Scarlet Heart Ryeo : Moon Lovers

Assalamualaikum...

 

Okey... Ni nak story sikit pasal drama historical korea yg baru je tamat semalam iaitu Scarlet Heart Ryeo : Moon Lovers

 

Sememangnya saya ni bukanlah org yg layak nk bercerita pasal drama ni sebab saya tak follow cerita ni dari mula (nasib org bekerja), tapi disebabkan difacebook, saya ada seorang kawan yg mahir bab2 mengulas cerita jd saya tahu la serba sedikit pasal cerita ni...

 

Scarlet Heart Ryeo : Moon Lovers merupakan sebuah drama yang penuh dengan emosi... Saya tak tahu nak gambarkan macam mana, cuma apa yg boleh saya katakan, drama ini berjaya membuatkan emosi para penonton naik dan turun seperti roller coaster... Apa yang saya cuba nak sampaikan disini adalah mengenai pengakhiran ceritanya...

 

Terus terang saya katakan, I expect more than that... Saya berharap sangat Ha Jin/Hae Soo bertemu dengan Wang So di era alaf baru, walaupun pertemuan mereka berdua di era Goryeo adalah disebabkan oleh mimpi Ha Jin dari lenanya yang panjang selepas insiden yang hampir meragut nyawanya... Scene yang tak dapat dilupakan adalah ketika Ha Jin berhenti dihadapan lukisan zaman Goryeo dan tiba-tiba dia teringat balik mimpi2 yang dialaminya selama ini... Dan paling mengharukan, yang membuatkan dada saya sebak ketika Ha Jin merenung sebuah potret seorang raja sedang memandang istana seorang diri... Saat itu, air matanya mengalir, tidak dapat menahan kesedihan yang bertamu dihati kerana berasa kesal meninggalkan orang yang dicintainya seorang diri mengharungi kehidupan sebagai seorang raja di Goryeo...

 

Serius, babak tu memang sedih... Saya sedih bukan sebab Ha Jin dah kembali ke dunia asal, tetapi saya sedih sebab perjalanan hidup Wang So yang sentiasa berseorangan tanpa kasih sayang dari seorang ibu... Sampai sekarang saya tak faham kenapa ibu dan adik-beradik Wang So (adik-beradik seibu) tak sukakan Wang So... Saya dapat rasakan betapa sedih dan sunyinya hidup Wang So, lebih2 lagi selepas satu per satu orang yang disayanginya pergi meninggalkannya (Wang Moo, Wang Eun, Queen Yoo, Hae Soo), dan yang paling meruntun hati, apabila Baek Ah juga turut pergi meninggalkan istana selepas kematian Woo Hee... Satu-satunya adik lelaki Wang So yang saya harapkan akan berada disisi Wang So selepas pemergian 4 orang tersebut, rupanya tidak...

 

Eh! Lupa pulak sorang lagi.. Jimong pun turut pergi dari istana tersebut... Walaupun dia pernah berkata, dia akan sentiasa berada disisi raja, tetapi baginya, Wang Moo adalah rajanya (bukan dia tak suka Wang So jadi raja, tetapi setianya pada sahabat yang satu tu tak pernah hilang)...

 

Kalau kita selami betul-betul watak Wang So, sebenarnya dia ni seorang yang sangat penyayang... Walaupun dia memiliki karakter yang dingin, tetapi dia sayangkan adik-beradiknya... Saya tak boleh nak recall balik scene2 yang lepas, jadi kita rujuk balik scene utk episod terakhir dimana ketika Wang So berdiri berseorangan, Baek Ah datang membawa khabar bahawa Wang Wook sudah pergi buat selama-lamanya... Dan selepas itu, Baek Ah pun pergi meninggalkan istana sbb baginya, dia sudah tidak ada apa-apa di istana tersebut (kau masih ada Wang So kot... kau tak kesian ke kat abang kau?)... Kita sendiri boleh nampak, disebalik ekspresi wajah yang dingin, ada raut kesedihan yang terpancar diwajah Wang So (tak boleh move on kot... sampai terbawa2 dalam mimpi lagi)... Saat Baek Ah pergi tu, saya dapat rasakan yang Wang So ingin sekali menghalang Baek Ah dari pergi meninggalkanya berseorangan (ke tu imaginasi saya je? tapi saya rasa firasat saya betul), tapi dia tak mampu lakukan... Mungkin ego sebagai seorang raja Goryeo? atau sememangnya dia sudah pasrah dengan takdir hidupnya? Itu saya tak pasti...

 

Apa-apa pun, kudos untuk semua yang terbabit dalam pembikinan drama Scarlet Heart Ryeo : Moon Lovers ni... Walaupun cerita ni remake dari versi China, dan sejarah tetap sejarah, tetapi saya masih mengharapkan special episode atau season 2 (special episode pun dah memadai kot) untuk drama ni dimana semua karakter, atau Wang So sahaja, bertemu dengan Ha Jin di era alaf baru...

 

Sekian dari saya, terima kasih (^-^)v

Comments

You must be logged in to comment
NoonaYoung
#1
Berdoa je mampu kalo dorg nk wat season kedua pd era baru ^_^