Cinta Terbaik?

"Meski ku bukan yang pertama di hatimu tapi cintaku terbaik untukmu"

 
'Cinta Terbaik' nyanyian Cassandra—waktu mula-mula dengar dulu, rasa tak sedap badan betul, tapi bila dah berkali-kali main dekat radio, tetiba terniat di dalam hati nak google lirik lagu ni.
 
So, what do you guys think of that particular line in the chorus? Apa perkara pertama yang terbit dalam fikiran korang?
 
Kalau tak pasti lagi, cuba pejam mata...dan renungkan ayat-ayat tersebut. Bukan dengan menggunakan minda, tetapi hati. Bagi unnie, perkara pertama yang menerpa ruang benak unnie, ialah simpati. Unnie fikir: betapa terdesak-nya orang ni sampai dia nak laungkan betapa 'ter'baiknya cinta dia tu. Melalui satu barisan ayat tu, unnie buat tafsiran sendiri:
 
Cinta yang bertepuk sebelah tangan
Cinta yang terdesak
Cinta yang memerlukan perhatian
Cinta...yang 101%
 
Bukan mudah nak menggantikan tempat seseorang di dalam hati seseorang. Ramai yang belum sempat mencuba, dah putus asa. Manusia selalu macam tu kan. Kalau orang tak suka, boleh cari yang lain. Kalau tak pun, layanlah facebook ke, twitter ke, dengar lagu kpop's oppa...etc. Put a smile in your face, pretending like everything going to be alright...
 
Berbalik kepada ayat-ayat tadi, unnie rasa kagum dengan orang yang berani maju ke hadapan, meyakinkan si buah hati bahawa dia ialah yang terbaik. She must've loved that person so so so much, until it hurts, until it numb, until...nothing matters anymore.
 
Barisan ayat yang bersulam comel dan innocent—uunie harap, semua orang akan dapat merasai cinta yang terbaik. Punch!

credit image

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet