Fantasy Ileaf:Episode 2:Tugasan

Fantasy Ileaf:Titan

Episode 2: Terpilih

        Matahari menggantikan tugas sang bulan untuk menerangkan bumi dengan cahaya. Daun semakin banyak yang gugur menandakan musim sejuk sudah tidak lama lagi. Suhu semakin sejuk.

        Pada hari ini Dan menjalani Ujian Kepercayaaan di dalam pemilihan menjadi ahli Polis Sihir Negara. Dia ditugaskan untuk membawa emas yang banyak di dalam sebuah kereta kuda.

        Di dalam perjalanannya, muncul tujuh orang perompak datang menyerbu kereta kuda tersebut melalui semak-samun secara mengejut.

        Salah seorang perompak tampil kehadapan. Perompak itu berpakaian lain daripada perompak tersebut. Mungkin itu adalah ketuanya.

“Nampak seperti ada orang sudah melepasi sempadan kita,”ketua mereka berkata sinis disahut dengan ketawa anak buahnya.

“Aku tidak boleh menunjukkan identiti sebenar aku. Sekiranya aku kalah menghalang mereka atau sebaliknya meraka pasti mencari aku,”kata Dan di dalam hatinya

        Dan mengambil skaf nya lalu menutup mulutnya agar tidak diketahui oleh perompak tersebut. Lalu dia keluar daripada kereta tersebut. Pemandu kereta sedang berada dalam ketakutan.

“Jadi kamu yang membawa hadiah ini untuk kami. Baik sungguh hati kamu,”ketua tersebut berkata sinis lagi di iringi dengan ketawa anak buahnya lagi.

        Dan masih lagi berdiam diri.

“Saya bagi kamu pilihan sama ada berikan duit itu atau nyawa pemadu ini?”ketua tersebut memberikan pilihan. Dan terkedu dia hanya mengetap giginya sahaja menahan geram

“Tidak mahu berkata ya? Baiklah nyawa pemandu ini akan melayang!”ketua itu mengeluarkan pedangnya lalu meletakkan ke kepala pemandu itu.

        Tindakan ketua tersebut terhenti kerana gerakan merasakan darah mengalir di lehernya. Ke semua anak buahnya terkedu akan keadaan ketuanya. Perkara kedua,ialah kelibat Dan sudah berada di belakang mereka menandakan Dan sudah menjalankan serangan dahulu. Ketua mereka berundur kebelakang sambil menahan darah di lehernya.

“Serang!!!!”

        Salah seorang perompak tersebut mengeluarkan asap untuk mengelirukan musuhnya lalu mereka memulakan serangan secara beramai-ramai. Banyak serangan dilakukan pada Dan. Dan mulai perasan sesuatu perkara yang aneh. Asap yang dihasilkan oleh perompak tersebut merupakan magis jenis air. Ia mulai perasan yang skaf nya menjadi basah. Dan mengeluarkan kedua-dua pedangnya lalu mengeluarkan tenaga plasma pada tangannya. Memandangkan air merupakan konduktor kepada elektrik amat sesuai menggunakan magis jenis elektrik.

        Dan mengeluarkan tenaga plasma yang begitu banyak melalui tangannya lalu mengalir ke pedangnya. Lalu dia menusukkan pada asap tersebut. Tenaga yang terkumpul tadi dilepaskan dalam satu percikan elektrik yang besar, serta merebak pada asap tersebut atau lebih dikenali sebagai kabus.Ke semua perompak rebah kerana tidak tahan dengan voltan yang tinggi daripada percikan elektrik tersebut.

        Pemandu tersebut terselamat dan dia berada di luar kawasan kabus tersebut menyebabkan dia tidak terkena dengan percikan tersebut.

..............................................................................................................................................................................

        Selepas berbagai ujian dijalani Dan kini telah menjadi salah seorang ahli Polis Sihir Negara.Dia masih lagi tinggal sebumbung dengan Cryil dan adiknya Erine.

        Pada hari ini Dan mendapat satu tugasan khas,dia perlu pergi ke perkampungan Foney kerana terdapat kekecohan berlaku di sana.Memandangkan perkampungan itu terlalu jauh dia perlu menaiki pengangkutan udara.

