Siapa yang salah?

Minggu lepas, saya satu kelas duduk kat makmal bio sementara budak-budak PT3 periksa. Setiap meja ada enam-tujuh orang gitulah. Kawan saya sorang ni semalam tak datang. Jadi, meja tu cukup-cukup tujuh orang perempuan duduk dekat situ. Saya duduk paling tepi dan paling depan. Sebelah saya, meja lelaki. Esoknya dia datang,.. saya biasa jelah. Ketawa-ketawa, main segala macam dengan kawan-kawan sebelum solat Zuhur. Naik je ke makmal, dia nak duduk dekat meja saya. Yang sarat dengan manusia tujuh orang tu. Katanya belakang tu budak-budak gedik, jadi dia tak nak duduk belakang. Saya okey, biasalah,,.. member. Tiba-tiba masa Sivik, saya tengah khusuk buat kerja sekolah. Tiba-tiba dia cakap dekat kawan sebelah saya.

 

"Wahidah, suruh Najwa tepi sikit," dia cakap macam tu sebab depan dia sinki. Kan bilik Bio kan macam makmal sains. Ada tembikarlah, segala benda. Saya tak dengar.

 

Wahidah cakap dengan saya, "Najwa, Fatihah cakap tepi sikit. Dia tak muat," saya cuma gelengkan kepala. Malas nak layan depa semua. Dah tau tak muat pindahlah ke belakang, yang nak merimaskan diri dengan duduk berhimpit macam tu buat apa.

 

Saya tak nak berganjak sebab buju meja tu tajam. Lagipun sebelah saya lelaki. Kan malu kalau duduk tepi-tepi. Mula-mula saya tak layan, disebabkan seronok buat latihan. Tapi dia asyik mendesak saya, suruh ke tepi. Dah lah suruh Wahidah cakapkan, lepastu bila saya tak nak, Wahidah pula dimarahnya. Mulut mana mulut? Tak boleh cakap sendiri ke?

 

Saya terus hempas pen dan duduk dekat tempat bucu tu, Hati dah menggelegak semacam. Lantaklah orang nampak sekalipun, biar budak lelaki dalam kelas itu nampak. Saya mencarut dalam hati.

 

Masa rehat, dia tak layan pun saya. Nampak sekilas then blah macam tu je, tinggalkan saya dengan Wahidah. Rasa nak tampar je muka diorang sekor-sekor. Rasa nak menangis pun ada. Masa dekat surau, Wahidah tanya saya, 

 

"Kau okey tak, Wa?" tanya Wahidah. Saya tersenyum nipis, saja tak nak buat Wahidah gelisah. Lepastu sambil balik saya tak nak layan dia.

 

Keesokkan harinya, dia tak layan saya sangat. Dia tegur saya sebab nak minta tolong. Saya ni kan jenis pendiam dan suka buat hal sendiri, jadi diorang macam tak hiraukan saya. Yang Fatihah tu, tak taulah dia,.. dia nak jeleskan saya kut. Dia sengaja buat-buat ketawa gembira depan saya,. Dia nak tunjuk kat saya betapa hebatnya dia.

 

Dia silap. Dia salah pilih orang untuk berlawan. Saya akan lawan.

 

Kitaorang macam ni dah dua hari berlalu, saya akan tembus balik dendam saya pada dia. Hari ni hari last day sekolah, (i mean hari Khamis) sekolah saya petang tu ada bina insan. Fatihah cakap kat Liza sesuatu, then Liza bagitau saya.

 

"Najwa, Fatihah nak duduk sebelah kau," kata Liza. Kitaorang setiap kelas akan duduk berpasangan dan Fatihah nak duduk sebelah saya. Masa tu saya BM, cikgu ada kat depan main phone. Saya cakap kuat-kuat.

 

"Lah,. Aku nak duduk dengan Wahidahlah!" Wahidah ketawa kecil. Dia tahu yang saya kecil hati dengan sikap Fatihah. Then Liza cakap, "Hari ni aku nak duduk dengan Wahidah," Liza jelirkan lidah kat saya. Saya mencebik. Saya masih tak nak duduk sebelah Fatihah.

 

"Kau duduk dengan aku jelah, Tehah," Nadhirah menyampuk. Fatihah buat muka masam

 

"Apa Nad?" tanya aku. "Kau duduk dengan Ilya, aku duduk dengan Fatihah" aku terus tersenyum kecil. Hoho,.. happy aii XD

 

Time dekat perhimpunan, saya dengan Ilya duduk kat barisan paling hadapan. Liza dan Wahidah duduk belakang kitaorang dan Fatihah dengan Nad duduk selang serumah dengan saya. Masa perhimpunan, saya tak layan langsung Fatihah. Saya ketawa dengan diorang-diorang aje. Dia cuma duduk diam dan tengok apa kitaorang main. Dendam saya terbalas.

 

Sebenarnya hari tu, dia paling banyak tegur saya. Nak pinjam guntinglah, apalah,.. then masa Sains dia nak pinjam pen hitan saya, saya bagi jelah. Then masa balik, dia nak pulangkan, dia cakap terima kasih. Saya tak balas dan saya terus keluar dari makmal.

 


Sebenarnya, saya tak berdendam dengan dia, saya kecil hati dengan sikap dia yang terlalu selfish. Dia tak fikir perasaan saya yang duduk dekat tempat bucu then bersebelahan dengan lelaki. Saya baru lagi dekat sekolah tu, nama budak-budak kelas tu pun saya tak berapa ingat. Aku tak bodoh untuk kau pijak kepala aku. Aku ada prinsip hidup aku sendiri. Kau dengan aku tak sama. Sila jaga hati dan perasaan orang lain. Aku sedar yang aku pun tak jaga perasaan orang, but aku tau macam mana nak respect orang. Aku nak ucapkan terima kasih kat kau sebab tak layan aku. Sekarang kau dah tau macam mana perangai aku?

 

Walaupun aku tau aku salah, tapi kau pun bersalah jugak! Then, siapa yang salah?  

Comments

You must be logged in to comment
Winterqreen #1
Teringat zaman ada 'kawan tak serupa kawan' dulu. Kalau dapat putar balik masa, saya pun nak buat benda yg sama awk dah buat. Tapi, perkara dah berlalu :( huhuhu
yukishizu #2
Susah jugak eh dapat kawan camtu,
aquariusxpisces
#3
Yeah aii pun dah pernah kena...
-chaseul
#4
I think i got your point here. Sbb this is what happen to me last week. Memang sakit hati jugakla sbb kita yang duduk kat tmpat tu dulu tapi bila dia tiba tiba menyelit, kita pula dilayan macam menumpang. Atleast awak tetap pertahankan tmpat awak. Saya masa tu geram sangat so saya angkat smua barang saya terus duduk belakang sorang-sorang. Buatlah bio dengan tenang huhu. Apapun, tak salah kalau nak pertahankan something.
mieyhyun
#5
Biasalah dlm berkawan ni mesti kadang2 kte x ngam dengan kwan kte sbb satu benda.. Manusia x pefect kan..? Tapi kalau org buat kte jnganla kte buat bende yg sama. Bukan nk suruh org pijak kepala kte, but somehow org yg give tu lah yg menang.. And kalau kte rasa x puas hati kat kwan kte bukan ke lebih elok kte luahkan je.. Bukan nk sakitkan hati kwan sendiri, tp itu lebih baik drpd pendam sorang2 lepas tu meletup..
goGETaLIFE_ #6
pernah jugak rasa macam tu..