Jigguk High School Club Application (Dream Catcher) | Emotionless Genius | Im Hyuntae

Im Hyuntae

4niapng

 
 
app

⟪ NICKNAMES ⟫

→ Byuntae (ert) ⋮ Nama dia 'H'yuntae

⟪ BIRTHDAY ⟫ 17 November 1999
⟪ AGE ⟫ 16
⟪ BIRTHPLACE ⟫ Seoul, South Korea
⟪ HOMETOWN ⟫ Daegu, South Korea

⟪ ETHNICITY ⟫ Korean
⟪ NATIONALITY ⟫ Korean

⟪ LANGUAGE(S) SPOKEN ⟫

→ Korea ⋮ Bahasa ibunda
→ English ⋮ Belajar di sekolah
→ Japan ⋮ Belajar melalui buku

⟪ AMBITION ⟫ Saintis
 

⟪ FACE-CLAIM ⟫ Go Sanggil
⟪ BACK UP ⟫ Park Hyungseok
⟪ WEIGHT, HEIGHT ⟫ 59kg ; 168cm

⟪ FASHION STYLE ⟫
Tidak terlalu mewah - tetapi Hyuntae memang gemar memakai pakaian yang berjenama.

⟪ APPEARANCE ⟫
Hyuntae dikenali sebagai pelajar yang bijak - tetapi bersikap dingin, sombong dan suka memberontak yang telah mencacatkan sedikit rekodnya. Rupa Hyuntae agak tidak sesuai dengan umurnya. Untuk seseorang yang berumur 16 tahun, Hyuntae terlalu tinggi dan wajahnya kelihatan seperti orang berusia 20-an. Ramai yang terpegun dengan kebijaksanaannya, tidak lupa juga rupa wajahnya yang kacak itu. Tetapi sayang - dia hanya bercakap dengan orang yang rapat dengan dia sahaja dan tidak layan orang lain langsung. Hyuntae terkenal dengan pendiriannya yang dingin dan sombong.

 
 

⟪ PERSONALITY ⟫ (-) Dingin, Sombong, Panas baran (+) Rajin, Hormat-menghormati, Saling bantu-membantu

Im Hyuntae, sebut sahaja nama itu hampir ramai orang yang akan terbayang-bayangka wajahnya yang kosong dan jelingan matanya yang tajam : kata lain, menakutkan. Jungkook dan Junhong selalu menceritakan kebaikan Hyuntae kepada orang lain tetapi ramai yang tidak percaya - kerana kedinginannya. Dan pelajar-pelajar di situ juga tidak faham bagaimana mereka berdua boleh rapat dengan Hyuntae. Sememangnya ada juga beberapa pelajar yang cuba untuk berkawan dengan Hyuntae tetapi sikapnya yang sombong itu telah menghalang mereka untuk berjaya berkawan dengan Hyuntae. Ramai juga yang telah menyaksikan lagak panas baran Hyuntae yang jarang sekali berlaku di sekolah. Hyuntae tidak bijak mengawal kemarahannya tetapi dia akan berlembut dengan perempuan - bak kata Junhong, tak baik buat jahat dengan perempuan. Melihat Hyuntae naik  angin mungkin adalah perkara terakhir dalam hidup pelajar-pelajar di sekolah itu nak tengok; mereka masih nak hidup lama.

Dia rajin belajar. In fact, dia suka belajar. Bagilah dia masa lapang selama bertahun lamanya, dia rela habiskan masa itu hanya untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran sahaja tanpa melakukan perkara yang jauh lebih menyeronokkan daripada belajar. Walaupun Hyuntae dingin dan sombong, dia masih tahu di peringkat mana dia berdiri. Dia hanyalah manusia biasa dan dia harus saling hormat-menghormati orang lain tidak kiralah dia kenal ataupun tidak. Itu adalah hasil didikkan ibunya sejak kecil. Dia juga akan saling bantu-membantu sekiranya seseorang itu memerlukan. Hyuntae tidak akan menjadikan sikapnya yang buruk itu sebagai halangan untuk dia tidak menolong orang.

