Hurt Of Love

ForeWord: Apabila satu bahtera perkahwinan yang telah lama kukuh diruntuhkan oleh seseorang yang kita tidak sangkakan niat nya...Dan kesakitan itu terasa amat perit di dalam jiwa raga kita,kita tidak sanggup melihat suami yang kita cintai selama 10 tahun telah berhubungan dengan Babysister kita sendiri.Isteri mana yang tidak akan sedih,tapi dia tetap bersabar demi anaknya.Tapi sebagai manusia biasa,dia pasrah lalu membawa diri nya dan anak pergi jauh dari bandar Seoul tanpa pengetahuan suaminya.Hari demi hari,memori nya akan teringatkan kisah percintaan antara dirinya dan suaminya dulu.Suatu hari kejadian yang tidak diduga telah berlaku kepada diri nya apabila dia mengalami kemalangan jalan raya akibat mabuk..Dan mula kejadian itu juga dia telah dipertemukan dengan seorang lelaki iaitu doktor yang merawat dirinya.Tanpa dia ketahui,dia telah terjatuh cinta kepada doktor tersebut tapi dia berasa bersalah kerana dia masih teringatkan akan status nya yang masih isteri orang,jadi dia hanya menganggap doktor itu hanya kawan/sahabat nya di hospital itu.Hari demi hari dia terasa terharu terhadap layanan si doktor itu kepada anaknya.Dan dia berasa amat bahagia dengan hidup nya.Sudah tamat tempohnya dihospital,akhirnya dia telah dibenarkan keluar dari hospital itu.Dan bagi dirinya itu adalah hari terakhir dia akan melihat si doktor itu.Tapi takdir telah mempertemukan mereka apabila si doktor itu pergi ke kedai bunga yang telah dibukanya ketika lari dari rumah,tapi dia terasa seperti batu menghempas ke hati nya apabila doktor itu mengatakan bahawa dirinya akan bertunang..Dia berasa cemburu juga dan menyesal kerana tidak membalas cinta doktor ini dulu.Tapi dia hanya menumpangkan bahagia kepada doktor itu kerana dia adalah sahabat lelaki itu.Dan pada hari itu juga satu lagi kejadian yang menyakitkan segala jiwa raga nya apabila suami nya muncul semula dan telah menceraikan dirinya di depan anak dan juga babysister nya dulu.Dia semakin buntu dan pasrah apabila suami nya memaksa dan mengambil anak nya..Dia melawan semahu nya kerana dia tidak mahu kehilangan anak nya,tapi disebabkan suami nya seorang anak orang kaya akhirnya dia menang dan dapat anak nya.Dia merasa dirinya seperti tidak hidup lagi didunia ini,akhirnya dia melarikan diri lagi buat kali ke-2,dia pergi lebih jauh dari Korea.Sudah 5 tahun berlalu,akhirnya dia balik semula ke tanah airnya Korea,tapi dia merasa banyak perubahan kepada dirinya dan kini dia telah menjadi sebagai Ceo kepada sebuah syarikat pakaian..Dia balik ke korea hanya kerana mahu menemui cawagan yang berkerjasama dengan dirinya.Tapi tanpa dia sedari,seseorang telah menunggu dirinya balik ke Korea dan mahu melamarnya...Siapakah lelaki yang setia menanti dirinya? Adakah dia akan bertemu semula dengan anak dan suaminya dulu?.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet