Selesaikan Kod 'nama'!!

Ini adalah sejenis kod, kalau korang berjaya pecahkan kod ni, saya akan beri 30 karma!! Macam mana? Sahut cabaran saya??

 

 

Saya akan beri satu cerita yang ada sedikit-sebanyak petunjuk kod rahsia yang ada didalam cerita ni. Selepas habis baca cerita ni, saya nak korang baca soalan yang ada di bawah. Selamat mencuba!! ^0^

 

 

Seorang budak lelaki mempunyai diari hariannya. Dia selalu menceritakan apa yang berlaku di kawasan ‘apartmentnya’. Nama ayah budak lelaki itu, Sebastian, manakala nama budak itu ialah, Kimmy. Tiba-tiba ayahnya bergaduh dengan seseorang kerana ‘lelaki’ misteri itu tidak mahu menyatakan hal sebenar dan Sehingga suatu hari, kebakaran berlaku di apartmentnya. Ayahnya dan Kimmy masuk ke dalam hospital kerana mereka pengsan saat ingin melepaskan diri dari apartment mereka. Pada hari kejadian, seorang penyiasat mendapati kes kebakaran ni bukan berlaku secara tidak sengaja tapi ada seseorang sengaja membuat kebakaran ini berlaku.

 

Terdapat tiga orang lelaki disyaki sengaja membakar apartment ni kerana mereka tidak mempunyai alibi.

 

Terdapat seorang lelaki bernama Alex, seorang petinju terkenal. Seorang lelaki lagi bernama Gilbert, seorang cikgu di sebuah sekolah menengah dan seorang lelaki ni pula bernama Shanks, seorang pekerja kontrak.

 

Mereka bertiga tidak mempunyai alibi yang kukuh. Jadi, penyiasat ini mula menyiasat ketiga-tiga lelaki ini.

 

Penyiasat : Alex, sebelum saya tanya soalan berkaitan dengan hari kejadian, adakah awak kenal seorang lelaki yang bernama Sebastian?

 

Alex : ya, dia jiran sebelah apartment saya. Saya selalu bertembung anak dia daripada ayah dia sebab saya selalu bagi anak dia plaster kerana anak dia selalu terjatuh di atas tangga pada waktu balik sekolah. Kadang-kadang...saya nampak anak dia di restoran bersama ayahnya setiap hari minggu.

 

Penyiasat : oh, macam tu. Apa awak buat semasa hari kejadian?

 

Alex : saya sibuk berlatih di bilik latihan saya dekat pusat latihan petinju.

 

Selepas mendengar alasan dari Encik Alex, Penyiasat itu mula bertanya kepada Encik Gilbert.

 

Penyiasat : awak kenal Sebastian dan anaknya?

 

Gilbert : mestilah! Sebastian adalah kawan baik saya dan merupakan jiran apartment saya. Saya selalu bermain bersama anak dia di taman apartment ni. Kami selalu melakukan aktiviti bersama-sama.

 

Penyiasat : aktiviti? Apa aktiviti yang awak dan anak dia selalu buat?

 

Gilbert : setiap pagi, kami selalu menyiram pokok yang saya tanam di apartment ni. Anak dia memang seorang rajin!

 

Penyiasat : kalau macam tu, apa awak buat semasa hari kejadian?

 

Gilbert : saya pergi ke kedai membeli bahan memasak sebab semua makanan di rumah saya dah habis. Kalau awak tak percaya, saya ada resit.

 

Selepas melihat resit yang diberikan oleh Encik Gilbert, dia mula menanyakan soalan pada Encik Shanks pula

 

Penyiasat : awak kenal Encik Sebastian dan anaknya??

 

Shanks : saya kenal mereka, mereka jiran saya di apartment ni juga. Tapi saya jarang jumpa ayahnya daripada anaknya. Saya selalu nampak anak dia bermain kereta mainan di beranda rumahnya yang bersebelahan dengan beranda rumah saya. Anak dia memang ada pelbagai jenis ‘kereta mainan’ dirumahnya. Anak dia juga selalu mengucapkan selamat pagi kepada saya saat hendak pergi ke tempat kerja dengan pakaian kontraktor.

 

Penyiasat : kalau macam tu, apa awak buat semasa hari kejadian?

 

Shanks : masa tu, saya terpaksa balik dari tempat kerja saya sebab saya terlupa nak bawa barang saya di rumah apartment saya dan saya terkejut bila lihat apartment mula terbakar!!

 

Selepas mendengar penjelasan dari ketiga-tiga lelaki ni, selepas memeriksa apartment yang telah terbakartu, seorang forensik menjumpai sebuah buku diari Kimmy lalu dia berikan kepada penyiasat tu.

 

Ini adalah kodnya!!

 

Pada muka surat terakhir di dalam diari Kimmy tertulis : Hari ni saya tak jumpa pakcik ‘hijau’ dan pakcik ‘merah’ tapi saya jumpa pakcik kuning dekat dalam rumah saya. Saya nampak pakcik kuning bergaduh dengan ayah sebab pakcik kuning tak nak bagi tahu kenapa dia simpan ‘permata’ yang banyak dekat apartment ni. Tapi....kenapa tiba-tiba pakcik kuning tu marah ayah? Saya takut tengok pakcik kuning ni. Sebelum ni pakcik kuning ni baik dengan saya, kenapa dia jadi jahat? Kenapa ayah pukul dia? kenapa dia pukul ayah balik? dan...Permata tu apa??

 

 

Soalan :

Jadi...siapa Encik hijau?

siapakah Encik merah?

siapakah Encik kuning yang merupakan seseorang yang sengaja membakar apartment Kimmy dan ayahnya?

 

Klu : Jenis kereta.

 

Siapa jawab dengan cepat dan betul, saya janji akan memberikan 30 karma kepada sesiapa yang menjawab dengan betul.

 

Comments

You must be logged in to comment
Hanna27 #1
Saya akan mengumumkan pemenang malam ni di blog yang lain[Pemenang Kod Nama]. Jangan risau, masih ada masa lagi bagi sesiapa yang belum selesaikan kod ni. korang boleh jawab sebelum pukul 8.30 malam, saya akan mengumumkan pada pukul 9 malam *kalau jam rumah saya betul xD*. Dan...sesiapa yang jawab satu soalan dengan betul, saya tetap bagi karma. Tapi saya hanya berikan 2 karma kepada sesiapa yang jawab satu soalan betul manakala sesiapa yang jawab 2 soalan dengan betul, dia akan mendapat 5 karma. Sampai sini sahaja saya boleh bagi tahu. Sekian terima kasih *dah macam berita pulak* xD

Goodluck guys!! ^0^
Kim1107
#2
Kuning = gilbert
Hijau = shanks
Merah = alex
seoulsunshine
#3
jap nk bca balik conan
JEON_JI #4
Encik Kuning - Gilbert
Encik Merah - Alex
Encik Hijau - Shanks
shesamytheu
#5
Encik Kuning - Gilbert
Encik Hijau dan Merah - Alex, Shanks

EH TAK TAHU XD
kuchens
#6
Alex - Encik merah
Gilbert - Encik hijau
Shanks - Encik kuning

xP
bigbangtanboys
#7
encik kuning-alex
encik hijau dan merah-gilbert and shanks...
xDDD..entahlaa..hahahha