⟪ BACKGROUND ⟫

Im Hyuntae dilahirkan di Seoul, South Korea pada tanggal 17 November 1999. Hyuntae kurang menyukai kehidupannya kerana bapanya, Im Taehyun kahwin dua. Situasi itu telah mengundang kemarahan di dalam diri isteri pertama, iaitu ibu kandung Hyuntae sendiri. Sewaktu itu Hyuntae terlalu naif dan terlalu kecil untuk memahami situasi itu. Yang dia tahu adalah, dia ada dua orang ibu. Min Dohee, iaitu ibu kandung kepada Hyundo dan Hyuntae berubah daripada seorang yang mesra alam dan lemah lembut kepada seorang wanita yang panas baran dan pemarah. Hyuntae lebih menyukai ibu tirinya daripada ibu kandungnya sendiri kerana berbeza dengan Dohee, Solbin sememangnya dibesarkan sebagai seorang ibu yang memahami, penyayang dan lemah lembut. Solbin menerima Hyundo dan Hyuntae di dalam hidupnya sepertimana Taehyun menerima dia - tetapi tidak pula kepada Dohee. Hyundo sibuk belajar; dia selalu menghabiskan masanya berkunjung ke rumah rakan-rakannya untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan perkara itu telah membuatkan Hyuntae selalu keseorangan di rumah. Adakalanya dia akan ternampak Dohee dan Solbin bertengkar antara satu sama lain. Sedikit sebanyak kita tahu, kejadian itu perlahan-lahan mengundang perasaan sensitif di dalam diri Hyuntae.

Membesar dengan dua orang ibu yang sentiasa bertengkar, seorang bapa yang terlalu sibuk dengan urusan di sekolah hingga melupakan anaknya, abang yang terlalu asyik belajar - Hyuntae mulai mengenali erti sakit. Sakit di mana dia tidak dapat sentuh, tidak dapat lihat; tetapi dia dapat rasa. Sakit kerana tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya. Sakit kerana tidak mendapat perhatian daripada ibubapanya. Hyuntae menganggap kewujudannya hanya membawa beban. Tetapi itu semua hilang apabila hadirnya Goo Ryeol (nama asal) - anak Solbin, lebih tepat anak terakhir keluarga Im. Umur mereka hanya berbeza setahun yang membuatkan Hyuntae dan Ryeol selesa dengan masing-masing. Kehadiran Ryeol telah mengubati luka Hyuntae - Hyuntae rasa waktu dan detik paling gembira di dunia ini adalah apabila dia bersama dengan adiknya. Huru-hara di rumah itu semakin bertambah apabila bapanya bercerai dengan ibu kandungnya - yang telah membuatkan Dohee beredar daripada rumah itu. Hilang tanpa dapat dikesan.

Masa berlalu terlalu cepat. Hyuntae berubah secara drastik. Budak kecil yang periang suatu ketika dahulu kini adalah seorang jejaka yang kacak, tetapi mempunyai aura yang dingin. Hyuntae mulai menyemai sikap hidung tinggi di dalam hidupnya. Hyuntae tidak melayan keluarganya dengan caraarrow-10x10.png yang baik; tetapi dia sangat baik terhadap adiknya. Seperti abang dan bapanya, Hyuntae mewarisi mereka dengan kebijaksanaannya di dalam akademik terutamanya subjek Sains. Hyuntae bercita-cita untuk menjadi Saintis yang berjaya pada suatu hari nanti. Dan dia meminta kebenaran bapanya untuk memasuki Jigguk High School, sekolah tertutup yang berprestij tinggi sebagai langkah pertama dia sebelum maju ke arah yang lebih cemerlang lagi demi masa hadapannya.

⟪ TRIVIA ⟫

Likes;-
→ Puisi, sajak, kiasan
→ Lukisan (Seni)
→ Jagung
→ Lagu yang mempunyai makna / lirik yang mendalam

Dislikes;-
→ Orang sentuh atau alih barang dia
→ Makhluk yang suka buat kecoh dan bising
→ Ambil barang dia tanpa minta kebenaran
→ Orang pandang dia
→ Orang tegur dia

 

Habits;-
→ Berdiri depan cermin, menikmati keindahan muka dia
→ Bersenam apabila dia rasa mengantuk
 

Hobbies;-
→ Mendengar lagu klasik yang digubah oleh seniman muzikal ketika dahulu (Mozart, Beethoven, Bach, Chopin, dll.)
→ Mendalami sesuatu perkara yang melibatkan Sains
→ Menghabiskan masanya membuat latihan Matematik

Good at-
→ Sains dan Matematik
→ Berfesyen
→ Skateboarding

⟪ YOUR FACTS ⟫

→ Ketagih dengan Sains; Hyuntae sangat-sangat ingin menjadi seorang saintis yang bijaksana
→ Hyuntae tidak selesa dengan perempuan
→ Dia hanya bercakap dengan Jungkook dan Junhong sahaja di sekolah
→ Dia meletakkan adiknya, Ryeol, di tangga teratas kerana adiknya merupakan keutamaan dia dalam hidup
→ Tergolong dalam pelajar yang bijak bestari di Jigguk High School
→ Wajahnya yang kacak seringkali menjadi tarikan gadis-gadis di sekolah itu
→ Hyuntae lebih suka belajar daripada melakukan aktiviti yang memenatkan