       Malang sekali,bagi menuggu belon udara yang akan mendarat di perkampungan Foney tiba,memerlukan 15 minit untuk tiba di stesen.

"Haih...Apa yang perlu aku naik ini?Sudahlah mahu cepat,"Dan mengeluh.Dia berada di stesen Harpolin Order yang sesak dengan orang awam yang mahu menaiki belon udara atau pun membeli tiket di sana.

       Tiba-tiba ada kelibat yang sudah biasa dia lihat.Rupa-rupanya ia ialah Cryil."Hei!Macam susah hati sahaja?Mari sini ikut aku,aku ada perkara yang boleh selesaikan masalah kau."

"Pergi ke mana?"Dan bertanya

"Kalau kamu mahu selesaikan masalah kamu,ikut aku,"Cryil memberinya pilihan.

"Baiklah saya ikut."

       Cryil membawa Dan ke sebuah pejabat Polis Ahli Sihir Negara.Dan mulai naik hairan tapi dia menurut sahaja.Akhirnya, Cryil berhenti di sebuah menara yang berada di tengah-tengah bangunan tersebut.Lalu mereka naik ke atas dan berhenti di hadapan sebuah bilik yang berada di tingkat atas menara tersebut.Di pintu tersebut tertulis perkataan "Bilik Kelawar".

      Cryil membuka pintu bilik yang berkunci tersebut.Bilik tersebut dipenuhi dengan mekanikal sepertisayap seekor kelawar.

"Ini sebenarnya bilik apa?"Dan masih hairan walaupun jawapan bagi persoalannya berada di hadapan.

"Ini ialah Bilik Kelawar.Ia dinamakan sebegitu bersempena dengan bentuk alat yang di simpan di dalam bilik ini,"Cryil memberikan penjelasan tentang bilik ini.

"Ini ialah Klawar,iaitu salah satu mekanikal yang membolehkan manusia terbang dengan sendiri tanpa menggunakan sebarang kenderaan mahu pun sihir.Klawar kebiasaannya digunakan ketika peperangan untuk memberikan bantuan kecemasan di tempat yang sangat jauh.Sebab itulah bilik ini berkunci.Cara untuk mengendalikannya agak susah bagi yang baru."jelasnya dengan panjang lebar.

"Bagaimana kamu boleh dapatkan kunci bagi bilik ini?"

"Oh!Tentang itu saya diberikan tugas oleh ketua untuk menjaga kamu dan saya diberikan kunci bagi bilik ini sekiranya ada kesulitan berlaku,"jelasnya lagi.

"Baiklah saya faham.Jom! Kita gerak."

       Selepas mereka selesai memasangnya pada badan,mereka perlu menuggu angin untuk tiba bagi memudahkan mereka cepat menerbangkan diri mereka menggunakan mekanikal tersebut.

       Dan dengan mudah dapat menerbangkan dirinya dalam masa yang singkat.Ini yang menjadi tanda tanya bagi Cryil.Tetapi Cryil hanya menyimpan persoalan tersebut dan menganggapnya seperti perkara biasa.

..............................................................................................................................................................................

      Mereka tiba di perkampungan Foney dalam masa lima minit sahaja.Tetapi seperti ada perkara yang pelik berlaku di sini.Kampung Foney yang dahulunya merupakan kampung yang ceria serta riuh kini sunyi-sepi daripada keriuhan pendudukan.Kebanyakannya mereka berada di dalam rumah masing-masing,hanya sesetengah sahaja yang menjenguk ketibaan Cryil dan Dan daripada tingkap.

     Tiba-tiba ada bunyi seperti kayu dipecahkan.Bunyi tersebut seperti datang daripada sebuah kedai restauran yang tidak jauh daripada mereka.Tanpa mereka sangka seorang kelibat lelaki tua berumur 40-an dicampak keluar daripada restauran tersebut hingga menyebabkan pintu tersebut kedai itu pecah.

     Cryil dan Dan bergegas mendekati lelaki tersebut.Lelaki itu di dalam keadaan tidak bermaya."Kamu kah anggota Polis Sihir Negara ini?"kata lelaki itu dalam suara yang tersekat-sekat.

"Ya,kamilah itu,"Dan membenarkan kata-kata lelaki.

