Si Gadis dan Rama-Rama III

 

Si gadis sedang berjalan menuju ke kelas, namun pandangannya dikejutkan dengan sesuatu. Kelihatan rama-rama dengan seorang gadis lain namun mukanya tidak kelihatan.

 

"Aku suka kau." Ayat itu keluar dari mulut gadis lain itu. Rama-rama terkejut, sebelum mengalihkan pandangan pada si gadis itu. Si gadis tergamam dengan situasi itu. Namun, ya, dia tidak boleh lemah.

 

Si gadis berjalan melepasi rama-rama dan gadis A. Air mata yang ingin mengalir cuba ditahan walaupun sebentar nanti ia tetap akan mengalir.

 

Si gadis duduk di tempat duduknya dan mulai menangis. Apabila mengangkat pandangannya, kelihatan rama-rama di hadapan pintu kelas.

 

"Aku tak terima, lah." Si rama-rama bercakap. Si gadis mendengar namun dikaburi dengan esakkannya.

 

Si gadis terbangun.

 

Mujur itu hanyalah mimpi. Namun, hari demi hari berlalu. Mimpi itu seolah-olah memberi kesan yang mendalam terhadap si gadis. 

 

Si gadis mulai risau. Adakah mimpi itu akan jadi kenyataan? Tidak mungkin. Dia tidak akan bersedia dengan berita itu.

 

Hari ini, si gadis dan kawannya, gadis K ingin pulang ke rumah. Namun, gadis K berbual-bual dengan gadis A. Si gadis hanya menghiraukannya.

 

Mereka membeli makanan. Seusai si gadis membeli air, gadis K berkata, "Si gadis, aku ada berita untuk kau. Nanti aku cerita."

 

Si gadis hanya menurut. Sampai di perhentian bas, gadis K berkata.

 

"Tak tahu lah ni berita baik, atau tak buat awak. Tadi, gadis A kata dekat saya, dia tanya kenal budak tu ( rama-rama) tak? Saya pun cakap ya. Lepastu gadis A kata, semalam, rama-rama ada follow gadis A dekat instagram. Gadis A pun pelik, sebab dia tak kenal pun dekat rama-rama."

 

"Lepastu, saya kata, dia (rama-rama) crush awak ke?" Gadis A kata "Ya."

 

Mendengarkan itu, si gadis tergamam. Entahlah, mahu menangis atau tak. Mahu menjerit, atau gembira. Semuanya seperti hitam.

 

Ya, mimpi itu menjadi kenyataan.

 

Air mata tetap ditahan supaya tidak jatuh. Usah memalukan diri sendiri, si gadis.

 

Si gadis faham.

 

 

Maaf rama-rama, aku tak tahu aku patut sembunyikan lagi atau tidak perasaan ini.

 

Maaf rama-rama, kalau aku terlalu mengongkongmu.

 

Rama-rama, hiduplah baik-baik dengan dia.

 

:')

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang berlaku hari ini, si gadis cuba tabah. Dia kuat. Tapi, air matanya berlalu apabila angin mencium pipi...setelah sekian lama dia tidak menangis.

 

:"""")

Comments

You must be logged in to comment
DivaAngel_
#1
*silently offers you a tissue*