 

⟪ FAMILY ⟫

Bapa, Im Taehyun ⋮ 48 ⋮ Bekas pengetua sekolah (Bersara) ⋮ Tegas dan penyayang
Ibu kandung, Min Dohee ⋮ 48 ⋮ Tidak diketahui ⋮ Pemarah
→ Ibu tiri, Park Solbin ⋮ 43 ⋮ Suri rumah ⋮ Lemah lembut, penyayang, memahami
Abang, Im Hyundo ⋮ 20 ⋮ Mahasiswa ⋮ Serius, tegas, garang
→ Adik tiri, Im Ryeol ⋮ 15 ⋮ Pelajar ⋮ Pendiam, memahami, baik hati

⟪ FRIENDS ⟫

Kawan karib, Jeon Jungkook ⋮ 16 ⋮ Pelajar ⋮ Baik hati, periang, mesra alam ⋮ Roommate
Kawan karib, Choi Junhong ⋮ 16 ⋮ Pelajar ⋮ Pemalu, memahami ⋮ Roommate
→ 
Kawan biasa, Moon Jongup ⋮ 16 ⋮ Pelajar ⋮ Pendiam, agak janggal ⋮ Roommate


⟪ OTHERS ⟫

→ Senior, Kim Himchan ⋮ 17 ⋮ Pelajar ⋮ Suka membebel ⋮ Selalu tolong Hyuntae dalam subjek Matematik
→ 
Senior, Bang Yongguk ⋮ 18 ⋮ Pelajar ⋮ Bertanggungjawab, Tegas ⋮ Atlet sekolah yang selalu ajak Hyuntae untuk bersenam bersama

 

⟪ CHOSEN PLOTLINE ⟫ Free Plotline

⟪ DARI MANA DIA TAHU KELAB 'DREAM CATCHER' ⟫

Sewaktu dia menyertai Jungkook dan Junhong yang sedang sibuk berborak antara satu sama lain; perkataan "kelab baru" telah menarik perhatiannya apabila Hyuntae menarik bahu Jungkook- memintanya agar memberikan penerangan lanjut tentang kelab yang disebut. Jungkook mengenalkan kelab itu, "Dream Catcher" kepada sahabat karibnya itu.

⟪ KENAPA MENYERTAI KELAB 'DREAM CATCHER'? ⟫

Hyuntae ingin mencuba sesuatu baru yang dia belum pernah lagi lakukan di dalam hidupnya- salah satunya adalah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli kelab yang mementingkan aktiviti lebih daripada pelajaran.

RIVAL(Cheon Jaein)

⟪ AMBITION ⟫ Idol ⟪ AGE ⟫ 16 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 23 November 1999 ⟪ CLUB ⟫ Sains dan Teknologi
⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Lee Halla ⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Ryu Sujeong

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Menyakitkan hati - berdasarkan pandangan Im Hyuntae, gadis yang berwajah comel dan bersuara lembut ini tersangatlah menyakitkan hati. Jaein gemar bermuka dua. Ada kalanya dia baik, ada kalanya dia nakal. Dia ibarat musuh di dalam selimut. Salah pandang, sekejap sahaja dia berjaya bawa seseorang itu ke lembah kegagalan tanpa memerlukan bantuan orang lain.

⟪ FACTS ABOUT HER ⟫

→ Pelajar contoh
→ Berkemahiran dalam mengendalikan komputer
→ Menyukai Sains sepertimana dia menyukai coklat
 

 

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Setiap minggu, Hyuntae hanya mampu merengus kasar dan menahan sabarnya apabila dia terpaksa berhadapan dengan Jaein kerana mereka menggemari subjek yang sama. Jaein dan Hyuntae mengikuti kelas tambahan Sains bersama Encik Hwang pada setiap malam - dan mereka sentiasa dipaksa untuk duduk bersebelahan. Hyuntae seperti biasa; dia akan sentiasa mengekalkan ekspresi wajahnya yang tegang dan tidak berperasaan itu, langsung tidak mengendahkan Jaein apabila Jaein sentiasa mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan Hyuntae. Yang Hyuntae mampu lakukan adalah pura-pura tidak kisah. Kadang-kadang dia akan tolak kepala Jaein kalau dia geram sangat.

⟪ HISTORY ⟫

Hyuntae dan Jaein tidak pernah sedar akan kewujudan masing-masing kerana mereka sibuk menyibukkan diri mereka dengan Sains. Hinggalah tibanya pengumuman pelajar terbaik matapelajaran Sains dan Hyuntae seorang sahaja yang tersenarai di dalam pelajar terbaik di antara rakan-rakan kelasnya yang lain, bukan Jaein. Melihat kejayaan Hyuntae, Jaein mulai memusuhi Hyuntae dan sentiasa mengganggunya.

