan akak2 ipar aku aje. Masing-masing ada komitmen. Aku yang duduk jauh ni pun sabar je. Dahlah setahun dua kali je balik rumah, raya pun aku tak balik sebab tiket flight mahal lagi2 aku duduk Sabah. So aku faham hidup susah tu macam mana dan disebabkan susah tu baru aku faham apa erti kasih sayang.

 

 

Well, rasanya itu je kut. Dah kering airmata ni. Maaf buang masa korang. :)

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
Bayoul
#1
Hello dear, saya dah lama tak buka asianfanfic ni dan saya pun tak pasti mcm mana kamu bleh ada dalam list friend saya di sini tapi saya happy saya buka account saya sekarang. Dear, hidup ini memang banyak masalah, mungkin kamu bermasalah dari segi family. Saya berharap kamu bersabar dan cuba carikan jalan untuk bantu keluarga kamu. Kamu still studykan? cuba kamu study bagus2 dan dapat result mantap dan show off kan makcik2 kamu tu *selalunya revenge ini yang best*.... Saya tahu kadang2 kamu mesti ada rasa mau give up, kalau boleh macam nak ambil pisau tikam satu-satu makcik-makcik bawang kamu tu. Tapi ingat setiap orang bersabar dan di khianati sentiasa dilindungi. Sentiasa doakan yang family kamu sihat sentiasa. Dear, saya pun dari Sabah tapi saya study di UMS. Walaupun saya jauh, kalau kamu ada masalah, maybe kamu bleh contact saya. Sya bukan pemberi nasihat yang baik tapi saya pendengar yang baik *kawan saya cakap lah :)*... May god bless you dear. Have a nice day. :)