"Mujurlah,sebenarnya pakcik yang memanggil kamu semua.Tolong kami puak Vampire sudah menceroboh ke kampung kami dan mahu menakluki kampung kami,"pakcik berkata dalam keadaaan yang sudah tidak bermaya.

"Dan bawa pakcik ini ke tempat yang selamat,biar saya yang masuk dan uruskan hal ini,"kata Cryil.

"Tetapi inikan tugas saya."

"Walaupun ini ialah tugas kamu tetapi ini tugas bagi ahli Polis Sihir Negara atau lebih dikenali sebagai Fantasi Ileaf.Membawa fantasi pada kesemua orang,itulah harap bagi kami.Sekarang,ikut arahan."

"Baiklah,"Dan agak berat hati tetapi dia perlu menyelamatkan nyawa seorang insan yang berada di pangkuannya sekarang ini.

      Cryil masuk ke dalam restauran lalu meninggalkan Dan di belakang.

..............................................................................................................................................................................

      Keadaan di dalam sana penuh dengan ahli puak Vampire yang bermaharajalela melakukan apa sahaja di dalam sana.Ini menambahkan marah pada diri Cryil.Dia haya mengetapkan giginya menahan marahnya.

      Suasana yang riuh tadi kini menjadi sunyi kerana kesemuanya memandang pada seorang kelibat yang berada di tengah-tengah restauran,iaitu Cryil.Lalu muncul seorang lelaki yang kacak serta memakai pakaian yang sopan sekali bangun daripada pangkuan seorang tawanan perempuan.Barang sekali tawanan itu ialah pelayan pelanggan di sini.Lelaki tersebut mempunyai badan yang sangat tinggi lalu berjalan mendekati Cryil.

"Kamu siapa ya?Oh!Baru saya teringat kamulah orang yang pakcik itu panggil ya?"

      Cryil hanya mampu mengetap giginya sahaja menahan marah akan kata-katanya yang sinis walaupun ayatnya agak sopan.

"Tak sangka dia suruh budak hingusan ini?"kata-katanya di iringi dengan ketawa anak buahnya.Ini membuatkan Cryil bertambah geram

"Malas nak layan budak seperti kamu.Kamu semua uruskan dia,biar aku berseronok dengan perempuan di sini.Kalau kamu dapat lumatkan budak hingusan ini,aku akan benarkan kamu melakukan apa sahaja pada semua penduduk di kampung ini,"kata-katanya disorak gembira oleh anak buahnya apabila mereka akan diberikan hadiah istimewa daripada ketua mereka.

       Kesemuanya menyerbu pada Cryil.Cryil menggenggam tangannya lalu muncul sebilah pedang laser yang tajam pada buku limanya.Lalu muncul asap neon daripada badannya.Kesemua penjenayah tersebut habis di belasahnya.Makin lama makin ramai konco-konconnya keluar.Cryil dikepung dan dia sudah boleh bergerak.Kebanyakan mereka menggunak sihir pelumpuh bagi melumpuhkan Cryil.Cryil sudah tidak tahan tetapi dia berusaha.Akhirnya dia rebah matanya yang sudah tidak bermaya hanya melihat pada ketuanya yang sedang berseronok dengan tawanannya.Cryil bertambah marah.

       Tiba-tiba Dan menyerbu masuk melalui bumbung menggunakan Klawar.Pedangnya hanya ditujukan pada kerumunan penjenayah tersebut.Kesemua penjenyah tersebut berundur meninggalkan Cryil yang lumpuh.

"Kenapa kamu datang ke sini?"Cryil bertanya pada Dan.

"Kita kan satu organisasi.Lagipun saya tidak suka orang yang rapat dengan saya dicederakan.Berat sama dipikul,Ringan sama di jinjing.Sakit sama-sama,Senang sama-sama.Tidak begitu?Sudah bangun cepat"

"Kamu tidak nampak ke saya sedang lumpuh ini,"Cryil menyatakan keadaannya.

"Oh,maafkan saya.Mari sini saya tolong kamu."

"Patutlah kamu lumpuh.Kenapa tidak buka Klawar itu?"

"Saya terlalu marah sangat sampai terlupa tentang Klawar ini"

"Sudahlah, kita ada tugas untuk di selesaikan."  

-Tamat Episode 2- 

Bersambung.....Terima Kasih kerana membaca  

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet