Gaya penulisan ?

Jenis bahasa penulisan mcm mana yang korang suka atau guna (if you're a writer) ? Cthnya mcm puitis (selit2 puisi dlm cerita haha), baku, bahasa pasar, bahasa perbualan, straight forward & kasar (mcm buku fixi), manglish (yg x cringey haha)  or anything else? 

Saya berbelah bahagi antara semuanya hahaha. Saya pun tak tahu jenis gaya bahasa apa yg saya selalu guna utk fanfic saya. Rasa mcm campur aduk kot..? Maybe more to baku (mcm gaya org filem dulu bercakap XD ) & bahasa perbualan ?

Maaf kalau saya ada buat silap tentang jenis bahasa ni huhu

Comments

You must be logged in to comment
lunaticmoon
#1
pada saya gaya penulisan yang santai, kasual dan dekat dengan bahasa percakapan kita sehari-hari tu sangat menarik, nak baca pun tak rasa serabut kepala. rojak dengan english sikit-sikit tu ok lagi sebab percakapan kita pun selalu macam tu tapi jangan pula disalah faham dengan merosak bahasa dan eja cincai2 yang keterlaluan.

contoh, "Ko pehal?" pada saya dalam penulisan elok eja saja dengan ejaan sebenar, "Kau apa hal?" sebab dalam otak kita tetap akan baca sebagai 'Ko pehal?' so tak ada issue nak kata ejaan tu skema sangat. ermmm faham tak ke saya dah berbelit-belit sangat? haha. i mean jangan samakan sebutan dengan ejaan sebab kalau buat camtu jadilah pencemaran bahasa dan downgrading of kualiti kesusateraan sesuatu bahan penulisan tu (lainlah kalau tengah chatting ke atau discussion tak formal macam sekarang ni tak kisahlah).

idk kalau saya skema sangat tapi walaupun sebagai penulis (hatta penulis fanfic je pun) saya ada pride untuk jaga kualiti penulisan saya. kalau bukan kita yang nak memartabatkan bahasa kita siapa lagi ye tak? :D

oh aside from gaya tulisan yang santai, saya sangat2 pandang tinggi orang yang boleh hasilkan penulisan yang puitis dan sarat dengan keindahan bahasa kita. kalau tengah mood nak baca cerita yang drama dan romantis saya lebih prefer gaya penulisan yang begini^^
aquariusxpisces
#2
I prefer manglishhh, tapi kena berpada-pada lahh huhu... Kalau cringey sangat rasa nak campak hp je 😂😂😂
durian_
#3
saya prefer monolog dalaman tapi last2 bunyi baku jugak kekeke
sitiazilataemin88
#4
Kalau saya,saya campur je semua gaya penulisan >_< .Janji faham huhu
Yana_xoxo
#5
Saya pun tak pasti apa berkaitan dengan bahasa ni... haha
Tapi saya suka tulis bahasa penuh macam yang saya tulis ni supaya orang yang baca mudah faham walaupun ayat berbelit mereka tetap faham hahaha...