⟪ CONCLUSION ⟫

From hate to love? Jaein tanpa di duga terjatuh cinta dengan Hyuntae; yang mana dia merahsiakan perasaannya tetapi masih mengekalkan statusnya sebagai saingan Hyuntae dalam matapelajaran Sains. Jaein sesekali akan berlembut dengan Hyuntae dan akhirnya mereka menjadi kawan rapat.

love interest (Kwon SOHYUN)

⟪ AMBITION ⟫ Pemuisi ⟪ AGE ⟫ 16 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 30 Ogos 1999 ⟪ CLUB ⟫ Sajak dan Puisi
⟪ BACK UP LOVE INTEREST ⟫ Kim Yerim

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Indah. Di dalam kamus hidup Hyuntae, definisi indah adalah Kwon Sohyun. Pelajar daripada Kelab Sajak dan Puisi yang seringkali menangkap perhatiannya dengan penggunaan gaya bahasa yang indah dan sempurna di dalam setiap puisi dan sajak yang dia terbitkan di papan kenyataan. Sohyun adalah seorang gadis yang lemah lembut; dia membenci keganasan. Dia memelihara diri dia daripada terjebak dengan pelajar-pelajar yang membawa masalah. Sohyun juga baik hati. Itu dapat dilihat di dalam senyuman dia yang sentiasa dia kuntumkan kepada orang ramai - ianya tampak ikhlas dan menyenangkan.

⟪ ANY LAST COMMENT ⟫ Ni first time saya join applyfic macamni; and saya pilih untuk apply cerita ni sebab macam menarik so, inilah dia hasil saya yang agak tidak memuaskan hati. Harap awak suka!

⟪ SCENE REQUESTS ⟫
→ Bermain layang-layang dengan Wonderful Harmony (cuz why not? xD)
 

⟪ PASSWORD ⟫ Aktiviti indoor game. Contohnya, catur, ping pong dan scribble

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Hyuntae mengenalinya melalui Jungkook. Sohyun mengenalinya melalui Jungkook. Mereka terlalu jauh sangat untuk bergelar "sahabat" ataupun "kawan". Setakat mengenali rupa dan nama; tetapi tidak mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam, apalah sangat? Apabila mereka terserempak antara satu sama lain, Sohyun akan menjadi orang pertama yang memberikan Hyuntae sebuah senyuman yang mana Hyuntae hanya membalas dengan satu anggukkan sebelum beredar pergi, menjauhkan dirinya daripada gadis itu.

⟪ HISTORY ⟫

Hyuntae tidak pernah merancang untuk jatuh cinta pandang pertama apabila dia terbaca puisi yang tertera di papan kenyataan sekolah sewaktu dia sedang sibuk mencari notis kebenaran keluar asrama. Sejak pada hari itu, Hyuntae nekad untuk mencari siapa penulis puisi itu dan akhirnya mengetahui siapa penulisnya. Mujur ada Jungkook. Jungkook berkawan dengannya. Dialah Kwon Sohyun, gadis yang sentiasa Jungkook ceritakan kepada Hyuntae dan Junhong. Jungkook mengambil keputusan untuk mengenalkan Sohyun kepada mereka berdua dan pada hari yang bersejarah itulah merupakan kali pertama mereka bersengkang mata, dan sebuah senyuman diukir oleh Sohyun dihadiahkan kepada Hyuntae; senyuman yang telah menghantar beribu getaran di dalam hati Hyuntae.

⟪ CONCLUSION ⟫

Hyuntae membuang perasaan sukanya terhadap Sohyun selepas dia mendapat tahu yang Sohyun sebenarnya menyukai Jungkook dan bukanlah dia; akhirnya menerima suratan takdir yang telah tertulis bahawa Jungkook lebih layak untuk Sohyun berbanding dengan dirinya. 

⟪ FACTS ABOUT YOU AND LOVE INTEREST ⟫

→ Tak pernah bercakap antara satu sama lain
→ Hyuntae tetap dengan sikapnya yang dingin walaupun dia tahu dia menyukai Sohyun
→ Hyuntae tidak pernah membalas senyuman Sohyun
→ Sohyun selesa dengan Hyuntae, tetapi Hyuntae tidak selesa dengan Sohyun
→ Hyuntae selalu cuba untuk elak berjumpa dengan Sohyun

→ Bila berdua-duaan, mesti Jungkook akan datang menyelit

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet