Tutorial 3- romcom poster, bubble head [PS]

Holaa! Sekarang fara nak buat tuto 'besarkan kepala' aka bubble head. sebab hari tu ada orang tanya, baru sekarang boleh buat tuto. Benda ni rasanya sesuai dengan romcom poster je. Contoh kepala besar tu sila tengok kepala abe Myungchu. Ni poster romcom yang paling basic.


/cincai je- lol/

1. Firstly, cam biasa bukak ps korang dulu, cs berapa pun tak kisah. Tekan file > new > adjust width & length yang korang nak. Tapi fara prefer 500x600.

2. Sekarang kita nak buat corak kat canvas, supaya nampak meriah (?) lol. Ikut je step kat bawah ni.

// Korang nampak kan ada macam-macam corak? Korang boleh buat corak lain or nak ikut style ni pun takpe :) \\

3. Drag gambar png korang dekat dalam canvas. Dah drag? Ok sekarang kita nak besarkan kepala dia pulak, bukak gambar png tu dekat new tab.

// Tekan polygonal lasso tool > potong kepala png tu dengan kemas! pastikan betul-betul ikut line.
Tips: kalau png senang je, dekat bahagian dagu je korang potong and ikut betul2 line dia
kat keliling leher tu takyah buat pun takpe sebab dia transparent.

4. Dah siap? Korang akan nampak mcm garis putus-putus dekat sekitar kepala dia. Tekan right click > tekan layer via cut.

// Now kepala dia dah boleh tertanggal x_x

5. Drag kepala tu kat poster yang korang nak buat ye. cmni

// tada! lepastu korang kena besarkan sikit saiz kepala tadi, dua kali ganda besar dari kepala yang asal.

After that tambahlah apa-apa yang korang nak, macam tajuk- psd, sharpening ke.


^ ni poster yang malas. Korang mesti boleh buat yang lagi rajin dari yang ni! hahaa.
Anyway, kalau still tak faham boleh tanya through comment or pm :)

Ni contoh-contoh poster romcom bubble head yang comel XD Kredit to kimchi!

Comments

You must be logged in to comment
aishahdaebak #1
Daebak!!!!!