TRAGEDIES, TEST, END (membebel lebih ni)

Tanggal 8 Mac 2014, pesawat MAS MH370 hilang tanpa jejak.

Tanggal 16 April 2014, feri Sewol yang membawa penumpang dari Incheon ke Jeju telah tenggelam dalam laut.

 

Saya bukan apa, bila tengok tarikh hari ni, saya teringat dekat tragedi-tragedi yang terjadi dalam tarikh-tarikh yang terdekat dengan tarikh hari ni. Dah setahun berlalu rupa-rupanya. Rasa sangat sekejap. Pilu je hati ni bila teringat balik. Walaupun mereka tak pernah menjengah AFF ni, tapi saya tetap nak ucapkan takziah buat keluarga-keluarga yang terlibat. Life goes on.

 

[ Orang kata lagu The Ark - The Light tu tribute untuk mangsa-mangsa Sewol ferry. Memang rasa sebak je tengok video tu sampai habis. ]

 

OKAY, HAPPY MODE!

 

Lagi nak cerita pasal... entahlah nak cerita pasal apa. 50 minit yang lepas saya baru habis buat 24 soalan Add Maths dan kepala otak rasa macam nak BURST saja. Target saya untuk Add Maths perperiksaan pertengahan tahun adalah sekurang-kurangnya B or B-. Serious nak tebus balik result exam hari tu. Rasa macam nak gigit kertas exam hari tu hahaha. Macam mana ni... nak cover topik Form 4 lagi. Form 5 punya topik especially topik Intergration tu saya agak TING TONG TING TONG sikit. Ngeri je nak amik SPM tahun ni dengan soalan KBAT segala.

 

Cita-cita saya nak pergi ke luar negara especially South Korea HAHAHAHAH~ (gelak sampai ke bulan) Tapi syaratnya saya kena dapat Straight A's uwu sedih sedih. Kalo nak amik course engineering dekat Korea, Biologi tak dapat A pon tak apa tapi... saya berazam untuk dapatkan A jugak. Yalah, biar benda tu jadi bonus ekekekek.

 

I have a dream.

My dream is to achieve my dream.

[ Pabenda saya mengarut ni. Choiiii ]

 

Sorry dah lama tak update story etc etc.

Komitmen sebagai pelajar amatlah penting. [ Ceh- ]

 

Oh, tetiba terlintas nak bercakap pasal EXO. Korang dah tengok belom EXO NEXT DOOR? Kyaaaak! [jerit kalah monyet] Bias saya jadi watak utama yehet~ Sukaa tengok Chanyeol pegang watak yang berlainan omo omo [fangirl mode active] Sayang betul episod dia singkat-singkat.. tiap-tiap kali habis episod tu mesti tertanya-tanya.. D.O di dalam cerita ini pun sangatlah cute.. Baekhyun... hahah.. korang tau kan perangai dia macam mana... Sehun.. hahah watak Sehun tak menyerlah lagi.. mungkin episod-episod akan datang watak dia akan lebih terserlah kott...

 

Setakat itu je kot saya larat membebel...

Kalau korang suka dengar saya membebel korang boleh follow twitter saya~

Ahahah! Joking! Sila jangan percaya!

 

yang divergent,

yoonieisme.

Comments

You must be logged in to comment
hana_raeee
#1
hahahahahah good luck utk test :D unnie fhm jgk.. Msa kt skola dlu addmath slalu dpt B and C.. but alhamdulillah msa spm dpt A- hahahahah.. kira macam spm pny senang skit laa.. even paper 2 pun unnie jwb mrepek hahaha..